Friday, June 15, 2012

Nasrudin Hassan Yang Sempit Akal

Siapa yang  sempit akal? UMNO atau PAS? Terutamanya si Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat si Nasrudin Hasan.  Yang sempit akal adalah dia kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah tarikh pilihanraya telah ditetapkan. 

Apakah semua yang ke Tanah Suci itu ialah penyokong PAS? Jangan buat lawak lah. Sesungguhnya kerajaan sendiri sudah tentu mempertimbangkan untuk tidak mengadakan pilihanraya pada musim haji kerana beribu-ribu undi di pihak kerajaan turut akan hilang. 

Jadi atas dasar apakah keributan ini timbul jika tidak kerana PAS itu sentiasa mahu berbunyi walaupun tidak relevan. Mereka perlu sedar bahawa kerajaan yang memerintah telah 12 mengadakan pilihanraya dan takkanlah setenging itu pilihanraya hendak diadakan pada musim haji sedangkan mandat kerajaan masih panjang sehingga bulan April 2013.

Tetapi keterlebihan PAS dalam melihat perkara ini telah terpampang di mata masyarakat di mana mereka dengan berani mengarahkan penangguhan ibadat haji sekiranya pilihanraya diadakan pada musim haji, padahal mereka sendiri tiada kepastian berapa kerat jemaah haji musim ini adalah dari kalangan pengundi mereka.

Untuk rekod, Hari Raya Haji insya-Allah jatuh pada 26 Oktober 2012.


KUALA LUMPUR 13 Jun - UMNO didakwa menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadat haji di Tanah Suci jika benar Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada musim haji.  Justeru Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, untuk menyelesaikan masalah tersebut PRU-13 tidak wajar diadakan pada musim berkenaan. "Kenapalah UMNO jadi sempit akal ? Jangan buat pilihan raya musim haji, selesai masalah. Kalut ribut ini kenapa ? UMNO cadang nak buat pilihan raya dalam musim haji ke? Kalau tidak kenapa kalut? "Kalau UMNO nak buat pilihan raya dalam musim haji maknanya UMNO yang halang orang nak buat haji sebab fatwa Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman kata mengundi itu wajib," katanya dalam Facebook miliknya semalam. Nasrudin turut mempersoalkan apakah keutamaan kerajaan ketika ini sama ada mahu rakyat menunaikan haji atau mengundi. Beliau berkata, selama ini kerajaan telah meminta rakyat yang layak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. "Jadi mana satu ini? Nak mengundi ke nak buat haji? Kalau nak suruh rakyat buat kedua-duanya, haji dan mengundi maka jangan buat serentak. Mudah kan berfikir? "Tambahan pula, kalau buat pilihan raya musim haji, pastinya calon, wakil calon, pencadang dan penyokong di seluruh negara bagi peringkat calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak boleh mengerjakan haji," katanya.

Ini Punca KL Mula Diselubungi Jerebu

Dikemaskini

Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Kecamatan Kubu, Kabupaten Rokan Hilir , Propinsi Riau, Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan dan terletak 170km ke barat daya Kuala Lumpur.

Tiupan angin telah membantu membawa kabus asap ini ke semenanjung.

Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 

Pada jam 3.15 petang ini, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi tadi.

Pada jam 5 petang, Kuala Lumpur telah mencatat bacaan IPU tidak sihat pada kadar 105.

Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.

Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.




P/s : Jangan-jangan ada unsur sabotaj. Siapa tau? Sentimen belah sana ke belah sini semua orang tau.

Lagi Reaksi Biadap Ke Atas Sultan Johor Di Twitter





Reaksi biadap ini dikutip dari Twitter berhubung titah murka Sultan Johor ke atas Nizar  Jamaluddin semalam. Ini adalah produksi total pembangkang di negara ini yang sering mengaitkan Allah dengan pemerintah di dunia yang jelas, keduanya berada pada kedudukan yang berbeza.

Menyamakan pemerintah di dunia dengan perbandingan yang meletakkan Tuhan di atas barisnya adalah perbuatan golongan yang kurang akal. Kekurangan akal itu tidaklah menjadi sesuatu yang hina kecuali setelah empunya akal itu dengan beraninya mempamerkan kekurangan akalnya dikhalayak umum.

Memanglah taat kepada Allah dan Rasul itu menduduki peringkat tertinggi tetapi di atas bumi sebagai khalifah sudah tentulah ada tuntutan mentaati pemimpin selagi pemimpin itu tidak menzalimi, mengkebulurkan, menafikan pendidikan dan menyekat rakyatnya dari mentaati Allah dan Rasul. Ini adalah sudut fiqh yang diajar.

Sedangkan para sultan sendiri tunduk, rukuk dan sujud pada Allah SWT, mengapa Allah perlu disamakan dengan para sultan ini.

Ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah produk dari acuan pembangkang negara ini yang merasakan mereka ini pandai dan bebas menunjukkan kebodohan mereka. Sedangkan pemimpin mereka sendiri kerap menunjukkan kebodohan, apatah pula mereka ini.

Untuk rekod, Haziq Abdul Aziz ini adalah pelajar Universiti Malaya seperti mana yang terdapat dalam Twitternya.