Khamis, April 12, 2012

Selepas Banjir Melampau, Kemarau Melampau Pula Ancam Thailand

Setelah mengalami banjir ekstrim yang tidak surut selama berbulan-bulan, Thailand kini didatangi pula kemarau ekstrim. 39 wilayah menerima dampak kemarau ini yang dikatakan berpunca dari perubahan cuaca global.

Efek dari kemarau ini diramalkan sama luar biasa dengan keluarbiasaan banjir yang lalu. Ianya turut bakal mempengaruhi pengeluaran beras negara gajah putih ini.


Drought now affecting 39 provinces
Published: 12/04/2012 at 11:10 AMOnline news: Local News

A total of 39 provinces have been hit by the current drought, affecting people in 22,889 villages, the Disaster Prevention and Mitigation Department reported on Thursday.

The department’s director general Wibul Sanguanpong said of the total, 14 provinces were in the North: Kampaengphet, Lampang, Lamphun, Sukhothai, Nan, Phayao, Phitsanulok, Phrae, Uttaradit, Chiang Rai, Chiang Mai, Petchabun, Uthai Thani and Phichit.

Another 14 provinces in the Northeast were also affected: Loei, Nongkhai, Nong Bua Lamphu, Sis Sa Ket, Khon Kaen, Amnatcharoen, Mahasarakham, Buri Ram, Udon Thani, Kalasin, Ubon Ratchathani, Yasothon, Chaiyaphum and Nakhon Ratchasima.

Five central provinces of Petchaburi, Suphanburi, Prachuap Khiri Khan, Kanchanaburi and Ratchaburi were also affected.

Six provinces in the East suffering water shortages are Chanthaburi, Chachoengsao, Chonburi, Trat, Prachinburi and Nakhon Nayok, he said.

Semenanjung Malaysia Bukan Lagi Zon Bebas Gempa Bumi!

Ini adalah kawasan di Semenanjung yang telah mula aktif mengalami gempa bumi yang bukan disebabkan oleh gempa bumi di Sumatera. Gempa bumi ini berlaku di kawasan tersebut secara sendirinya. Maklumat menunjukkan gempa bumi ini mula aktif berlaku selepas gempa bumi Aceh 2004. Menurut pakar, Semenanjung Malaysia terhasil dari garis gempa purba yang telah tidak aktif. Kejadian-kejadian gempa di atas selepas tahun 2004 menunjukkan pengaktifan semula garis gempa semenanjung.

Gempa bumi semalam kali pertama merupakan gerakan mendatar yang tidak memberi gangguan ke atas isipadu air lautan justeru tidak mengakibatkan tsunami. Namun, ia memberi ruang kepada fault line purba di semenanjung yang kembali aktif beberapa tahun lalu untuk semakin aktif akibat momen yang terkilas.

Maka gempa yang kedua yang berlaku dua jam selepas gempa yang pertama semalam menyaksikan kawasan semenanjung terutamanya kawasan Manjung yang pernah mengalami gempa bumi 3.3 pada skala richter pada kedalaman 3km pada tahun 2009 mengalami gegaran yang kuat.

Persoalannya, bilakah secara rasminya, semenanjung akan diletakkan dalam peta gempa dunia memandangkan semenanjung Malaysia kini bukan lagi kawasan bebas gempa?

Ketika industri pembinaan kebingungan untuk memasukkan faktor gempa dalam rekabentuk bangunan tinggi, seharusnya kerajaan menetapkan satu kod yang standard untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjamin keselamatan rakyat telah mengambil tempat.

Tiga Warga Patani Dibunuh Malam Tadi

Tiga penduduk kampung ditembak mati oleh individu tidak dikenali ketika mereka meninggalkan sebuah masjid di Penarik, Patani malam tadi jam 10.40 malam waktu Malaysia.

Ditemui di kawasan tersebut ialah kelongsong peluru AK47.

Seperti biasa, polis menuduh ia dilakukan oleh militan Muslim.

Three slain leaving Pattani mosque
Published: 12/04/2012 at 01:08 PMOnline news: Local News

Three villagers were killed when gunmen opened fire at them as they were leaving a mosque in Pattani's Panare district on Wednesday night.

Pol Lt-Col Manit Panthong, chief of the Pattani forensic police, said 16 spent AK47 cartridge shells were recovered from in front of the mosque at Ban Na Phrao in tambon Panare.

The attack occurred about 9.40pm.

A pick-up truck parked near the mosque and two nearby houseswere also hit by AK47 bullets, he said.

Police were investigating, but initially blamed Muslim militants.

Australia Lebih Kerap Menggunakan Perkataan Indon


Rakyat Indonesia sangat marah apabila kita memanggil mereka Indon. Anwar Ibrahim juga menjadikan isu ini sebagai modalnya menghina Malaysia semasa di Indonesia. Tetapi sejauh manakah perleluasaan penggunaan perkataan Indon itu berlaku di Malaysia?

Lihatlah akhbar The Sydney Morning Herald menggunakan perkataan Indon sebagai tajuk berita.

Mereka menyebut Indonesia sebagai Indon sejak sekian lama. tetapi mengapa preman-preman Indonesia tidak menyerang kedutaan Australia?

Ini kerana tiada pembangkang Australia menggunakan Jakarta sebagai pengkalan untuk memburuk-burukkan negara sendiri sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin tidak bermoral Malaysia, Anwar Ibrahim.

Kebiadapan Ahli Parlimen Pembangkang


Dulu-dulu kita selalu lihat Parlimen kanak-kanak di TV. Sebagai menyemai rasa tanggungjawab menjadi wakil rakyat di usia muda, atau sebagai 'parody' tidaklah diketahui. Tetapi, pemimpin pembangkang PKR yang terkenal dengan manifestasi republikan (penghapusan kuasa feudal) jelas menzahirkan sikap biadap dan kurang ajar mereka terhadap beberapa Sultan semasa pertabalan YDPA semalam.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka.

Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.

Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

Daulat Tuanku. - AIDC

Syukurlah, Gempa Paling Kuat, Tetapi Tiada Nyawa Melayang

Seberapa kuat gempa bumi semalam? Jawapannya sangat kuat. Kawasan yang merasainya sangat luas. Lebih luas dari kawasan yang merasai gempa 9.1 pada skala Richter pada 24.12.2004 yang menghasilkan tsunami dan membunuh lebih 200,000 orang. Tetapi, bagaimanakah tsunami yang terhasil hanya 1.02 meter dan tidak langsung merosakkan walupun sebuah pondok di tepi pantai? Bagaimana ini boleh berlaku?

The M8.6 April 11, 2012 earthquake off the west coast of northern Sumatra, Indonesia, occurred as a result of strike-slip faulting within the oceanic lithosphere of the Indo-Australia plate. The quake was located approximately 100 km to the southwest of the major subduction zone that defines the plate boundary between the Indo-Australia and Sunda plates offshore Sumatra. At this location, the Indo-Australia plate moves north-northeast with respect to the Sunda plate at a velocity of approximately 52 mm/yr.

Large strike-slip earthquakes, while rare, are not unprecedented in this region of the Indo-Australian plate. Since the massive M 9.1 earthquake that ruptured a 1300 km long segment of the Sumatran megathrust plate boundary in December of 2004, three large strike-slip events have occurred within 50 km of the April 11, 2012 even. These earthquakes occurred on April 19 2006 (Mw6.2), October 4 2007 (Mw6.2) and January 10, 2012 (Mw7.2). In all three cases, the style of faulting was similar. These events align approximately with fabric of the sea floor in the diffuse boundary zone between the Indian and Australian plates.


Tidak seperti gempa 2004 yang megagalkan garisan subduksi sepanjang 1300 km secara menegak, gempa kali ini adalah pergerakan mendatar permukaan yang tidak mengakibatkan gangguan pada isipadu air.

Namun kepanikan masyarakat tetap ada demi sebarang kemungkinan. Justeru, bersyukurlah dengan gempa sekuat ini tiada nyawa yang melayang membuktikan Allah maha berkuasa atas sesuatu dan sangat terang dalam memberi peringatan kepada kaum yang mahu berfikir.