Wednesday, March 12, 2014

Riau kemarau, Jakarta banjir

Cuaca kering dari himesfera utara turut memberi kesan kepada Riau apabila kebakaran tanah gambut memburukkan jerebu di Medan, Padang dan Pekanbaru.



Sementara itu di Pulau Jawa,  banjir melanda Jakarta akibat hujan lebat yang turun mulai pagi tadi dan corak cuaca basah ini telah berlanjutan sejak sebulan lalu.

Punca Jerebu Mac 2014



Menghairankan. Ketika teman naik pesawat ke Krabi pada 27 Februari lepas, terlihat jelas kebakaran yang berlaku di pinggir barat KLIA dan sehingga teman lihat imej satelit MODIS Aqua 11 Mac 2014 di atas, kebakaran tersebut masih terjadi.

Tidak guna melarang orang ramai membakar secara terbuka dengan ancaman denda sehingga RM100,000 jika kebakaran di sebelah pintu masuk negara yang berlanjutan berminggu-minggu itu belum pun dipadamkan.

Jerebu kali ini tidak boleh dipertundingkan ke masalah kebakaran di Riau yang ternyata sudah terlalu kritikal. Mujur sahaja angin tidak bertiup dari sana pada masa ini. Jika tidak, IPU dengan mudah boleh mencecah 500.

Jerebu yang berlaku di Semenanjung kali ini berpunca dari kebakaran dalam negara dengan punca terbesar dari negeri Pahang iaitu kebakaran di kawasan Muadzam Shah, Pekan dan Gambang di mana asap kebakaran tersebut dalam cuaca kering ini bergerak sehingga 300 km ke sebelah barat dan menyelimuti Lembah Klang pada ketika tertentu.

Selangor mencatatkan kebakaran besar di sekitar Banting dan Hulu Selangor dengan asap memasuki Selat Melaka, menambah lagi kepekatan jerebu di wilayah Riau walaupun dalam kadar yang nipis berbanding dengan kebakaran yang tercetus di sana.

Juga, berlaku kebakaran di beberapa kawasan terpencil di pantai timur Johor yang turut menyumbang jerebu di sana.

Janganlah terlalu menunjukkan kita tidak berdaya dalam menangani krisis ini yang mencetus masalah kesihatan kepada jumlah masyarakat yang rawan kepada penyakit yang berpunca kepada kemerosotan kualiti udara. 

Adakah hanya jika jerebu tebal menyelimuti 24 jam, barulah tindakan tergesa-gesa diambil?



Kisah seorang lagi juruterbang MH370 yang hilang, yang kurang diketahui umum

Setelah menyingkap tentang hebahan media Australia mengenai salah seorang juruterbang yang mengendalikan pesawat MH370 yang hilang, disingkap pula kisah seorang lagi juruterbang pesawat malang tersebut yang ternyata, berbeza personaliti dengan yang seorang lagi.

Beliau ialah Kapten Zaharie Ahmad Shah yang rapat dengan Kapten Norudin Abdul Majid, juruterbang yang bertanggungjawab memperkenalkan Boeing 777-200 kepada Malaysia Airlines yang membuatkan penonton TV3 terpana dengan kenyataan beliau semasa diwawancara dua hari lalu di waktu perdana berhubung kehilangan pesawat MH370.

Kapten Norudin menjelaskan dengan penuh hikmah tentang soalan bagaimana cara untuk menjadi juruterbang yang baik, iaitu seseorang juruterbang itu mestilah dekat pada Allah dan melaksanakan solat 5 waktu tanpa meninggalkannya. Frasa yang diungkap olehnya " di mana berakhirnya sains, disitulah bermulanya qudrat Allah" pantas menjadi popular dan Kapten Norudin dengan pantas disokong oleh ramai orang Islam di Malaysia pada ketika ini atas dakwahnya di saluran TV di waktu perdana.

Apakah kenyataan beliau adalah cerminan penyampaian jujur ke atas apa yang berlaku hari ini di kalangan petugas penerbangan?

Apakah percanggahan personaliti dua juruterbang yang mengendalikan pesawat MH370 yang hilang ini berkait dengan misteri kehilangan pesawat tersebut? 

Seorang yang telah berusia dengan pengalaman penuh di dada dan mempunyai kekuatan spiritual dan seorang lagi yang masih muda, masih memberontak jiwanya seperti orang muda yang lain.

Manusia yang tidak mengetahui apa-apa hanya mampu membuat spekulasi. Pun begitu di bawah ini adalah petikan dari sebaran di Facebook Anak Pendang Sekeluarga


Kapten Norudin Abd Majid ketika ini sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh,kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan #MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah #PilotMH370 (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.

Siapa itu Kapten Nurudin Abd Majid?

Beliau adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia,beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.

Apabila Kapten Nurudin Abd Majid meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan #MH370 , seakan-akan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau.




Media Australia laporkan kelakuan salah seorang juruterbang MH370 yang hilang berdasarkan pengakuan seorang gadis

Beredar di media Australia pengakuan seorang wanita warganegara negara tersebut tentang keberadaannya di kokpit Penerbangan Malaysia semasa dalam perjalanan dari Phuket ke Kuala Lumpur pada tahun 2011. 

Dia tampil memberi kenyataan media setelah mendapati salah seorang juruterbang yang mengajaknya untuk masuk ke kokpit pesawat itu adalah salah seorang juruterbang yang mengendalikan MH370 pada 8 Mac lalu, yang hilang sehingga kini belum dapat ditemui bersama 227 penumpang dan 11 anak kapal lainnya.

Wanita ini mendakwa sikap bersahabat atau friendly yang ditunjukkan oleh juruterbang tersebut dalam mempelawa dia dan rakannya untuk masuk ke kokpit dianggap sebagai peluang keemasan untuk melihat kerja seorang juruterbang manakala media Australia itu melaporkan bahawa pihak MAS tidak membenarkan walau dalam apa keadaan pun untuk penumpang masuk ke kokpit terutamanya ketika berlepas dan mendarat.

Wanita ini juga mendakwa juruterbang tersebut merokok dalam kokpit yang dirasakannya tidak dibolehkan namun media tersebut menjelaskan peraturan larangan merokok hanya terpakai pada penumpang dan krew di dalam kabin, bukannya di kokpit.

Juruterbang tersebut juga dakwanya mempelawa untuk ditemani sepanjang berada di Kuala Lumpur. 

Dia juga menyebut bahawa dia merasa sedih melihat posting-posting di Facebook juruterbang tersebut ketika ini dan pada masa yang sama menyatakan bahawa dia tampil memberi kenyataan bagi membantu siasatan yang pada hemat teman, cuba menjelaskan tabiat di kokpit juruterbang tersebut.

Juruterbang yang dimaksudkan ini turut mendapat perhatian setelah dia bergambar dengan wartawan CNN yang menjalankan penggambaran dalam pesawat sama yang terbabit dalam insiden hilang di udara ini. 

Pihak MAS dalam pada itu mengaku terkejut dengan berita ini namun meletakkan hal ini ke tepi bagi menumpukan misi mencari pesawat MH370 dan bagi menghormati keluarga penumpang dan krew yang terlibat.

Setiap kali teman atau mana-mana individu sekalipun menaiki pesawat, debaran pasti ada saat pesawat berlepas sehingga isyarat tali pinggang dipadamkan. Seterusnya kelihatan setiap masing-masing memejamkan mata bagi mengaburi persepsi orang lain yang memikirkan bahawa seseorang itu sedang santai walaupun hakikatnya, setiap penumpang, dengan penuh harapan, mendambakan kawalan pesawat dari juruterbang yang berintegriti, bertanggungjawab dan berkemahiran tinggi.  






Gambar pemuda Iran penumpang MH370 yang seronok di Kuala Lumpur

Diambil dari Facebook Pouria NM