Jumaat, April 30, 2010

Cina Tak Undi BN Sebab Isu Arak?

Ada teman dengor yang kekalahan BN di peti undi Cina adalah dek kerana keghairahan sesetengah puak yang memainkan isu arak dan Zaid Ibrahim.

Manakala Cina ni sembahyang pun minum, meeting politik pun minum, kenduri kahwin pun minum, ceramah politik pun minum, malam minggu minum, time lunch minum, mereka merasakan bahawa arak itu adalah setaraf darah yang mengalir dalam badan.

Ha.. Ye ker sampai macam tu?

Teman dengor lagi, tindak-tanduk menyerang Zaid dengan isu arak telah membuatkan pengundi Cina bersimpati dengan Zaid. Bukan kerana Nizar. Sebab Nizar tu semua orang tau setan skizo.

Menurut sumber, orang Cina dan arak tidak boleh dipisahkan kerana bagi mereka arak itu dah diperturunkan dari zaman tok kadok untuk mereka dari singseh sampai la kopitam.

Penentangan ke atas Zaid dengan menggunakan isu arak pada mata masyarakat Cina adalah tindakan melampau, tidak rasional dan mengganggu peribadi. Kata demer la. Bukan kata teman.

Lepas tu, kronologi kemarahan mereka katanya bermula dengan isu menyerang DAP yang menentang rampasan arak di 7 Eleven. Pendek kata macam-macam lagilah.

Teman bukan la nak menegakkan yang mungkar. Cuma tak payah la timbulkan isu-isu macamtu. Sebab majlis berbotol arak bagi demer dah macam majlis doa selamat orang Melayu.

Bagi demer, orang Islam tak boleh minum. Kalau orang Islam tu minum, mereka dah jadi sebahagian demer. Bila dah jadi sebahagian demer, maka undi pun dapat kat Zaid. Sebab dia minum arak.

Nampaknya senjata dah makan tuan.