Friday, September 14, 2012

RM2.5 juta untuk pasang penapis air di 500 sekolah di Kelantan


Alat Penapis Dipasang Di 500 Sekolah Di Kelantan Atasi Masalah Air Kotor - Muhyiddin

KOTA BARU: Kerajaan pusat akan memasang segera alat penapis air di 500 sekolah di negeri ini yang sedang menghadapi masalah bekalan air kotor, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata pemasangan alat penapis air di 500 sekolah di bawah Kementerian Pelajaran yang sudah dikenal pasti itu, dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta.
"Kita harap ini boleh mengurangkan masalah air kotor, saya tidak mahu pelajar di Kelantan menghidap penyakit yang berpunca daripada sumber air kotor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Mesra Aidilfitri di sini, Jumaat.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pemasangan alat penapis air itu berikutan kejayaan projek perintis yang dilaksanakan di beberapa sekolah di negeri ini menghasilkan air bersih yang dijamin kualitinya untuk kegunaan pelajar.
Beliau meminta pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan menyemak sekiranya masih terdapat sekolah lain yang menghadapi masalah sama untuk dipasang dengan alat penapis tersebut.
Ditanya mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) di Selangor yang menjadi kontroversi, Muhyiddin berkata komitmen kerajaan pusat ialah projek tersebut akan diteruskan dan meminta kerajaan negeri Selangor memberi kebenaran "development order" supaya kerja boleh dijalankan.
"Kita dapati dari laporan yang ada, status air di Selangor sudah sampai di tahap kritikal, ini bukan politik, ia realiti, pakar-pakar mengenai air sudah beritahu kalau kita tidak mula projek Langat 2 sekarang yang tempoh pelaksanaannya dua setengah tahun hingga tiga tahun, sampai tahun 2015, 2016 pastinya tidak cukup air, keadaan darurat air boleh berlaku.
"Komitmen kerajaan pusat ialah setuju atau tak setuju kita nak mulakan, kalau tunggu dia (kerajaan Selangor) setuju, setahun lagi baru nak panggil tender, mungkin tidak akan siap dalam masa tersebut," katanya.
Muhyiddin berkata kita hendak minta kerajaan negeri Selangor membantu penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, kerana ia melibatkan nasib rakyat dalam mendapatkan bekalan air yang mencukupi dan terjamin.
"Saya sudah minta Peguam Negara untuk meneliti Kanun Tanah Negara, ada fasal-fasal yang memperuntukkan di mana kalau ia dianggap projek nasional yang penting, kalau perlu kita boleh laksanakan juga walaupun ada halangan," katanya dan menambah kata loji tersebut akan memproses air yang diperoleh dari Pahang yang akan disalurkan melalui terowong. - BERNAMA

Imej-Imej Putera William dan Kate Middleton Melawat Masjid Assyakirin KLCC

Cukup ayu Kate Middleton berselendang. Cuma betisnya itu yang kurang ayu sedikit. Tak mengapalah. Asalkan dia sedar tuntutan menghormati rumah ibadat orang Islam antara lain mengenakan tudung kepala. Tidaklah seperti Ahli Parlimen Seputeh dan Serdang yang berketurunan Cina dari jenis komunis itu yang tetap disanjung puja oleh Islam fahaman PAS di negara ini.







Imej oleh : REUTERS

Lihatlah anak-anak raja menghormati institusi keagamaan Islam. Berbeza pula dengan anak-anak haram di bawah yang diternak oleh anak-anak gampang pembangkang :