Wednesday, May 15, 2013

Kit Siang Juga Tolak Agenda Guling Kerajaan Ala Arab Spring

Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya. Seperti Anwar, dia juga mahu bantahan dibuat secara aman dan tertib bagi menyampaikan 'dakyah' mereka kononnya berlaku penipuan dalam pilihanraya.

Selepas Anwar Ibrahim menolak Arab Spring (walaupun Nurul Izzah menyeru Arab Spring dan Tian Chua menyokong agenda menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi), Kit Siang juga menolak perlakuan ini. Tidak perlu bertanyakan PAS kerana keputusan kini dua pertiga.

Maka, atas dasar apa pelampau seperti Tian Chua, Haris Ibrahim, Hishamuddin Rais dan Adam Adli kini berdiri? Diharap Menteri KDN yang baru dapat segera 'mengerjakan' pengganggu gugat tiga ekor ini beserta konco-konco mereka. Perlakuan mereka bukan sebahagian dari budaya negara ini. 


Malaysia's Opposition not after an Arab spring: DAP leader

Updated 13 May 2013, 14:45 AEST

Malaysia's opposition is planning several political gatherings across the country this month, over last week's disputed national elections.


The protests could be the most provocative challenge to the Malaysian government in years.
Lim Kit Siang, a veteran senior member of the DAP, a component of the three-party Pakatan Rakyat, says that the Opposition is studying allegations of fraud in up to 30 constituencies.
Mr Lim, who created a political upset in the election by winning a seat in Johor state against the incumbent chief minister, says media reports of a 'wave of protests' are erroneous.

Presenter: Sen Lam
Speaker: Lim Kit Siang, member of parliament for Gelang Patah, and senior member of the opposition Democratic Action Party
LIM: Well, we're having ceramahs (political rallies) in order to explain to the people the electoral fraud, as well as the latest political situation in the country. I had one last night for instance, a DAP ceramah. Of course people are angry and frustrated that the election process has been so unfair, not having a level playing field, that has deprived the country of a government that they wanted - which is a replacement of the present government and prime minister.
LAM: Are you concerned that such ongoing protests might lead to national instability?
LIM: Well, we definitely do not want an 'Arab spring' in the sense of having national incidents and all that. We want to continue to have peaceful and orderly process, where there can be public meetings to explain to the people the latest political developments in the country, including the electoral fraud.
LAM: Isn't it time for all Malaysians now, to get together, after you've had these elections - to forward the progress of the country?
LIM: Yes, I agree there must be politics of national reconciliation, but an example must be set by the Prime Minister himself. He must adopt the language of reconciliation and not the language of national division, like his reference to the election result as a "Chinese tsunami", the talk about the Chinese not being grateful - that is not the language of national reconciliation. Similarly, as far as the electoral fraud is concerned, I think that must be addressed - the problems arising from that, the distrust, the anger, arising from the people's disappointment, cannot be ignored. But I do agree, this all must be done in a peaceful, orderly and democratic fashion, without allowing any irresponsible people to stir up trouble.

KILIK UNTUK BACAAN LANJUT

Mentaliti Rakyat Filipina Lebih Bagus Dari Malaysia?

Mereka mempunyai 52 juta pengundi berbanding kita, 13 juta sahaja. Belum ada huru-hara. Belum ada rakyat Filipina penyokong pembangkang mengadu sepeti orang bodoh di Facebook Obama merengek kerana kekalahan.

Mereka berkedudukan 2 kali ganda terkebelakang dari kita dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tiada jerit pekik rasuah. Tidak ada yang mencari-cari media asing untuk mengadu terdapatnya rasuah.

Mereka mempunyai kertas undi sebesar kertas A4 dengan senarai calon seperti menu restoran. Kiraan undi melibatkan puluhan juta lembaran undi dari ribuan pulau.

Mereka merupakan negara ribuan pulau yang terpisah-pisah. Tiada isu kotak undi masuk laut. 

Maka tertunggu-tunggulah kita bilakah pembangkang Filipina akan mengheret rakyatnya turun ke jalanraya menuduh berlaku penipuan dan rasuah dalam pilihanraya apabila pakatan pimpinan Benigno Aquino menang besar dalam Pilihanraya Pertengahan Penggal 2 hari lalu.

Atau tidak malukah kita apabila dengan bongkak mendakwa mentaliti kita lebih maju dari Filipina padahal kini terbukti tidak?

Ya. Negara kita memang kelihatan agak maju. Hasil pemerintah yang berfikiran maju. Tetapi rakyat kita belum tentu berfikiran maju.

Dengan mudah membuntuti penipuan pembangkang seperti penganut ajaran sesat mempertahankan sembahan mereka. Orang seperti ini yang sanggup merengek ke luar negara wajar sahajalah DIBUANG NEGARA.

Hanya 13 juta pengundi. Hanya 330,000 km persegi. Dengan puluhan badan pemerhati. Hingga kertas undi dikira berkali-kali. Sehingga kecoh sana sini. Sehingga rakyat ditahan sebab memiliki wajah Bangla. 

Sepatutnya kita tidaklah seteruk ini. Tetapi dengan adanya pemimpin pembangkang yang baghal, penyokong pembangkang yang racist, maka ramai rakyat yang ikut menjadi baghal.

Pada sudut ini, kita berada pada kategori yang hina lagi memalukan dari rakyat negara yang kita selalu anggap sedikit mundur dari kita.

Apapun, tahniah kepada Benigno  Aquino kerana nampaknya rakyat Filipina menyokong beliau walapun dasar memihak kepada Malaysia dalam insiden Lahad Datu yang lalu cuba digunakan oleh pembangkang negara tersebut untuk menyusutkan popularitinya.


Anwar Kekal "Menteri Demonstrasi, Stadium dan Jalanraya"

Akhirnya Khairy Jamaluddin dilantik sebagai menteri penuh. Ketika ucapan tahniah mencurah-curah masuk di laman Twitter dari sekutu mahu pun musuh dalam politik ke atas Khairy Jamaluddin, sindiran ke atas Anwar Ibrahim juga mencurah-curah masuk.

"Menteri Jalanraya Dan Stadium", "Menteri Demonstrasi", "Menteri Kesusahan Awam", "Menteri Kacau Ganggu" dan "Menteri Saman Menyaman" adalah antara lawak-lawak yang tersebar di alam maya menyindir Anwar Ibrahim.

Tahniah juga kepada calon undian teman pada PRU13 lalu, Ahmad Husni Hanadzlah yang dikekalkan portfolio Menteri Kewangan II . 

Bagi Khairy Jamaluddin, tugas pertama yang perlu dihadapi oleh beliau tentulah bagi memastikan Festival Belia Putrajaya 2013 berjalan dengan cemerlang.

Tahniah juga atas perlantikan wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak yang jelas melakar sejarah tersendiri dengan jumlah yang signifikan dan ini amat dialu-alukan teman secara peribadi.

Tanggungjawab paling berat pula terletak di bahu Zahid Hamidi yang terpaksa berhadapan kumpulan sakit jiwa yang bertegas mahu menggulingkan kerajaan walaupun tidak mendapat sambutan Pakatan Rakyat. 

Manakala perlantikan S. Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan dilihat mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat India yang selepas ini. Tentulah mereka mempunyai akses kesihatan yang lebih baik lagi berbanding sebelum ini di mana perkhidmatan kesihatan percuma di negara ini dimanfaatkan oleh kaum Cina sehabis mungkin.

P Waythamoorthy yang teman selalu hentam dulu pun telah mendapat jawatan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Justifikasi ini tentulah hanya PM Najib yang mengerti.

Walaupun tidak ada atau belum ada wakil MCA dan Gerakan di dalam Kabinet Berimbang ini, secara keseluruhannya, rakyat yang memilih BN berpuas hati dengan barisan yang dipertonjolkan ini.

Pun begitu, setiap akhbar chauvinis perlu dipantau satu persatu bagi melihat reaksi mereka kerana diramalkan laporan yang berunsur hasutan perkauman melampau pasti memuncak selepas ini.

Anwar Tolak Seruan Guling Kerajaan Idea Haris Ibrahim, Tian Chua, Hishamuddin Rais

Anwar Ibrahim memberi respon negatif kepada tindakan sekumpulan puak dalam kem nya yang menyeru penggulingan kerajaan melalui protes jalanan yang hendak diadakan. Seruan yang dibuat oleh Haris Ibrahim, Adam Adli dan Hishamuddin Rais itu turut dinadakan oleh Tian Chua yang turut sama hadir.

Pun begitu dia tidak menolak bahawa demonstrasi itu perlu tetapi perlulah bertujuan untuk mencapai objektif lontaran rasa ketidakpuashatian dengan cara aman dan tertib. Menurutnya lagi, idea penggulingan kerajaan itu tidak pernah dikemukakan kepada Pakatan Rakyat dan dakwanya itu hanyalah pendapat beberapa NGO.

Saifuddin Nasution pula mengulas bahawa apa yang dilontarkan Tian Chua dalam pertemuan penuh hasutan itu adalah pendapat peribadinya, bukannya pendapat parti secara keseluruhannya.

Adakah ini respon mereka setelah hasutan itu ditentang oleh pembaca di kalangan penyokong mereka sendiri?

Pakatan Rakyat leader Anwar says they do not condone overthrowing government through street demonstrations. 

Lisa J. Ariffin, FMT

Pakatan Rakyat today said the coalition does not condone overthrowing ruling Barisan Nasional through mass street demonstrations.

Opposition leader Anwar Ibrahim was responding to activist Haris Ibrahim's statement that pro-Pakatan Rakyat NGOs would topple the federal government through massive street rallies.

"The proposal has never been submitted to us, it has never been discussed by Pakatan. Those are the views of some NGOs," Anwar told a press conference here after a meeting involving Pakatan leaders.

He however did not fully disregard the idea of street demonstrations. Anwar maintained that street demonstrations should be held in a peaceful and orderly manner.

"We will confine purely to peaceful rallies at designated places.

"But we do not say no to peaceful rallies, we must let the people express their disgust at Umno-BN for stealing the election," he added.

On Monday, pro-Pakatan Rakyat groups vowed to overthrow the BN government within the year through a massive street rally.

Speakers at a forum unanimously agreed that waiting for five years until the next general election was too long, and vowed to overthrow BN this year through "force".

PKR vice-president and Batu MP Tian Chua had also thrown support behind their cry to overthrow BN through force, and said it was the people's choice.

"The decision to wait another five years or fight is not the right of Pakatan leaders, the results during the polls were not of Pakatan… but the rakyat's," he said.

However, PKR secretary-general Saifuddin Nasution has since said Tian's backing for the street rally was a personal stand and not reflective of Pakatan's stand.

"The official decision must come from the top Pakatan leadership, not only theirs (Tian Chua)," he added.

READ MORE HERE

Benigno Aquino dan sekutu menang, Kiram III gigit jari

Penguasaan pakatan yang diketuai Presiden Benigno Aquino dalam pilihanraya pertengahan penggal di Filipina kelmarin menyaksikan gambaran rakyat Filipina menolak tuntutan Jamalul Kiram ke atas Sabah yang disokong kuat oleh parti pembangkang pimpinan Jejomar Binay dan rakan baik Anwar Ibrahim di Filipina, Joseph Estrada.

Seperti kita ketahui Benigno Aquino sangat menjaga hubungan baik Filipina dengan Malaysia dan sangat memihak kepada Malaysia dalam usaha negara kita menangani insiden Lahad Datu terutamanya dalam menggunakan serangan ketenteraan.

Pakatan Aquino kuasai Kongres Filipina

MANILA 14 Mei - Presiden Filipina, Benigno Aquino III hari ini dilihat bakal menguasai kedua-dua dewan Kongres selepas pilihan raya umum negara ini semalam, meningkatkan harapan untuk melaksanakan perubahan bagi meningkatkan pembangunan, mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan membasmi kemiskinan.

Bagaimanapun, kemenangan bekas Presiden dan pemimpin pembangkang, Joseph Estrada sebagai Datuk Bandar Manila dilihat boleh mengganggu momentum perubahan tersebut sebelum penggal pentadbiran Aquino tamat pada 2016.

Keputusan awal pilihan raya semalam menunjukkan Estrada dan sekutunya, Naib Presiden, Jejomar Binay masih berpengaruh dalam politik Filipina dan mampu menghalang kemenangan calon pilihan Aquino dalam Pilihan Raya Presiden pada 2016.

Selepas 75 peratus undi tidak rasmi dikira, sekutu Aquino dilihat bakal menguasai Dewan Senat apabila parti perikatannya memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Aquino juga mempunyai majoriti besar dalam Dewan Rendah Kongres, menjadi satu-satunya Presiden yang mempunyai kuasa majoriti dalam Kongres sejak demokrasi dipulihkan di negara ini pada 1986.

Bekas Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos juga dipilih semula untuk mewakili wilayah Ilocos Norte manakala anak perempuannya, Maria Imelda Josefa Romualdez atau lebih dikenali sebagai Imee berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Gabenor Wilayah Ilocos Norte, buat penggal kedua.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengumumkan keputusan rasmi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Sementara itu, lapan orang dilaporkan maut dalam beberapa kejadian tembakan, serangan dan keganasan lain yang mencemarkan pilihan raya tersebut.

Polis berkata, empat lagi maut sehari sebelum hari pengundian, manakala berpuluh-puluh orang cedera dalam serangan hendap, serangan bom tangan dan pergaduhan antara penyokong calon daripada parti berbeza di pusat-pusat pengundian di seluruh negara ini. - REUTERS/DPA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130515/lu_07/Pakatan-Aquino-kuasai-Kongres-Filipina#ixzz2TJblsnrv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Santai : Parodi Mari Mengundi


CREDIT TO : AL JIBUNI 

PM China Ucap Tahniah Kepada Najib


Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya, Najib Razak bercakap melalui panggilan telefon Isnin lalu dan bersetuju untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama.

Li mengucapkan tahniah kepada Najib atas pemilihannya semula sebagai Perdana Menteri dan menyatakan bahawa hubungan China-Malaysia kini di tahap yang membuka peluang terbaik untuk lebih maju lagi.

Menurut PM China itu, Beijing bersedia mempertingkatkan komunikasi strategik dengan Malaysia dan mendalami perdagangan dua hala serta kerjasama pelaburan.

Chinese, Malaysian PMs agree to further boost ties

BEIJING, May 14 (Xinhua) -- Chinese Premier Li Keqiang and his Malaysian counterpart, Najib Razak, talked over phone Monday and agreed to further promote bilateral ties and cooperation.

Li congratulated Najib on his re-election as prime minister, saying that China-Malaysia relations now enjoy a great opportunity for further development.

Beijing, said the Chinese premier, is ready to enhance strategic communication with Malaysia and deepen two-way trade and investment cooperation.

China is also committed to boosting people-to-people exchanges with Malaysia and helping achieve new breakthroughs in key aspects of bilateral relations, so as to raise China-Malaysia ties to higher levels, Li added.

Meanwhile, China is willing to consolidate its mutually beneficial cooperation with the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) and push forward China-ASEAN relations, Li said.

For his part, Najib said the China-Malaysia relationship is of vital importance and the two countries have broad prospects for bilateral cooperation.

Malaysia hopes to continue to expand its friendly cooperation with China, and is willing to work together with China to further promote bilateral ties, Najib added.


Kita hairan mengapa puak DAP sanggup menyerbu Facebook Barrack Obama untuk mengadu kononnya berlaku penipuan dalam PRU tetapi tidak berani mengadu kepada pemimpin China. Jawapannya, negara China sendiri menyampah dengan mereka. Malah tidak menerima mereka ini untuk pulang menjadi rakyat negara mereka satu ketika dahulu kerana persekongkolan mereka dengan Taiwan. Malah pemimpin Taiwan sehingga kini tidak mengucapkan tahniah atas pembaharuan mandat Najib Razak. Oh lupa. Malaysia tidak mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah negara.

PAKATAN RAKYAT IKRAR GULING KERAJAAN BN SECARA PAKSA DENGAN PROTES JALANAN TAHUN INI



KUALA LUMPUR: Pro-Pakatan Rakyat groups have vowed to overthrow the Barisan Nasional government this year through a massive street rally. KUMPULAN PRO-PAKATAN TELAH BERAZAM UNTUK MENGGULINGKAN BN TAHUN INI MELALUI DEMONSTRASI JALANAN.

Speakers at a forum held yesterday unanimously agreed that waiting for five years until the next
general election was too long, and vowed to overthrow BN this year through “force”. MEREKA YANG BERUCAP DALAM SATU FORUM KELMARIN SECARA AMNYA BERSETUJU BAHAWA PENANTIAN 5 TAHUN UNTUK PRU BERIKUTNYA ADALAH TERLALU LAMA DAN BERAZAM UNTUK MENJATUHKAN BN TAHUN INI DENGAN PAKSAAN.

The street rally is rumoured to be as early as May 17 or 18 to overthrow BN and capture Putrajaya. DEMONSTRASI JALANAN INI DIKHABARKAN AKAN DIADAKAN SEAWAL 17 ATAU 18 MEI UNTUK MENJATUHKAN BN DAN MERAMPAS PUTRAJAYA.
“We will take to the streets and take over Putrajaya. If we really want to overthrow them, there is no other way. Democracy does not work,” Haris Ibrahim from ABU (Anything But Umno) told the 1,500-strong crowd here. "KITA AKAN TURUN KE JALAN RAYA DAN RAMPAS PUTRAJAYA. JIKA KITA BENAR-BENAR MAHU MENGGULINGKAN  MEREKA, TIADA CARA LAIN. DEMOKRASI TIDAK BOLEH DIPAKAI." UJAR HARIS IBRAHIM DARI 'ASAL BUKAN UMNO' DI HADAPAN 1500 HADIRIN.
“The people cannot wait anymore. We don’t want to wait another five years. We will take the streets,” he added. "RAKYAT SUDAH TIDAK BOLEH MENUNGGULAGI. KITA TIDAK MAHU MENUNGGU 5 TAHUN LAGI. KITAAKAN TURUN KE JALAN RAYA" UJARNYA LAGI.
PKR vice-president and Batu MP Tian Chua mirrored Haris’ cry to overthrow BN through force, and said it was the people’s choice. TIMBALAN PRESIDEN PKR MERANGKAP AHLI PARLIMEN BATU, TIAN CHUA MENGULANGI KENYATAAN HARIS UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN BN DENGAN PAKSAAN DAN MENYEBUT IANYA PILIHAN RAKYAT.
“The decision to wait another five years or fight is not the right of Pakatan leaders, the results during the polls were not of Pakatan… but the rakyat’s,” he said. KATANYA KEPUTUSAN MENUNGGU 5 TAHUN LAGI BUKAN KEHENDAK PEMIMPIN PAKATAN DAN KEPUTUSAN SEMASA PILIHANRAYA BUKAN KEHENDAK PAKATAN, TETAPI KEHENDAK RAKYAT.


‘This is not a threat, it is a promise’ INI BUKAN ANCAMAN, INI ADALAH JANJI

Meanwhile, student leader Adam Adli Halim challenged the authorities to arrest him for urging the public to overthrow the government. SEMENTARA ITU, PEMIMPIN MAHASISWA, ADAM ADLI MENCABAR PIHAKBERKUASA MENANGKAPNYA KERANA MENDESAK ORANG RAMAI UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN.
“Najib calls us the minority, but today we are proud to be the new majority in the country. We are able to mobilise and seize back our democracy that was stolen from us,” he said to loud cheers. MENURUTNYA, NAJIB MENYEBUT BAHAWA MEREKA ADALAH MINORITI TETAPI HARI INI, KITA BERBANGGA BAHAWA KITALAH MAJORITI BARU DI DALAM NEGARAINI. KITA MAMPU BERGERAK DAN RAMPAS KEMBALI DEMOKRASI YANG DICURI DARIPADA KITA SAMBIL DISAMBUT DENGAN SORAKAN.
“We cannot wait for five years to overthrow Umno and BN, 2013 is ours. We will bring them down. "KITA TAK BOLEH TUNGGU LAGI 5 TAHUN UNTUK MENGGULINGKAN UMNO DAN BN. 2013 IALAH TAHUN KITA. KITA AKAN JATUHKAN MEREKA."
“I urge the people of Malaysia to unite and go down to the streets to take back what is ours. Elections won’t overthrow the government, the people’s power will,” he added. "SAYA MENGGESA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA BERSATU DAN TURUN KE JALANRAYA UNTUK MERAMPAS KEMBALI HAK KITA. PILIHANRAYA TIDAK MENJATUHKAN KERAJAAN, KUASA RAKYAT BOLEH!" KATANYA LAGI.
Electoral watchdog group Bersih 2.0 steering committee member  Hishamuddin Rais pointed out that it was useless to take their unhappiness to the courts as he claimed the justice system was being controlled by the government. AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN PEMERHATI PROSES PILIHANRAYA BERSIH 2.0 , HISHAMUDDIN RAIS MENYEBUT, TIADA GUNANYA MEMBAWA KETIDAKGEMBIRAAN MEREKA KE MAHKAMAH DENGAN MENDAKWA SISTEM PERUNDANGAN DIKAWAL KERAJAAN.

“That is why we must take to the streets. We have to come out. What Najib likes is wrong, and what he doesn’t like is what we have to do,” he said. "SEBAB ITULAH KITA MESTI TURUN KE JALANRAYA. KITA MESTI KELUAR.APA YANGNAJIB SUKAI ITU SALAH. APA YANG TIDAK DIA SUKAI ITULAH YANG PERLU KITA LAKUKAN" UJARNYA LAGI.
“We will mobilise a big group and rally on the streets. This is not a threat, this is a promise,” he stressed. "KITA AKAN GERAKKAN KUMPULAN YANG BESAR UNTUK BERHIMPUN DI JALANAN. INI BUKAN ANCAMAN. INI JANJI:KATANYA LAGI.
Following the general election on Sunday that saw ruling Barisan Nasional capture their 13th consecutive victory, Pakatan and their supporters have claimed that the polls were rigged. SEGALANYA BERMULA PADA PILIHANRAYA UMUM LALU YANG MENYAKSIKAN BN KEMENANGAN KE 13 MEREKA BERTURUT-TURUT DAN PAKATAN BERSAMA PENYOKONGNYA MENDAKWA BAHAWA PILIHANRAYA ITU DICEMARI PENIPUAN.

Pun begitu, tindakan ini turut dikecam penyokong Pakatan sendiri melalui ruangan komen di artikel asal. Kebanyakannya bimbang bahawa hidup mereka tidak akan lagi setenteram hari ini apabila berlakunya hal ini dan mahukan ekstrimis mereka ini memikirkannya kembali.
Persoalan besar ialah, bersediakah majoriti penyokong Pakatan Rakyat yang memiliki segala-galanya ini untuk kehilangan segala-galanya demi nafsu kuasa yang buas yang dilaksanakan oleh golongan jalanan yang tidak mempunyai apa-apa melainkan kehidupan bak sampah pencetus anarki seperti Hishamuddin Rais, Haris Ibrahim dan Adam Adli ini?
Dan bersediakah mereka yang menyokong BN untuk mempertahankan sistem undi elektoral yang cuba mereka nafikan dengan kacau ganggu ini?
Bersediakah kita menjadi SYRIA yang baru seperti yang diidamkan oleh pemuka-pemuka pembangkang?

Obama telefon Najib iktiraf keputusan PRU-13




KUALA LUMPUR 14 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


Dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memberitahu, Obama turut diberi penerangan ringkas tentang usaha kerajaan memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

"Obama mengucapkan tahniah kepada Najib di atas kejayaan beliau menerima mandat daripada rakyat untuk terus memimpin negara ini," jelas kenyataan itu.

Dalam perbualan telefonnya dengan Najib, Obama telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di ibu negara pada 11 dan 12 Oktober ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Malaysia dan AS akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa.

Obama turut menyentuh perdagangan dua hala dan pelbagai hala manakala secara khusus beliau mengharapkan inisiatif Kerjasama Trans Pasifik (TPP) akan dimeterai dalam masa terdekat.

Kedua-dua pemimpin tidak ketinggalan berbincang tentang isu pengawalan senjata nuklear.

Sementara itu, Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi dan minat yang ditunjukkan oleh Obama terhadap Malaysia serta komitmen Presiden AS tersebut untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara.


DISEBALIK KERJA MEMALUKAN TENTERA MAYA DAP YANG MENYESAKKAN FACEBOOK OBAMA DENGAN TUDUHAN KONONNYA BERLAKU PENIPUAN DALAM PILIHANRAYA, MEREKA  DENGAN PENUH HINA DITAMPAR KIRI KANAN DEPAN BELAKANG OLEH OBAMA. 

PENGIKTIRAFAN INI HANYA UNTUK DIPROTES OLEH PUAK SASAU DI NEGARA INI? TANGGUNGJAWAB KITA IALAH UNTUK MENENTANG PUAK SASAU YANG MAHU MENGGULINGKAN KERAJAAN SECARA PAKSA.