KUALA KANGSAR 19 April - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini meminta kerajaan campuran negeri ini yang baru supaya memenuhi segala janji-janji mereka semasa kempen pilihan raya yang lalu.
Baginda mahu segala yang dikata dikotakan dan seluruh tenaga serta fikiran dijuruskan untuk memajukan negeri.
Menurut baginda, masa berkempen sudah berakhir dan kini adalah masa untuk bekerja.
''Berkempen dan bekerja sangat berbeza. Segala janji hendaklah dipenuhi dan segala kata perlu dikota," titah baginda sempena Istiadat Menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak Ke-80 di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad mendahului senarai 773 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-80 Baginda.
Abdul Hamid menerima darjah kebesaran Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Menteri Besar Perak Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Ke-10 pada 17 Mac lepas pula menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.
Titah Sultan Azlan, antara yang perlu dilakukan ialah menambah baik prasarana, menarik pelaburan, merapatkan jurang pendapatan, menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah, membasmi kemiskinan, membangunkan modal insan dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Baginda juga menasihatkan kerajaan yang baru supaya melaksanakan urus tadbir secara adil dan setiap rakyat wajib diberikan perhatian yang saksama tanpa mengira agama, kaum, jantina mahupun fahaman politik.
''Kerajaan beta hendaklah melaksanakan urus tadbir secara adil dan setiap rakyat wajib diberikan perhatian yang saksama tanpa mengira agama, kaum, jantina mahupun fahaman politik," titah baginda.
Sultan Azlan bertitah, dasar-dasar pembangunan yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara hendak- lah diteruskan.
Titah baginda, di samping itu, kerjasama dengan Kerajaan Pusat perlu dijalin, khazanah negeri perlu diurus secara amanah, keamanan negeri hendaklah terjamin dan hubungan harmoni antara rakyat perlu dipupuk.
''Kepentingan negeri dan kepentingan rakyat hendaklah mengatasi kepentingan politik kepartian," tegas baginda.
Dipetik dari Mingguan Malaysia - 20 April 2008