Jumaat, Mei 31, 2013

Jalan Tambunan - Penampang Putus Akibat Tanah Runtuh

Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak petang semalam mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon, di kilometer 21 Jalan Penampang-Tambunan dekat sini hari ini.

 

Kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu itu mengakibatkan jalan itu ditutup sementara kepada lalu lintas.

Ketua Polis Penampang DSP Ratan Kumar Singh berkata tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

"Justeru, orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif seperti Jalan Kimanis-Keningau," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K. Ramin dalam satu kenyataan berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.04 pagi dan sepasukan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba Penampang tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Datuk John Anthony berkata pihaknya telah menutup keseluruhan jalan dan polis peronda berada di lokasi bagi membantu mengawal lalu lintas.

"Kerja membaiki jalan Penampang-Tambunan sedang dijalankan dan jalan itu dijangka boleh dilalui semula kira-kira 7 malam ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.

Mengenai kejadian tanah runtuh membabitkan Jalan Merakau, Ranau, dekat sini malam semalam, John berkata jalan itu telah siap dibaiki dan kini boleh dilalui pengguna.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 8 dan 11 malam membabitkan bahagian jalan yang dalam pembinaan. (Bernama)

Autonomi Sabah : Bila Kera Kena Belacan

AUTONOMI Sabah adalah antara retorik kebencian yang sering dimainkan oleh pemimpin PR dalam agenda anti-Federalisme mereka. 

Namun bila pemimpin Sabah melaksanakan autonomi dalam aspek imigresen, mereka pula yang gagal untuk menghormati keputusan pemimpin Sabah. Autonomi dalam aspek imigrasi dan kemasukan ke dalam negeri Sabah merupakan salah satu perkara di dalam Memorandum 20 Perkara Borneo Utara ketika bersetuju menyertai Malaysia pada tahun 1963. 

Perkara 6 dalam Memorandum 20 Perkara adalah mengenai aspek Imigresen, yang menyatakan bahawa - Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri. 


Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. 

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara. 

Nampaknya pemimpin PR bercakap hanya macam burung kakak tua ketika berceramah tentang autonomi Sabah dan sewaktu memainkan sentimen anti-Federalism - mereka tak faham pun apa yang mereka kata.
 - Tun Faisal

Saari Sungib Diajar Dengan RM300,000

Kuat menipu, hebat memfitnah. Mendapatlah akibat. ADUN Hulu Klang mendapat pengajaran bernilai RM300,000 yang diperintahkan mahkamah untuknya membayar ganti rugi ke atas Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor yang tercemar imejnya dek tabiat menipu si tertuduh. Menjadi pengajaran kepada yang lain pula.

Saari Sungib diperintah bayar RM300,000

SHAH ALAM 30 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Hulu Klang, Saari Sungib (gambar) diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah dalam satu kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini.

MAIS dan Pemegang Amanah LZS selaku pihak plaintif mengemukakan saman itu terhadap Saari berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk 'Siasat Pindah Wang LZS' yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi tersebut pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, mahkamah memutuskan pihak plaintif yang diwakili peguam daripada firma guaman, Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua berjaya membuktikan kewujudan elemen fitnah melalui kenyataan Saari dalam akhbar berkenaan.

''Sehubungan itu, Hakim Datuk Suraya Othman telah mengarahkan Saari membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi keterlaluan RM100,000 kepada plaintif.

''Beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM30,000 dan faedah pada kadar lapan peratus ke atas jumlah RM300,000 dari tarikh keputusan sehingga penyelesaian penuh,'' katanya dalam kenyataan tersebut.

Memetik kenyataan dalam akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009 itu kata Mohamad Adzib, Saari mendakwa berlaku pemindahan wang zakat yang tidak diagihkan oleh LZS bernilai jutaan ringgit ke satu akaun lain pada 11 Disember 2008.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130531/ma_02/Saari-Sungib-diperintah-bayar-RM300000#ixzz2UpHHfFSz 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Disekat Masuk Sabah, Nurul Izzah Dibiar Berlapar?


Nughul Ijjah tak dibenarkan masuk ke Kota Kinabalu... Selepas mendarat di Lapangan Terbang KK... Dan diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur... Lepas tu mengadu kat bapak dia... Dia tak diberi makan dan minum... Habis tu KFC yang dah siap bungkus depan dia tu siapa punya? Anak, mak dengan bapak sama je perangai... Kuat muhong...

Khamis, Mei 30, 2013

Biadap! Jalur Gemilang Ditebalikkan


Permandangan ini kelihatan di Kompleks Queensbay atau Queensbay Mall di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/05/jalur-gemilang-dikibarkan-terbalik-di.html#GcDfjutoTGsmeJXr.99 

Genting Oil Jumpa Simpanan Gas 2 Trillion Kaki Padu

Seperti berjudi bak 'core business' yang dilakukannya, nasib menyebelahi Genting Oil, anak syarikat Genting Group Malaysia di Indonesia apabila mereka menemui medan gas asli bersimpanan 2 trillion kaki padu setelah berusaha meneroka selama 8 tahun di Wilayah Papua. Terdapat 6 pengusaha asing telah cabut lari dalam tempoh3 hingga 6 tahun di sana apabila mendapati telaga yang mereka korek menuju ke lubang gas yang kosong. Setiap lubang telaga diusakan dengan kos hampir US$200 juta. Walaubagaimanapun temuan itu adalah untuk kegunaan industri petrokimia di Indonesia.


Perusahaan Malaysia Dapat Gas 2 Triliun Kaki Kubik di Papua Setelah Usaha 8 Tahun

Rista Rama Dhany - detikfinance
Rabu, 29/05/2013 12:22 WIB


Jakarta - Perusahaan migas asal Malaysia yakni Genting Oil berhasil mendapatkan gas bumi di Papua dengan cadangan 2 triliun kaki kubik (TCF). Penemuan ini didapat setelah usaha selama 8 tahun.

"Genting Oil eksplorasi selama 8 tahunan baru dapat gas di Papua," kata Kepala Satuan Kerja Khusus Pelaksana Kegiatan Hulu Minyak dan Gas Bumi (SKK Migas) Rudi Rubiandini dalam pesan singkatnya, Rabu (29/5/2013).

Diungkapkan Rudi, tidak mudah untuk mendapatkan minyak dan gas di wilayah Indonesia Timur. Karena medan dan investasi yang dibutuhkan sangat besar, salah satunya karena infrastruktur di sana belum terbangun sebaik di wilayah Indonesia Barat, namun masa depan migas Indonesia akan ada di bagian timur.

"Faktanya ada 6 KKKS (perusahaan migas) tidak dapat apa-apa. Setelah eksplorasi 3-6 tahun di wilayah Indonesia Timur, sumur yang di bor dry hole semua, satu sumur habisnya bisa US$ 200 juta, hengkang mereka," ucapnya.

Rudi mengatakan, perlu dana investasi besar untuk teknologi jika sebuah perusahaan ingin mendapatkan minyak atau gas di wilayah timur Indonesia.

"Agar banyak perusahaan minyak yang mau investasi di sana perlu adanya insentif. Ini tujuannya untuk menambah cadangan migas Indonesia dan menambah pendapatan negara," tandasnya.

Seperti diketahui, saat ini ada BP Tangguh yang mendapatkan gas bumi di Papua dan 100% gas diekspor keluar negeri. Namun baru pada 2018 akan ada gas dari Papua yang dijual ke dalam negeri.

Sementar untuk Genting Oil, rencananya gas yang didapatkan dari Papua tidak akan diekspor, dan digunakan untuk kebutuha nindustri petrokimia di Indonesia.

Saat ini Total E&P Indonesie perusahaan asal Prancis juga sedang mencari minyak dan gas di tanah Papua tepatnya di bagian 'kepala burung'.

Singapura Bidas Pakatan Rakyat

Selepas Global Research membuat u-turn berikutan ditipu Pakatan Rakyat kononnya mereka akan menang , nampaknya Singapura juga melakukan hal yang serupa. Terbaharu, negara  singa duyung tersebut memberi amaran keras ke atas pembangkang di negara ini yang cuba mencampuri ehwal negara tersebut berikutan penangkapan gundik-gundik demonstrasi mereka yang ditahan di Taman Merlion atas dakwaan tidak mengendahkan amaran polis supaya menghentikan perhimpunan haram.

Jangan guna Ahli Parlimen, parti

SINGAPURA 29 Mei - Kerajaan Singapura menegaskan untuk menolak sebarang campur tangan daripada mana-mana Ahli Parlimen ataupun parti-parti politik Malaysia berhubung tindakan yang diambil ke atas rakyat negara itu yang berdemonstrasi baru-baru ini.

Kenyataan itu dibuat ekoran beberapa pesalah rakyat Malaysia dipercayai cuba menggunakan Ahli Parlimen atau pun parti politik mereka untuk mengemukakan petisyen terhadap hukuman yang dikenakan.

Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat tengah malam tadi memaklumkan, tindakan membabitkan pihak luar merupakan cubaan untuk mendapatkan layanan istimewa dan lebih kepada mempolitikkan lagi apa yang dilihat sebagai isu undang-undang dan ketenteraman domestik di Singapura.

"Inilah sebabnya mengapa kami menentang kuat isu dan politik dari luar dibawa ke negara ini.

"Singapura menghargai hubungan bilateral dengan negara jiran berdasarkan amalan saling menghormati dan prinsip tidak campur tangan dalam urusan negara lain," tambah kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, Singapura tidak campur tangan dalam urusan domestik negara lain dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak asing campur tangan dalam hal ehwal dalamannya.

"Adalah jelas beberapa rakyat Malaysia yang menyertai dua perhimpunan haram di Merlion Park dengan sengaja mengendahkan amaran polis.

"Mereka telah melanggar undang-undang negara ini dan bakal dikenakan hukuman yang sewajarnya," katanya. - BERNAMA


Kotobian Tadao Tagazo Do Kaamatan



Pesta Menuai merupakan perayaan terbesar kaum Kadazandusun Murud. Ia disambut setiap 30 dan 31 Mei. Blog ini mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Menuai kepada yang meraikannya di Sabah mahupun di Semenanjung.

Rabu, Mei 29, 2013

Guru ramai pembangkang?


DI SEKOLAH saya bekerja ada lebih 80 orang guru tetapi tidak sampai 10 peratus yang pangkah BN, yang lain semua pangkah pembangkang.

Malah seorang ustazah dengan bangga mengatakan bahawa dia pangkah DAP, kerana terlalu benci dan sakit hati kepada UMNO.

Dalam bilik guru semua guru bercakap tentang keburukan kerajaan. Menghentam UMNO. Mereka maki hamun kerajaan yang banyak menolong mereka. Apa saja kerajaan buat semuanya salah.

Fenomena ini bukan saja berlaku di sekolah saya malah sekolah seluruh Malaysia dan jabatan kerajaan yang lain. Saya tidak tahu apa masalah guru. Apa lagi mereka mahu. Di mana fikiran logik mereka sebagai seorang pendidik. Kemudahan terbentang luas. Bukti kejayaan di depan mata. Kebenaran sudah nampak, tetapi masih termakan hasutan pembangkang.

Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk saja. Bila bajet semua bertenggek depan TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskan Islam dan Melayu.

Wahai guru belajarlah bersyukur dan berterima kasih. DAP penipu besar. Buat apa kita pangkah dia.

Dia guna PKR untuk menipu orang Melayu. Tetapi orang Melayu berpolitik sangat bodoh. Orang Cina sudah bersatu untuk menentang Melayu, tetapi kita berpecah belah. Buat fitnah sesama sendiri.

Marilah kita bersatu. Inilah formula yang terbaik untuk memperkukuhkan Islam dan orang Melayu. Kalau DAP dan MCA boleh berpakat dan bersatu, mengapa orang Melayu bermusuhan.

Negara kita pelbagai kaum, kalau kita tidak bersatu bangsa lain yang untung dan mereka tepuk tangan.

Lihatlah bangsa kita sudah tidak terurus dan porak-peranda.

Melayulah paling ramai menghasilkan anak luar nikah dan buang bayi. Melayulah paling ramai penagih. Bangsa apa yang menjadi peragut dan siapakah mat rempit, bohjan dan bohsia?

Sumbang mahram berlaku sana sini. Lihatlah berapa ramai anak Melayu tidak tahu mengucap dan tidak pandai membaca al-Quran.

Tetapi ustaz dan ustazah hanya pandai berpolitik di sekolah. Ini dosa siapa? Cuba tanya diri sendiri, pernahkah ustaz dan ustazah buat kelas tambahan untuk anak bangsa sendiri bagi menyelesaikan masalah ini? Tidak perlulah mencari kesalahan orang lain kalau tanggungjawab sendiri pun kita abaikan.

Kalau mahu wujudkan negara Islam kita mestilah Islam diri kita dahulu, lepas itu Islamkan keluarga kita, kemudian masyarakat seterusnya negeri dan akhir sekali barulah Islamkan negara.

Ummah mantap negara kuat. Bila kita kuat tidak ada isu murtad, isu kalimah Allah, isu buang kepala babi di kawasan masjid, isu memprotes suara azan dan akhir sekali tidak akan ada isu mengkristiankan umat islam.

Sejarah telah memberi banyak pengajaran dan tidak pernah menipu kita.

Lee Kuan Yew, PM Singapura pertama sanggup masuk kampung Melayu dan pakai songkok bagi mendapat sokongan orang Melayu untuk Singapura berpisah dengan Malaysia.

Akhirnya Melayu dapat hampas saja. Di Selangor DAP sanggup masuk masjid untuk menunjukkan mereka boleh membela Islam dan melayu.

Maka orang Melayu pun tersengeh termasuklah yang pakai serban dan berjanggut. Tetapi DAP kata orang Melayu sudah masuk perangkap.

Ekonomi dalam genggaman. Kuasa politik sebelah tangan. Pulau Pinang sudah tumbang. PKR dan Pas masih berangan-angan.

Percayalah bangsaku. DAP tidak pernah jujur dengan kita. Mereka ada muslihat. Mereka nak ubah seluruh sistem pemerintahan negara supaya menguntungkan mereka. Mereka tidak mahu emas. Mereka tidak mahu jambatan terpanjang. Mereka tidak mahu universiti. Mereka tidak mahu bangsa mereka ramai menjadi jutawan. Tetapi yang mereka mahu ialah Tanah Melayu, kuasa politik dan ekonomi orang Melayu.

Mereka nak buang Perlembagaan yang ada. Mereka mahu jadi perdana menteri. Mereka nak hapus sistem beraja. Mereka nak rampas semua hak orang melayu.

Sebab mereka tahu Melayu bodoh. Wahai bangsaku cuba bayangkan kalaulah orang Cina berada di tempat kita. Adakah mereka akan buat seperti PKR dan Pas buat sekarang. Jangan harap!

GELORA LANGKAWI

Bukit Tinggi, Baling



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130528/fo_01/Guru-ramai-pembangkang#ixzz2Udhan7JA 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ketua Pemuda Tahi Kuda PAS

Penduduk selar Ahli Parlimen Pas

Penduduk mengadakan demonstrasi secara aman menyelar sikap pilih kasih Nasruddin Hassan berhubung bantuan mangsa ribut di Temerloh, semalam.

TEMERLOH 28 Mei - Seramai 30 penduduk rumah pangsa Taman Sri Kemuning di sini hari ini, mengadakan demonstrasi secara aman menyelar tindakan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei lalu.

Beberapa penduduk mendakwa, Nasruddin melalui wakilnya hanya memberikan bantuan kepada ahli Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penduduk yang tidak menyokong parti tersebut diketepikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Megat Segama, Mohd. Nordin Mohd. Sham memberitahu, tindakan mengagihkan bantuan kepada penyokong sendiri sahaja menunjukkan mereka tidak berpegang pada slogan Negara Berkebajikan yang dilaungkan.

"Sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed juga daripada Pas sepatutnya mengetepikan soal parti dalam memberi bantuan kepada semua mangsa tanpa mengira fahaman politik mereka.

"Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Saifuddin Abdullah dan penyelaras Barisan Nasional (BN) Kuala Semantan mengagihkan semua bantuan kepada penduduk yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut, pesakit kronik dan sebagainya tanpa mengira ahli parti mana," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Seorang lagi mangsa, T. Sangamalam, 73, berkata, sebelum ini, ada pihak datang membuat bancian penduduk yang mengalami kerosakan rumah ekoran kejadian ribut itu dan meminta beliau hadir pada majlis menerima bantuan daripada ahli Parlimen.

"Apabila saya hadir pada majlis itu 22 Mei lalu, mereka memberitahu nama saya sudah dipotong daripada senarai penerima bantuan.

"Saya berasa cukup kecewa kerana bantuan itu diharap dapat digunakan untuk membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak akibat bencana tersebut," katanya.

Bagi Roslaini Mohd. Amin, 54, Nasruddin sepatutnya tidak lagi berpegang pada kedudukan parti dalam mengagihkan bantuan kerana beliau kini wakil rakyat untuk seluruh penduduk di Parlimen Temerloh sama ada yang menyokong beliau atau pun BN.

"Beliau sepatutnya tidak boleh mengambil sikap sedemikian, sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, menjadi tugas beliau membantu semua penduduk yang dilanda bencana alam," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130529/po_07/Penduduk-selar-Ahli-Parlimen-Pas#ixzz2UfbhwbN6 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Depa Boleh Boikot, Kenapa Melayu Tak Boleh?

Ini salah satu gerakan boikot perniagaan  orang Melayu yang dilancarkan segelintir 'bastard traitors' sebelum ini. Teman pun tak tahu yer ker MPH tu Syed Mokhtar punya. Tetapi apa yang jelas, sifat kurang ajar mereka terlebih dahulu itu perlulah dibalas hari ini. Kita tengok, kita sahut, kita gerakkan.

Hanya Anwar Spring, Bukan Malaysia Spring

Ia hanya Anwar Spring - Zahid

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau sehubungan itu menasihatkan semua pihak supaya menerima keputusan pilihan raya lalu dan tidak lagi menyertai sebarang perhimpunan haram yang membantah keputusan PRU-13.

Beliau menegaskan, beberapa pemimpin pakatan pembangkang seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta Pas sendiri sudah menerima keputusan itu dan menolak perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis propembangkang.

"Saya tidak perlu memberikan amaran tetapi cuma menasihatkan mereka supaya jangan lakukan provokasi kepada pihak polis dengan menggunakan kaedah Arab Spring, Bulldozer Revolution atau Colour Revolution yang acuannya dari luar negara untuk diaplikasikan di dalam negara kita.

"Ramai yang katakan ini adalah Malaysia Spring, tetapi sebenarnya adalah Anwar Spring sebab beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu menonjolkan diri.

"Saya fikir ini Anwar Spring. Biarlah dia jadi 'spring' kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pembangkang hanya menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) 133 kerusi pada pilihan raya lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, perhimpunan haram itu sengaja dilakukan sebagai provokasi terhadap pasukan polis serta menarik perhatian media asing.

"Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman tetapi masih cuba menunjukkan kepada dunia, Malaysia tidak aman dan sebagainya. Walaupun perhimpunan itu dibolehkan tetapi perlu dilakukan dengan beradab dan rasional," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang hukuman serta denda bagi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman beliau menegaskan, pihaknya cuma melaksanakan apa yang telah diluluskan Parlimen.

"Jika ada yang mencadangkan hukuman itu patut ditambah, kami sebagai pelaksana amat berterima kasih dengan cadangan tersebut," jelasnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130529/po_01/Ia-hanya-Anwar-Spring---Zahid#ixzz2Ue2zEYqh 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Apa Lancau Dong Zong Mahu?

Akhbar Nanyang Siang Pau semalam menyiarkan kebimbangan persatuan ekstremis Cina iaitu Dong Zong dengan perlantikan dua menteri Cina di dalam kabinet Dato' Seri Najib kerana kedua-dua mereka tidak fasih berbahasa Mandarin.   

Menurut Dong Zong mereka ini yang hanya menamatkan Sekolah Cina separuh jalan tidak mungkin akan dapat mewakili kaum Cina secara efektif sekali gus tidak layak digelar 'wakil kaum Cina'.   Nampaknya, bagi kaum Cina tidak apa jika Zairil Khir Johari yang seratus peratus Cina dijadikan wakil Melayu di dalam DAP, tetapi tidak boleh bagi seratus-peratus Cina dijadikan wakil Cina di dalam BN selagi tidak fasih berbahasa Cina.  
Untuk pengetahuan Dong Zong satu-satunya bahasa yang wajib fasih di Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan.   Untuk apa seorang wakil Cina wajib fasih bahasa Mandarin sedangkan bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu?   Dengan menegaskan bahawa wakil Cina wajib fasih Bahasa Mandarin, maka Dong Zong telah mengesahkan bahawa majoriti kaum Cina negara ini memang tidak fasih berbahasa kebangsaan.  

Sudah menjadi kewajipan bagi seluruh kaum Cina yang mengaku sebagai warganegara Malaysia untuk fasih berbahasa Melayu atau mereka tidak layak mengaku sebagai rakyat negara ini.  

BACAAN LANJUT : KEDAH TIMES

Boikot Tunjuk Kesan Positif Ke Atas Peniaga Melayu

Ekoran tindakan boikot perniagaan kaum yang menyokong agenda penggulingan kerajaan yang memberi kesan positif kepada peniaga Melayu, langkah tersebut disyorkan agar diteruskan lagi sampai bila-bila. 

Menurut beberapa peniaga sayur dan ikan Melayu di Ipoh, hasil jualan mereka kini naik 10% - 20% berbanding sebelum PRU13.

Kesan paling ketara yang dialami oleh peniaga chavinis ini ialah penurunan drastik pelanggan mereka dari kalangan peniaga tomyam yang berasal dari sempadan utara negara.

Begitu juga peniaga-peniaga India Muslim yang keseluruhannya begitu kecewa apabila ada di kalangan mereka dituduh pengundi Bangla.

Rasakan akibat.

Boikot produk bukan kejam

Nadzim Johan (tengah) bersama gabungan NGO Islam menunjukkan risalah untuk memboikot produk syarikat menaja perhimpunan haram dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Mei - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menafikan dakwaan mengatakan tindakan pihaknya memboikot beberapa produk syarikat milik kaum Cina yang dipercayai menaja perhimpunan haram sebagai kejam.

Sebaliknya, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, tindakan memboikot itu adalah isyarat kepada syarikat berkenaan agar berhenti memberikan sokongan kepada sebarang bentuk perhimpunan haram.

"Saya hairan kenapa gabungan NGO Islam ini dituduh kejam memboikot lapan produk terbabit sedangkan tentera siber DAP, Red Bean Army telah melancarkan serangan memboikot produk milik bumiputera sejak 2011 lagi.

"Ini jelas terbukti dalam laman sosial Facebook dan beberapa blog yang mengajak kaum tertentu memboikot produk roti Gardenia yang didakwa milik UMNO," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 14 Mei lalu, Nadzim yang mewakili 85 NGO Islam menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum Cina yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram.

Katanya, orang ramai boleh mengetahui senarai lapan produk itu dengan melayari laman web PPIM di http://ppim.org.my/.

Lebih keterlaluan katanya, apabila kumpulan Red Bean Army yang dipercayai didalangi DAP turut mengatakan hasil jualan roti Gardenia sebanyak 16 sen disalurkan kepada UMNO.

Tambahnya, kumpulan itu juga dikatakan menyerang kopitiam Original Ipoh Old Town White Coffee yang didakwa milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui beberapa blog.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, serangan fitnah dan pembohongan melalui alam siber yang dilancarkan Red Bean Army sangat berbahaya dan menggugat keharmonian serta perpaduan di negara ini.

"Bayangkan apa perasaan kaum lain terutama Melayu jika fitnah yang dilakukan Red Bean Army dengan menggesa kaum Cina memboikot roti Gardenia dan bertukar kepada produk lain.

"Fenomena ini sangat merisaukan kita. Tindakan kita memboikot lapan produk itu bukan berunsur perkauman, sebaliknya memberikan pengajaran kepada syarikat yang dipercayai menyokong perhimpunan haram," katanya.

Nadzim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas dan proaktif ke atas serangan fitnah dan pembohongan tentera siber Red Bean Army itu agar keharmonian serta perpaduan negara sentiasa terpelihara.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga diminta menarik semula lesen penggunaan racun benzoyl peroxide yang terdapat dalam salah satu produk yang diboikot gabungan tersebut.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130529/dn_14/Boikot-produk-bukan-kejam#ixzz2UdaOOn5p 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selasa, Mei 28, 2013

Kenalpasti Jenis-Jenis Ini

Awasi orang-orang seperti ini. Kenal pasti orang-orang jenis ini. Mereka telah dengan secara terbuka menentang kerajaan memerintah penggal lalu walaupun telah dikayakan atas dasar-dasar tertentu kerajaan. Lalu mereka menentang konsep kenegaraan negara ini. Kita tentu ada lebih ramai orang baik yang menanti peluang. 


Bot Karam : 23 Masih Hilang, Empangan Bakun tutup air


Bot ini bertolak jam 8 pagi tadi. Ia karam jam 9 dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit. 

Sehingga kini, jam 6 petang, 181 penumpang selamat manakala 23 lagi masih hilang.

Kapasiti bot hanya untuk 74 orang.. 

Empangan Bakun diarah tutup untuk kerja-kerja menyelamat.

Belum ada mayat ditemui.

Bot karam setelah bahagian belakangnya berlanggar dengan batu akibat lebih berlebihan muatan.

Tabung Bencana Media Prima menyediakan platform untuk menderma.




23 mangsa bot ekpres karam belum ditemui - Polis

BELAGA 28 Mei - Seramai 23 mangsa tragedi bot ekspres karam di Sungai Rejang masih belum ditemui.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Bakar Sebau yang mengesahkan perkara itu memberitahu setakat petang ini seramai 181 orang mangsa telah diselamatkan.
"Setakat ini masih belum ada mayat yang ditemui," katanya yang dihubungi sebentar tadi.
Jumlah penumpang bot seramai 204 orang itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana kapasiti maksimum yang dibenarkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) hanyalah 74 orang.
Jumlah muatan lebih sekali ganda itu adalah kerana permintaan yang tinggi berikutan sambutan Hari Gawai Sabtu ini. - UTUSAN ONLINE



SELASA, MEI 28, 2013


Bot Karam Di Sarawak : 70 Masih Gagal Dikesan

Imej di atas adalah gambar bot malang yang karam , telah diambil oleh penumpang yang tidak dapat menaiki bot tersebut. Gambar milik Borneo Post.

Laporan terkini menyebut bahawa 70 orang masih gagal dikesan dalam kejadian sebuah bot  yang sarat dengan penumpang karam di antara Belaga dan Kapit, di Sarawak.

Bot yang sarat dengan penumpang yang mahu pulang merayakan Hari Gawai  itu telah karam  dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit kira-kira jam 9 pagi tadi. Melihat kepada kapasiti lebih muatan, angka kematian yang tinggi adalah diramalkan.

Bot ekspres Belaga menuju ke Kapit karam
KUCHING 28 Mei - Sebuah bot ekspres dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit yang sarat dengan penumpang karam kira-kira 9 pagi ini berhampiran Tanjong Giam Bungan.
Tragedi itu berlaku kira-kira sejam selepas bot yang sarat dengan penumpang yang balik untuk menyambut Hari Gawai itu berlepas dari pekan Belaga.
Jumlah mangsa setakat ini belum dapat di sahkan. - Utusan.

GEMPAR!!! BOT EXPRESS BELAGA KARAM

KAPIT: The Belaga District Office has confirmed that the Belaga to Kapit express boat which departed at 8am this morning sank near Tanjong Giam Bungan about an hour's boat ride from Belaga.

It said the express boat was full when it departed.

No reports of casualties are available yet.

Belaga District Office Abdul Halim with Belaga OCPD DSP Bakar are about to go to the site.

The boat was too full to pick passengers from Belaga this morning and as such many civil servants could not board including three Kapit Resident's Office staff.

Assistant Minister of Culture and Heritage Liwan Lagang, who is Belaga assemblyman, was also among those who could not board.

Last night Belaga hosted the district's pre-Gawai gathering, so many were in the town to attend the event.

Bot Karam Di Sarawak : 70 Masih Gagal Dikesan

Imej di atas adalah gambar bot malang yang karam , telah diambil oleh penumpang yang tidak dapat menaiki bot tersebut. Gambar milik Borneo Post.

Laporan terkini menyebut bahawa 70 orang masih gagal dikesan dalam kejadian sebuah bot  yang sarat dengan penumpang karam di antara Belaga dan Kapit, di Sarawak.

Bot yang sarat dengan penumpang yang mahu pulang merayakan Hari Gawai  itu telah karam  dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit kira-kira jam 9 pagi tadi. Melihat kepada kapasiti lebih muatan, angka kematian yang tinggi adalah diramalkan.

Bot ekspres Belaga menuju ke Kapit karam

KUCHING 28 Mei - Sebuah bot ekspres dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit yang sarat dengan penumpang karam kira-kira 9 pagi ini berhampiran Tanjong Giam Bungan.

Tragedi itu berlaku kira-kira sejam selepas bot yang sarat dengan penumpang yang balik untuk menyambut Hari Gawai itu berlepas dari pekan Belaga.

Jumlah mangsa setakat ini belum dapat di sahkan. - Utusan.


GEMPAR!!! BOT EXPRESS BELAGA KARAM

KAPIT: The Belaga District Office has confirmed that the Belaga to Kapit express boat which departed at 8am this morning sank near Tanjong Giam Bungan about an hour's boat ride from Belaga.

It said the express boat was full when it departed.

No reports of casualties are available yet.

Belaga District Office Abdul Halim with Belaga OCPD DSP Bakar are about to go to the site.

The boat was too full to pick passengers from Belaga this morning and as such many civil servants could not board including three Kapit Resident's Office staff.

Assistant Minister of Culture and Heritage Liwan Lagang, who is Belaga assemblyman, was also among those who could not board.

Last night Belaga hosted the district's pre-Gawai gathering, so many were in the town to attend the event.

Nasib Penumpang Bot Sarat Yang Karam di Sarawak Belum Diketahui

Sebuat bot yang sarat dengan penumpang yang mahu pulang merayakan Hari Gawai  telah karam di Sungai Rejang dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit kira-kira jam 9 pagi tadi. Nasib penumpang-penumpang masih belum diketahui dan angka kematian yang tinggi adalah diramalkan.

Kesesakan bot tersebut turut memaksa ADUN Belawai, Liwan Lagang tidak menaiki bot tersebut.

Bot ekspres Belaga menuju ke Kapit karam

KUCHING 28 Mei - Sebuah bot ekspres dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit yang sarat dengan penumpang karam kira-kira 9 pagi ini berhampiran Tanjong Giam Bungan.

Tragedi itu berlaku kira-kira sejam selepas bot yang sarat dengan penumpang yang balik untuk menyambut Hari Gawai itu berlepas dari pekan Belaga.

Jumlah mangsa setakat ini belum dapat di sahkan. - Utusan.


GEMPAR!!! BOT EXPRESS BELAGA KARAM

KAPIT: The Belaga District Office has confirmed that the Belaga to Kapit express boat which departed at 8am this morning sank near Tanjong Giam Bungan about an hour's boat ride from Belaga.

It said the express boat was full when it departed.

No reports of casualties are available yet.

Belaga District Office Abdul Halim with Belaga OCPD DSP Bakar are about to go to the site.

The boat was too full to pick passengers from Belaga this morning and as such many civil servants could not board including three Kapit Resident's Office staff.

Assistant Minister of Culture and Heritage Liwan Lagang, who is Belaga assemblyman, was also among those who could not board.

Last night Belaga hosted the district's pre-Gawai gathering, so many were in the town to attend the event.

LIGAN Ragui Status Halal Makanan Air Asia

Menaiki penerbangan tambang murah 'Malaysia' tentu sahaja membayangkan makanan yang disediakan di dalam penerbangan itu adalah halal. Tetapi kerisis keyakinan yang memuncak terhadap dasar-dasar Air Asia terhadap kepentingan orang Melayu, krisis-krisis Azran Osman Rani yang bebas halal haram, kini ditambahkan lagi dengan krisis status halal makanan yang terhidang dalam pesawat tersebut.

Siasat status halal makanan AirAsia

KUALA LUMPUR 27 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyiasat semua kemudahan penyajian makanan oleh syarikat-syarikat pembekal kepada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terutama di sektor Filipina, Thailand dan Hong Kong.

Sebuah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Liga Lindungi Perlembagaan (Ligan) dalam satu kenyataan berkata, jabatan agama tersebut perlu mengesahkan status pensijilan halal berhubung kemudahan penyajian makanan dalam sektor penerbangan AirAsia di ketiga-tiga negara tersebut.

"Ligan juga meminta Jakim menyiasat kedudukan pensijilan halal oleh badan yang didakwa tidak diiktiraf.

"Kami meminta AirAsia menyatakan secara terang dan jelas tentang dasar syarikat tersebut berkaitan pensijilan halal di dalam mana-mana aspek operasinya, khusus penyediaan makanan," kata kenyataan berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta Jakim membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.

NGO itu turut meminta Jakim menyiasat pakej-pakej percutian yang dianjurkan AirAsia yang mereka percaya tidak mengambil kira aspek halal walaupun dijanjikan begitu di dalam promosi tersebut.

Menurut kenyataan itu, selagi AirAsia tidak mengeluarkan jawapan rasmi, Ligan menggesa semua pengguna Islam memboikot makanan yang dijual AirAsia di dalam mana-mana penerbangannya.

"Kami juga mengajak dan menasihatkan orang ramai untuk mencemuh AirAsia dalam kalangan kenalan dan masyarakat sehingga syarikat berkenaan memohon maaf berikutan sikap biadab mereka terhadap semua pengguna terutama yang pernah melalui pengalaman pahit dengan syarikat penerbangan itu," tegasnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130528/dn_07/Siasat-status-halal-makanan-AirAsia#ixzz2UY2sYQNf 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Semak Arah Kiblat Anda Hari Ini

Istiwa A'zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka'bah

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka'bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata'ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka'bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A'zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH 'Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A'zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan?

Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk gambar di atas)

  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata'ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat  dari website Falak Onlineberkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut:  [KLIK SINI].

WAllahu Ta'ala A'lam.

Shahmuzir Nordzahir

Burma Negeri DAP Cekik Polis

Lelaki Myanmar mengamuk

BALAI Polis Taman Chai Leng, Prai di Pulau Pinang gempar seketika selepas seorang warga Myanmar mengamuk di balai polis itu pagi semalam.

BATU KAWAN 27 Mei - Balai Polis Taman Chai Leng, Perai di sini gempar selepas seorang lelaki warga Myanmar yang datang untuk membuat laporan tiba-tiba bertindak agresif dan menyerang seorang anggota polis yang bertugas awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 33 tahun dan pekerja kontrak datang ke balai berkenaan untuk membuat laporan kerana mendakwa ada orang mahu memukulnya.

Selepas menerima laporan itu, seorang anggota polis yang bertugas menghubungi Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk ke Taman Inderawasih bagi melihat kesahihan aduan, tetapi hasil pemeriksaan mendapati tiada apa-apa berlaku.

Suspek yang memakai baju T, berkain pelekat dan tidak berkasut tiba-tiba bertindak agresif dengan memanjat meja kaunter pertanyaan lalu mencekik leher anggota polis itu sebelum merampas pistol milik anggota terlibat.

Lelaki itu turut mengacukan pistol ke kepala anggota polis terlibat, namun anggota polis itu berjaya menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari balai sambil meminta bantuan.

Suspek kemudian melepaskan tiga das tembakan di dalam balai yang mengenai mesin pencetak, meja dan pintu kaca sebelum dia keluar dari balai dan mengacukan pistol di kepalanya sendiri.

Anggota polis terlibat cuba memujuknya meletakkan senjata, namun suspek terus mengacukan pistol ke kepalanya sendiri lalu menarik picu, tetapi senjata itu tidak meletup.

Pada masa sama, dua anggota polis yang baru sahaja pulang selepas selesai bertugas terus menahan suspek.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui motif sebenar suspek bertindak sedemikian.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130528/je_02/Lelaki-Myanmar-mengamuk#ixzz2UXn39qyC 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isnin, Mei 27, 2013

Kesan BN Sebagai Parti Tunggal



Minggu lepas teman isi borang masuk UMNO kali keempat dalam tempoh 13 tahun. Bersama teman ada berbelas-belas lagi yang bila diceritakan desas desus BN sebagai parti tunggal beberapa hari selepas PRU13, dengan segera sedar bahawa UMNO memerlukan bantuan.

Menghairankan, hal cadangan dan pertimbangan pihak atasan ini tidak diketahui rakyat kecil malah ahli-ahli UMNO sendiri. Atau orang-orang UMNO.

Jika orang Melayu kekal dominan dalam parti tersebut, tentulah tiada masalah untuk presiden parti yang menjawat Perdana Menteri itu terdiri dari pilihan orang Melayu sendiri. Ini bukan soal perkauman. Ini soal survival bangsa. Jika survival bangsa itu adalah elemen perkauman, kita perlu tiadakan sekolah berbagai aliran yang bertujuan mempertahankan survival budaya bekas imigran luar Asia Tenggara di negara ini.

BN sebagai parti tunggal kedengaran tak bagus di kalangan generasi terkemudian para pendiri UMNO seperti teman. 

Tetapi, jika dijustifikasikan antara nilai kebangsaan dengan zaman, tentulah mereka dapat melihat UMNO akan kembali mendapat input kemasukan ahli yang tinggi bagi memastikan mereka kekal menjadi terpenting dalam pemerintahan di negara ini di samping penjanaan semula jenama yang tentu sekali mendapat sokongan ramai pihak.

Realitinya, 52% pengundi tidak menyukai parti bernamakan mana-mana kaum. 

Realitinya juga Timbalan Perdana Menteri berketurunan Cina pertama boleh naik menerusi Barisan Nasional jika majoriti orang UMNO semasa pemilihan Timbalan Presiden Barisan Nasional memilih tokoh Cina yang mereka iktiraf.

Persoalannya, kedudukan UMNO dalam senarai jawatankuasa pusat Barisan Nasional yang dipilih berbagai kaum tentulah sangat bergantung kepada pertambahan jumlah ahli terutamanya yang layak memilih.

Sebab itulah semakin ramai orang Melayu Islam mahu menyertai UMNO hari ini dalam diam, mungkin juga kerana tatacara kelakuan pembangkang persekutuan Malaysia ini kelihatan sengal-sengal ubi dalam menggerakkan apa yang mereka telah janjikan kepada pengundi mereka, kali kedua.

Strategi BN menggunakan remaja yang tidak dapat mengundi dalam jentera pilihanraya sebenarnya sangat berhasil apabila mereka yang geram kerana masih tidak boleh mengundi, menjadikan itu sebagai asas perjuangan mereka menentang pembangkang lauyar terutamanya yang kurang ajar di negara ini pada PRU14 di mana mereka pada masa itu telah boleh mengundi.

BN sebagai parti tunggal membuatkan zaman kemasukan ahli dengan 'tajaan' sudah berlalu. Kini orang sanggup keluar duit dari kocek sendiri untuk masuk menyertai UMNO yang telah sedia ada di dalam Barisan Nasional bagi membolehkan mereka menjadi suara majoriti mengundi perwakilan BN. Adakah UMNO sendiri bersedia?

Atau segera menubuhkan BN yang tidak bersekutu, mengumpul ahli baru dan menjadikan UMNO MCA dan MIC sebagai NGO sahaja?  Ini tentu mendapat tentangan ramai pihak pula.


Parti tunggal perlu diperhalusi


PUTRAJAYA 26 Mei - Cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal perlu diperhalusi dan dibincangkan secara serius bukan sahaja di kalangan parti komponen tetapi juga di kalangan ahli UMNO untuk mengkaji kesan cadangan tersebut terhadap perjuangan BN.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu memang menarik tetapi perlu diperhalusi dengan lebih mendalam memandangkan ada pihak yang menyokong dan menentang.

"Ahli ada pandangan mereka yang tersendiri, ada yang sokong dan ada yang bangkang dan mengatakan bahawa ketika ini bukan masa yang sesuai (untuk melaksanakannya) kerana UMNO perlu mempunyai tempat yang tersendiri dalam BN.

"Ia idea yang menarik yang perlu dipertimbangkan dengan serius, kita perlu bincang dalam UMNO kerana ada yang bersetuju ini adalah model masa depan BN, bagaimanapun ada yang menyatakan UMNO tidak boleh digabungkan kerana dikhuatiri nanti akan hilang identitinya," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti pada majlis kenduri 20 peserta Majlis Ijab Kabul Mega 2013 di pekarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.

Ko Youn berkata, usaha itu perlu kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130527/po_01/Parti-tunggal-perlu-diperhalusi#ixzz2UUN9ejwH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lagi Penipuan Pembangkang Semasa PRU13


KANTOI!!! Pengundi palsu Bangla kawan Ambiga, Bhawani


Sebelum ini kita disajikan oleh lakunan Blackout oleh PKR, kkali ini kita didedahkan siapa Bangla yang kononnya ditangkap oleh penyokong PAS di PDM Ladang DUN Ladanag Kuala Terengganu.

Rupanya Bangla yang kononnya pengundi hantu adalah saja dipasang oleh Pakatan. Pengundi tersebut dah dijumpai bergambar dengan Ambiga dan Bhawani Listen Listen ...

Terus berbohong ... lama rakyat tak akan percay alangsung apa yang dikatakan oleh Pakatan. Tanpa trust, kelak tiada yang akan dipecayai walau bukti macam mana sekali pun. SUMBER : THE UNSPINNERS

Barisan Nasional Sebagai Parti Tunggal


Terdapat desakan pihak tertentu bagi menjadikan Barisan Nasional parti tunggal.


Menghairankan, hal ini tidak diketahui ahli akar umbi. Atau orang-orang UMNO.

Jika orang Melayu kekal dominan dalam parti tersebut, tentulah tiada masalah untuk presiden parti yang menjawat Perdana Menteri itu terdiri dari pilihan orang Melayu sendiri. Ini bukan soal perkauman. Ini soal survival bangsa. Jika survival bangsa itu adalah elemen perkauman, kita perlu tiadakan sekolah berbagai aliran yang bertujuan mempertahankan survival budaya bekas imigran luar Asia Tenggara di negara ini.

BN sebagai parti tunggal kedengaran tak bagus di kalangan generasi terkemudian para pendiri UMNO seperti teman. 

Tetapi, jika dijustifikasikan antara nilai kebangsaan dengan zaman, tentulah mereka dapat melihat UMNO akan kembali mendapat input kemasukan ahli yang tinggi bagi memastikan mereka kekal menjadi terpenting dalam pemerintahan di negara ini di samping penjanaan semula jenama yang tentu sekali mendapat sokongan ramai pihak.

Realitinya, 52% pengundi tidak menyukai parti bernamakan mana-mana kaum. 

Realitinya juga Timbalan Perdana Menteri berketurunan Cina pertama boleh naik menerusi Barisan Nasional jika majoriti orang UMNO semasa pemilihan Timbalan Presiden Barisan Nasional memilih tokoh Cina yang mereka iktiraf.

Persoalannya, kedudukan UMNO dalam senarai jawatankuasa pusat Barisan Nasional yang dipilih berbagai kaum tentulah sangat bergantung kepada pertambahan jumlah ahli terutamanya yang layak memilih. 


Parti tunggal perlu diperhalusi




PUTRAJAYA 26 Mei - Cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal perlu diperhalusi dan dibincangkan secara serius bukan sahaja di kalangan parti komponen tetapi juga di kalangan ahli UMNO untuk mengkaji kesan cadangan tersebut terhadap perjuangan BN.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu memang menarik tetapi perlu diperhalusi dengan lebih mendalam memandangkan ada pihak yang menyokong dan menentang.

"Ahli ada pandangan mereka yang tersendiri, ada yang sokong dan ada yang bangkang dan mengatakan bahawa ketika ini bukan masa yang sesuai (untuk melaksanakannya) kerana UMNO perlu mempunyai tempat yang tersendiri dalam BN.

"Ia idea yang menarik yang perlu dipertimbangkan dengan serius, kita perlu bincang dalam UMNO kerana ada yang bersetuju ini adalah model masa depan BN, bagaimanapun ada yang menyatakan UMNO tidak boleh digabungkan kerana dikhuatiri nanti akan hilang identitinya," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti pada majlis kenduri 20 peserta Majlis Ijab Kabul Mega 2013 di pekarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.

Ko Youn berkata, usaha itu perlu kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130527/po_01/Parti-tunggal-perlu-diperhalusi#ixzz2UUN9ejwH
© Utusan Melayu (M) Bhd