Malaysia perlu menonjolkan upayanya dalamperkara berikut.
1. Konservasi alam sekitar
2. Mempertahankan industri pelancongan
3. Tanggungjawab kesihatan rakyat
Ini kerana Malaysia perlu mempunyai pertumbuhan ekonomi yang tidak
merudum untuk menjadi negara maju dalam masa terdekat. Dengan keadaan
berjerebu yang tercetus dari kawasan yang tidak mampu ditangani oleh
pemerintah negara jiran atas faktor kawasan tersebut terpencil,
Malaysia jugalah yang perlu membantu memadamkan kebakaran yang
terletak di kawasan Indonesia paling hampir dengan Kuala Lumpur.
Malah ia bertambah hampir lagi dengan KLIA.
Penjejasan ekonomi dari sektor pelancongan dan pertambahan peruntukan
kesihatan di negara ubat seringgit ini adalah musibah yang dibawa
jerebu ke atas ekonomi negara ini.
Malaysia perlu meyakinkan Indonesia bahawa kita perlu melakukan ini
dengan kadar segera.
Untuk rekod, Malaysia, 29 juta penduduk menerima 23 juta pelancong
asing setahun berbanding Indonesia, 250 juta penduduk, menerima 8 juta
sahaja setahun.