Perwakilan Tambun telah bersidang pada hari Sabtu lepas, dan telah mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Razali Ibrahim dan mendapat laungan hebat sokongan dari para perwakilan.
Barisan AJK yang baru juga dilihat dibarisi oleh golongan yang muda dan energetic yang tidak kelihatan pun semasa saya mula menjadi perwakilan pada tahun 2000 dahulu.Walaupun saya telah lama dalam UMNO pada suatu masa dahulu, tetapi saya tidak sanggup lagi untuk bersama gerombolan Pemuda ini, terutamanya di tempat saya sendiri yang sebenarnya lebih mulia jika dibandingkan dengan Ipoh Barat ataupun Ipoh Timur kerana Tambun merupakan 'kubu' UMNO.
Kelmarin saya ke sana atas kapasiti penulis blog. Cukuplah tulisan saya di blog, di akhbar Utusan Malaysia dan di laman web Pemuda Malaysia yang menjadi platform manifestasi saya. Tidak guna cakap berdegor-degor di base sendiri tetapi perubahan langsung tidak ada, malah dijauhi golongan muda kerana sikap elitism yang ada.
Nasihat teman pada barisan AJK baru yang diketuai oleh Shamsul Zairel yang menggantikan sahabat saya, Nasir Ismail sebagai Ketua Pemuda, pergilah menuntut ilmu politik dengan menyelak buku peradaban dunia dan perhitungan politikus berkonspirasi. Tambahkan ilmu di dada kerana tidak guna miker bercakap berdegor-degor di dalam rumah sendiri, tetapi bila diluar, tiada apa yang mampu miker semua lakukan.
Para penulis blog, para pengguna dunia siber berhadapan tentangan. Tetapi komer, setakat bergegar rostrum dihadapan para ahli sendiri pun tak guna juga. Ayuh, buang teks komer kalau berucap. Jadilah pemimpin yang membawa isi hati komer terus ke telinga pendengar tanpa perantara kertas.