Penangan dadah sintetik memasuki era terbaru apabila ia memasuki fasa ketiga dalam penghasilan pemusnah bangsa dan generasi seterusnya dengan membiaknya 'Bath Salts' yang dinamakan sempena garam yang digunakan untuk mandian.
Di negara ini, bermula dengan gejala pil ecstasy, dan kini penagihan syabu, kemasukan Bath Salts tidak dapat tidak mungkin akan mengambil tempat seperti mana berleluasanya syabu hari ini, yang tidak pernah dikenali para penagih di Semenanjung Malaysia, 20 tahun lalu.
Bath Salts merangsang halusinasi yang melampau hingga mengakibatkan kejadian terbaru minggu lalu, di mana seorang lelaki muda ditembak mati ketika sedang memakan muka seorang lelaki tua dalam keadaan bogel di pinggir lebuh raya di Miami.
Pengambilan dengan cara membakar, menghisap, melarut dalam air dan disuntik atau memasukkan ke dubur dibuat bagi mendapatkan rangsangan Bath Salts ini.
With more than 30 years experience in hospital emergency rooms, Dr. James Wright ranks "Bath Salts" as one of the most dangerous drugs he's ever seen. "On a scale of one to ten, I give them a ten," said Dr. Wright.
Rangsangan dadah ini merangsang orak hingga tahap tertinggi dan meningkatkan suhu badan kepada 107 Ferrenheit. Inilah yang menjadi punca halusinasi dan perlakuan ganas yang ekstream terutamanya membunuh atau menyakiti seseorang sehingga mati.
Pengambilan dadah ini yang berpanjangan dalam beberapa jam akan menyebabkan penggunanya menjadi gila di mana 85% akan pulih dalam tempoh 30 hari, manakala 15% akan kekal gila selama-lamanya.
Pada hari ini pun, ramai anak muda di negara ini telah 'tidak berapa betul' kesan dari pengambilan dadah jenis syabu yang berterusan. Trend dadah sintetik terbaru ini amat menakutkan.
Rudy Eugene (atas) penyerang yang memakan wajah Ronald Poppo (bawah) dalam keadaan berbogel di pinggir lebuhraya yang sesak di tengahari rembang, Sabtu lepas di Miami, Florida.
Rudy Eugene ditembak mati ketika sedang memakan muka Poppa dan Poppa kehilangan mukanya dan dilaporkan stabil di hospital.