Tuesday, October 16, 2012

Kesultanan Sulu Tidak Puas Hati Dengan Bangsamoro?

Penubuhan Bangsamoro belum memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang jiwanya melekat imej memberontak yang tidak pernah pudar. Contohnya ulasan dari blog Kesultanan Sulu yang meyakinkan bahawa Bangsamoro akan ditentang oleh 'rakyat kesultanan Sulu' kerana enggan dilabel sebagai bangsa Moro.
Mereka perlu bersedia, untuk menerima nasib yang sama sebagaimana yang menimpa Nur Misuari dan MNLFnya iaitu ditipu hidup-hidup oleh Filipina tanpa melaksanakan sebarang komitmen sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. MILF hanya mahukan TAMATKAN PEPERANGAN sebab mereka tiada pahlawan lasak sebagaimana yang dimiliki oleh Tausug di kepulauan Sulu. Dengan termeterainya perjanjian ini maka secara moral MILF telah berjaya mendapat peluang merampas kuasa pentadbiran dari tangan TAUSUG. Walau pun dia tahu, Tausug di kepulauan Sulu tidak boleh ditadbir oleh sesiapa pun kecuali Kesultanan Sulu. MILF boleh cuba dengan kerajaan Autonomi Bangsamoronya. Dia bakal berhadapan dengan situasi dimana masyarakat Tausug TIDAK MAHU DIGELAR BANGSA MORO apatah lagi sekiranya diperintah oleh kaum yang bukan sebangsa dengan mereka.

Blog tersebut juga menyifatkan Malaysia secara tiba-tiba aktif menyelesaikan masalah ini bertujuan untuk menghalau pendatang-pendatang Mindanao di Sabah berikutan ketakutan bahawa Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang jika isu pendatang tanpa izin Filipina yang kebanyakannya dari kawasan bergolak Mindanao tidak ditangani. (Seolah-olah Sabah tidak pernah diperintah pembangkang - labih radikal, pernah mengugut untuk keluar dari Malaysia).

Kononnya Filipina yang kemuflisan dan selalu menyonglap bantuan dunia Islam ke atas Wilayah Autonomi Islam Mindanao kini terkebil-kebil kerana putusnya bantuan dunia Arab akibat runtuhnya Libya dan Syria, kini mengharapkan Malaysia dalam membantu negara tersebut untuk terus hidup.

Kononnya, selepas penubuhan Bangsamoro, pendatang tanpa izin dari Mindanao akan dihalau pulang dari Sabah.

Kononnya, Malaysia mendesak Filipina supaya 'Bangsamoro' diiktiraf sebagai syarat pelaburan berbillion ringgit yang dapat menyambung hidup Filipina untuk beberapa tahun di masa depan, lalu Filipina akhirnya akur.

Blog Kesultanan Sulu terlalu mabuk dengan tuak 'sejarah hebatnya' sehingga membuatkan mereka begitu teruja untuk menyeluk balang urusan negara ini bagi membasikan isinya alhasil dari tangan mereka yang entahkan bersih entahkan tidak.

Mengapa teman meragui kebersihan tersebut? Kerana mereka TIDAK BERSIKAP POSITIF atas pencapaian terkini di Mindanao dan membuat andaian-andaian yang cenderung kepada pemberontakan.

Lebih hina dan buruk sekali, pemberontakan yang diandaikan mereka ialah antara Sulu dan Bangsamoro. Sudah puas menentang Kristian Filipina, kini mereka merancang menentang sesama Islam.

Setelah 120,000 nyawa melayang atas nama jihad menentang kafir, berapa puluh ribu lagi yang mereka ingin layangkan atas peperangan sesama Islam yang mereka unjurkan dalam pemikiran mereka atas nama fahaman kebangsaan?

Asabiah, jumud dan keterlaluan. Itulah apa yang patut disifatkan kepada pengendali blog Kesultanan Sulu sedangkan Sultan mereka yang terbaru kini berwarganegara Malaysia atas prinsip jus soli yang tidak difahami oleh rata-rata pribumi Sabah. Yang ini diakui pula oleh si pentadbir blog. Mungkin mengenangkan sultan mereka berkewarganegaraan Malaysia.

Mereka menarik politik Malaysia dalam permasalahan mereka, melaga-lagakan kelompok Nur Misuari dengan kelompok yang memeterai Bangsamoro semalam dan pada masa yang sama mencadangkan bahawa rakyat Sulu akan bangun menentang perlabelan mereka di bawah Bangsamoro.

Menjadi bangsa yang kuat suatu masa dahulu memang wajar dijadikan kemegahan sejarah. Tetapi nasib hari ini ialah kehendak Allah SWT yang menentukan jalan takdir sesebuah bangsa yang diubah dek perlakuan bangsa itu sendiri.

Bersatulah dan bermusyawarahlah demi masa depan yang lebih baik. Berperang angkat senjata sedang anak bangsa buta huruf terjun tiruk dari rumah atas air sedangkan mereka juga ingin maju mengikuti arus kemodenan, adalah sebenar-benar ketidakadilan bagi mereka dari seorang cerdik pandai yang hanya bergenta perang dalam hati. Itu benar-benar pentingkan diri sendiri. 

Tiada guna 'berjuang' atas nama bangsa segala andai bangsa sendiri dijadikan alas kaki untuk berjalan megah dimuka bumi dengan penuh ketidakadilan. Namun si pembicara hidup senang di kepuk padi. Susah-susah, buat referendum mintak Sulu menyertai Malaysia jadi negeri ke 15.

Sila fahami hakikat bahawa anak-anak Suluk  di Sabah contohnya di Pulau Mabul ini ialah rakyat Malaysia, berdasarkan prinsip jus soli.

Baca artikel yang dirujuk DI SINI

Ucapan Presiden Filipina yang menjengkelkan Anwar



Ladies and gentlemen, good afternoon.

Prime Minister Najib, Prime Minister and Mrs. Najib, Senate President, Speaker of the House.

Later today, the Chairs of our Peace Panels will sign a Framework Agreement, which contains the roadmap and the principles that will guide the process towards a final political settlement with the Moro Islamic Liberation Front. This agreement is a landmark achievement in the quest for peace: it is one that pays tribute to the history, culture, and values of the peoples of Mindanao. And it will end decades of armed conflict in the region. There were many who thought this day would never come. 

Yet today, it is evident that there are even more who thought it possible, who thought it a worthy goal, and who work tirelessly and selflessly to make this day—to make peace a reality. 

The work they have done is emblematic of true public service—of true leadership. A true leader knows that if he does something for the benefit of humanity, it will redound to the benefit of all. In particular, this is what His Excellency Dato Sri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak has displayed in his unwavering support of our desire for peace. Recognizing that conflict in any part of the region runs against the interests of all, Prime Minister Najib assisted us in our efforts to build peace, which yields the stability, success and prosperity of all peoples. We are deeply grateful for his help which he extended despite considerable risk to himself, and today, he rightfully shares in our collective success.

We are beginning a new chapter in our history. Moving forward, it is incumbent on us to ensure that the efforts of the men and women who work for peace come to fruition. We all have to do our part to nurture peace, not just in the Philippines, but also in the global community.

With this, ladies and gentlemen, allow me to propose a toast: 

To the trust, goodwill and hard work that all parties have displayed in working for this Framework Agreement;

To the shared history of the Malayan race, this shared triumph that we are celebrating today, and our shared aspirations for meaningful progress for the Southeast Asian peoples; 

To the political vision and compassion characteristic of true leadership—a leadership that goes beyond itself in order to uplift the lives of all such as that which you see in Prime Minister Najib;

And to genuine and lasting peace for all Filipinos and all peoples. May I propose a toast!

Mabuhay!