Lim Guan Eng menuduh, sesiapa yang mengikuti akhbar Utusan Malaysia tidak layak digelar rakyat Malaysia. Istilah lain, tidak layak menjadi warganegara. Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh tongkol yang dungu dalam berbahasa Malaysia? Contohnya Loh Gwo-Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya yang semata-mata dipilih calon secara tak sengaja kerana menimbulkan vieo VK Lingam. Pelik tetapi ajaib. Double Y mengupas seperti di bawah:Kelana Jaya memang dikenali sebagai satu tempat yang membangun dengan pesat. Blogmaster tidak nampak apa-apa perubahan yang dibawa Loh Gwo-Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya, melainkan banyak apartment/kondominium (mampu milik oleh golongan pertengahan ke atas) didirikan di kawasan Subang.
LGB tidak reti berbahasa Melayu?
Ada kebenarannya juga! Blogmaster TIDAK PERNAH dengar LGB menyatakan walaupun sekali sepotong ayat penuh dalam Bahasa Melayu. Seorang Ahli Parlimen tidak tahu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu? Amat memalukan!
Jika Blogmaster salah, tolong bagi BUKTI berserta fakta, video, gambar yer! Especially part LGB berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.. :)
Sumber : Wadah Kelana Jaya
Double Y : Sarankan supaya kriteria untuk menjadi ahli parlimen seseorang itu mestilah fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu. Ini Malaysia la brader. Bukan amerika!
Bagi teman bukan sahaja tak layak menjadi ahli Parlimen, malah tidak layak untuk memiliki kerakyatan negara ini. Bagi yang tidak sombong, mereka pasti mencuba untuk menjadi warganegara yang memenuhi syarat seorang warga yang terpakai dalam tamadun kenegaraan sedunia.



