Wednesday, November 21, 2012

Kecelakaan Treler Rempuh Pekerja Lebuhraya Di Gopeng


Dua dari empat yang cedera merupakan kawan teman. Kami sama-sama tinggal di Taman Perpaduan, Ipoh. Mereka ialah Dino Azmi dan Shafuddin Abd. Jalil. 

Dino Azmi mengalami cedera ringan tetapi Shafuddin Abd. Jalil mengalami patah kedua kaki, tangan kiri dan koyak di kepala dan betis.

Harap agar ada pihak dari Parlimen Tambun jika tidak Menteri Kewangan Kedua sendiri untuk pergi melawat mangsa-mangsa ini terutamanya kedua-dua kawan teman ini kerana mereka 'orang kita' juga. Takziah kepada keluarga mereka yang meninggal dunia dan semoga tabah buat mereka yang tercedera. 


Pekerja Propel dirempuh treler




IPOH: Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.


Sebelum itu, treler dari arah Johor Bahru ke Ipoh yang hilang kawalan itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Empat pekerja yang maut ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh dan Hafiz Yunus, 39, dari Kuala Lumpur.



Tiga daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


Pekerja Propel yang cedera pula ialah Dino Azmi, 36, Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, dan Shafudin Abdul Jalil, 31.

Turut mengalami kecederaan ialah pemandu treler yang hanya dikenali sebagai Zulkifli dan kelindannya, Mohd Rozi Mat Sharif, 44.

Kesemua mayat dibawa ke HRPB manakala mangsa yang cedera dihantar ke HRPB dan Hospital Kampar bagi menerima rawatan.

Mohamad Shukri berkata, ketika kejadian, keadaan lokasi berbukit dan pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa menuruni cerun ketika hujan renyai.

Pemandu lori terbabit akan ditahan selepas dirawat untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

PRU-13 beberapa minggu lagi?


PRU-13 beberapa minggu lagi?

BEAUFORT 21 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini terus memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terlalu hampir.

Justeru, beliau menyeru seluruh ahli komponen parti Barisan Nasional (BN) supaya terus menggiatkan usaha bagi memastikan kemenangan besar BN.

"Orang kata PRU-13 tidak lama lagi mungkin dalam beberapa minggu lagi? Tetapi bila Perdana Menteri dapat ilham bubar Parlimen barulah pilihan raya. "Jadi saya mahu tahu di Kuala Penyu kalau esok pilihan raya apakah kita akan terus menang?" katanya ketika berucap dalam majlis bersama rakyat Kuala Penyu di Padang Pekan Kuala Penyu, Sabah hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121121/po_12/PRU-13-beberapa-minggu-lagi#ixzz2Cqm0cptV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Solusi Kesesakan : Cadangan Plet Genap Dan Ganjil Dikaji Di Jakarta


Empat tahun lepas teman pernah menulis ke akhbar yang rajin diboikot pembangkang berhubung kaedah menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur. Tapi tidak dilayan. Cadangan teman ialah penggiliran antara kenderaan berplet genap dan ganjil di atas jalan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Nampaknya, solusi yang teman cadangkan, yang mungkin ada dipakai di tempat-tempat lain di dunia ini, telah dipertimbangkan tetapi bukan di negara ini. Tetapi di negara sebelah, oleh Gabenor baru Jakarta, Joko Widodo. 

Lalu teman pun nak kata apa lagi. Idea dah tak laku di sini. Kalau di pertimbangkan jugak, timbul kisah Malaysia maling lagi. Nyontek lagi. Dan entah apa-apa 'terma busuk hati yang akan timbul'. Semoga 'kemacetan'  Jakarta akan pulih lebih baik dengan idea tersebut.


Jokowi Kaji Mobil yang Masuk Jakarta Genap dan Ganjil

Ray Jordan - detikNews


Jakarta - Gubernur DKI Jakarta Joko Widodo (Jokowi) mengkaji gagasan membatasi mobil yang masuk Jakarta. Caranya, dengan nomor polisi ganjil dan genap secara bergantian.

"Beliau menyampaikan juga ada pembatasan, ada rencana, gagasan, namun masih diukur kemungkinan-kemungkinan kalau yang masuk ke Jakarta itu adalah nomor-nomor ganjil dan genap," ujar Gubernur Lemhannas Budi Susilo.

Budi mengatakan itu usai bertemu Jokowi di Balai Kota, Jl Medan Merdeka Selatan, Jakarta Pusat, Rabu (21/11/2012). Budi datang bersama para pakar dari FT UI.

Menurut Budi, saat ini pembatasan mobil nopol ganjil genap masih sebatas wacana. Jokowi juga sedang memikirkan terkait pemukiman warga dari kota penyangga Jakarta seperti Bekasi.

"Sehingga tidak orang-orang jauh dari Bekasi yang datang ke sini. Tapi kalau kantornya di DKI bagaimana perumahannya itu bisa dekat ke DKI," kata Budi.

Sebelumnya, Polda Metro Jaya pada Agustus 2011 lalu batal melakukan uji coba penerapan pembatasan mobil nomor polisi ganjil dan genap. Program itu dinilai akan mengurangi sekitar 50 persen kemacetan di Jakarta. Uji coba itu urung dilakukan karena beberapa pihak protes.

(nik/nrl)