Khamis, Januari 10, 2013

Himpunan Kebangkitan Mana Yang Lebih Baik?



Azhar Idrus andalah contoh agamawan politik yang menunjukkan belangnya. Terbaru dia akan menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat. Teman selalu dengar dia menghina orang yang membuat perkara sia-sia. Teman pun kali ini mengambil kesempatan menghina dia atas perbuatan sia-sia.

Mana lebih baik antara mempersiapkan diri untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat dan mempersiapkan diri untuk Himpunan Kebangkitan Dari Kubur? Jawab lah Azhar Idrus. Jika yang kedua itu lebih baik, maka tenginglah kamu memilih yang kurang baik berbanding dari yang baik.

Selain itu, satu lagi perhimpunan kebangkitan yang patut diadakan ialah Himpunan Kebangkitan Waktu Pagi Tapi Tak Dapat Mandi. Himpunan ini juga sangat penting bagi mendesak Kerajaan Selangor membantu SYABAS yang telah mereka lingkupkan dengan air percuma 20m³ selama lebih 4 tahun, tanpa mereka sendiri menanggung subsidi tersebut melainkan membiarkan SYABAS menanggung rugi.

Jangan suka memakai nama RAKYAT untuk dijadikan cawat menutup tokak dan kurap di sekeliling abdomen pemimpin kotor. Pemimpin yang menyemarakkan rasuah satu ketika dahulu. Pemimpin yang gemuk saudara maranya ketika dia masih berkuasa.


Agenda Kotor Pembangkang : Pastikan BN Menang, Kemudian...

Matematiknya mudah. Bila BN menang, BN akan dituduh menipu dalam pilihanraya. Seterusnya mereka boleh meminta bantuan Barat untuk melakukan kucar kacir dalam negara. Sehingga negara ini runtuh seperti Libya dan Syria.

Namun paling malang, negara yang mahu diruntuhkan ini adalah negara bebas dan terbuka. Bukan negara kuku besi seperti Syria dan Libya. 

Sebvab itulah PAS semakin tidak Islamik, menyokong agenda Kristianisasi. Supaya orang Islam akan lebih ramai mengundi BN dan akhirnya BN menang dengan kononnya menipu dalam pilihanraya.

Sebab itulah Anwar Ibrahim sudah bersiap-siap untuk 'hidup dalam buangan' di Amerika Syarikat. 

Anjing-anjing pembangkang diduplikasi sebanyak-banyaknya di dunia cyber untuk memperlihatkan kononnya mereka kuat. Padahal 99% penyokong kerajaan pemerintah tidak ambil pusing, malah tidak mahu menari dengan gendang yang dipalu anjing-anjing pembangkang.

Anjing-anjing pembangkang memainkan taktik kotor dengan cara yang sangat terdesak. Mereka menyebarkan cerita di Indonesia kononnya negara ini terbungkam suara demokrasi. Ironik sekali kerana Indonesia merupakan sebuah negara yang diakui rakyatnya mempunyai demokrasi yang telah tersasar. Demokrasi terpimpin yang dilhamkan oleh Sukarno telah lama pupus.

Kita bakal lihat lebih banyak lagi keanjingan sikap pemimpin yang kononnya beragama Islam dalam PAS dan PKR dalam mengusahakan kemenangan BN demi mewujudkan kacau bilau dengan fitnah-fitnah.

Bagaimana untuk mengatasinya? Mudah. Tangani golongan ini, golongan yang berfungsi menjadi militan penyokong strategi memusnahkan negara dengan fitnah,  dari kalangan saudara mara kita, kawan-kawan kita dan orang yang hampir dengan kita sebelum pilihanraya berlangsung,.