Rabu, April 30, 2008

MB Gah Dengan Kuasa

Utusan Malaysia, 30 April 2008
Arah tukar serta-merta - MB Perak mahu Pengarah JAIP keluar pejabat 24 jam

Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 29 April – Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas.

Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar pagi ini.

Menurut sumber kerajaan negeri, arahan Menteri Besar berkenaan melanggar tradisi di negeri ini dan mendahului Sultan Perak yang bertanggungjawab penuh dalam hal ehwal Islam.

Difahamkan, Jamry telah dihubungi melalui telefon supaya mengosongkan pejabatnya.

Perselisihan Pengarah JAIP itu dengan Menteri Besar dikatakan ada kaitan dengan usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

“Jamry diarah keluar tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa untuk membela dirinya,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini.

Jamry, 48, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai arahan itu, tetapi memaklumkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini.

“Setakat ini, saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.

“Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan selepas menghadap Sultan,” kata beliau.

Arahan Menteri Besar Perak supaya Jamry mengosongkan pejabatnya boleh mencetuskan kontroversi kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak yang menjadi Ketua Agama Islam negeri.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pula merupakan Pengerusi MAIAMP.

MAIAMP sepatutnya mengadakan mesyuarat pada 15 Mei ini untuk membincangkan senarai baru jawatankuasa masjid di seluruh Perak yang dibuat dengan mengambil kira nasihat Istana Perak.

Jamry dilantik memegang jawatan Pengarah JAIP sejak tahun 2004. Sebelum itu, beliau ialah Pegawai Daerah Kuala Kangsar.

Sementara itu, Mohammad Nizar yang genap 43 hari menjadi Menteri Besar mendakwa pertukaran serta-merta Jamry itu adalah sesuatu yang ‘normal’ dari segi prosedur pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut beliau, Jamry ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan penggantinya di JAIP akan diumumkan kemudian.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa Jamry diarah bertukar dalam tempoh 24 jam, Mohammad Nizar terdiam seketika.

Beliau kemudian sekali lagi menegaskan bahawa arahan pertukaran tersebut adalah sesuatu yang biasa dan tiada apa-apa yang negatif mengenainya.

“Sebelum ini juga terdapat beberapa pertukaran dan perpindahan beberapa pegawai kerajaan negeri, tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum.

“Bertukar atau naik pangkat dalam pentadbiran adalah perkara biasa. Kita ada Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan... naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa.

“Anda patut kemukakan soalan ini kepada Menteri Besar yang dulu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK... saya tidak,” katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini petang ini.

Mohammad Nizar turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dan Jamry hingga menyebabkan Jamry ditukarkan.

Analisis

Datuk Seri Nizar nampaknya semakin gah dengan kuasa di tangannya dan bertindak ke arah kontroversi. Nizar perlu faham bahawa bukan 100% penduduk negeri Perak yang menyokong pembangkang. Dari segi komposisi sekalipun, hanya 31 dari 59 kerusi DUN Perak dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Terdapat 28 kerusi yang dimenangi oleh BN. Pakatan Rakyat berkuasa hanya atas majoriti mudah. Mereka hanya memerintah dengan menguasai 52.5% kerusi di Dewan Undangan Negeri. Mengapa begitu biadap sekali tindakan mereka yang penuh dengan eksploitasi ke atas kuasa? Cuba fikirkan dengan ekuilibrium yang sepatutnya. Inikah corak kabilah pemerintah yang bakal memberi kesejahteraan pada rakyat Perak? Pimpinan gila kuasa? Yang kononnya tak inginkan jawatan MB satu ketika dulu? Belang sudah nampak. Tidak menguasai dua pertiga namu berlagak seperti mereka di sokong oleh 100% penduduk Perak. Wahai Nizar, muhasabah lah diri sendiri. Kita seharusnya menunjukkan tauladan yang lebih baik bila berkuasa. Bukannya lebih buruk dari pemerintah sebelumnya dalam mempertimbangkan justifikasi kita terhadap satu-satu keputusan. Tindakan menghukum bangsa sendiri atas kuasa yang diberikan mengundang tepuk tangan chauvinist Cina yang majoriti dalam jentera pentadbiran tuan. Sedarlah Nizar. Melayu Perak lebih ramai menyokong UMNO. Tuan hanya berkuasa atas ihsan chauvinist Cina. Dan kini, tuan mengenepikan hak menubuhkan jawatankuasa Masjid oleh orang Melayu sendiri sambil tuan bernaung di bawah bendera pakatan rakyat? Untuk rakyat? Atau untuk nafsu nafsi kuasa tuan? Lu pikirlah sendiri !

Ahad, April 27, 2008

معافا ادا فوس جاوي ؟

توجوان ساى مماسوقكان فوس برتوليسن جاوي بوكنلح باكي مودحكن برلاكوث فروؤوكاسي. اياث ادلح سماتا ماتا اوساحا ساى اونتوق مباوا سمولا جاوي سباكاي بحاسا فرجواعن اورع اورع ملايو يع دحولوث باعون ستلح دسرو ملالوءي مديوم برتوليسن جاوي

ادالح منجادي حرافن ساى اونتوق مليحت اورع ملايو يع ترديري داري برباكاي لاتربلاكع فوليتيك، برساتو دمي اكام اسلام دان بعسا ملايو

اونتوق منجافاي جيتا جيتا ترسبوت، ادالح فنتيع باكي اورع ملايو مميليكي سيفة كبعسأن يع تيعكي دان فنتيع باكي اورع ملايو مراسا سدر بحوا فرفجاحن اورع ملايو حاري ايني تلح اخيرث معحاكيس كأوفايأن كيتا اونتوق منجادي فنراجو كرجساما انتارا كاوم دمليسيا

راماي كيتا تيدق سدر بحاوا فلامفاو جينا تلح لاما معكوناكن توليسن جينا اونتوق معحنتم كيتا يع فادا فندافت مريك، كاتا تيدق اكن تاحو معنأي افا يع مريك فركاتاكن تنتع كاوم ملايو يع سودح تنتوث برسليت دعن كجامن دان فعحينأن يع ممفو ممبعكيتكن كماراحن كيتا سكيراث كيتا محاميث

كيتا سبنرث تلح ترلوفا بحوا اورع اورع جينا سبنرث برساتو ملالوءي بحسا دان توليسن مريكا والاوفون سجارا زاحيرث مريكا كليحاتن بربيزا فادا إيديولوجي فوليتيك مريكا

جونتوح مودح ايالح تينداكن ممفروؤوكاسي كاوم سنديري تنتع إيليمن مبنجي ملايو يع دتوليس اوليح ترسا كوك دان جوا سوي ليك ددالم بلوك ماسيع اسيع

ايني مبري امارن بسر كفاد بعسا ملايو سوفاى باعون دان سدر بحاوا اورع جينا، تيدق كيرا ددالم ماحوفون دلوار كراجأن كيني تلح ترع ترعن معوتوق كيتا سجارا تربوكا دكلاعن بعسا مريكا سحيعكاكن كيتا سنديري تيدق سدر بحوا كيتا سلوروح عمة ملايو سدع دفربودوح بودوحكن اوليح مريكا دكداي كوفي مريكا، دفاسر مريكا دان دتافك بينأن مريكا

كسيمفولنث، سلاكي اورع جينا بيبس معكوناكن بحسا دان توليسن مريكا اونتوق معجي دان معحينا كيتا اورع ملايو، كيتا جوكا برحق اونتوق بربوات دميكيان ملالوءي توليسن جاوي

سسوعكوحث، سجارح ادا منجاتت تنتع اوجودث فعخيانت بعسا يع معكاداي مارواح بعسا دعن منجادي تالي باروت فواق يع مموسوحي اورع ملايو دان اكام اسلام

جيكا ادا دكالاعن كيتا حاري ايني يع تيدق ماحو مليحت اوساحا مثاتوفادوكن عمة ملايو منجادي ثاتا
لايقكح مريكا تروس تروسن برادا موكابومي تانح ملايو ايني؟

Sabtu, April 26, 2008

باعونلح ملايو دمي اكام

اورع ملايو سحاروسث سدار اكان كبعكيتان كاوم جينا يع سماكين بركواس دسمننجوع تانح ملايو

مريكا كيني تلح برجاى ممباوا تونتوتن مريكا اونتوك دفرتيمبعكان

ايسوـايسو يع اكن دبعكيتكان فستيث تيداك لاكي دحيراوكن سنسيتيؤيتيث كأتس اورعـاورع ملايو

سلاما ايني, كاوم جينا برديام ديري افابيلا فميمفين ملايو ممفرسوالكن تنتع سنسيتيؤيتي ملايو يع كاداعكالا دسنتوح اوليح فواق فلامفاو جينا يع كيكيح منجاري سوكوعن كاوم سبعسا دعنث

اورع ملايو سحاروسث كمبالي برساتو

كجايأن مريكا معحيمفون كواسا والاوفو دعن بيلاعن مريك يع سديكات ممالوكان بعسا ملايو امث, اكام اسلام خصصث

واحـى اورع ملايو, كابركن كفادا مريكا بحوا جاعن مريكا جوااونتوق برماين دعن كفنتاعن كامو

سكالي كامو ممبريموكا, سلاماث كامو اكان تركاداي كرانا سسوعكوحث مريكا تيدق سوكا مالح مندندامي بعسا كاموز

ماكا دعن ايتو, بروسفادالح سفنجع ماسا

Isu Keris Selesai?

UTUSAN MALAYSIA

Isu keris Panca Warisan selesai

Persoalan Terdahulu

Oleh Rohani Ibrahim

KUALA LUMPUR 25 April - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini secara terbuka memohon maaf kepada rakyat negara ini sama ada Melayu atau bukan Melayu jika isu keris Panca Warisan telah menyinggung perasaan mereka.

Hishammuddin berkata, beliau bertanggungjawab jika tindakan menghunus keris Panca Warisan sewaktu Persidangan Perwakilan Tahunan pergerakan itu pada 2005 merupakan faktor yang menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Kalau ia jejaskan prestasi (BN), saya tidak boleh lari daripada realiti.

''Saya minta maaf dan bertanggungjawab kerana saya sayangkan parti dan bangsa saya,'' katanya.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda BN berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Jelasnya, tindakan menghunus keris itu bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa seperti yang digembar-gemburkan.

Sebaliknya kata beliau, ia sekadar simbol kerana nilai Keris Panca Warisan adalah simbol warisan orang Melayu.

"Kepada orang Melayu, saya minta maaf kerana tidak dapat pertahankan simbol warisan kita yang sebenarnya," katanya.

Menurut beliau, ia merupakan satu pengajaran sedih apabila terpaksa mengetepikan warisan budaya bangsa kerana politik.

"Saya bukannya orang yang angkuh atau 'arrogant' yang tak boleh terima hakikat itu. Itu merupakan satu pengajaran yang sedih.

"Tapi kalau politik sebegitu rupa, kita sebagai pemimpin mesti besar hati dan jiwa meletakkan kedudukan BN (parti) lebih penting daripada sesuatu," katanya.

Ditanya apakah itu bermakna keris Panca Warisan tidak lagi bermakna, Hishammuddin berkata ia amat bermakna kepadanya sebagai orang Melayu tetapi tidak ramai yang mempertahankannya.

"Keris itu takkan ke mana. Apa yang dipegang Datuk Onn Jaafar (Pengasas UMNO) 46 tahun dulu itu baru disedari hari ini," tegasnya.

Bagaimanapun katanya, beliau perlu membuat pernyataan maaf itu hari ini supaya tidak menimbulkan persepsi lain pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai ketika ditemui pemberita berkata, Hishammuddin membuat keputusan yang berani dengan menilai semula tindakan berkenaan dan memohon maaf jika menyinggung mana-mana pihak.

''Tidak perlulah kita ungkit-ungkit lagi bahawa Hishammuddin melepaskan tanggungjawab. Ini tidak adil kepada beliau. Sekarang adalah masa untuk bergerak ke hadapan," katanya.

Keris Panca Warisan yang juga keris pusaka Pergerakan Pemuda UMNO pertama kali diarak masuk oleh 12 hulubalang pada Persidanga Perwakilan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO 2005 bagi membangkitkan semangat ahli Pemuda UMNO.

Isu berkenaan kemudiannya dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang sebelum ini, Lim Kit Siang di Parlimen dan turut digunakan pembangkang dalam kempen pilihan raya umum Mac lalu.

Mesyuarat Pemuda BN pada hari ini turut mengiktiraf peranan Sabah dan Sarawak sebagai tulang belakang BN dan persetujuan untuk mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pemuda BN pada setiap dua minggu

Analisis

Akhirnya Datuk Seri Hishamuddin telah akur atas bagaimana soal sensitiviti dimainkan oleh masyarakat lain bukan Melayu. Ini kerana terlalu banyak perkara yang nampak sebagai satu sensitiviti oleh bangsa Melayu dan mungkin lebih menonjol di zaman beliau memimpin Pemuda UMNO Malaysia.

Mungkin mereka tidak menghirau seandainya upacara gilang gemilang tersebut digantikan dengan penyampaian tepak sireh berisi mantera jampi bagi melemahkan mereka kerana mereka tahu itu merupakan sesuatu yang tak mungkin.

Tetapi dalam menonjolkan senjata, ianya ibarat cubaan untuk mencari geruh. Mungkin kepercayaan turun temurun nenek moyang bangsa Cina bahawa tindakan sedemikian adalah untuk memulakan serangan adalah sesuati yang seseorang individu bukan bangsanya tidak tahu. Apa lagi bahasa Cina hanya difahami oleh segelintir kecil masyarakat Melayu. Isu tersebut menjadi bahan cerita di kedai kopi sedang kaum Melayu tidak mengetahui apa yang sedang diperkatakan oleh orang Cina diseluruh negara.

Ini menandakan bahawa di negara ini, persefahaman antara kaum berada pada tahap yang buruk. Seorang Melayu tidak mampu untuk memahami pantang larang Cina. Atau konsep yang cuba ditonjolkan itu sebenarnya tidak mendatangkan masalah tetapi provokasi tersebut besar bagi masyarakat Cina yang melihat apa yang telah dilakukan oleh Datuk Hisham melalui siaran TV. Isunya ialah, di tahap manakah kesefahaman antara kaum di Malaysia dapat digariskan.

Gangguan tersebut dapat terlihat dari apa yang terjadi pada hari ini. Corak politik gabungan parti-parti yang tidak sama halatuju telah menguasai minda rakyat. Namun masih menjadi tanda tanya, apabila segalanya bermula di Perhimpunan Agung UMNO 2005 dan mengapakah Datuk Hisham yang memulakannya?

Jumaat, April 25, 2008

Salam Jumaat 25.04.08

Salam Jumaat buat pembaca blog Ipohmalay. Pilihanraya telah 7 minggu berlalu. Dalam tempoh 7 minggu, berbagai perubahan yang tidak terfikir di negara ini sebelum ini telahpun berlaku kesan dari tangan-tangan rakyat yang mengundi.

Rakyat mengundi mengikut isu yang dimainkan. Tanpa isu-isu, rakyat tidak akan bangun menunjukkan kuasa undi menreka bagi mengajar atau memberi amaran kepada pemerintah.

Seni politik amat rumit untuk difahami. Ianya bukan sekadar pemahaman terhadap corak kemahuan rakyat, ianya adalah bidang taktikal yang memerlukan pemahaman total terhadap kesan undi termasuklah penstrukturan agenda yang dilindung oleh elemen perundangan dan perlembagaan yang tidak mampu disuarakan melalui gabungan pemikiran rakyat yang berbagai.

Kuasa mengundi merupakan ciptaan Yahudi. Mereka mencipta kuasa rakyat agar ia akan menjadikan mereka sama di antara bangsa-bangsa Eropah. Kemuncak kepada ini mereka mencipta komunisme yang melambangkan kuasa mutlak rakyat ke atas sesebuah pemerintahan.

Dulu, Yahudi dihina semua kaum di Eropah. Ini kerana sifat-sifat 'istimewa' yang tercipta untuk mereka oleh Allah SWT sebagai penggerak untuk mencaturi kehidupan golongan yang bukan dikalangan mereka.

Golongan yang bukan dikalangan mereka inilah yang sedang menduduki ujian Allah di dunia. Kaum Yahudi hanyalah semata-mata method menguji. Segala kepandaian, kecerdikan dan kekejian tercipta untuk jatuh ditangan mereka. Sebab mereka tidak termasuk untuk diuji. Mereka akan terhumban ke dalam tempat yang sewajarnya. Neraka.

Bukankah kita diingatkan tentang agenda Yahudi. Seawal-awal kitab, tersedia surah Al Baqarah yang penuh dengan peringatan tentang Yahudi. Sebarang usahasama dengan pihak ini tidak dialu-alukan kerana dibayangi satu kesan yang hanya Allah yang maha mengetahui.

Tetapi, ada puak yang memanggil pandangan bantuan dan campurtangan secara politiknya agar Yahudi memberi pandangan dan pendapat. Akibatnya, politik negara tersebut kucar kacir dengan mudah. Oleh kerana sistem yang digunapakai telah lama memainkan peranan, agenda Yahudi dengan mudah tercapai di sesebuah negara yang mereka dipanggil untuk mencaturinya.

Maka muncul sesuatu yang kita sendiri tidak paham, atau cuba untuk memahami tetapi gagal, atau cuba berpura-bura untuk memahaminya demi objektif tertentu demi untuk merealisasikan perancangan golongan yang telah berjaya menembus masuk ke iklim politik negara ini.

Demikianlah bagaimana hakikat sokongan yang berbeza-beza oleh pemakai cara Yahudi di Malaysia. Sebuah persyarikatan yang penuh dengan kepura-puraan dan penuh dengan percanggahan yang tersembunyi di bawah tikar yang melapik sebuah kemesraan yang palsu, kini telah menjadi popular.

Rabu, April 23, 2008

Sleep On The Plain Floor?

Sometimes, we often thought that being a leader is a superb career with a good future. For kids, they saw nothing but big cars, big expenditures, big house(s) etc. For mid-age people, they love to look after the wrongdoings of the leaders and for the ageing, nothing but just follow the climate.

For those who care about leadership, everything about a leader is nothing but accountability, transparency and sometimes, how big was their mouths. Ideology and the hidden intention is rarely taken into accounts. Let say I have a problem to deal with A and his party, I will vote for B and his party, although I actually agree with neither. But as A was the incumbent leader, so let him overthrew by my voting power as I can fake my support for B just for this purpose. This is Malaysian way of politicking. Rare enough but true.

It doesn’t apply just on individual, these phenomenon also happens inter-organizational. When there is a group of sailor is voted as the navigator, there will be few other groups claiming that they could navigate the ship better. Knowing these opposing groups, they are all championing their different thought on navigation skills. They might set a quarrel between them and they also can fake a cordial ambience amongst.

It was not sarcasm when it comes to this phrase. If one can fake his enthusiasm on something, how sure they can refrain themselves telling lies. Or maybe this sentence is a good one. If I say that I will try loving her but actually I am not going to love her, will you eager to love me?

This was not a joke of the term. This is something that really happens here in Malaysia. When you are in someone’s shoes, will you wear it on your hands? You might say that, I will try something that the persons before me reluctant to do. But then, could you walk with your hand instead of your feet? If you try to do so, how long will you ever endure?

I might say that this or that persons are unsuited to be called a leader. They are corrupt, they took bribes (which I never saw), and they are ignorant. And now I was the leader as people supporting my words towards the past leadership. I will be transparent, accountable and I will hear each and every single grouse.

But what I should do when it comes to offers and offers and offers that at some levels came from my own people and supporters. “Sir, this is not bribe, this is a present for you. Just take it. I earn an enormous gratitude of yours.” Will I say “No. I would not take it. Thanks. I have a lot of it “ which later will turn up like “ OK. How nice. Thanks. But don’t expect anything from me. I’m not a corrupted person” or worse enough it will be like “Oh dear. You are the best one. Your works are tip-top! You are the one who supposed to get awarded!”. After all, we are human. And if we can fake on something, there is always a chance for us to do so in any means. Now that what I say, an opportunist will die if they let the opportunity goes by.

Summing up my post, nobody can say they are better than the other. They can show a betterment progress but one could not expect any better such an almost utopia kind of governance. Corruption is designated as a comforter on a leader’s chair. Will you sleep on a plain floor? Say if you are willing to, how long you will tolerate the endurance? Yes, all politician are the same.

Ahad, April 20, 2008

Tunaikan Janji - Sultan Perak

KUALA KANGSAR 19 April - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini meminta kerajaan campuran negeri ini yang baru supaya memenuhi segala janji-janji mereka semasa kempen pilihan raya yang lalu.

Baginda mahu segala yang dikata dikotakan dan seluruh tenaga serta fikiran dijuruskan untuk memajukan negeri.

Menurut baginda, masa berkempen sudah berakhir dan kini adalah masa untuk bekerja.

''Berkempen dan bekerja sangat berbeza. Segala janji hendaklah dipenuhi dan segala kata perlu dikota," titah baginda sempena Istiadat Menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak Ke-80 di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad mendahului senarai 773 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-80 Baginda.

Abdul Hamid menerima darjah kebesaran Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Besar Perak Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Ke-10 pada 17 Mac lepas pula menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Titah Sultan Azlan, antara yang perlu dilakukan ialah menambah baik prasarana, menarik pelaburan, merapatkan jurang pendapatan, menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah, membasmi kemiskinan, membangunkan modal insan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Baginda juga menasihatkan kerajaan yang baru supaya melaksanakan urus tadbir secara adil dan setiap rakyat wajib diberikan perhatian yang saksama tanpa mengira agama, kaum, jantina mahupun fahaman politik.

''Kerajaan beta hendaklah melaksanakan urus tadbir secara adil dan setiap rakyat wajib diberikan perhatian yang saksama tanpa mengira agama, kaum, jantina mahupun fahaman politik," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah, dasar-dasar pembangunan yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara hendak- lah diteruskan.

Titah baginda, di samping itu, kerjasama dengan Kerajaan Pusat perlu dijalin, khazanah negeri perlu diurus secara amanah, keamanan negeri hendaklah terjamin dan hubungan harmoni antara rakyat perlu dipupuk.

''Kepentingan negeri dan kepentingan rakyat hendaklah mengatasi kepentingan politik kepartian," tegas baginda.

Dipetik dari Mingguan Malaysia - 20 April 2008

Rabu, April 16, 2008

Meludah Ke Langit ?

Agak lucu melihat tindakan pantas para politikus di negara ini yang segera mengakui bahawa medium blog merupakan satu senjata yang sangat tajam. Dahulu mereka mencerca penulis blog dan menggambarkan penulis blog sebagai pengecut, monyet dan sebagainya. Kini mereka berlumba-lumba untuk membuka blog sendiri sehinggakan sesiapa dikalangan mereka yang tidak memiliki blog dianggap tidak layak untuk menjadi pemimpin. Mari lihat artikel di bawah :

April 12, 2008
Malaysia's ruling party begins blogging
2008 is the year of BLOGGING.

KUALA LUMPUR, Malaysia - Some candidates for posts in Malaysia's ruling party will be required to set up blogs, an official said Friday, a turnaround for governing politicians who had derided online politicking.

Abdul Rahman Dahlan, secretary general of the United Malays National Organization party's youth wing, said all those vying for national youth posts must have blogs to introduce themselves and their programs ahead of party elections in December.

It was not known if any senior leaders of the party will also start blogs to emulate opposition Democratic Action Party leader Lim Kit Siang, who has a popular Web journal.

But the decision appeared aimed at countering heavy losses that the ruling National Front coalition suffered in last month's general elections, partly because they underestimated the power of online campaigning. The United Malays National Party dominates the coalition.

"All candidates must have blogs," Abdul Rahman told The Associated Press. "If not, they are not qualified to be leaders."

In the past, party politicians have said bloggers spread lies and rumors. Many of Malaysia's blogs contain commentary critical of the government.

But now, even youth deputy Khairy Jamaluddin — who once compared bloggers to monkeys living by the law of the jungle — has a blog.

"The last election showed that we lost the cyberwar. We need to embrace the technology now," Abdul Rahman said.

He said help will be available for party members who do not know how to create a blog.

Begitulah kuasa blog. Walaupun penulis mempunyai blog sejak tahun 2004 dan menggunakannya sekadar untuk meluahkan rasa pada semua isu peribadi, politik dan persekitaran, rupa-rupanya ada yang lebih terlewat menyedari hakikat bahawa blog merupakan medium yang cukup memberi pengaruh. Kadang-kdang terasa sedih. Kadang-kadang terasa lucu. Itulah akibat dari cakap-cakap yang terlepas. Bak kata pepatah Melayu, cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar-dengar. Meludah ke langit terkena ke muka sendiri.

Selasa, April 15, 2008

Soal Kebun, Bukan Kediaman!

Mungkin wujud salah faham mengenai post saya yang berkisar tentang pemberian hakmilik tanah kepada penduduk kampung-kampung tesusun dan kampung-kampung baru yang memang pada zahirnya saya alu-alukan.

Apa yang saya khuatiri hanyalah tidak lain dan tidak bukan mengenai pemberian hakmilik tanah kepada pekebun dan penternak yang menduduki tanah kerajaan negeri yang telah lama menuntut agar mereka diberi hakmilik ke atas tanah-tanah cerobohan tersebut yang sangat luas. Tuntutan mereka tidak lain tidak bukan adalah melalui DAP, pemegang kuasa majoriti dalam kerajaan negeri Perak.

Amat sensitif jika dilihat pada fakta bahawa sesetengah tanah yang mereka usahakan di Kinta Selatan merupakan bekas-bekas lombong tinggal yang dahulunya adalah perkampungan Melayu sebelum tanah tersebut dilombong hingga tandus.

Namun kenyataan di bawah yang mungkin sedikit sebanyak memberi angin dingin bagi sebuah isu yang panas. Diharapkan, MB Perak mampu melepaskan dirinya sebaik mungkin daripada disepaktunjal oleh karib kirabat DAP beliau.

Pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada ketua-ketua jabatan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini MB Perak baru , Mohammad Nizar berkata :

Pemberian geran berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan Tanah Negeri Perak dan Kanun Tanah Negara.

Beliau merujuk kepada beberapa penduduk yang menduduki tanah terbabit menggunakan geran tanah pemilikan sementara (tol) walaupun sudah tinggal di situ sejak 1948 iaitu sebelum merdeka lagi.
MB Perak dinasihatkan supaya bersikap berhati-hati terhadap sensitiviti orang Melayu di Perak kerana tiada orang Melayu di Perak yang benar-benar mahukan agenda DAP mencaturi politik negeri sehingga negeri Perak jatuh tergadai.

Sikap Biadab Menjadi-Jadi

Fenomena jatuh akhlak biasa terjadi pada sesiapa sahaja yang terlalu memperjuangkan agenda politik parti yang disokong oleh mereka. Sesetengah ahli parti politik mana-manapun memang tebal sikap biadap mereka dalam meluahkan kata-kata mereka terutamanya melalui medium internet.

Medium internet sememangnya merupakan platform untuk menegakkan kebenaran selain dari melemparkan fitnah, mencarut sewenang-wenangnya dan berbicara dalam penuh kebaculan di sebalik nama-nama samaran.

Tidak perlu dikaji seburuk mana minda rayat negara ini melainkan hanya dengan melihat cara mereka berbincang dan bercakaran. Tidak kiralah pada yang membangkang atau yang memerintah, keadaan ini tidak memilih golongan. Sikap kurang ajar sesetengah mereka ini seolah-olah tidak boleh diperbaiki lagi.

Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih diutamakan dalam blog ini melainkan segala-gala yang dianggap benar dan penting bagi masyarakat Melayu Islam. Tidak kira pembangkang mahupun pemerintah, teguran membina dan gambaran yang jelas lagi menjelaskan harus sampai ke minda masyarakat bagi memupuk sikap untuk berfikir secara rasional dan tidak terlalu takjub dan taksub pada sesebuah perjuangan atas kepentingan individu semata-mata.

Penerbit

Bekas Komunis Dapat Tanah

Bila berbicara tentang isu MB Perak yang kini telah mula melepaskan tanah-tanah kerajaan negeri kepada penceroboh-penceroboh Cina yang mengusahakan kebun sayur, lombong-lombong ikan air tawar, dan penternakan ayam serta babi, terlalu ramai penyokong pemerintah Perak menyanggah penulis. Lebih malang sekali, dengan nada yang cukup kesat. Seperti yang terlihat di blog yes2umno ini :

14 Apr 08, 09:02
kebenaran: selama ni pemim,pin meleyu UMNO perak ok ke...
14 Apr 08, 09:01
kebenaran: Harga babi lagi mahal dr ipohmalay yg nak
kena sembelih
14 Apr 08, 09:00
kebenaran: Bangkai ipohmalay yg kene
sembelih berape agaknya sekilo..
14 Apr 08, 08:59
kebenaran: jom
sembelih ipohmalay jom...tak abih-abih fitnah

Bukan fitnah yang ditabur oleh penulis. Perumpamaan Nizar Jamaludin dan Rashid Maidin hanyalah kebetulan yang berlatarbelakangkan dua zaman yang berbeza. Hakikatnya tetap sama. Menegakkan manifestasi kaum-kaum yang kononnya selama ini tertindas. Lebih malang lagi ianya bukanlah atas kerelaanya. Tetapi sebagai boneka DAP, beliau sanggup meletakkan sensitiviti Melayu Islam ke tepi.

Perlu diingat bahawa pengusaha kebun sayur, lombong ikan dan ternakan babi termasuk tanaman limau bali di Perak kebanyakannya merupakan penyokong gerila komunis yang enggan dipindahkan semasa Rancangan Briggs membawa kaum Cina yang tinggal di kawasan terpencil untuk ditempatkan di kampung-kampung baru bagi menjauhkan mereka daripada pengaruh komunis.

Bukan sahaja mereka menyanggah tentangan ke atas usaha pemberian tanah ini dengan kata-kata kesat, malah mereka merestui tindakan pemberian hak milik tanah yang meliputi berpuluh-puluh ekar bagi setiap individu yang sekian lama mengakui tanah yang mereka usahakan adalah milik kerajaan negeri. Namun kaduk telah memuncak junjung.

Lebih malang lagi, penyokong kerajaan Perak hari ini tidak lagi mampu untuk menonjolkan akhlak yang lebih baik sebagai contoh untuk diteladani. Akhirnya mereka kini terjebak dalam kancah carut dan maki dan tidak mampu lagi mempertahankan kemuliaan budi bicara.

Benarlah kata orang-orang tua, jangan dicerca buruk laku manusia, kelak terpakai di badan sendiri. Hari ini, penyokong pemerintah yang dahulunya menjerit sebagai pembangkang semakin tidak bermoral tutur katanya.

Apapun, penguasaan tanah bagi bukan Melayu di Perak telah meningkat dengan pantas dalam tempoh lebih 1 bulan pemerintahan DAP-PKR-PAS di Perak. Lebih malang lagi, pemberian hakmilik ini melibatkan penganugerahan tanah kepada penceroboh-penceroboh tanah kerajaan negeri satu masa dahulu yang seharusnya diusir lebih awal. Namun segalanya ibarat kudis yang menjadi barah.

Luka negeri Perak semakin bernanah. Teruskan kebiadapan anda wahai penyokong kerajaan negeri Perak. Di sini kamu semua tumbuh, di sini juga kamu semua akan terkambus.

Ahad, April 13, 2008

88 Jalan Sultan Idris Shah ?

Pernahkah anda ke Ipoh? Selepas Kuala Lumpur disytihar sebagai bandaraya pada tahun 1974, Ipoh menjadi bandaraya kedua diiktiraf sebagai sebuah Dewan Bandaraya pada tahun 1988 tetapi diturunkan kuasa Datuk Bandar kepada kuasa Ahli-Ahli Majlis Bandaraya. Maka tertubuhlah Majlis Bandaraya Ipoh.


Selepas itu, nadi pembangunan Ipoh bergerak cukup perlahan. Namun, hakikat tersebut berjaya memberikan suasana retro apabila kita melihat pusat bandarayanya. Tetapi, pengangkutan seharusnya mengikut zaman. Malangnya Ipoh menyediakan perkhidmatan bas yang bukan sahaja cukup ketinggalan zaman bahkan memalukan.

Dikatakan, Ipoh Omnibus Co. yang beroperasi ke hampir semua penempatan di Ipoh merupakan anak syarikat sebuah perbadanan misteri yang mendiami alamat 88, Jalan Sultan Idris Shah. Jika berkunjung ke alamat tersebut, nescaya tiada apa yang menggambarkan adanya sebuah syarikat dipremis tersebut.


Syarikat misteri ini sebenarnya memegang lebih banyak lagi perkhidmatan bas-bas usang di negeri Perak dan beroperasi di hampir semua bandar utama di Perak. Hampir semua syarikat bas yang beroperasi di Ipoh, memakai alamat tersebut. Bas-bas buruk penghujung 1970an terus membelah jalan-jalan di Ipoh.

General, Reliance, Kinta, Ipoh Omnibus, Century Omnibus yang beroperasi di Ipoh serta Red & Yellow di Kuala Kangsar, Kamta di Tapah, Regal di Cameron Highlands, Sitiawan di Manjung dan Blue Omnibus di Taiping turut beralamat di 88 Jalan Sultan Idris Shah.

Walaupun terdapat pertambahan bas yang lebih moden dan berhawa dingin, perkembangan tersebut terlalu perlahan jika dilihat kepada keadaan di mana hampir kurang dari lima buah bas baru kelihatan beroperasi dalam satu-satu tahun di seluruh Ipoh. Gambaran kemajuan tiada untuk dibandingkan dengan Pulau Pinang dan Lembah Klang. Ipoh tertinggal di tahun 1980an.


Perkhidmatan dalam pusat bandar dilakukan oleh bas-bas yang cukup tua untuk mengharmonikan suasana jalanraya di Ipoh. Kenderaan persendirian pantas memodenkan suasana jalanraya di Ipoh dengan rata-rata berusia kurang dari 10 tahun. Akibatnya, perkhidmatan bas tidak menguntungkan syarikat bila sambutan tidak memberangsangkan dan modenisasi perkhidmatan bas di Ipoh tidak mungkin berkembang pada angka positif.

Perkhidmatan pengangkutan awam di negeri Perak khususnya bas amat daif. Syarikat tersebut seharusnya diambil alih oleh kerajaan negeri dan ditadbir sebagai sebuah entiti korporat. Bas-bas tersebut layak di jual ke negara yang lebih memerlukan.

Hanya dibawah tanggungan kerajaan negeri, pengangkutan bas di Perak khususnya Ipoh dapat dimodenkan. Hakikat ini jarang di titikberatkan oleh kerajaan negeri yang lepas dalam memodenkan negeri kerana faktor kesukaran untuk memperoleh keuntungan.

Jika pentadbiran negeri terlalu berkira terhadap kehendak memajukan perkhidmatan mobiliti bagi rakyat, kerajaan negeri tersebut tidak layak untuk di gelar kerajaan untuk rakyat.

Namun misteri belum lagi tersingkap. Siapakah yang bersembunyi di sebalik pintu alamat 88 Jalan Sultan Idris Shah? Kerajaan negeri pasti mengetahuinya.

Sabtu, April 12, 2008

Relevankah Barisan Rakyat?

Pemerintah baru negeri Perak yang merupakan kerajaan perikatan DAP-PKR-PAS kini disebut Barisan Rakyat di negeri ini. Tetapi, sejauh manakah Barisan Rakyat mampu membawa maksud yang benar-benar menguntungkan RAKYAT negeri ini selain ideologi politik dan rektorik birokratik semata-mata? Atas sebab yang demikian, dikemukakan situasi-situasi yang dikira sebagai harapan RAKYAT negeri ini yang didambakan pada pimpinan Barisan Rakyat yang kononnya memerintah dengan keutamaan penuh kepada RAKYAT dan semestinya ia merupakan kehendak yang tidak diambil kira oleh kerajaan terdahulu.

Untuk melihat kerajaan Perak yang baru bertindak mengawal pemberian lesen kuari besar-besaran yang sebelum ini mendapat bantahan aktivis pecinta alam kerana memusnahkan keindahan gunung-gunung batu kapur dan gua-gua berusia jutaan tahun di Simpang Pulai yang merupakan KHAZANAH ALAM KEBANGGAAN RAKYAT Perak.

Untuk melihat kerajaan Perak yang baru dapat MENGURANGKAN PENGHIJRAHAN KELUAR RAKYAT negeri Perak ke kota-kota utama di Semenanjung untuk bekerja kerana terlalu jelas kekurangan pekerjaan yang tersedia di negeri ini sejak sedekad lalu. Namun, apa yang menghairankan, pertambahan pekerja asing di negeri Perak semakin meningkat.

Untuk melihat kerajaan Perak yang baru campurtangan dalam pengurusan operasi pengangkutan awam di Ipoh yang terlalu uzur dan menjadi bahan ketawa pelancong luar. PENGANGKUTAN AWAM MERUPAKAN KEPERLUAN RAKYAT. Seharusnya kerajaan Barisan Rakyat menitikberatkan keperluan RAKYAT melebihi segalanya termasuklah untuk MENJAMIN KESELESAAN MOBILITI RAKYAT yang bergantung kepada pengangkutan awam.

Untuk melihat kerajaan Perak yang baru mendatangkan satu angin perubahan sosial yang mampu MEMBENDUNG AKTIVITI TIDAK BERMORAL DI KALANGAN RAKYAT negeri ini bagi memperlihatkan bahawa pemimpin kerajaan negeri yang dinamakan dari parti PAS itu dapat menzahirkan komitmen mereka terhadap MORALITI RAKYAT MUDA-MUDI di negeri Perak yang kononnya hancur akibat pengabaian oleh kerajaan terdahulu.

Untuk melihat kerajaan Perak yang baru mencipta satu tarikan ke negeri ini YANG MENGUNTUNGKAN RAKYAT dan bukannya berasaskan inisiatif swasta yang hanya mementingkan keuntungan. Dengan memajukan Gunung Kledang sebagai kawasan peranginan, ianya mampu MEMBUATKAN RAKYAT PERAK BERASA BANGGA dan Ipoh mampu untuk menarik lebih ramai pelancong yang terpanggil untuk singgah demi sebuah tarikan yang tersendiri.

Untuk melihat kerajaan Perak yang baru meneruskan kesinambungan kerajaan terdahulu menyediakan liputan internet tanpa wayar di Padang Ipoh ataupun kerajaan Barisan Rakyat ini mampu untuk mengambil inisiatif memanjangkan kemudahan internet tanpa wayar percuma ini di lebih banyak kawasan DEMI KEMUDAHAN DAN KURNIAAN ILMU KEPADA RAKYAT.

Untuk melihat kerajaan Perak yang baru memainkan peranan aktif bagi memajukan sistem pengangkutan terkini yang diperkenalkan oleh kerajaan pusat iaitu perkhidmatan Keretapi Laju Ipoh-Rawang yang akan bermula pada penghujung 2008 dan memainkan peranan untuk memastikan perkhidmatan tersebut MAMPU UNTUK DINIKMATI OLEH RAKYAT yang berpendapatan rendah.

Untuk melihat kerajaan Perak yang baru berusaha memulihkan alam sekitar dengan kawalan atas kegiatan membalak dan penerokaan tanah perkebunan persendirian yang mengakibatkan sungai-sungai di negeri Perak dicemari lumpur dan selut agar destinasi-destinasi perkelahan KEBANGGAAN RAKYAT NEGERI INI TERPELIHARA.

Untuk melihat kerajaan Perak yang baru berusaha mengawal pencerobohan tanah kerajaan negeri serta mengawal aktiviti pengambilan tanah secara berlesen ataupun tidak berlesen bagi memastikan alam sekitar di negeri Perak terjaga serta tersekatnya kegiatan curi tanah secara berleluasa di negeri ini yang berlaku di kawasan simpanan UNTUK RAKYAT GENERASI AKAN DATANG.

Untuk melihat kerajaan Perak yang baru yang dipimpin oleh wakil PAS menitikberatkan penambahbaikan surau-surau bagi sesebuah kawasan perumahan ataupun kampung-kampung kecil agar ianya selamat, kukuh dan tidak menggambarkan bahawa RUMAH IBADAT RAKYAT PERAK BERAGAMA ISLAM ibarat bahan sejarah bagi sebuah struktur yang mudah dimamah usia dan ketinggalan zaman.

Sebenarnya, lebih banyak keperluan RAKYAT yang tidak mungkin difikirkan sebagai penting oleh kerajaan Barisan Rakyat di negeri Perak. Buat masa ini, cukuplah bagi kerajaan Barisan Rakyat di Perak untuk menilai sejauh mana usaha mereka kepada RAKYAT Perak berhubung perkara-perkara di atas. Apakah mereka lebih gemar bermain tarik tali sesama mereka dalam jentera pemerintahan? Ataupun mereka mementingkan kata sepakat untuk MEMPERTINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT PERAK SEJAJAR DENGAN ZAMAN. Buat masa ini, semuanya masih lagi kabur.

Ahli UMNO Dianaktirikan?

Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali sendiri telah menyatakan bahawa adalah mustahil untuk menghukum ahli-ahli UMNO di Perak yang telah bertindak mensabotaj parti mereka sendiri bagi menunjukkan rasa tidak puas hati pada penentuan calon-calon Barisan Nasional di negeri Perak pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.

Ini kerana jika mengikut perangkaan seluruh negara, nisbah ahli UMNO dan rakyat Malaysia berbangsa Melayu mencapai 1 : 5. Jika ianya digunapakai di negeri Perak yang mempunyai lebih kurang 1 juta penduduk Melayu, terdapat seramai lebih kurang 200,000 ahli UMNO di seluruh negeri Perak.

Dari jumlah itu, dipermudahkan kiraan dengan jumlah penduduk di 31 kawasan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi pembangkang, ianya melibatkan kira-kira 180,000 penduduk Melayu. Ini bermakna ianya membabitkan kira-kira 36,000 ahli UMNO. Sekiranya hanya sepertiga ahli UMNO dikawasan ini yang bertindak mensabotaj undi atas pengaruh pihak tertentu, kira-kira 12,000 ahli UMNO yang harus dikenakan tindakan.

Itu hanya kiraan dikawasan yang jatuh ke tangan pembangkang semata-mata. Bagaimana pula jika kiraan di kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional yang menampakkan penurunan majoriti yang sangat mendadak diambil kira? Contoh mudah ialah kehilangan 11,000 undi kepada pembangkang di Parlimen Tambun.

Adalah tidak logik untuk pemimpin UMNO pusat mencadangkan idea menghukum ahli UMNO yang mensabotaj undi. Pak Lah sendiri suatu masa dahulu pernah terlepas cakap bahawa segala ketidakpuashatian, boleh dikemukakan melalui peti undi. Makanya telah terzahirlah bahawa ahli UMNO sendiri mempunyai rasa tidak puas hati terhadap pelbagai isu pada darjah yang agak tinggi.

Sekiranya rasa tidak puas hati rakyat Malaysia yang bukan ahli UMNO diutarakan, pastinya pemimpin negara akan pantas mencari jalan penyelesaian sedikit sebanyak bagi memuaskan hati rakyat.

Namun, apa yang dicetuskan oleh pemimpin UMNO pusat sangat jelas menggambarkan bahawa ahli UMNO sendiri dianaktirikan. Ketidakpuashatian mereka yang cuba mereka zahirkan melalui saranan Presiden parti dicadangkan agar diubati dengan cara mereka akan dihukum. Inilah malangnya UMNO hari ini.

Seharusnya kekalahan besar yang ditanggung oleh Barisan Nasional yang dikemudi UMNO pada pilihanraya itu sedikit sebanyak membuka ruang untuk UMNO mengkaji masalah dalamannya dengan lebih fokus dan penuh sifat muhasabah. Malangnya, UMNO yang terperanjat atas undi rakyat termasuk ahlinya sendiri telah mula menari-nari pada rentak yang salah.

Kisah Pemotong Rumput

Satu pagi, ketika seorang rakan saya memantau kerja-kerja mesin rumput yang beliau peroleh dari tender Majlis Bandaraya Ipoh di sekitar Pengkalan Pegoh, beliau dihampiri oleh sekumpulan lelaki Cina berpakaian kemas berjumlah 5 orang yang menaiki sebuah Pajero. Rupa-rupanya kumpulan tersebut adalah rombongan memantau ADUN Tebing Tinggi yang mewakili parti DAP beserta seorang wakil Majlis Bandaraya Ipoh setelah mereka memperkenalkan diri.

ADUN Tebing Tinggi : You dapat ini tender?

Sahabat saya : Ya. Saya. You semua, dari mana?

ADUN Tebing Tinggi : Saya ADUN Tebing Tinggi. Mau tengok you orang punya kerja bandaraya dalam ini saya punya kawasan.

Sahabat saya : Kita orang kerja OK! Ikut time, ikut zone, cepat-cepat potong. Tak ada komplen punya. Dont worry.

ADUN Tebing Tinggi : OK. OK. Cuma mau kasitau, sekarang kerajaan baru. Bukan kerajaan lama. Kita mesti mau kerja kuat. Lagi cekap.

Sahabat saya : Oh.. Itu jangan risau. Kita orang rekod pun baik sini. Kerja lagi cekap? Boleh punya.

Lalu kumpulan tersebut berbicara sesama mereka dalam bahasa Cina. Sambil merenung sahabat saya dan sambil berbicara tawa dalam keadaan santai sesama mereka. Wakil Majlis Bandaraya Ipoh hanya memerhati kerja mesin rumput yang dijalankan.

Sahabat saya : Ada problem ka? Saya rasa semua ok. Dulu sekarang pun OK. Kalau ada komplen rumput panjang, itu Majlis Bandaraya Ipoh la lambat award kerja sama kita. Bukan kita punya hal.

ADUN Tebing Tinggi : Ya. Saya percaya sama you. Ini saya mari just mau kenal-kenal sama you ma..

Wakil MBI : YB, Dia punya kerja elok. Belum ada slack. Ini company kira among the best one la.

Sahabat saya senyum lebar dan malu-malu.

ADUN Tebing Tinggi : Ya. Ya. Kalau itu macam bagus la. Make sure you buat kerja baik-baik lah. Ini kerajaan baru. Kerja mesti kuat. Kalau you kerja baik, you kasi dia bikin lagi la ini kerja tahun depan. ( Sambil mengalih perbualan ke wakil MBI )

Sahabat saya tersenyum senang hati. Walaupun itu merupakan perkara baru baginya apabila di lawati oleh seorang YB, dia mengakui merasakan bahawa segalanya kini di tangan DAP. Untuk terus hidup, dia terpaksa ketepikan ideologi politiknya dan terus bersikap neutral dalam semua perkara.

Jumaat, April 11, 2008

Komunis Melayu Moden ?

Ramai yang tidak sedar bahawa pemimpin Komunis berbangsa Melayu kebanyakannya berasal dari negeri Perak. Mereka menentang penjajah British dan akhirnya mereka merasakan mereka diketepikan dan kemudiannya mereka dipergunakan oleh Parti Komunis Malaya untuk dijadikan pejuang-pejuang versi Melayu yang akhirnya membuatkan nasionalis-nasionalis ini terhumban ke kancah komunisme.

Mereka akhirnya terusir ke hutan belantara, mengumpul kekuatan bersama pejuang-pejuang Cina bekas gerakan penentang Jepun dan bersatu menentang kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang tertubuh atas restu British.

Walaupun mereka berbangsa Melayu dan mengakui masih beragama Islam, mereka telah bersekongkol dengan pengganas-pengganas komunis berbangsa Cina yang bertindak kejam ke atas orang Melayu dengan membunuh guru-guru agama, penghulu dan ketua kampung serta wakil-wakil kerajaan pernah dikekalkan jawatan mereka semasa pemerintahan Jepun.

Mereka merelakan rakan seperjuangan mereka membunuh, merogol dan menyiksa bangsa mereka sendiri dengan kejam. Lelaki dan wanita juga anak kecil. Restu mereka memberikan badi dan dosa yang cukup besar kerana sekongkol dengan pembunuh dan pemusnah yang mengganasi manusia sebangsa dan seagama dengan mereka atas nama perjuangan komunisme.

Atas sebab itu, mereka lari ke negara komunis China sebelum pulang mendiami tanah Melayu yang terletak di kawasan Thailand. Kemurkaan tanah tumpah darah mereka sendiri tidak dapat mereka hadapi. Ideologi mereka telah mereka tinggalkan. Tetapi keterlanjuran mereka tetap tertanam di fikiran generasi demi generasi Melayu di negeri ini.

Apa pula bezanya dengan pimpinan kerajaan negeri hari ini? Oleh kerana mahu menjatuhkan pemerintahan yang diterajui bangsa sendiri, para cerdik pandai agama yang memenangi kerusi DUN atas nama PAS dengan bangganya mendokong cita-cita kesepakatan parti pembangkang untuk memerintah negeri dan mengaburi rakyat dengan menduduki kerusi Menteri Besar yang khusus untuk orang Melayu. Padahal, kerajaan negeri Perak dipimpin oleh Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak.

DAP merupakan parti serpihan PAP di Singapura yang melompat masuk ke Malaysia setelah Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Ideologi mereka adalah untuk kesamarataan semua kaum di Malaysia tanpa mengambilkira taraf bekas tenaga kerja asing yang dipegang mereka. Tanpa mengira bahawa hak istimewa Melayu merupakan jaminan untuk taraf kerakyatan pendatang di negara ini.

Hari ini, segelintir orang Melayu, demi untuk menentang pemerintahan bangsa sendiri, menegakkan prinsip matlamat menghalalkan cara dan menjilat ludahan mereka kepada UMNO satu ketika dahulu kerana memimpin kesatuan parti berbilang kaum. Tetapi bagaimana pula dengan kesatuan parti yang dianggotai PAS yang dipimpin oleh orang bukan Islam? Maka tidak hairanlah Menteri Besar Perak kini digelar Rashid Maidin moden.

Dengan mengaburi mata rakyat Perak atas jawatan yang disandang wakil PAS, DAP yang buat pertama kalinya dalam sejarah mempunyai kuasa ke atas pemerintahan negeri Perak dipercayai akan meluluskan projek-projek kontroversi dengan cara menekan Menteri Besar melalui pengaruh majoriti mereka di dalam kerajaan negeri.

Jangan Dicabar Rakyat Perak

Perak merupakan sebuah negeri yang kukuh berdiri sejak tahun 1520an lagi. Penguasaan orang Melayu di negeri Perak tidak pernah terancam sehinggalah pendatang Cina dibawa masuk menjelang tahun 1870an. Jika tidak kerana pertambahan penduduk Cina yang rendah, negeri Perak sememangnya memiliki tidak kurang 45% penduduk Cina.

Hari ini, angka tersebut telahpun berubah. Penduduk Cina di Perak hanyalah pada sekitar 37% manakala penduduk Melayu mencapai 51% dan hampir 10% dari penduduk negeri Perak adalah kaum India.

Namun, kesan boikot penyokong UMNO dan kecenderungan pengundi Melayu memilih calon pembangkang telah membuatkan part-parti pembangkang memenangi lebih dari separuh kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak. Teraju utama mereka ialah sebuah parti cauvinis Cina yakni DAP. Oleh kerana Perak tidak membenarkan bukan Melayu Islam memegang jawatan Menteri Besar, calon PAS dilantik.

Menteri Besar Perak boleh disebut sebagai Menteri Besar boneka kerana pengaruh DAP di dalam kerajaan negeri sangat besar. Tekanan demi tekanan akan diterima oleh Menteri Besar PAS ini kerana matlamat utama kerajaan negeri ialah untuk memuaskan hati pengundi Cina yang hampir 70% menyokong DAP. Justeru, dibimbangi nanti akan kedengaran kelulusan-kelulusan projek yang bertentangan dengan kehendak rakyat seperti ternakan babi mega yang diluluskan pakatan tersebut yang memerintah Selangor.

Perkara sebegini jangan sekali-kali terjadi di bumi Perak. Di mana dengan angkuhnya kerajaan negeri Selangor menentang suara rakyat walhal mereka mengagung-agungkan 'Suara Rakyat' yang kononnya memberi mandat untuk mereka memerintah.

Setelah ihsan diberi kepada orang-orang Melayu yang mendiami Kampung Tersusun dengan penganugerahan geran, tidak mustahil pula pengusaha kolam ikan dan penternak itik berbangsa Cina yang mengusahakan lombong tinggal yang secara undang-undangnya adalah milik kerajaan negeri, akan diberikan geran juga. Ini kerana desakan pastinya ada dari komuniti tersebut melalui wakil DAP yang sentiasa cuba untuk melakukan apa sahaja demi sifat cauvinistiknya.

Selain itu, tuntutan-tuntutan hakmilik tanah yang telah lama kedengaran dari pekebun-pekebun sayur Cina di Ipoh, Tapah, Chemor, Batu Gajah, Tanjong Tualang, Kampar dan Malim Nawar mungkin kelak akan dilayani jika pimpinan kerajaan negeri ditekan oleh majoriti wakil rakyat DAP dalam pemerintahan negeri.

Soal pemberian hakmilik tanah kepada pekebun Cina yang mengusahakan tanah tersebut sejak zaman darurat seharusnya tidak langsung perlu dikaji. Ini kerana, pencerobohan tanah kerajaan negeri oleh pekebun-pekebun ini telah lama dihalalkan atas ihsan pemerintah dan mereka telahpun mengaut hasil keuntungan atas usaha mereka itu sejak beberapa generasi.

Kawasan ladang limau bali Tambun yang diusahakan atas tanah kerajaan negeri ini juga merupakan kawasan penternakan babi satu ketika dahulu sehinggalah tercetusnya wabak Japanese Encyphilits yang membunuh hampir 100 orang di kawasan Tambun, Ampang dan Ulu Pioi.

Dengan pembukaan tanah yang semakin meluas tanpa pemantauan dan kajian alam sekitar, mereka bebas melakukan aktiviti pertanian, perikanan serta penternakan ayam dan babi. Pemberian hakmilik tanah kepada mereka hanya akan mendatangkan bantahan besar-besaran orang Melayu yang terpaksa melepaskan tanah-tanah tersebut bagi dilombong suatu masa dahulu.

Berdasarkan undang-undang, pembukaan tanah bagi tujuan perlombongan adalah berdasarkan restu Sultan dan apabila tamatnya aktiviti perlombongan tersebut, kawasan tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri.

Diharapkan agar pimpinan negeri Perak yang memperlihatkan kaum minoriti memerintah kaum majoriti, tidak meminggirkan pendapat majoriti demi keuntungan politik masing-masing kerana kesukaran akan timbul apabila rakyat negeri Perak benar-benar bangkit menentang. Kerana perlu diingat, di bumi Peraklah bermulanya penentangan rakyat Melayu ke atas penjajah yang membawa kepada pembunuhan Residen pertama British, JWW Birch.

Struktur ini hanya berusia tidak lebih 5 tahun dan terletak tersembunyi di sebalik gunung batu kapur di kawasan Tambun. Bagaimana pula tumbuhnya struktur sedemikian selepas ini ?

Khamis, April 10, 2008

Babi Di Selangor

Alkisahnya kini, kerajaan Selangor yang baru telah meluluskan projek ternakan babi teknologi tinggi bernilai RM100juta di Sepang yang sememangnya telah diilhamkan untuk dibuat kajian oleh kerajaan Selangor yang terdahulu.

Menurut Datuk Seri Dr. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, kajian yang akan dibuat itu mengambilkira pendapat penduduk dan sekiranya terdapat bantahan, projek tersebut akan dibatalkan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan selepas mensyuarat exco negeri Selangor pada awal bulan April telah bersetuju meluluskan projek ternakan babi tersebut tanpa mengambil kira pendapat serta pandangan penduduk di daerah Sepang.


Ipoh pernah dikejutkan dengan wabak Japanese Encyphilitis yang meragut kira-kira 100 nyawa di Tambun dan Ampang pada tahun 1998. Hakikat ini cukup untuk menjadikan penternakan babi sebagai pertanian yang tidak dialu-alukan.

Yang menghairankan ialah, mengapakah UMNO Selangor tidak pula bersungguh-sungguh dalam mempertahankan bantahan penduduk di Sepang dalam menentang kerajaan negeri Selangor sedangkan parlimen Sepang telah dimenangi oleh wakil UMNO dari Barisan Nasional.