Thursday, July 27, 2017

Mengapa petrol bersubsidi kerajaan zaman Mahathir lebih mahal?


Pada 1 Mac 2003, Kementerian Kewangan menetapkan harga baharu petrol naik 2 sen dari RM1.33 seliter kepada RM1.35 seliter. Itulah kenaikan terakhir sebelum Mahathir meninggalkan Perdana Putra.

Indikasi inflasi USD menunjukkan nilai RM1.35 itu adalah sama nilai dengan RM2.02 pada hari ini.

Dengan kenaikan minyak 3 sen hari ini, harga petrol meningkat dari RM1.97 seliter kepada RM2.03.

Untuk kejadian yang telah acap kali berlaku, harga petrol semasa dijual pada nilai yang sama bahkan lebih murah dari segi bandingan kuasa beli jika dibandingkan dengan zaman Mahathir.

Jika formula kira-kira gaji pokok kerani gomen diperbandingkan, jelas sekali 'kemakmuran' zaman Mahathir hanyalah dongengan mentah puak tin kosong macai setia pematuk dedak cap Bunga Raya.

Aneh sekali petrol zaman Mahathir ini dikatakan petrol bersubsidi. Dengan harga 1.04% dari harga minyak mentah, tiada penjelasan mengapa hari ini harga petrol tanpa subsidi mengikut pasaran semasa hanya 0.99% dari harga minyak mentah. Apa yang disubsidikan?


Jika gaji anda tidak pernah naik dari tahun 2003, itu salah anda kerana memilih untuk bekerja dengan majikan penipu. Bukan salah kerajaan.