Thursday, June 07, 2012

Awasi Huru-Hara Selepas PRU 13


Adalah parah apabila menyedari bahawa undi rakyat akan dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat dengan serius dengan mengkambinghitamkan SPR kelak selepas PRU13.

Ini kerana, berbeza dengan iklim persepsi dan kepuasan hati rakyat pra PRU12 , PRU13 dinilai menjadi medan rakyat mengucapkan terima kasih kepada pemerintah negara yang melakukan transformasi, meninggalkan kesuraman yang membuahkan banyak undi protes diterima pada 8 Mac 2008.

Indikasi ini melambangkan bahawa keputusan PRU13 akan memihak kepada pemerintah Barisan Nasional dengan undi yang bakal diterima akan naik mendadak.

Maka tidak timbul isu besar apabila jaguh berangan nasional, jaguh pemburuk-buruk negara , jaguh penentang polis dan tentera, Anwar Ibrahim, mengaku di media asing bahawa dia yakin partinya akan memenangi PRU13.

Media asing yang diketahui mempunyai agenda tidak baik ke atas negara ini sudah tentulah merakam kata-kata Anwar untuk membantunya menentang Barisan Nasional setelah Barisan Nasional memenangi PRU13 atas pertuduhan penipuan dalam pilihanraya.

Bayangkan sendiri bagaimana halnya andai undi anda kepada yang berhak dipertikai dan dinilai sebagai penipuan.

Bayangkan betapa kejinya perancangan Anwar Ibrahim dalam mencetus huru hara pasca PRU13 apabila mengetahui partinya akan kalah, dan menafikan kekalahan itu dengan menuduh penipuan telah berlaku.

Alangkah sia-sianya undi kita kepada yang berhak kelak apabila Anwar Ibrahim diajar oleh punaisihat-punaisihat yang menggelarkan diri mereka 'tangan-tangan tersembunyi' untuk memanipulasi keputusan pilihanraya kelak dengan pertikaian dan penafian demi penafian.

Anwar tidaklah sepandai mana. Tetapi tukang ajarnya cukup bijak dalam menamatkan ketenteraman negara paling strategik kedudukannya di dunia ini.

Anwar Dakwa Pakatan Rakyat Bakal Menang PRU13 Dengan Selesa


Straits Times Singapura menyiarkan berita tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang penuh yakin menyebut, pakatan pembangkang pimpinannya akan memenangi pilihanraya umum depan dengan selesa. Berita dipetik dari Assosiated Press ini turut menggambarkan pakatan pimpinannya akan memenangi pilihanraya dengan margin 10 kerusi di tengah-tengah persepsi umum bahawa kerajaan terbabit dengan rasuah dan diskriminasi perkauman.

Tetapi dia tidak menyebut kes rasuah di Selangor dan perkauman di Pulau Pinang. Dajal Melayu ini perlu ditolak. Kesediaan media Singapura menjadi balaci Anwar juga dipertikaikan kerana di Singapura, parti pembangkang ditindas, dibungkam malah pemimpin pembangkang dimufliskan oleh pemerintah negaranya dan dipulaukan media perdananya seperti Straits Times.

Anwar says Malaysian opposition can win elections
Published on Jun 7, 2012

KUALA LUMPUR (AP) - Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim says he is confident his three-party alliance can win a 'comfortable' majority in upcoming elections. National polls are not due until 2013 but speculation has been rife that Prime Minister Najib Razak will dissolve Parliament soon. Mr Najib's coalition has led Malaysia since independence in 1957 but suffered its worst electoral performance ever in 2008.

It now has slightly less than a two-thirds majority in Parliament. Mr Anwar told the foreign media late Tuesday that he believes his alliance can wrest control of Parliament with a margin of at least 10 seats amid widespread public unhappiness over alleged government corruption and racial discrimination.