Thursday, April 05, 2012

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak XV

KHAMIS, JANUARI 01, 2009

Sandaran Resolusi Politik Perak 2009

Selamat menempuh hari-hari dalam kalendar baru tahun 2009 Masehi. 2008 telah berlalu membawa satu kegemparan bukan sahaja ke atas iklim politik negara, tetapi ke atas perubahan tatacara pengendalian manifestasi sesetengah pihak demi memperoleh sokongan walaupun terpaksa menipu penyokong-penyokong sendiri demi sokongan dari penyokong-penyokong pihak yang bersepakat dengan mereka. Resolusi politik 2009 untuk rakyat Melayu Islam Perak haruslah bersandarkan sebab-sebab berikut:

Sebab 1
Lim Guan Eng membayangkan bahawa kerjasamanya dengan PKR adalah tidak ada kena mengena dengan PAS kerana perumpamaan yang diberi ialah : DAP adalah Malaysia. PKR adalah USA dan hubungan Malaysia dan USA tidak mungkin dapat dilihat sebagai Malaysia mempunyai hubungan istiewa dengan Israel semata-mata USA adalah rakan akrab Israel. Hari ini, DAP terpaksa 'fake the whole relationship'dengan PAS demi memerintah Perak.

Sebab 2
Pilihanraya Umum 2008 merubah segala-galanya. PAS bergembira kerana dilantik sebagai MB Perak walaupun on 'puppet basis' kerana DAP tiada pilihan lain. DAP pula memasang strategi bagi memastikan negeri Perak Darul Ridzuan dapat dikawal dari belakang tabir bagi melampiaskan nafsu terhadap dendam mereka kepada Undang-Undang Tubuh Negeri yang tidak membenarkan mereka memegang jawatan MB.

Sebab 3
PAS menempelak Mufti Perak dengan menyatakan bahawa beliau telah diracun oleh UMNO Perak untuk menyeru penyatuan UMNO-PAS sedangkan mereka tahu, selama UMNO memerintah Perak, Mufti Perak lantang menyatakan pendirian yang cenderung ke arah sokongan terhadap PAS. Selang beberapa ketika, dek keberanian PAS, Ngeh Koo Ham ( Menteri Besar Perak sebenar ) telah turut menempelak Harussani dan PAS merestui seorang Mufti di tempelak oleh seorang Kristian Methodist.

Sebab 4
PAS tidak mempunyai kuasa di dalam Kerajaan Negeri Perak dan terpaksa menjadi'rubber stamp' dalam pemerintahan negeri walaupun dengan jelas, puak DAP mula membolot peluang-peluang sebagai agen pemerolehan kerajaan negeri.

Sebab 5
PAS membisu dan tidak ambil pusing soal akhlak Exco dari PKR yang dengan bangga menyebut sogokan perempuan PRC untuk kepuasan nafsunya adalah ibarat sedekah. Malah dia diberi jawatan dalam Persatuan Bolasepak Amatur Negeri Perak bagi menaikkan semula martabat seseorang yang buruk moralitinya itu.

Sebab 6
PAS Perak tidak bersikap selari dengan PAS Pusat dalam menyebut tentang isu agama. Contohnya ADUN PAS dari Taiping dengan bangga, merasmikan majlis pecah tanah kuil Hindu sedangkan ianya terang-terang merupakan langkah tidak Islamik yang semata-mata bertujuan memancing undi.

Sebab 7
Pecahan undi Melayu Perak terhadap Pakatan Rakyat membawa mesej buruk kepada masa depan Negeri Melayu Perak sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang pihak istana.

Sebab 8
Kerajaan Negeri Perak terlalu menumpukan kebajikan kaum Cina hingga kaum Melayu Islam semakin terpinggir. Pembinaan masjid-masjid baru dan sekolah-sekolah agama diperlahankan manakala sekolah-sekolah cina diberikan tanah dan kampung-kampung baru yang bersifat sementara dikekalkan.

Sebab 9
Pemberian kelulusan pendudukan tanah secara besar-besarkan kepada pekebun Cina dan pengusaha penternakan di bekas lombong telah mengakibatkan timbulnya sikap menghakmilikkan tanah kerajaan negeri yang telah mencabul peruntukan dalam Kanun Tanah Negara dan semestinya mencabul hak Raja dalam penganugerahan tanah dalam jajahannya.

Sebab 10
Penyatuan Melayu Islam di Perak dalam memberi kemenangan ke atas parti Melayu Islam yang bebas pengaruh penentang Islam dapat memberi satu impak maksimum ke atas pentadbiran kerajaan negeri yang mampu dibina dengan 100% ADUN Melayu Islam.

Fikirkanlah mana yang baik dan mana yang buruk untuk masa depan anak-anak cucu anda.

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak XIV

Ahli MPT DAP Kantoi Proses CD Haram!

The Star Online, Friday November 21, 2008

Town councillor held over production of pirated CDs

TAIPING: A Taiping municipal councillor from the DAP has been detained on suspicion of producing pirated CDs and VCDs at his home in Taman Seri Hijau.

A team from the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry enforcement division were seen taking out about a dozen boxes from the house in Jalan Kucing, including two computers and bottles of printing ink, into a van before detaining the councillor yesterday.

The handcuffed councillor covered his face with a towel and was accompanied by two officers into a car at about 7.15pm.

State enforcement chief Mohd Shahar Othman confirmed the arrest.

Ulasan

Lihatlah dunia. Ahli Majlis Perbandaran Taiping dari DAP ditangkap kerana disyakki menjadikan rumahnya markas memproses CD dan VCD cetak rompak. Ahli parti sahsiah apa ni? Apa kriteria untuk dipilih menjadi Ahli Majlis Perbandaran di negeri Perak? Cukup dengan berpihak kepada perkenan Menteri Besar sebenar negeri Perak, mewakili DAP dan mencari makan secara haram? Apa kena semua ni?

Inilah dia kerajaan negeri yang 'baik' yang 'progresif' yang 'telus' dan yang 'lebih bersih dari kerajaan dulu'. Hinggakan tauke VCD cetak rompak yang ternyata tidak mempunyai rasa hormat terhadap undang-undang pun boleh dipilih menjadi Ahli Majlis Perbandaran. Moraliti tak ada. Pemikiran selekeh dan memilih rezeki haram.

Siapa pula yang akan dilantik selepas ini? Bapa ayam rumah pelacuran? Tauke judi haram? Tauke disko yang mempunyai berpuluh-puluh pelayan dari PRC? Tahniah kepada Pakatan Rakyat yang memerintah Perak kerana memulakan tradisi memilih tanpa mengkaji. Asalkan roket, mampu sampai ke bulan penuh dan bulan gerhana, bubuh sajalah. Tahniah!

Tahniah jugalah kerana berita sebegini tidak akan pantas mendapat tempat dalam media aliran pembangkang seperti Malaysiakini yang lebih gemar menyelak kain orang lain dan mencari 'button' untuk menaikkan rasa tidak senang bukan sahaja pemerintah, malah kaum majoriti

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak XIII

Dek kerana mabuk kuasa, PAS tidak berjuang lagi atas nama Islam. Semua orang Islam yang tidak bersetuju dengan mereka dilabel UMNO. Jahil dan keji.


Utusan Malaysia, Khamis, 31 Julai 2008

Pas buat laporan polis terhadap Tajol Rosli

IPOH 30 Julai – Pas Perak hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini berhubung tawaran UMNO untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk kerajaan baru di negeri ini.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Norazli Musa pada pukul 3.15 petang.

Beliau mendakwa tawaran oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali pada Isnin lalu supaya UMNO dan Pas bergabung boleh disifatkan sebagai satu bentuk rasuah.

‘‘Saya minta polis membuat siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan pihak yang menyiarkan laporan itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Ipoh di sini hari ini.

Analisis

Takut? Vurnarable? Bimbang Hilang Kuasa? Itulah teka-teki yang bermain di fikiran rakyat Perak apabila melihat keletah golongan muda-mudi PAS yang lekas-lekas mendakwa jemputan UMNO yang memenangi majoriti kerusi kawasan Melayu yang ditandingi di negeri ini mengajak PAS menubuhkan kerajaan BN Campuran di Jajahan Kesultanan Perak, sebagai bentuk rasuah.

Mereka rela mendampingi DAP yang membenci pertumbuhan masjid-masjid, menentang tulisan-tulisan jawi dan memberi tanah-tanah kerajaan kepada penceroboh bekas komunis yang di tangan mereka ada darah alim ulamak Islam yang mereka bunuh di zaman darurat.

Mereka rela meninggalkan golongan yang percaya keesaan Allah dan mengucap dua kalimah syahadah lalu mendampingi golongan yang tidak pernah menghormati agama Islam malahan mempunyai tekad yang besar untuk menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.

UMNO sekular? Jika UMNO sekular, tidak adalah doa-doa puji-pujian ke atas Allah SWT dan junjungan besar Rasulullah tatkala dipanggil ahlinya berhimpun. Tetapi PAS tetap utuh dengan pendiriannya bahawa UMNO itu sekular dan DAP itu Islamik. Inilah PAS hari ini. Tidak layak baginya menggunakan Islam sebagai mainan duniawi.

Tidak hairanlah seandainya PAS berterus-terusan bermuka-muka dan melanggar tatacara sahsiah Islam dalam penganjuran permuafakatan sesama saudara Islam, kemurkaan Allah akan tiba jua ke atas mereka-mereka yang menggunakan agama Allah untuk memanipulasi rakyat-rakyat demi sebuah tampuk kuasa ihsan yang menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.

Ketahuilah kita semua hari ini bahawa PAS merupakan sebuah parti Islam yang dahulunya bersih dan suci, kini telah dicemari oleh agen-agen dajjal yang keras hati, gelap mata dan membenci perpaduan ummah.

Proton : Dulu Kemelayuan Kini Kelatinan. Apa Ada Pada Melayu.

Beberapa tahun lalu, semasa mempamerkan kereta konsepnya, Proton menggunakan nama Tuah dan saudara-saudaranya, memberi harapan kepada jati diri bangsa yang megah di persada modenisasi antarabangsa. Tetapi adakah ianya ia sekadar gimik, polemik dan seramik. Nama 'Preve' membuktikannya.


Setakat ini, PROTON Holdings telah menerima 1,000 unit tempahan bagi model Preve sejak mula ditampilkan secara ‘teaser’ pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.

Mengenai pemilihan nama, Syed Zainal berkata nama Preve yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘bukti’ atau ‘memandang ke depan’ dipilih bagi menggambarkan komitmen serius kumpulan dalam mengeluarkan produk bermutu yang memenuhi semua syarat ketat dan keperluan pasaran eksport.

“Kami mahu menjadi pembuat dan pengeluar kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata kami memerlukan nama yang boleh menunjukkan tahap syarikat hari ini dan ke mana hala tujunya di masa depan,” katanya.


Bermula dengan "Saga" yang maksud lebih kurangnya "hikayat" , Proton sentiasa muncul dengan ketidak-konsistenannya dalam memilih nama model kereta yang dikeluarkannya. Kemudian, "Iswara" pula menjadi kontroversi apabila sesetengah pihak mendakwa Iswara menyamai nama salah satu tuhan penganut Hindu.

Kemudian, teguran dari ahli akademik lingustik Melayu membuatkan Proton tampil dengan model-model bernama kemelayuan yakni "Wira" , "Putra" , "Juara" , "Tiara" , "Satria" , "Arena" , "Waja" dan "Perdana".

Dunia berubah. Proton juga mahu berubah. Kemelayuan bagi mereka ketinggalan zaman agaknya. Maka muncul pula model-model yang mencedok nama-nama Inggeris-Latin. Bermula dengan "Savvy" kemudian "Persona" , kemudiannya "Exora" dan penjenamaan semula "Saga", kini Proton muncul dengan kereta yang dipanggil sebagai penanda aras produknya, "Preve".

Sedarkah kita bahawa Proton melalui zaman kegemilangannya ketika model-modelnya menggunakan nama Melayu. Tetapi menjadi lemau saat cuba meletakkan diri di persada antarabangsa dengan nama-nama model Inggeris-Latin.

Apa salahnya dengan nama-nama Melayu untuk pasaran di negara sendiri? Tidak ada hal untuk memilih nama Inggeris, Sepanyol, Arab, Urdu hatta Fiji sekalipun jika sesuai dengan pasaran tempat ia dieksport.

Beberapa tahun lalu, semasa mempamerkan kereta konsepnya, Proton menggunakan nama Tuah dan saudara-saudaranya, memberi harapan kepada jati diri bangsa yang megah di persada modenisasi antarabangsa. Tetapi adakah ianya ia sekadar gimik, polemik dan seramik. Nama 'Preve' membuktikannya.