Ahad, November 23, 2008

Melayu Ipoh Dihantui Emosi

Sedih, marah, membuak-buak rasa benci dan jika sesiapa yang gagal mengawal emosi, pasti tercipta sebuah dendam kesumat yang tinggi.

Inilah yang terjadi apabila penulis tiba-tiba dijemput menonton paparan gambar di telefon bimbit bagaimana negrinya Mohd Khairuddin, juruwang stesen minyak Petronas di Jalan Kuala Kangsar dibunuh pada awal pagi 11 November yang lalu. Tetapi apa yang pasti, sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum, kita perlu ada justifikasi kita sendiri dalam berhadapan isu sebegini.

Beberapa orang lelaki Tamil telah mendatanginya di kaunter dan terus menghayunkan senjata tajam ke mukanya hingga kelihatan dari rakaman tersebut, darah tersembur. Ini menolak andaian bahawa arwah dibunuh kerana melawan. Ini menunjukkan arwah disasarkan untuk dibunuh dalam kerja merompak itu.

Kemudian, terdapat gambar wajah arwah yang pecah sebelah, dahi kanannya terkopak, hidungnya putus dan matanya separuh terbuka, menjadikan gambar tersebut igauan buruk kepada ramai orang Melayu di Ipoh. Tidak pasti bagaimanakah gambar tersebut boleh mereka peroleh.

Selain itu ditunjukkan pula video beberapa lelaki Tamil melakukan rompakan di sebuah kedai serbaneka dengan menghayun parang panjang kepada budak juruwang yang kita ketahui bangsanya apa. Seorang lagi pekerja di tarik rambut dan 'didudukkan' oleh salah seorang perompak yang masing-masing memegang parang.

Mengapa stesen minyak? Mengapa 7-eleven? Bukankah premis-premis tersebut mempunyai peti keselamatan? Dan mengapa mudah bagi mereka untuk membunuh??

Itu cuma sebahagian kecil dari jenayah yang dilakukan oleh muda-mudi Tamil di negara ini yang semakin berleluasa. Rompakan di lorong motorsikal Lebuhraya Persekutuan yang diketahui sejak bertahun-tahun lalu, kes bunuh seorang lelaki Melayu di Subang Jaya dengan pengunci stereng, penyembelihan 5 lelaki Melayu yang kemudiannya dibakar di Gopeng dan beberapa lagi kes yang kita tidak dapat ingat secara pasti.

Di manakah 'pembela orang Melayu' yang selama ini 'mengembang sayap meninggi dada' sesama orang Melayu? Sampai bila mereka akan semakin berani 'mencantas' orang Melayu hingga nyawa kita dilihat begitu murah sekali?

Kisah ini bukannya untuk mengajak cetusan perbalahan antara kaum tetapi ianya mengajak semua pihak yang seronok berpolitik dan terkejar-kejar mendapatkan kuasa untuk berfikir. Apa tindakan akhir ke atas gejala ini? Apakah yang dibuat oleh DAP, PKR ( dibaca Parti Hindu Malaysia ) dan MIC serta semua pihak yang bersimpati dengan Tamil Hindu ini? Apakah perlu dan munasabah jika segala bentuk salah didik ini diletakkan ke atas bahu kerajaan?

Sesungguhnya, di Ipoh, tiada pihak yang mahu melaporkan bahawa insiden 'bunuh ustaz' tersebut telah mewujudkan satu sentimen yang amat menakutkan kesannya dalam emosi orang Melayu. Dari Manjoi hingga ke Tambun, tiada siapa yang bersikap neutral apa lagi untuk bersimpati terhadap penjenayah tersebut yang mereka labelkan sebagai " golongan yang semakin berani dan melampau" ini.

Pihak berkuasa perlu terus mengawal keadaan ini agar perkara yang buruk dapat terus dicegah. Apa yang dibimbangkan ialah akan berlakunya penyebaran di internet secara berleluasa berhubung video dan gambar yang 'memanaskan hati' ini.

Ipoh Barat Pembohong

Mingguan Malaysia, Ahad, 23 November 2008

Perak batal ubah nama Jalan Silibin kepada Jalan P. Patto

IPOH 22 Nov. - Kerajaan negeri Perak akhirnya membatalkan cadangan menukar nama Jalan Silibin di sini kepada nama mendiang Pengerusi DAP Perak, P. Patto ekoran kontroversi yang tercetus apabila pelbagai pihak menyuarakan bantahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, Ngar Kor Ming berkata, kerajaan negeri sebaliknya akan mencari jalan lain yang lebih sesuai untuk dinamakan Jalan P. Patto.

Bercakap kepada pemberita di pejabat DAP di sini beliau berkata, cadangan itu menimbulkan banyak bantahan daripada pelbagai pihak dan keluarga mendiang turut menerima bahangnya apabila menerima cemuhan dan sebagainya.

Sidang akhbar itu turut dihadiri isteri mendiang Patto, S. Mary, 59, dan dua anak perempuan mereka, Shaalani Anne, 27, dan Kasthuri Raani, 29.

Beliau yang juga Ketua Pemuda DAP itu berkata, DAP Perak telah membuat keputusan untuk menamakan sebuah pusat kajian yang akan ditubuhkan parti itu sebagai Pusat Kajian P. Patto dan ia akan beroperasi di Wisma DAP di sini.

"Ia sebagai mengenang jasanya membantu parti itu berkembang di negara ini," katanya.

Sementara itu, Mary merayu orang ramai menghentikan segala tohmahan yang dilempar terhadap keluarganya ekoran hasrat kerajaan negeri menamakan Jalan Silibin sempena nama P. Patto.

- Bernama

Ulasan

Akhirnya, Nga Kor Ming mengakui bahawa M. Kulasegaran adalah pembohong apabila menyebut bahawa 70% penduduk di Jalan Silibin bersikap 'tidak apa' atas cadangannya yang tak sudah-sudah untuk menamakan Jalan Silibin kepada Jalan P. Patto.

Ini merupakan pengajaran buat M. Kulasegaran yang ditempelak oleh banyak pihak sebagai mengulangi 'Kesilapan Kerajaan Barisan Nasional' apabila mengubah nama jalan.

Apapun, yang pasti ialah ia merupakan kegagalan pertama M. Kula setelah menjadi Ahli Parlimen Ipoh Barat untuk penggal kedua. Jika dahulunya, belangnya tidak dipertonjolkan, tetapi apabila Pakatan rakyat mendapat negeri ini, M. Kula mula menjadi kaduk naik junjung.