Friday, April 19, 2013

Aishah Ghani Meninggal Dunia


Pemergiannya di hari Jumaat, sejurus sebelum Zohor dan kini hujan turun di Lembah Klang. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


Veteran Umno Aishah Ghani meninggal dunia



APRIL 19, 2013
KUALA LUMPUR, 19 April — Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini.
Beliau meninggal pada 12.50 tengah hari Jumaat kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. — Bernama

Polis Bersuara, Individu Rancang Kacau Proses Mengundi Peluh Dahi

Semalam, Ketua Polis Negara memohon sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kumpulan atau individu yang merancang mencetuskan kekecohan di hari penamaan calon dan hari mengundi agar menyalurkannya kepada pihak polis.



Rasanya, pihak polis sendiri sedia maklum tentang rancangan individu di bawah ini dalam ceramahnya yang menunjukkan taktik mencetus kekecohan di hari undi yang cuba diterapkan kepada penyokongnya, iaitu dengan menguasai pusat pengundian seawal subuh dan melambat-lambatkan proses mengundi, sehingga akhirnya tentulah mencetuskan kekecohan. Maka tahanlah individu ini.