Jemaah tabligh telah diingatkan oleh amir-amir mereka di berbagai peringkat bahawa amat perlu bagi mereka untuk meningkatkan aktiviti tabligh mereka pada masa sekarang kerana telah diramalkan, pada tahun 2013, keadaan akan membuatkan amat sukar untuk jemaah tabligh melakukan aktiviti tersebut dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW dan akan menjadi sukar untuk sunnah Rasulullah SAW diamalkan.
Di manakah akan berlaku kejadian dahsyat ini? Adakah di seluruh dunia? Atau di bumi Malaysia ini?
Jika dilihat dari trend kebangangan umat Islam Malaysia dalam berpolitik, tidak mustahil Malaysia akan diperintah oleh sebuah kerajaan pro-sekularisma dan pro-pluralisma atau lebih berbeza, pro-kristian.
Kita sedia maklum bahawa tanah semenanjung telah dilihat sebagai rebutan puak Kristian sejak sekian lama terutamanya yang masih tebal pengaruh Yahudi di dalamnya. Dan sejarah menyebut, Nabi Isa adalah nabi yang diutus kepada kaum Yahudi dan Kristian itu adalah ciptaan beberapa pengikutnya sahaja yang turut terdiri dari orang-orang Yahudi pada ketika itu.
Punca Semenanjung Malaysia direbut ialah kerana di sinilah dikatakan Ophir tempat Nabi Sulaiman mendapat ufti yang tinggi nilainya iaitu emas yang sangat banyak.
Gunung Ledang disebut Mount Ophir sejak 500 tahun lalu dan hanya kembali mendapat nama Melayunya selepas merdeka.
Hal ini telah diketahui oleh orang Arab yang datang mengislamkan rantau ini seawal abad ke 9 sedangkan mereka mampu untuk ke China tanpa susah payah ke meredah samudera
Jadi apa yang akan berlaku ialah, umat Melayu Islam (yang keupayaan analisis mereka rendah) ini akan menjerat diri mereka sendiri ke arah kesamarataan agama yang akan mendaulatkan perjuangan Kristianisasi mereka ke atas Ophir ini.
Tidak hairanlah jika diramalkan , tahun 2013, yakni selepas tumbangnya UMNO yang mengetuai pemerintahan Malaysia dan digantikan oleh pemerintahan samarata bertiga yang berpaksikan kebebasan beragama dan memilih agama ditegakkan atas hak-hak individu, pastinya akan menjadi tahun kesusahan umat Islam Malaysia apabila berbagai undang-undang dipinda oleh kerajaan baru yang akan menekan aktiviti beragama Islam di tanah Semenanjung ini atas nama tiada agama lebih benar dari agama yang lain.
Ini akan berlaku hanya apabila PAS berada dalam Pakatan Rakyat. Adakah UMNO bersalah? PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum ini.