Jumaat, Julai 29, 2011

Majlis Bandaraya Ipoh Ciplak Hasil Perekacipta Melayu

Peniaga dakwa MBI beli produk ciplak rekaannya


Md. Nayan Salleh menunjukkan produk pengasingan sisa makanan yang diciplak daripada ciptaannya di Ipoh, semalam.


IPOH 28 Julai - Seorang peniaga, Md. Nayan Salleh mendakwa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menggunakan produk pengasingan sisa makanan yang diciplak 100 peratus daripada ciptaannya, yang telah dipatenkan pada 1 Januari 2009.

Lebih mengecewakan, Md. Nayan berkata, permohonan untuk membekalkan produk ciptaannya yang dikenali Sistem Penyaringan dan Pengasingan Sisa Makanan, Lemak dan Gris (Simpak) pernah ditolak pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

"Saya tidak marah namun kecewa dengan tindak-tanduk MBI kerana bukan sahaja enggan melayani permohonan untuk membekalkan produk itu sejak Januari lalu secara sah tetapi PBT terbabit bersekongkol dengan penciplak.

"Tindakan MBI nyata menimbulkan tanda tanya tetapi apa yang berlaku ini sememangnya melemahkan semangat para pereka dan pencipta produk tempatan seperti saya," katanya pada sidang akhbar di sini.

Md. Nayan berkata, pemasangan 17 unit pengasingan sisa makanan berkenaan berdekatan medan selera terbuka di sini disedarinya tiga hari lalu selepas dimaklumkan seorang pengedar produk tersebut.

Beliau mendakwa, satu surat permohonan rasmi untuk menjadi pembekal produk itu kepada MBI telah dihantar ke PBT terbabit pada 12 Januari lalu dan sehingga kini tidak mendapat perhatian.

Ekoran penemuan produk tiruan itu, Md. Nayan berkata dia sendiri telah mengadakan pertemuan bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim bagi mendapatkan penjelasan selain membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, di sini, semalam.

Katanya, Simpak yang mula direka sejak 1998 sebelum mula dikomersialkan pada 2005 telah mendapat dua pengiktirafan antarabangsa iaitu pingat emas pada Konvensyen Reka Cipta di Bulgaria dan Geneva, Switzerland pada 1998.

"Apa yang menjadi persoalan adalah harga yang dibeli MBI ke atas produk ciplak kerana saya difahamkan ia tiga kali ganda lebih mahal berbanding produk saya.

"Simpak hanya dipasarkan RM450 untuk pemasangan sendiri manakala RM950 bagi unit siap pasang. Sehingga kini lebih 2,500 unit terjual melibatkan PBT, Jabatan Pengairan dan Saliran dan beberapa agensi kerajaan serta premis restoran," katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sebuah agensi kerajaan berkata, satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian produk ciplak oleh MBI itu.

"Saya menghabiskan hampir RM300,000 termasuk mendaftarkan paten namun apa yang berlaku, ada pihak termasuk PBT sendiri tidak menyokong usaha pereka tempatan dan mendapatkan produk ciplak," katanya.

Khamis, Julai 21, 2011

Giliran Masyarakat Cina Dianjingkan Oleh DAP

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

Artikel bertajuk ‘Calonkan anjing pun boleh menang?’ tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.

Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.

Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.

Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu. Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Kim secara keras mengkritik akhbar Cina. Beliau menyifatkan pemberita dan akhbar Cina seperti sampah yang sudah tidak bernilai lagi.

Pada mulanya penulis tidak faham kenapa seorang ahli politik yang begitu kanan dan berketurunan Cina bersikap sedemikian. Sedangkan, beliau memerlukan akhbar Cina bagi menyampaikan maklumat kepada kaum itu.

Apakah hasilnya jika beliau mengkritik dan menghina akhbar Cina? Adakah beliau sudah menjadi malaikat, yang boleh menghumban jauh-jauh akhbar Cina?

Setelah membaca komen yang disiarkan dalam Facebook pemimpin bawahan DAP berkenaan, segala persoalan yang bermain dalam fikiran penulis berhubung tindakan Chang Kim akhirnya terjawab.

Beliau sudah tidak perlukan akhbar Cina untuk membuat sebaran propaganda parti itu, kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang itu tetap akan menang pada pilihan raya akan datang. Chang Kim 1,000 kali ganda lebih baik daripada seekor anjing, buat apa lagi perlukan akhbar Cina?

Kepada pemimpin DAP yang menganggap mereka disokong sepenuh oleh masyarakat Cina, mereka seharusnya memberi perhatian terhadap kata-kata seorang sasterawan Cina di Malaysia yang bernama, Chang Mu Chin.

Menurut beliau: “Ada orang yang menganggap alat yang mempunyai kuasa ghaib (seperti propaganda melalui Internet) sudah berada di tangan mereka. Oleh itu, akhbar dan media Cina boleh diketepikan dan dipijak-pijak.”

Sebenarnya, sehebat macam mana sekali pun kuasa dunia Internet, ia tidak semestinya dapat mempengaruhi keseluruhan jiwa masyarakat Cina. Walaupun pepatah Cina ada menyatakan ‘dapat tawan jiwa rakyat bermakna dapat menawan pemerintahan’. Tetapi, bagi orang yang hanya membuat tanggapan bahawa diri mereka telah dapat menawan jiwa rakyat, belum tentu dapat menguasai pemerintahan.

Untuk menawan jiwa rakyat, kita perlu lakukan perkara yang sebenar, iaitu turun padang untuk berkhidmat dan berjumpa dengan pengundi. Bukannya hanya dengan membuat dakyah dan berteriak untuk menawan jiwa rakyat.

Jika ini tidak dapat dilakukan oleh DAP, ia bermakna parti itu hanya memperkecil-kecilkan pengundi Cina dan terlalu meletakkan harapan tinggi akan disokong oleh kaum berkenaan.

Tak sangka! Rupa-rupanya, itu sahaja martabat pemikiran orang Cina di mata DAP.

Ahad, Julai 17, 2011

Akibat Rosmah Mansor Dan Cincin Berlian US$ 24 Juta , Ramai Pilih Ke Neraka

Adakah kerana muka Rosmah Mansor yang ketat itu membuatkan dia boleh difitnah sesuka hati? Bukanlah nak membela sangat orang yang mahal senyuman, tetapi membela orang yang menjaja fitnah dan penipuan lebih azab pengakhirannya.

Fitnah cincin berlian Rosmah Mansor yang kononnya berharga US$ 24 juta, terus di jaja, dan mereka yang tenging, menyambung penjajaan itu dan sudah tentu andai Rosmah Mansor ke neraka sekalipun, dia tidak berada di dasar neraka api hitam legam tempat para pemfitnah ini dikumpulkan.

Setelah meneliti punca fitnah ini dari Blog MiM, dalam masa 1 minit, teman terlihat satu kesilapan pada penipuan dan pengubahsuaian data paparan maklumat Kastam di mana penipuan tersebut dilakukan oleh seorang yang ingin menipu namun dek kerana bodohnya dia, titik noktah yang ditinggalkannya menjelaskan segala-galanya.

Titik noktah dalam sistem komputer tidak digunakan pada keterangan-keterangan pendek. Titik ini digunakan bagi menggambarkan kependekan sesebuah perkataan seperti Saint kepada St. ataupun Yang Amat Mulia kepada Y.A.M.

Pada gambar pertama sendiri telah jelas bahawa penggunaan noktah dihujung ayat tidak menjadi amalan dalam kerja memasukkan data ke dalam sistem.

Namun kegelojohan untuk menipu dan menyelitkan nama Rosmah Mansor dalam dakyah kenerakaan ini membuatkan pengubah data itu lupa bahawa dia telah memasukkannya di ruangan alamat! Bagaimana 'remarks' dalam sesebuah sistem tidak berisi alamat?




Lebih menghairankan, mengikut rekod dari rekod The Most Expensive Journal di http://most-expensive.net/diamond-2008 , hanya terdapat dua bentuk cincin berlian paling mahal di dunia dan jika Rosmah Mansor 'memang membeli' cincin berlian The Wittelsbach-Graff Diamond ini, perkara ini menjadi hebahan dunia barang kemas dunia dan Laurence Graff pasti akan menyebut-nyebut pada siapa dia jualkan cincin itu dan jika dibariskan Rosmah Mansor yang bersuamikan seorang Perdana Menteri bergaji RM22,000 sebulan itu, dengan hartawan-hartawan dunia dan billionair yang turut ingin memiliki khazanah tersebut, siapa yang mahu menjual cincin tersebut kepadanya?

HENTIKANLAH MENJAJA FITNAH INI KERANA DI AKHIR ZAMAN SEPERTI INI, ALLAH MEMBALAS DENGAN SEGERA. SAYANGILAH ANAK BINI IBU-BAPA DAN SEKELUMIT HARTA YANG KITA ADA KERANA DENGAN MENJAJA FITNAH SEBEGINI, KITA MUNGKIN DI DIAMKAN DENGAN SATU PEMBALASAN YANG TIDAK KITA DUGA AZAB SENGSARANYA . :

The Wittelsbach-Graff Diamond – $23.4 million

World's Most Expensive Diamond - The Wittelsbach-Graff

The Wittelsbach-Graff diamond is a 35.56-carat blue diamond mined in India. The historic diamond was chosen by King Philip IV of Spain as part of the dowry for his daughter, the Infanta Margarita Teresa. Her suitor, Leopold I, later became Holy Roman Emperor and passed the diamond on to his heirs after she died in 1673. When the Archduchess of Austria married Bavaria’s Crown Prince in 1722, the diamond became known as “Der Blaue Wittelsbacher” (The Blue Wittelsbach) after the Crown Prince’s family. This diamond became the most expensive diamond in the world after being sold to London-based jeweler Laurence Graff in 2008. Graff immediately had the gem altered in order to enhance its color and remove some damage to its girdle, an action decried by some gemstone experts.

The Graff Pink – $46 million

World's Most Expensive Diamonds - The Graff Pink

Before this 24.78-carat “fancy intense pink” diamond was sold in 2010 to Mr. Graff at a Sotheby’s in London auction, it had last been sold by renowned jeweler Harry Winston. Pink diamonds are extremely valuable and only the rarest weigh more than 20 carats. It is unknown whether or not Graff plans to alter the Graff Pink. Sotheby’s made an additional $60 million on diamonds at the same auction.


P/S :Tolong tanya budak-budak Kastam yang kantoi rasuah awal tahun ni. Siapa punya kerja tak cerdik ni?

Khamis, Julai 14, 2011

Amerika Syarikat Pandang Serius Tindakan Ganas Polis Malaysia

Main aci kejar di Perancis, tak ganas lah. Gurau manja je.

Main polis sentri lututku di badanmu di Perancis. Tak ganaslah. Ok je.

Acara lepuk-lepuk manja dan balun-balun sayang di Canada. Belum ganas lah.

Pesta polis pijak demonstran yang cukup berperikemanusiaan di Canada.

Acara membanting cota ke perut di Britain, tak kejam, mengubat sakit pinggang.

Acara korek hidung oleh pasukan beruniform. Santai dan mesra di Sepanyol.

Acara kepala siapa tempurung besi di Sepanyol. Tidak ganas. Cuma menghilang migrain.


Kekejaman polis menyembur air kepada para demonstran di Malaysia. Kejam, ganas, dan tidak berperi kemanusiaan kerana boleh mengakibatkan mati lemas, paru-paru berair, sawan babi dan muka herot.

Propaganda tajaan rakyat tempatan yang bukan sahaja memalukan negara, tetapi memalukan diri mereka sendiri. Gi balik la. Jaga anak bini.

Khamis, Julai 07, 2011

Kononnya Facebook, Tweeter dan Talian Telefon Disekat Pada 9 Julai


Kalau dah kerjanya mengganggu gugat ketenteraman, mereka akan buat apa sahaja untuk memastikan ketenteraman akan digugat. Contohnya dengan mengeluarkan kenyataan berupa hasutan kononnya tindakan menyekat Facebook, Tweeter dan talian telefon mudah alih akan dibuat pada 9 Julai ini.

Perhimpunan yang dibenci orang ini tidak sama dengan di Mesir yang membawa berjuta orang ke jalanan dan itu pun membuatkan pemerintah Mesir mengambil masa beberapa hari sebelum tindakan menyekat laman sosial dan talian telefon dibuat.

Apa sangat dengan perhimpunan bodoh BERSHIT ini? Lihat statistik undian di Facebook di atas. Ini sangat jelas menunjukkan BERSHIT tidak sama dengan gelombang kebangkitan rakyat di Mesir yang menumbangkan diktator Hosni Mubarak yang memerintah berpuluh-puluh tahun dan terang-terangan menipu dalam pilihanraya.

Untuk mengundi di Facebook, klik SINI

Thursday, July 7, 2011

Facebook, Twitter dan mungkin Line Handphone Akan Dimatikan Sabtu Ini

Tulang Besi mendapat maklumat yang tidak dapat Tualng Besi sahkan tapi wajib Tulang Besi kongsi bersama keseluruhan rakyat Malaysia.

Diberitakan ada arahan telah dikeluarkan kepada MCMC untuk menutup aksess kepada Google,Facebook, Twitter, Youtube serta beberapa laman sosial yang lain pada hari Sabtu ini seluruh Malaysia./

Tujuannya adalah supaya semua komunikasi dimatikan bagi menyukarkan peserta-peserta BERSIH berkumpul dan berarak Sabtu ini.

Juga diharapkan supaya maklumat-maklumat yang "merbahaya" kepada UMNO dan Barisan Nasional tidak mudah disebarkan kepada rakyat Malaysia.

Mereka telah belajar dari Kebangkitan Arab di mana gambar-gambar serta "footage" rakyat ditembak, dipukul, dibelasah dan disiksa tersebar dengan meluas menyebabkan revolusi menjadi semakin marak.

Mereka juga belajar dari Mubarak, Gaddafi, Assad dan Raja Khalifah untuk mematikan aksess ke laman-laman sosial ini bagi menjamin kelansungan perhimpunan BERSIH terjejas.

Tulang Besi juga diberitahu servis handfone sekitar Kuala Lumpur juga akan dimatikan oleh ketiga-tiga operator: CELCOM, MAXIS dan DIGI. Ini selaras dengan tindakan yang diambil oleh Mubarak sewaktu bermulanya Revolusi Mesir tempohari.

Namun, kasihan juga Mubarak sekarang ini disaman berpuluh-puluh juta kerana kerugian yang ditanggung oleh syarikat2 handfone di Mesir.

Maka, bersedialah wahai mereka yang bakal menjadi peserta.

Selasa, Julai 05, 2011

300,000 peserta BERSIH?

Raja Petra membidas pemberian kebenaran untuk Ambiga berjumpa dengan YDP Agong dengan menyindir pihak polis dengan perhimpunan haram yang kononnya mampu menarik 300,000 orang ke jalan raya.

Ini kerana katanya, sesebuah stadium tidak mampu menampung lebih dari 200,000 orang dengan ketiadaan tempat letak kereta yang mencukupi, akan menjadikan perarakan ke stadium tersebut tidak jauh beza dengan perarakan BERSIH di tengah jalanraya.

Sejurus selepas Pakatan Rakyat merampas Selangor, satu perhimpunan dibuat di Stadium Kelana Jaya bagi memprotes kenaikan harga minyak. Berapa ratus ribu yang hadir? Sudah tentulah isu ini menarik minat pihak yang menyokong kerajaan juga apabila tiba-tiba menanggung kenaikan harga minyak yang melampau.

Lihat gambar di atas. 300,000 kah? 300,000 adalah sama banyak dengan penduduk Brunei Darussalam, atau seluruh penduduk Ampang Jaya.

Nampaknya perhimpunan kali ini dibenci oleh ramai pihak. Sebanyak mana pula yang mampu mereka kutip untuk dikumpulkan?

Yang penting, baik sahaja Stadium Kelana Jaya digunakan lagi kerana ia terletak dalam negeri Selangor yang diperintah PKR dan yang susah adalah penduduk Kelana Jaya sendiri yang mengundi PKR. Mampus la korang nak berhimpun berapa ratus ribu sekali pun.

Si Bodoh Cuba Bersuara

Si topoi ketot ini masih tak puas hati. Dia bengang kerana BERSIH memilih untuk berhimpun di stadium. Cita-citanya untuk menumbangkan kerajaan ke jalan raya telah hanyut bersama arus Sungai Klang.

Sebab itulah dia mengeluarkan kenyataan di Tweeter menunjukkan rasa tidak puas hatinya atas apa yang telah berlaku. Katanya, demonstrasi jalanan membawa banyak kebaikan dari keburukan. Kebaikan kepala bapak engkau.

Dasar bodoh, tak boleh di ajar.

Jangan jerit People's Power sebab People's Power lah yang menghambat demonstrasi bodoh ini ke stadium. People's Power lah yang mahu people's right to live without disturbance. Faham tak bodoh?

Tak sangka betapa bodohnya PKR sebab menaikkan seorang yang bodoh mengepalai angkatan mudanya.

Akhirnya BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

NONEJawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".

Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

NONESejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

NONETuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka. (malaysiakini)

July 9th Rally Designed To Be A Fatal One!

This are what they've done before!







And now they add it with this !

BERSIH Semakin Dibenci

Melangkah masuk ke bilik mengundi, kita akan melihat pekerja SPR yang menyemak daftar pemilih ketika pemilih mendaftarkan diri. Dari satu sudut dalam bilik yang sama, wakil dari kedua-dua parti bertanding memerhatikan pemilih seperti pelanggan memerhatikan pelacur. Nak mengundi pun rasa macam nak kencing tapi di skodeng.

Selalunya pusat mengundi terdapat beberapa saluran. Saluran-saluran ini terletak di bilik yang berbeza-beza. Setiap bilik mengundi mempunyai dua wakil dari dua parti bertanding.

Logiknya, setelah setiap pengundi yang masuk mengundi dikira seperti singa mengira rusa, dan dengan peti undi yang lutsinar, wakil-wakil parti yang bertanding yang menjadi 'jaga' di bilik mengundi seharusnya telah dapat mengetahui jumlah kertas undi yang terdapat dalam satu-satu kotak undi.

Jadi jika terdapat 100 saluran sekalipun di sesebuah lokaliti, tiada undi lebih tiada undi kurang yang boleh berlaku kerana proses mengundi dipantau rapi.

Jadi masalahnya apa? Siapa yang hantu sebenarnya?

Jika hendak mempertikaikan undi pos, jika hanya kerana undi pos yang mahu cetuskan huru-hara, dengan 36 botol molotov cocktail, parang dan sebagainya di rampas di Gombak semalam, apa kesnya?

Undi pos sedang dipertimbangkan untuk dimansuhkan oleh SPR, dan itu semua pihak tahu. Jadi apa isunya? Tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menimbulkan kekacauan seperti Mesir, Tunisia, Libya, Yemen dan Syria.

Semakin ramai rakyat menunjukkan kebencian mereka ke atas BERSIH. Mereka harus takut kalau-kalau pertempuran dengan orang ramai bukan berlaku di ibu kota. Tetapi di pagar rumah mereka sendiri.

Sesetengah yang bersuara bukanlah mereka yang pernah membaca Utusan Malaysia dan ramai pula yang bukan kaki tonton TV. Mereka dapat merasakan, satu agenda jahat sedang hendak diberlakukan ke atas negara ini.

Ada yang belajar UIA menjadi penasihat undang-undang tetapi menyokong BERSIH. Ada yang sekadar kerja cashier di Sogo dan menentang BERSIH. Itulah hakikat yang boleh dilihat hari ini.

Ramai juga yang benci apabila puak penyokong BERSIH menggunakan nama 'rakyat' sedangkan 80% rakyat tidak menyokong mereka.

Puak-puak yang sebulan lalu mendabik dada menyokong BERSIH hari ini menjadi tikus di lorong hanyir yang gemuk tapi bisu. Mereka seolah-olah semakin merasakan bahawa mereka semakin dibenci.

Sabtu, Julai 02, 2011

Antara Kebajikan Dan Kebajingan

Negara kebajikan? Siapa yang benar-benar mampu berkebajikan ke atas rakyat? Mari kita lihat.

Di Thailand, petrol seliter RM3.90, gula sekilo RM3.50 dan harga segelas teh o ais RM1.00.

Di negara ini, petrol RM1.90 gula sekilo RM2.30 dan teh o ais berharga RM1.20!

Jika nak ikut cara peniaga Thai berniaga, dengan harga petrol dan gula di Malaysia ini sudah tentulah teh o ais di negara ini berharga RM0.58!

Di Indonesia, beras menjangkau RM9.00 sekilo dan ayam berharga sehingga RM12.00 sekilo. Tapi sepinggan nasi berlauk ayam masih lagi RM3.50.

Di negara ini beras sekilo RM3.50 dan ayam pula berharga RM7.00 sekilo. Sepinggan nasi berlauk ayam berharga RM4.00!

Jika nak ikut cara peniaga Indonesia berniaga, sudah tentulah sepinggan nasi berlauk ayam di negara ini berharga
RM1.75!

Siapakah yang berkebajikan, dan siapa pula menekan? Setelah dihidang dengan kebajikan yang tidak tercapai negara lain, kita ditipu oleh golongan peniaga yang kejam dan gila.

Kita boleh mengatakan kos sara hidup di sana murah tetapi apa yang murah jika melihat harga bahan asas di sana? Yang murah cuma hati mulia mereka yang menyedari margin keuntungan yang sangat besar adalah penganiayaan.

Ternyata, merugilah masa dan tenaga puak BERSIH untuk mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilihat berkredibiliti di mata dunia ini kerana ada perkara lain yang perlu diprotes bagi membolehkah kebajikan yang dilimpahkan kerajaan dapat dinikmati tanpa ditekan oleh pihak lain.

Sedangkan bilik mengundi yang mempunyai wakil dua parti bertanding pun dituduh tidak bersih (padahal kiraan undi, daftar nama pengundi dan kiraan pengundi yang mendaftar masuk pastilah dapat dibelek), apatah lagi peniaga jalanan penyokong pembangkang yang 'mulut kata kebajikan, berniaga cara kebajingan'.

Apa yang mampu anda buat? Salahkan kerajaan lagi? Cukup-cukuplah menunjuk bodoh. Kepada makcik jual nasi tu, sudah-sudahlah menyokong bersih. Miker tu idak ler bersih sangat!

Bersih 3.0 Penyatuan Melayu Islam

Bersama jadikan Bersih 3.0 detik penyatuan Islam Malaysia. Jika tidak hari ini, bila lagi? Terlalu banyak yang telah diamarankan melalui petanda-petanda. Bersatu membina agenda atau berpecah dijajah. Jika Melayu tidak dinamakan sebagai pewaris Tanah Melayu, lepaskan kepada mereka. Sanggupkah kita? 60% diperintah 40%? Fikirkan!

Kita tidak perlu merampas apa yang mereka ada. Kita sekadar kukuhkan hak kita. Mendaulatkan Islam di bumi Semenanjung. Fikirkan.

Jumaat, Julai 01, 2011

Bersih 3.0 : Menilai Kejahatan PAS

Menyokong UMNO dikatakan bodoh. Anda orang PAS? Bagus. Baca sampai habis.

Anda telah bersubahat untuk sebuah perancangan yang cukup jahat untuk survival Islam yang berusia 600 tahun di tanah ini.

Belum pernah dalam ranjau onak duri syiar Islam di negara ini meletakkan Islam di kaki puak sosialis. Sosialis adalah fahaman komunis yang diperhaluskan, tetapi agama tidak wujud di mata mereka. Sebab itulah isu arak dimenangi oleh mereka di Selangor. Lihat pula nasib Hasan Ali.

Nampakkah anda apabila pihak yang turut bersama-sama Pakatan Rakyat adalah mereka yang melakukan perniagaan haram seperti aktiviti perjudian elektronik di kedai-kedai.

Selain itu, orang-orang yang menghidupkan perniagaan gula, tepung, minyak masak, roti, restoran dan peniaga gerai sekalipun, dengan rasa tamak, menghentam kerajaan dan platformnya pastilah di pihak anda.

Apa lagi para penjenayah yang dahulunya gemar dibela untuk bebas oleh Karpal Singh dan mengenepikan keadilan dengan manipulasi undang-undang. Dia bersama anda.

Anda berbangga kerana semua kaum Cina dipercayai kini bersama anda. Nizar Jamaluddin adalah contoh yang mereka mahukan untuk anda. Anda hanya mengurus orang anda. Ini berlaku di Perak.

Nizar sebagai rubber stamp mampu membuatkan Perintah Am diterbitkan dalam bahasa Cina di SUK Perak. Mujur orang Cina tak berminat sangat kerja kerajaan.

Dulu di Perak, orang India digulakan dengan Speaker DUN sahaja. Jika tidak masakan pula Ahli Parlimen Ipoh Barat sampai dipulaukan dalam pemilihan DAP negeri dan Melayu dan India yang pandai sahaja akan sedar hal ini.

DAP menguasai Perak seperti Firaun dapat tanah sehingga ADUN Jelapang yang cacat dihina dan dipinggirkan. Wanita itu keluar DAP dan menyokong BN kerana merasa diri sebagai OKU yang dihina terang-terangan.

Tetapi, sebilangan Cina kebun di Jelapang yang kurang pandai dan tidak dikaya sedikitpun oleh DAP Negeri sanggup membakar gambar ADUN Jelapang yang teraniaya itu.

Melayu dilihat mampu mempunyai rasa ingin bersatu maka ada sebabnya pepecahan dijaja. Ia menggunakan agama. Malang sekali, ianya adalah Islam.

Siapakah yang silap dalam hal ini. SUDAH TENTU PAS. Ini kerana, UMNO memegang tampuk pemerintahan dan mereka perlu mendakap UMNO sedang UMNO membuka pintunya pula.

Oleh kerana merasakan diri mereka benar, PAS rela bersama kafir yang menyokong murtad daripada segera mendampingi tampuk pemerintahan yang di kuasai orang Islam dalam UMNO dan merancang halatuju negara ini.

Mendambakan sebuah pengganti yang dianggotai oleh dua pertiga bukan Islam, adalah tindakan bodoh apabila menjadi dua pertiga dari jumlah penduduk pun orang Islam negara ini telah disanggah berkali-kali.

Adakah bersama UMNO itu bodoh? Fikirlah saudara. Sesungguhnya bersama PAS itu bodoh, dan penentang penyatuan itu adalah sesat, jahat dan syaitani.

UMNO berubah mengikut kuantiti dan kualiti. Pertambahan modal insan dari PAS akan menjadikannya cemerlang. Namun, ramai yang jahat dikalangan mereka tanpa mereka sendiri sedar. Yang mereka nampak ialah mereka yang jahat di dalam UMNO yang akan dibersihkan dengan penyatuan.

Penyatuan membersihkan satu sama lain. Yang sedang berkuasa perlu dibantu. Itulah BERSIH yang sebenar.

Anwar Nikmati Wang Haram RM888 Billion. Ahli PKR dapat air gatal FRU.

Kita pernah lihat yang ini :

21 Jun, 2011 13:54 PM

Dr Hamimah Diarah Bela Diri Tuduhan Terima Deposit Haram, Palsukan Dokumen

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Dr Hamimah Idruss, individu pertama yang menghadapi lapan pertuduhan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2001, membela diri terhadap pertuduhan membabitkan RM41.3 juta.


Tapi kita baru sahaja dengar yang ini :

Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, N Gobalakrishnan meminta Kementerian Kewangan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram yang didakwanya bernilai RM888 bilion.Gobalakrishnan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melakukan aktiviti berkenaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencetak RM13.2 bilion wang dalam bentuk wang kertas RM500 dan RM1,000.


Sungguh double-standard sistem perundangan kita rupanya. Apa yang dimahukan oleh puak-puak Pakatan Rakyat dalam mempertikaikan sistem perundangan negara ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyembelih Anwar Ibrahim sendiri.

Itulah sikap PR di negara ini, pada setiap apa yang mereka jerit, ianya tidak lain tidak bukan adalah untuk menutup kesalahan mereka.

Mereka menjerit tentang pengundi hantu, tetapi menghantar beribu-ribu pengundi luar kawasan ke sesebuah parlimen untuk mengundi di situ tanpa mendiami kawasan tersebut.

Kekayaan Anwar Ibrahim ini memang telah lama dikesan terutamanya apabila sebuah parti yang mempunyai 1 kerusi Parlimen mempunyai jentera, logistik, poster dan bendera melebihi sebuah parti yang memerintah 50 tahun pada PRU lalu.

Kemewahan Anwar Ibrahim cukup baginya untuk memusnahkan Malaysia dan membiarkan kuli-kuli anjingannya berjuang bertetak bergelimpangan di jalanraya sedang dia menikmati segar angin Alps di Switzerland. Oh, malangnya!


Demo Di Jakarta Menentang Penangkapan Penegak Komunis Di Malaysia

Jumat, 01/07/2011 11:16 WIB
Aktivis Demo Kedubes Malaysia, Protes Penangkapan Politik
Ari Saputra - detikNews

Jakarta - Kedubes Malaysia di Jakarta digeruduk puluhan orang dari elemen buruh dan aktivis pemuda. Mereka mengecam penangkapan 30 aktivis Partai Sosialis Malaysia (PSM) oleh pemerintah Malaysia.

Anggota partai yang ditangkap itu dikenai pasal 122 hukum pidana anti demokrasi Malaysia yakni mengenai perang melawan monarki dengan menghidupkan ideologi komunis.

"Penangkapan terhadap aktivis PSM menunjukkan Malaysia sangat tidak demokratis. Ini adalah aksi solidaritas untuk sesama aktivis yang memperjuangkan demokrasi di Malaysia,“ kata Sultoni, salah satu koordinator aksi dari organisasi buruh KASBI di depan Kedubes Malaysia, Jumat (1/7/2011).

Para pendemo juga menilai, penangkapan tersebut disertai pelecehan dan intimidasi. Para aktivis mengungkapkan, anggota PSM yang ditangkap tidak boleh dijenguk keluarga, tidak boleh minum air bersih dan dibui dalam kondisi yang buruk.

"Tuntutan kami tegas. Hentikan pelecehan dan pelanggaran kebebasan berekspresi. Bebaskan segera aktivis PSM tanpa syarat apapun," tandasnya.

Dalam aksinya, pendemo menggelar spanduk dan beberapa poster tuntutan pembebasan rekan-rekannya dari bui. Massa aksi juga membuat kemacetan di jalan Rasuna Said karena memenuhi 1 lajur badan jalan. Selain itu, lokasi Kedubes Malaysia yang berada di persimpangan jalan Satrio, mendorong arus kendaraan dari ITC Ambasador makin tersendat. Hingga pukul 10.30 WIB, aksi masih berlangsung dengan pengamanan polisi.

"Stop repressing democratic of Malaysian people," kata pendemo dalam salah satu posternya.

Lihatlah apa yang sedang dilakukan oleh ahli politik negara ini yang sanggup mengupah pendemo di Jakarta untuk memprotes penangkapan penyokong komunisme di Malaysia di kedutaan Malaysia, Jakarta, pagi tadi. Mengkhianat, mencetuskan huru-hara, dan di minta agar berleluasa? Mujur ditangkap polis. Jika ditangkap rakyat yang membenci mereka, sudah tentunasib mereka lain pula keadaannya.

Kenangan 1999 : PAS Menyokong Komunisme

Pada PRU 10 1999 , teman menjadi sukarelawan mengawal hari penamaan calon di padang SUK lama, di Ipoh. Teman bagi pihak BN lah. Di pihak PAS, sorang kawan teman turut menjalankan tugas yang sama. Dia teman dah lama kenal dan dia mintak teman rokok sebatang. Kami pun bersembang.

Katanya, negara komunis lebih adil. Komunis lebih pandai membela rakyat, dan komunis tak seharusnya ditentang.

Teman dapat nilai, pengetahuannya ke atas komunisme hanya diperoleh berdasarkan cerita-cerita mulut. Tetapi teman bagitahu kepadanya satu perkara yang membuatkannya dia terdiam.

Komunisme tidak mengiktiraf mana-mana agama. Komunisme adalah medan perjuangan para freethinker. Komunisme menjunjung atheisme dan komunisme tegar meruntuhkan masjid dan membunuh para imam dan ulama.

Rupa-rupanya kawan teman tak cukup ilmu komunisme lagi. Rupa-rupanya apa yang diketahuinya cuma terlalu sedikit. Terlalu cetek. Tidak hairan lah sebab kadar membaca orang Melayu negara ini memang rendah. Boleh dikatakan sangat rendah, hingga adakalanya memalukan diri.

Kawan teman meminta diri dan hilang dalam kesesakan penyokong-penyokong yang melaung 'Reformasi' dan di sahut 'Tirai Besi'.

Seketika kemudian dia kembali dan bersorak depan teman. Katanya, Chandra Muzaffar menang tanpa bertanding di Lembah Pantai untuk KeADILan.

Belum jadi komunis, propaganda komunis dah jadi darah daging. Ternyata apa yang disorakkan kawan teman tadi adalah penipuan belaka. Sebuah parti Islam yang menggalakkan ahlinya menipu, dan menyokong atheism.

Selepas 12 tahun, keadaan belum berubah.

Contohi Persaudaraan Umat Islam Thailand

Bukan tak boleh berdemo. Tapi tengok isu lah juga. Last teman join demo ialah pada petang bulan puasa yang terik pada tahun 2004 di depan kedutaan Thai susulan kekejaman Thaksin Sinawatra ke atas penduduk Islam Tak Bai.

Hal itu tidak mendapat tempat di meja rundingan. Tidak ada komitmen dari pihak Thailand untuk mengajak umat Islam negara ini yang marah, untuk berunding di meja rundingan. Tidak seprti SPR yang membuka pintu rundingan seluas-luasnya untuk puak-puak yang menggerakkan Bershit 2.0.

Hasilnya lumayan. Selang dua tahun, Jenderal Sonthi Boonyaratlin, pemimpin tertinggi tentera Thailand yang beragama Islam, mendapat mandat dari Raja Thai untuk menggulingkan Thaksin Sinawatra atau nama cinanya Khoo Tat Seng. Tetapi hasilnya ada pihak Barat yang masuk untuk mewujudkan Merah lawan Kuning di sana.

Hari ini, Jenderal Sonthi menjadi pemimpin Parti Matuphumi (Parti Bumiputra), sebuah parti Islam yang mensasarkan 10 kerusi di selatan Thai dalam pilihanraya umum yang bakal diadakan.

Walaupun Sonthi bukanlah merupakan kaum Melayu yang berasal dari Selatan Thai, sebagai umat Islam, walaupun datuk neneknya memang Islam Ayuthia sejak zaman Islam menguasai Ayuthia, rasa persaudaraan yang dekat antara umat Islam dalam negara yang mana umat Islam adalah minoriti kecil, cukup memberi pengajaran kepada negara kita.

Di negara ini, umat Islam berpecah, dan dipecahkan oleh fahaman politik yang rumit dan bercelaru. Umat Islam yang menyokong PAS dilihat tidak langsung mempedulikan tindak-tanduk mereka yang salah semata-mata kerana merasakan diri mereka paling betul.

Perkara seperti ini jelas menjadi bahan tepuk tangan utama pendiri agenda menumbangkan penguasaan Islam di negara ini bagi menjadikan negara ini sekular sekurang-kurangnya pada tahap pancasila Indonesia.

Siapakah yang jelas akan diazab sekiranya negara ini menjadi sekular mutlak? Bukan orang kafir yang memang disediakan tempat khusus untuk mereka di neraka. Sudah tentu umat Islam yang bermati-matian mengikuti mereka atas dasar sombong, benci, dengki dan riak.