Monday, September 07, 2015

Angin perubahan melanda Singapura?

Pemerintah Singapura dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berkuasa sejak 1959 mulai senak perut melihat kehadiran puluhan ribu orang di kempen pilihanraya parti pembangkang negara itu berbanding himpunan anjuran mereka.

Kemeriahan tersebut telah berlangsung sejak dua minggu lalu menjelang Pilihanraya Umum Republik Singapura yang akan berlangsung Jumaat, 11 September ini.

PAP, seperti BN di Malaysia mengalami penurunan undi popular yang sangat ketara sejak beberapa pilihanraya umum yang lalu.

Pada PRU Singapura 2011, PAP hanya mendapat 60.14% undi popular, terendah sejak negara tersebut berdiri dengan pemerintahan sendiri berbanding 66.6% pada 2006 dan 75% pada tahun 2001.

Himpunan Parti Pekerja semalam di Simei. Parti Pekerja mendapat 12.8% undi popular pada PRU Singapura 2011.


Himpunan Reform Party.

Himpunan Parti Demokratik Singapura.

Himpunan Parti Pekerja di Yishun.

Himpunan Parti Pekerja di Punggol.

Beza perhimpunan PAP dahulu dan kini.

Himpunan PAP di East Coast.


Sebuah perhimpunan PAP.