Monday, April 21, 2014

Apabila harga komoditi getah dipolitikkan

Dakyah disebarkan kononnya kerajaan memerintah tidak peduli apabila harganya menjunam baru-baru ini.

Hairan. Apabila yang cerdik memperbodohkan yang kurang cerdik, persekutuan mereka berleluasa menyebarkan kebodohan ke sana-sini. Getah jatuh kepada RM2.00 sekilo kononnya akibat sikap sambil lewa pemerintah.

Apabila kononnya menteri perlu diingatkan tentang menjunamnya harga getah. Sedangkan getah adalah komoditi yang harganya ditentukan oleh pasaran dunia.

Malaysia bukan pengeluar paling atas komoditi getah. Jika mahu adil, menteri-menteri Thailand dan Indonesia yang menjadi pengeluar utama dan kedua komoditi getah perlu ditempelak juga. Berupayakah mereka?  Harga getah jika dibandingkan dengan harga gula ibarat membandingkan King Jason dengan babi hutan. Itu tidak adil, bukan?

Lupakah mereka semasa harga getah menjadi RM15 sekilo sehingga pokok-pokok getah di kebun-kebun terbiar kembali ditoreh? Sehingga ada pekebun getah menaiki Persona untuk pergi menoreh?

Jika mereka Islam, tentu sekali mereka mengetahui bahawa setiap zaman senang, akan datang zaman susahnya untuk diuji. Kisah Nabi Yusuf menjadi pengajaran betapa hasil dari zaman senang hendaklah disimpan kerana akan datang pula zaman susahnya.

Oh, kebanyakan pembawa dakyah bukanlah orang Islam. Manakala yang ditipu adalah orang Islam yang kolot tentang peringatan dari agamanya sendiri.



Pesawat MH192 selamat mendarat selepas berlegar 4 jam di Selat Melaka

Pesawat penerbangan Malaysia MH192 tujuan Bangalore yang mengalami masalah teknikal telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 1:56 pagi tadi. Ia berlepas jam10:09 malam tadi dan mengalami masalah teknikal pada gear mendaratnya sebaik sahaja berlepas mengakibatkan ia terpaksa berpatah balik sejurus melintasi Klang.

Pesawat yang membawa 159 penumpang dan 7 anak kapal ini terpaksa berlegar-legar di luar pantai Klang selama hampir 4 jam bagi menghabiskan bahan bakar apabila ia didapati perlu mendarat tanpa tayar hadapan. 

Jurucakap jabatan Penerbangan Awam berkata pesawat Boeing 737 yang tiada mekanisme membuang minyak, hanya dibenarkan mendarat setelah bahan api nya kehabisan.

Pihak MAHB dan pasukan bomba bertungkus lumus menyediakan keperluan bagi pendaratan tersebut dengan penyediaan buih pemadam kebakaran memandangkan pesawat perlu didaratkan dengan bertopangkan 'hidung' pesawat.