Tuesday, May 12, 2009

Berbaloikah Memilih Pakatan Rakyat Untuk Perak?

Ini apa yang teman tulis 2 hari sebelum Sultan Azlan suruh Nizar letak jawatan :

Haa.. yop, aper lagi ditunggu, bubar le. SPR dah tolak perletakan jawatan Behrang dengan Changkat Jering tu. Moh lerah ke gelanggang le yop kalo ye benor teringin nak mandat baru. Rentikanler melabun tu.

Bila dikatakan yang pilihanraya DUN bazirkan duit rakyat, ader ler pihak-pihak demer kata alasan takut nak berdepan rakyat lah, alasan takutkan suara rakyat lah. Apa yang komer merepek ni?

Sebenarnya, kami sangat teringin nak tunjukkan yang rakyat TAK SIOR berkerajaankan Pakatan Rakyat yang takkan mungkin Melayu dalam PAS dan PKR yang akan menguasai.

(
Cakap Banyak Tak Guna! Bubarlah! Tuesday, February 3, 2009


Tetapi itu sentimen waktu itu. Sentimen kini bercampur baur walaupun kita dapat lihat hanya 33% Melayu Bukit Gantang memberi undi kepadanya.

Sebenarnya Nizar masih lagi mengharapkan bukan Islam mengekalkan kerusinya. Bukan isu agama yang mahu dibangkitkan. Ia berkenaan isu yang berkaitan budaya guna-mempergunakan.

Jika konsep PAS mampu mendekatkan bukan Islam terhadap Islam, sudah tentu PAS di Perak dialu-alukan. Tetapi, liberalisma Islam yang didokong puak profesional agama dalam PAS bukanlah sesuatu yang patut didambakan.

Contohnya, sebuah kompleks komuniti yang bernilai RM2 juta yang terletak di Taman Perpaduan di kawasan 80% Melayu tidak dipenuhi program keagamaan atau kemasyarakatan.

Pembukaannya yang disambut dengan pertukaran kerajaan negeri pada 8 Mac hanya dipenuhi acara bergendang dari acara-acara PKR yang diterajui orang India di Hulu Kinta walhal terletak sebelah rumah seorang tokoh PAS tempatan yang rumahnya dihiasi tembok hijau putih.

Bukan soal adu domba. Program kemasyarakatan tidak wujud bagi menggambarkan sesuatu yang positif telah berlaku dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak untuk orang Melayu selain program-program PAS keagamaan PAS yang menggunakan masjid dan Dataran Bandaraya. Ini mulia. Tetapi inikah sahaja yang dibolehkan? Tidak terkecuali, program menjana pendapatan negeri.

Boleh jadi Pakatan Rakyat merampas Perak jika pilihanraya negeri diadakan hasil dari menipu orang ramai. Tetapi apa kebaikan yang dibawa bila mereka memerintah selain memecah tabung perbendaharaan negeri dan memulakan spending spree. Rakyat entah ke mana.

Perak negeri pertama di Malaysia yang akan muflis dan dipenuhi Melayu miskin.