Friday, June 04, 2010

Tunjuk Perasaan Anti Israel Terbesar Lumpuhkan Kuala Lumpur


Ini merupakan gambar yang diambil sebentar tadi ketika perarakan menentang kekejaman Israel ke atas flotilla kemanusiaan 31 Mei lalu. Apabila perhimpunan ini disertai pembodoh-pembodoh dari PAS, maka isu politik negara pun turut mahu diheret ke dalam demonstrasi menghentam Israel.

Kadangkala, terasa juga ketengingan sekumpulan peserta majlis ini mereka apabila mereka menyertakan hentaman ke atas kerajaan Malaysia. Mereka tidak pula menyertakan hentaman ke atas Mesir yang menjadi punca Gaza menjadi penjara terbesar dunia apabila Mesir tunduk kepada arahan Israel agar menutup pintu sempadannya.

Ketengingan mereka lebih terserlah apabila tidak pula mereka menghentam Liga Arab yang membutakan mata atas isu ini setelah kalah Perang Arab-Israel tahun 60an.

Ketengingan dan ketololan mereka mereka serlahkan dengan mempamerkan kebencian mereka ke atas kerajaan yang memerintah Malaysia dengan menyertakan usul rasa mereka ini pada satu upacara membantah Israel yang dihadapkan ke Kedutaan Amerika.

Golongan ini, dalam berniaga lekas rugi, dalam berpolitik mudah ditipu, semuanya akibat pertimbangan yang sangat mentah, tidak kena cara dan ikut-ikutan semata-mata. Entah-entah, keluasan tanah Gaza pun mereka tak tahu.

Guan Eng Pernah Samakan PAS Dengan Israel

Kali ini, saya hendak mengupas satu perkara. Hubungan intim PAS dengan DAP dan hubungan PENUH RASA TIDAK PERCAYA pihak DAP terhadap PAS yang saya peroleh dari blog DAP Malaysia berhubung kenyataan media Lim Guan Eng pada 15 Januari 2008 yakni lebih 2 bulan sebelum PRU 2008 Mac lalu.

Dalam kenyataan Guan Eng, dia mengkritik Gerakan (sebuah parti pembawa onar) dengan mengatakan DAP bersekongkol dengan PAS bagi menakutkan orang Cina dengan maksud persepakatan dengan orang Islam dari Parti Islam perlu ditakuti.

Dalam siaran ini yang pastinya ditujukan kepada pengundi Cina, Guan Eng menyebut bahawa :

DAP is not surprised that Lim and the entire Gerakan leadership is trying to “fry again the stale cold rice” by alleging DAP’s co-operation with PAS through PKR, even though no such co-operation exists. If Gerakan’s perverse logic holds true, then Malaysia is a close friend and ally of Israel through United States because using Gerakan’s logic, Malaysia has good relations with US whilst US is the main patron and supporter of Israel.

Terjemahannya : DAP tidak terkejut yang Lim dan seluruh kepimpinan Gerakan cuba "menggoreng lagi nasi basi" dengan menjaja kerjasama DAP dengan PAS melalui PKR walaupun perkara itu tidak wujud. Jika nak ikut logik Gerakan ini, bermakna, Malaysia (dibaca DAP) pun dikira mempunyai hubungan baik dengan Israel (PAS) kerana hubungan baik Malaysia dengan Amerika Syarikat (PKR) yang merupakan teman baik Israel.

Ini bermakna, Guan Eng menyamakan PAS dengan Israel secara halus. Jika itu belum cukup, bacalah seluruh perenggan itu dan fahami maksudnya. Pemahaman paling cetek pun boleh memberi makna bahawa DAP seolah-olah berpendirian bahawa PAS adalah Israel yang tidak boleh dipercayai, ditangani secara berhati-hati, zalim dan 'tidak boleh ada hubungan diplomatik'.

Hari ini, ramai yang terlupa bahawa sebelum PRU 12, DAP menafikan sekeras-kerasnya hubungan mereka dengan PAS. Tetapi setelah PAS bermuka-muka dan bersemenda dengan jijik bersama mereka, Cina-cina DAP semakin menyukai PAS dan berharap lebih ramai ahli PAS akan memeriahkan upacara mereka ditokong-tokong.

Nampaknya matahari dalam PAS memang sudah terbit dari Barat!