Selasa, Jun 04, 2013

Tolak Konsep BN Sebagai Parti Tunggal

Benar kata Tun M. Sekiranya BN dijadikan parti tunggal sekalipun, ia akan menumpu kepada satu-satu kaum sahaja. Bukti jelas, Parti Gerakan yang terbuka untuk semua kaum juga dipenuhi kaum Cina. Malahan, Gerakan ditolak juga oleh Cina-cina racist. Jadi harus apa? Kekalkan sahaja perkongsian kuasa ini yang mana ianya telah menjadi landasan menang-menang bagi setiap kaum di negara ini.


Belum sampai masa BN jadi parti tunggal berbilang kaum - Dr. M

YOGYAKARTA 3 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya di sini hari ini.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr. Mahathir.

Beliau berada di sini kerana memberi syarahan umum mengenai Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).

Dr. Mahathir berkata, BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya.

Beliau turut ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagaimana Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.

Dr. Mahathir berkata, BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.

Mengenai prestasi UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mahathir berkata, walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.

"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Dr. Mahathir. - BERNAMA


Isnin, Jun 03, 2013

Chery Pilih Malaysia Berbanding Indonesia Untuk Dirikan Kilang Kereta

Baru-baru ini, China memilih Malaysia sebagai negara pengilang kereta jenama Chery miliknya dan menafikan khabar angin kilang tersebut akan dibuka di Indonesia.

Sehubungan itu, berjurailah komentar Indon-Indon pro-Taiwan di laman berita Detiknews yang menyeru pemboikotan kenderaan jenama tersebut seperti mereka menyeru pemboikotan BlackBerry kerana memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Terlalu 'alahai' pemikirannya.

Bukan Indonesia, Chery Bakal Dirikan Pabrik di Malaysia

Syubhan Akib - detikOto
Minggu, 02/06/2013 16:14 WIB

Kuala Lumpur - Beberapa tahun lalu merek mobil Chery sempat populer di Indonesia. Kini, untuk semakin mendekatkan diri pada pasar Asia Tenggara, merek mobil China ini pun membangun pabrik baru di Malaysia.

Chery mengumumkan pendirian pabrik baru itu bersama mitra lokalnya di Malaysia. Pabrik ini menurut China Car Times akan menjadikan Malaysia sebagai pusat ekspor untuk negara-negara Asia Tenggara,

Seperti diketahui, negara-negara di Asean seperti Thailand, Malaysia dan Indonesia tengah bersaing ketat untuk menjadikan negara mereka sebagai basis produksi. Dan untuk urusan Chery, Malaysia menang.

Nantinya, pabrik Chery di Malaysia akan memproduksi secara CKD model-model seperti QQ generasi baru, Tiggo, B14 hingga sedan H13.

Untuk permulaan, pabrik ini akan memiliki kapasitas sebesar 10 ribu unit per tahun dengan kapasitas produksi yang diharapkan akan meningkat menjadi 20.000 unit per tahun di masa depan.

Untuk itu semua, total investasi yang diperlukan diperkirakan akan mencapai 250 juta RMB.

Haramkan Sahaja Produk Taiwan


Setelah diganggu gugat oleh anasir Taiwan semasa PRU13, kesihatan rakyat negara ini diganggu gugat pula dengan produk Taiwan yang merbahaya. Produk yang mendedahkan kita kepada risiko kanser. Inilah permainan mereka. Bukankah lebih baik produk Taiwan diharamkan sahaja. 

4 lagi produk makanan dari Taiwan dicemari asid maleik

PUTRAJAYA 3 Jun - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan empat lagi produk makanan dari Taiwan dilaporkan dicemari asid maleik.

Produk berkenaan ialah Green Tea Tapioca Ball dan Yam Tapioca Ball keluaran syarikat syarikat Full Free Co Ltd dan Vegetarian Instant Rice Noodle dan Rice Noodle With Thick Soup keluaran Syarikat Long Kow Foods Corp.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM Noraini Mohd Othman berkata walaupun empat produk itu tidak diimport oleh Malaysia, namun sebagai langkah berjaga-jaga KKM tetap menyenaraikan ia sebagai antara 15 produk makanan yang digantung pengimportannya sehingga kini.

"Selain itu KKM juga mengenakan tindakan Tanah, Uji, dan Lepas terhadap produk makanan yang sama keluaran syarikat-syarikat lain di Taiwan (yang hendak diimport ke dalam negara), melainkan pengimportnya dapat mengemukakan sijil analisa daripada makmal yang diiktiraf olah FDA Taiwan, yang mengesahkan bahawa produk itu bebas asid maleik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, KKM juga sedang memantau dengan rapi produk makanan diimport dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dengan menelefon 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau layari laman web kementerian. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130603/dn_24/4-lagi-produk-makanan-dari-Taiwan-dicemari-asid-maleik#ixzz2V9N0GcUF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rakyat Singapura Marah Tindakan Dr. Yaacob Ibrahim Mahu Jadikan Bahasa Melayu 'Bahasa Asing'

Berikut adalah artikel yang ditulis seorang warga Singapura berketurunan Cina yang mempersoalkan sikap menteri Melayu di Singapura yang mahu menjadikan matapelajaran bahasa melayu sebagai pelajaran 'bahasa asing'. Rosak warisan sesebuah bangsa, ternyata adalah hasil tangan bangsa itu sendiri.

Saya sangat terkejut, marah, geram dan menyampah dengan  kenyataan Dr. Yaacob Ibrahim baru-baru ini. Dia bercakap di depan 200 bakal mahasiswa Melayu Muslim yang berkumpul di dewan di Ang Mo Kio untuk sesi dialog yang bertujuan memberi faedah kepada komuniti Melayu Muslim. Seorang pelajar dari Innova Junior College bertanyakan kepadanya apa yang boleh dilakukan untuk menangani kemerosotan penguasaan bahasa Melayu di kalangan komuniti Melayu di Singapura. Ini jawapannya :

" Kita bukan di Kelantan atau di Kedah di mana semua orang bercakap bahasa Melayu di dalam dan di luar bilik darjah... Mungkin telah tiba masanya  untuk bahasa Melayu diajar sebagai bahasa asing dan bukannya bahasa ibunda."

Mulanya saya merasakan itu telah disalahertikan. Tetapi rupa-rupanya itulah apa yang diperkatakan olehnya, saya terkejut.

Bukankah Dr. Yaacob Ibrahim adalah seorang Melayu? Bukankah dia Menteri yang ditugaskan untuk menjaga hal-ehwal orang Melayu Islam? Bagaimana dia boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian yang akan memecahbelahkan Melayu Singapura?

Bahasda Melayu adalah bahasa rasmi di Singapura. Lagu kebangsaan kita adalah berbahasa Melayu untuk menggambarkan warisan Melayu di Singapura. Arahan kawad ketenteraan juga dalam bahasa Melayu. 13.4% dari populasi di Singapura adalah orang Melayu dan bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka.

Sekarang, Dr. Yaacob, jelaskan bagaimana pula kita perlu ajar bahasa Melayu sebagai bahasa Asing? Saya bukan Melayu. Saya Cina. Tetapi bila saya melihat apa yang dinyatakan, saya berasa marah juga bagi pihak rakan-rakan Melayu saya. Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi urusan orang Melayu, anda seharusnya bangun memperjuangkan hak-hak kaum anda. Anda sepatutnya malu apabila menyebut untuk mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing di tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu.

Jika bahasa tempatan dijadikan bahasa asing, apa pula nasib bahasa kebangsaan? Adakah ini menggambarkan kami bakal dijadikan orang asing di tanah tumpah darah kami sendiri? Dengan kemasukan besar-besaran warga asing di negara ini, kami bimbang kami akan menjadi minoriti di negara sendiri.

Mungkin sistem GRC akan diubah bagi memastikan kami menjadi kelompok minoriti di negara ini.


DR YAACOB IBRAHIM: "IT MAY BE TIMELY FOR US TO TEACH MALAY AS A FOREIGN LANGUAGE"

I was shocked, angry, furious and disgusted by what Dr Yaacob Ibrahim said recently. He was addressing more than 200 Malay-Muslim pre-university students gathered at a theatre in Ang Mo Kio for a dialogue session aimed at sharing ideas to benefit the Malay-Muslim community. A student from Innova Junior College asked him what could be done about the decline in Malay fluency among the community. His answer…..

We are not in Kelantan or Kedah, where everyone speaks Malay in and out of the classrooms… it may be timely for us to teach Malay as a foreign language rather than as a mother tongue.

At first I thought he was being misquoted. But he wasn't. That is the exact words coming from him. I was shocked.

Isn't Dr Yaacob Ibrahim a Malay? Isn't him also the Minister-in-charge of Muslim Affairs? How could he made such a suggestion that will marginalize the entire Malay community in Singapore?

Malay Language is the National language of Singapore. Our National Anthem is in Malay to reflect Singapore's Malay heritage. Military footdrill commands are in Malay. 13.4% of the Singapore population is Malay and Malay language is their mother tongue.

Now, Dr Yaacob Ibrahim, tell me. How can we teach Malay Language as a foreign language? I am not a Malay. I'm a Chinese. But when I saw that news article, I was very angry and frustrated for all my Malay friends. As the Minister-in-charge of Muslim Affairs, you are supposed to stand up for Malay's rights. Yet you suggested making their language a foreign language on a land that used to be own by them. You should be ashamed of yourself.

If the locals' mother tongue become a foreign language, then what is going to be the national language? Does that means that we going to become foreigners in our own land? With the influx of new citizen, sometimes I'm worried that we Singaporeans will become minority in our own country.

Maybe the GRC system will be changed to make Singaporeans a minority race.

DKSG

*The author blogs at http://blog.dk.sg

Lagi Hinaan Ke Atas YDP Agong

Lagi penghinaan atas YDP Agong. Kali ini dari beruk Melayu sendiri. Seperti yang telah diperkatakan tentang soal penghinaan ke atas YDP Agong, sikap tidak mengambil apa-apa tindakan hanya menyemarakkan kelahiran anak-anak haram yang bersifat 'menyerang' YDP Agong bahkan menyerlahkan kutu-kutu biaDAP dari jenis bangsa sendiri.

Baru jadi tweetfamous serasa diri kebal dan bebas menyelar apa sahaja. Itulah Melayu dahaga perhatian.

Menteri Luar Australia 'Tampar' Anwar Lagi

Australia iktiraf PRU-13

Bob Carr 
Menteri Luar Australia

MELBOURNE 2 Jun - Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr telah menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Malaysia pada 5 Mei lepas, mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, di stesen televisyen "Sky" mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Carr berkata: "Nah... mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa.

''Saya menelefon rakan sejawat Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain,'' katanya.

Carr mengulangi matlamat kerajaan Australia supaya tidak campur tangan dalam urusan politik domestik di Malaysia.

Sheridan mengingatkan Carr terhadap banyak 'komen histeria' mengenai PRU-13 di Australia, bukan kurangnya daripada Senator Nick Xenophon bahawa Malaysia adalah diktator dan Anwar Ibrahim (Datuk Seri) adalah Nelson Mandela di Asia Tenggara, Carr berkata:

''Ia adalah pilihan raya Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di Senat semasa menjawab soalan Xenophon bahawa kita bukan suruhan jaya pilihan raya untuk Malaysia.

''Kita tidak boleh membuat keputusan mengenai keadilan atau ketidakadilan dan kita bukan mahkamah pertikaian yang menentukan sama ada seseorang dengan dakwat calit di jari selepas mengundi mampu membuang undi lain atau tidak... kita tidak boleh masuk campur ke dalam perkara-perkara seperti itu,'' katanya.

Carr berkata, ia adalah pilihan raya Malaysia yang dijalankan di bawah peraturan berbeza daripada pemahaman rakyat Australia.

''Tetapi kerajaan (Australia) - kita tidak boleh masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara yang mana kita menikmati hubungan mesra,'' katanya.

Menteri Luar itu berkata, rakyat Malaysia sendiri akan membuat penentuan pada masa depan mengenai kaedah dan peraturan pilihan raya mereka dan Australia tidak mempunyai peranan dalam soal itu. - BERNAMA


IMBASAN 'TAMPARAN' YANG LALU :


KHAMIS, NOVEMBER 22, 2012

Anwar Ibrahim Dimalukan Australia, Anwar Mana Reti Malu?


Sudahlah puaknya menggesa Lynas dan aktiviti lombong emas di Raub, yang kedua-duanya dari Australia, ditutup, berani pula menulis surat meminta Australia memerhatikan pilihanraya di Malaysia. Itulah tebalnya muka kedut Anwar Ibrahim.

Menteri Luar Australia, Bob Carr menolak permintaan Anwar Ibrahim supaya Australia menjadi pemerhati pilihanraya di Malaysia.

Beliau menyebut, Australia TIDAK BOLEH dan TIDAK AKAN mempengaruhi corak pilihanraya Malaysia.

Anwar dilaporkan menulis secara peribadi kepadanya meminta agar Australia membantu memastikan pilihanraya umum negara ini bebas dari penipuan dan rasuah.

Anwar juga dikatakan memberitahunya bahawa terdapat penipuan dalam senarai pemilih.

Dia juga mengadu kepada beliau kononnya Suruhanjaya Pilihanraya tidak bebas dan parti pembangkang dipulau oleh media.

Berita selanjutnya di muka depan New Straits Times hari ini.

Hakikat jelas bahawa Anwar Ibrahim yang gemar menjemput campurtangan antarabangsa di negara ini menunjukkan dia sememangnya makhluk perosak yang dipilih orang-orang bodoh.

Carr seharusnya diberitahu bahawa Anwar Ibrahim merupakan perasuah nombor satu ketika berada dalam kabinet dan pada masa ini pun masih boleh dilihat dalam pemilihan partinya sendiri.

Seandainya Australia mahu melihat proses pilihanraya di Malaysia, mata mereka harus lebih tertumpu kepada pakatan pembangkang yang juga tidak kalah hebatnya merasuah orang, hasil dari terangkatnya Bapa Korupsi Negara sebagai pemimpin mereka.

Malah, pihak Australia juga wajar diberitahu bahawa agenda politik benci, politik tak membangun negara dan politik menjahanamkan negara yang diamalkan pembangkang , yang dilihat jelik dan berbeza dengan pembangkang di mana-mana negara, membuatkan mereka kelihatan sendu dan tiada nilai berita tulen yang ada pada mereka.

Sabtu, Jun 01, 2013

Temubual Sinar Harian - Hamid Awalluddin Berhubung Anwar Mungkir Janji


Berikut adalah soal jawab antara Sinar Harian dan Hamid Awalluddin, bekas menteri di Indonesia yang turut menjadi saksi perjanjian Anwar dan Jusuf Kalla berhubung peralihan kuasa selepas PRU13 yang Anwar mungkiri. Jelas Anwar memungkiri janjinya dan berbohong dihadapan ribuan pencacainya.

S: Anwar Ibrahim mendakwa Jusuf Kalla yang menghubunginya, tapi Jusuf Kalla pula berkata Anwarlah yang menghubunginya. Mana yang betul?
    
J: Saya hadir pada perbincangan antara Jusuf Kalla bersama Anwar dan Najib. Jusuf Kalla hanya memenuhi permintaan Anwar agar beliau menjadi orang tengah. Beliau tidak memulakan daya usaha ke arah itu atau menemui Anwar. Jusuf Kalla tidak ada sebarang kepentingan politik dan ekonomi di Malaysia. Beliau sibuk dengan urusannya mengenai Indonesia. Jadi, kenapakah beliau perlu mengambil daya usaha itu dan bertemu dengan Anwar? Ini tidak logik.
    
Jusuf Kalla menganggap Anwar dan Najib sebagai sahabat baiknya. Beliau ingin membantu kerana mereka terlibat dalam satu persaingan yang begitu sengit. Beliau melihatnya begitu.

S: Anwar mendakwa perjanjian itu mengandungi beberapa prasyarat, contohnya pilihan raya secara bebas dan kebebasan media. Bolehkah sdr nyatakan apakah prasyaratnya?
    
J: Saya amat pasti tidak terdapat sebarang prasyarat yang dibincang antara Jusuf Kalla dan Anwar. Bagi saya, perjanjian tetap perjanjian dan perjanjian ini dipersetujui kedua-dua pihak – Anwar dan Najib.  
    
Sesetengah orang akan cuba mencari ruang atau alasan untuk tidak mengotakan janjinya. Perangai manusia memang tidak sama.
    
S: Sekarang, Anwar mendakwa, oleh kerana Najib tidak menandatangani perjanjian itu, maka ia tidak sah. Jusuf Kalla berkata PM memberi persetujuannya secara lisan dan ini menjadikan perjanjian berkenaan, sah. Siapa yang betul, Anwar atau Jusuf Kalla?
    
J: Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu. Najib mempunyai sebab yang amat munasabah dari segi politik untuk tidak menandatangani perjanjian itu dan Anwar memahami serta menerimanya.
    
Bagaimanapun, Najib berjanji akan mematuhi perjanjian itu. Beliau menerima perjanjian itu. Asas akhlak mengajar kita bahawa perkataan seseorang adalah lebih penting daripada tanda tangannya. Perbuatan juga adalah lebih penting daripada kata-kata. Najib mengotakan janjinya. Beliau menyeru ke arah penyatuan nasional ketika menyampaikan ucapan penerimaan. Tindakan Najib menepati kata-katanya.

S: Anwar mendakwa perjanjian itu mengandungi beberapa prasyarat, contohnya pilihan raya secara bebas dan kebebasan media. Bolehkah sdr nyatakan apakah prasyaratnya?
    
J: Saya amat pasti tidak terdapat sebarang prasyarat yang dibincang antara Jusuf Kalla dan Anwar. Bagi saya, perjanjian tetap perjanjian dan perjanjian ini dipersetujui kedua-dua pihak – Anwar dan Najib.  
    
Sesetengah orang akan cuba mencari ruang atau alasan untuk tidak mengotakan janjinya. Perangai manusia memang tidak sama.
    
S: Sekarang, Anwar mendakwa, oleh kerana Najib tidak menandatangani perjanjian itu, maka ia tidak sah. Jusuf Kalla berkata PM memberi persetujuannya secara lisan dan ini menjadikan perjanjian berkenaan, sah. Siapa yang betul, Anwar atau Jusuf Kalla?
    
J: Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu. Najib mempunyai sebab yang amat munasabah dari segi politik untuk tidak menandatangani perjanjian itu dan Anwar memahami serta menerimanya.
    
Bagaimanapun, Najib berjanji akan mematuhi perjanjian itu. Beliau menerima perjanjian itu. Asas akhlak mengajar kita bahawa perkataan seseorang adalah lebih penting daripada tanda tangannya. Perbuatan juga adalah lebih penting daripada kata-kata. Najib mengotakan janjinya. Beliau menyeru ke arah penyatuan nasional ketika menyampaikan ucapan penerimaan. Tindakan Najib menepati kata-katanya.

S: Pada Hari Mengundi, adakah sdr rasa perjanjian itu masih terpakai? Adakah berlaku sebarang perkara sebelum Hari Mengundi, yang boleh menyebabkan perjanjian itu terbatal?
    
J: Saya amat pasti tiada sebarang perkara berlaku menjelang Hari Mengundi atau pada Hari Mengundi itu sendiri yang menyebabkan perjanjian itu terbatal. Ia terus terpakai.
    
Keadaan berubah selepas Najib diisytihar sebagai pemenang. Malah, sehari selepas kemenangan Najib, saya masih yakin bahawa janji tetap janji dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Barangkali, Anwar tidak mampu mengurus pengikutnya, terutama kerana DAP memenangi lebih banyak kerusi berbanding parti pimpinannya. Anwar mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang menyulitkan. Tapi, tugas seseorang pemimpin adalah memimpin, bukan dipimpin.

S: Adakah sdr dan Jusuf Kalla berpendapat Anwar mengingkari perjanjian itu? Jika demikian, apa alasannya?
    
J: Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik. Mungkin ada perkara yang beliau tidak ingin ucapkan kerana beliau tidak mahu melukakan hati orang. Saya tak tahu.
    
S: Adakah sdr rasa Anwar akan ikhlas menerima penyatuan nasional di Malaysia?
    
J: Saya percaya Anwar mempunyai keikhlasan dan masih berharap beliau memilikinya.
    
S: Pada pendapat sdr, apakah yang membuat Anwar bertindak seperti menafikan wujudnya perjanjian itu, enggan menerima kekalahan dan menganjurkan bantahan di seluruh Malaysia?
    
J: Sejak mula lagi, Anwar yakin beliau akan memenangi pilihan raya itu. Setelah berjuang sejak sekian lama, beliau berpendapat inilah kesudahan bagi perjuangan itu. Anwar berpendapat beliau akan memenangi pertarungan itu dan mengalahkan Barisan Nasional.
    
Keyakinan ini diperkukuhkan lagi oleh tinjauan pendapat yang sering menyebelahinya. Setiap perhimpunan yang Anwar adakan dalam tempoh berkempen juga menarik ramai hadirin.
    
Tetapi, kesudahannya, pilihan rakyat merupakan faktor penentu dalam demokrasi.
    
Anwar percaya beliau akan memenangi pilihan raya itu dan bimbang Najib akan membantah dan tidak mahu menyerah kuasa. Jadi, beliau mahukan jaminan senario itu tidak berlaku. Inilah sebabnya beliau mencadangkan agar perjanjian itu diadakan. - Bernama

Semakin Hari Semakin BiaDAP

Kebiadapan Terbaru Kaum Cina DAP Ke Atas YDP Agong


Ini adalah satu contoh kebiadapan terbaru kaum Cina DAP yang mempermainkan ucapan YDP Agong semperna Hari Keputeraan Baginda hari ini (Rujuk laman sosial Facebook https://www.facebook.com/melissagooi). Dengan kebiadapan demi kebiadapan serta sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh Masyarakat Cina di Malaysia, masih ada pemimpin-pemimpin UMNO yang masih mahu menjadikan Barisan Nasional sebagai Parti Tunggal.

Bacaan lanjut di  CUCU TOK SELAMPIT


UMNO Sedang Mengumpul Kekuatan Menuju PRU14

Bahana kempen ABU, lebih ramai orang berpakat menyertai UMNO.  Lebih ramai berpakat mengundi UMNO. Kuasa Allah melebihi kuasa manusia. Terutamanya manusia yang kononnya anugerah Tuhan. Manusia yang kononnya berjubur pun boleh diterima, asalkan cerdik. Manusia yang berlagak Tuhan kononnya mengetahui sesuatu yang tiada manusia lain mengetahui kecuali Allah. Maka, jangan bongkak mengakui sepenuh keyakinan mereka boleh menang walaupun pilihanraya pada waktu itu belum diadakan. Jangan nafikan ketentuan Tuhan.

PRU14 adalah PRU terakhir sebelum negara memasuki tahun 2020. Kemenangan besar UMNO adalah dituntut bagi memastikan kedudukan orang kita terus terpelihara dalam negara yang bakal berstatus maju. Letak mereka ke tepi. Bawa anak isteri saudara mara kita ke depan, menjadi pelapis UMNO yang baharu dan berdaya maju.

PRU-13: UMNO muncul parti terkuat

KUALA LUMPUR 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO muncul parti terkuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu apabila jumlah kerusi yang dimenangi terlalu hampir dengan jumlah dimenangi oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata, pada PRU-13 jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti pembangkang hanya lebih satu kerusi iaitu 89 kerusi.

Begitu juga katanya, berlaku peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya kali ini berbanding PRU-12, daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi. - UTUSAN



Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai

Selamat Hari Gawai Dayak diucapkan kepada kaum Iban yang meraikannya di Sarawak, mahupun di Semenanjung. Hari Gawai disambut setiap 1 dan 2 Jun merupakan perayaan kesyukuran atas hasil tuai yang telah dilimpahkan. Hari Gawai telah diwartakan sebagai cuti umum di Sarawak sejak kemerdekaannya di dalam Malaysia. Gayu guru gerai nyamai membawa maksud 'semoga panjang umur dan beroleh kesihatan yang baik'. Semoga perayaan kali ini membawa makna tersendiri bagi mereka yang meraikannya dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.