Isnin, Disember 29, 2008

U Cabul 11(4), I Cabul 11(1). Fair?

Article 11

1. Every person has the right to profess and practice his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.

2. No person shall be compelled to pay any tax the proceeds of which are specially allocated in whole or in part for the purposes of a religion other than his own.

3. Every religious group has the right -
(a) to manage its own religious affairs;
(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and
(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law.

4. State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

5. This Article does not authorize any act contrary to any general law relating to public order, public health or morality.



Ulasan

Pemakaian 'pengembangan agama selain Islam ke atas orang Islam' dalam Fasal 1 Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan jelas sekali memaklumkan bahawa pemakaiannya tertakluk kepada pematuhan Fasal 4 dalam Perkara yang sama. Hari ini, adakah Fasal 4 itu dipatuhi?

Pencabulan ke atas Fasal 4 telah lama berlaku sejak sebelum Perlembagaan Persekutuan dirangka dan sehingga hari ini, ianya masih berleluasa. Ini menunjukkan pengembang propaganda agama bukan Islam telah mencabul Fasal 4 dengan niat dan kaedah yang berbagai. Sekiranya Fasal 4 tidak dipatuhi, hakikat jelas Fasal 5 telah tidak membawa makna.

Sebagaimana Kerajaan Persekutuan boleh menyekat doktrin Al-Arqam terhadap orang Islam walaupun ianya telah mencabul Fasal 3(b) dan 3(c) dan secara jelasnya ianya merupakan bentuk 'religious group' yang mematuhi kesemua fasal dalam Artikel 11. Tetapi peraturan berkaitan Fasal 4 digunapakai sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa dalam usaha mempengaruhi orang lain untuk menikuti mereka. Sebaliknya, mengapakah Rasul Kahar masih belum dijatuhi hukuman? Mengapakah Ayah Pin tidak dapat dikesan sedangkan si penyumpah palsu, Balasubramaniam dapat dikesan pergerakannya.

Mengapakah gereja-gereja di Petaling Jaya bebas menyiarkan di dalam akhbar bahawa pada sekian hari tertentu, mereka mengadakan khutbah Ahad dalam Bahasa Melayu? Sedang dalam urusan yang tidak berkaitan dengan agama, mereka membelakangkan Bahasa Melayu sejauh-jauhnya!

Mengapakah terdapat kumpulan lelaki kulit putih yang berpasang-pasangan , segak dan kemas memakai seluar hitam dan kemeja lengan panjang putih, mencuri-curi peluang untuk berdakwah tentang agama Kristian ke atas orang Melayu Islam?

Jika Fasal 4 dicabuli sesuka hati, JANGAN HALANG sekiranya Fasal 1 turut sesuka hati dengan alasan bahawa Fasal 5 tidak terpakai untuk menghalang pencabulan Fasal 4 dibuat oleh orang bukan Islam.
Apabila Fasal 1 dicabuli, ia akan membawa kembali masyarakat keseluruhannya kepada sistem yang menafikan hak-hak selain dari hak yang wajar diberi kepada golongan majoriti dan golongan yang membentuk negara sejarah negara ini terlebih dahulu.

Tidak seperti Fasal 2 di mana pencabulan ke atasnya memerlukan pindaan perlembagaan, pencabulan ke atas Fasal 1 hanya boleh dibuat dengan perbuatan lahiriah tanpa perlu ada apa-apa garis panduan tanpa perlu ada unsur kekerasan. Ia merupakan balasan terbaik atas perbuatan mereka yang mencabul Fasal 4 dengan teknik yang sama walaupun lebih aggresif.

Ini terbukti dengan hakikat kesungguhan mereka yang mahu Injil dicetak dalam bahasa Melayu (pada sesetengah Melayu Islam, ianya perkhabaran ilmu berkaitan agama wahyu). Selain itu mereka menentang pengharaman penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan God yang digunakan dalam agama Kristian sedangkan langkah itu dibuat bersesuaian dengan Fasal 5 yang mengambil kira huraian Fasal 4 yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk tidak membenarkan sesuatu yang akan mendatangkan mudharat ke atas akidah generasi depan. Di ulangi, GENERASI DEPAN, bukannya generasi hari ini yang galak menegakkan pendapat sendiri yang bersifat gelojoh dan terbuka. Fasal 5 sendiri telah menafikan mana-mana hukum yang mampu menghalalkan kemudharatan akibat ketidakselasaan ini. Apa sangatlah pula kenyataan mereka yang bersifat pendapat semata-mata.

Soal adakah tanpa pencabulan Fasal 4, orang Melayu Islam yang diubah hatinya tidak akan menyatakan hasratnya untuk murtad, bukan isu di sini. Isunya, perlakuan pencabulan Fasal 4 semakin bebas berlaku. Ini memerlukan tindakbalas orang yang mengaku beragama Islam.

Tetapi orang Islam, walaupun majoriti di negara ini, sukar untuk menjadi pemerintah mutlak negara ini walaupun andainya seluruh umat Melayu bersatu, banyak orang bukan Melayu akan menjadi penyokong mereka kerana survival politik dan ekonomi.

Tetapi, orang Melayu segan untuk bersatu, melanggar janji yang dibuat sendiri, berkokok bukan main gah tetapi ekor berlumur tahi, dan paling sedih, tidak pandai bermain dengan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang dipermainkan oleh musuh Islam di negara ini.

Ahad, Disember 28, 2008

DAP Gambarkan PAS Sebagai Israel

Saya bukan nak menghentam. Tapi jika komen saya dikira sebagai hentaman, itu adalah lebih baik buat mereka kerana ia menunjukkan mesej saya sampai kepada mereka dan mereka akan menganggap kebenaran adalah hentaman yang perlu ditakuti.

Kali ini, saya hendak mengupas satu perkara sahaja. Hubungan intim PAS dengan DAP dan hubungan PENUH RASA TIDAK PERCAYA pihak DAP terhadap PAS yang saya peroleh dari blog DAP Malaysia berhubung kenyataan media Lim Guan Eng pada 15 Januari 2008 yakni lebih 2 bulan sebelum PRU 2008 Mac lalu.

Dalam kenyataan Guan Eng, dia mengkritik Gerakan (sebuah parti pembawa onar) dengan mengatakan DAP bersekongkol dengan PAS bagi menakutkan orang Cina dengan maksud persepakatan dengan orang Islam dari Parti Islam perlu ditakuti.

Dalam siaran ini yang pastinya ditujukan kepada pengundi Cina, Guan Eng menyebut bahawa :
DAP is not surprised that Lim and the entire Gerakan leadership is trying to “fry again the stale cold rice” by alleging DAP’s co-operation with PAS through PKR, even though no such co-operation exists. If Gerakan’s perverse logic holds true, then Malaysia is a close friend and ally of Israel through United States because using Gerakan’s logic, Malaysia has good relations with US whilst US is the main patron and supporter of Israel.

Ini bermakna, Guan Eng menyamakan PAS dengan Israel secara halus. Jika itu belum cukup, bacalah seluruh perenggan itu dan fahami maksudnya. Pemahaman paling cetek pun boleh memberi makna bahawa DAP berpendirian bahawa PAS adalah Israel yang tidak boleh dipercayai, ditangani secara berhati-hati, zalim dan 'tidak boleh ada hubungan diplomatik'.

Kononnya mereka adalah Malaysia, PKR adalah USA (mungkin sebab kebergantungan untuk survival) dan PAS adalah Israel. Perbandingan ini jelas membawa MAKSUD SEBENAR di dalam hati pimpinan DAP berhubung perkara ini. Jika DAP menganggap diri mereka Malaysia dan PAS adalah Israel, mereka boleh berbangga kerana mereka berjaya mengawal 'Israel' di negeri Perak padahal dalam dunia sebenar, Israel adalah negara liar yang buas dan tidak mungkin dapat dikawal.

Orang Cina yang celik fikiran akan mengerti kebenaran DAP bila memperkatakan tentang rektorik integriti dan kesaksamaan. Golongan Cina yang bodoh pula akan menutup mata tentang kecelaruan DAP dalam mengulas 'rumahtangganya' dalam Pakatan Rakyat. Tetapi orang Cina tiada yang bodoh. Ramai yang pandai terutamanya berhubung 'kepura-puraan' memberi sokongan demi survival bangsa dan memperkasakan suara untuk kuasa membuat tuntutan.

Tetapi orang Islam rata-rata GEMARKAN perpecahan. Sedangkan golongan 'paling alim dan pandai' pun menggalakkan perpecahan, apatah lagi lebai jalanan yang hidupnya di surau dan kedai kopi. Meninggalkan salah satu tuntutan agama boleh dianggap meninggalkan semua. Meninggalkan solat Subuh tidak dikira menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam.

Kini, berbanggalah mereka kerana parti Cina yang mereka sayang selama ini membayangkan mereka sebagai Israel. Mengapa disuruh berbangga? Kerana mereka sendiri telah 9 bulan merestui kata-kata DAP dalam semua perkara sedangkan pada mata DAP, mereka adalah 'Israel' yang telah dapat dikawal.

Khamis, Disember 25, 2008

Berpeganglah Pada Tali Allah !

Dah tak boleh tu tak boleh lah. Demer gagahkan jugak. Tak ada keserasian tu dah memang jelas. Jangan la nak cerita tentang siapa lead siapa.

Dalam Islam, mewujudkan satu bentuk kepimpinan itu wajib. Jika berpakat kerana hendak membuat satu bentuk pemerintahan, perlulah ada yang memimpin dan yang dipimpin.

Bukan nak menghentam, tapi nak mengajar. Sekadar pelajaran penting untuk semua yang beragama Islam dan mereka yang menyokong corak kepimpinan Islam. Terutamanya golongan yang diperlukan seperti mereka-mereka yang arif dalam bidang agama. Mereka ini perlu diselamatkan dari terjerumus ke dalam mahzab politik acuan penentang Islam.

Semua orang tahu, fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk apa jua. Contoh terbaik ialah kewujudan golongan yang bermuka plastik. Di mulut menyokong Islam tapi di hati mahu mempunahkan Islam. Justeru mereka memasang strategi.

PAS terpaksa bergantung kepada Anwar Ibrahim. DAP juga terpaksa berpura-pura bergantung kepada Anwar. Jika Anwar memberi komen yang Islamik dan menentang aspirasi mereka, DAP telah lama bersedia dan tidak pedulikan tentang Pakatan Rakyat.

Harapan DAP kepada Pakatan Rakyat hakikatnya semata-mata untuk menguasai bumi Perak. Tempat kebanyakan pendatang China mendarat kira-kira 100 tahun lalu.

Dengan berkonsepkan pakatan tidak berketua ( walaupun telah jelas, Anwar kepalanya ), ianya merupakan sesuatu yang bercanggah dengan corak kepimpinan Islam.

Jangankan bicara untuk membicarakan soal undang-undang Syariah, nak sebut tentang tambahan masjid dan sekolah agama pun tak akan berani. Kalau sekadar memegang pemerintahan negeri, sudah tentu boleh. Bukankah sedemikian ia seperti Red Indian dapat senapang.

Fikirkan, Kedah yang mutlak diperintah PAS, tidak membawa apa-apa perubahan drastik ke atas pentadbiran Kedah. Ini kerana mereka mewarisi sistem penyampaian terdahulu yang memang memberi faedah kepada kaum majoriti. Contoh tertua boleh dilihat di Kelantan.

Retorik politik Islam yang dibawa sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dalam sistem penyampaian mereka kecuali model bertudung di bilboard.

Tetapi di Perak, kontroversi tak akan sudah melanda. Kaum majoriti berasa terpinggir dengan dasar-dasar baru yang tidak bersifat nasional. Mengapa kerajaan Perak seberani tu? Bukan sebab mereka lebih terbuka. Ianya adalah sebab untuk golongan sosialis Cina memungut kesempatan sebelum tumbangnya mereka nanti. Lima tahun yang terbentang untuk mereka. PAS memberi jalan.

Bukankah bersatu sesama Melayu Islam lebih baik? Yang salah diperbetulkan. Bukan dihina dilukis rupa-rupa ciptaan Allah itu dengan wajah-wajah buruk. Jika dikeluarkan fatwa berhubung perkara inipun mereka nescaya masih berkobar-kobar untuk memburukkan muka manusia. Ini merupakan manifestasi kebencian paling terhina. Ada di dalam PAS.

PAS mungkin merasa mereka tak mampu. Perasaan ini datang sebelum mereka mencuba apa-apa. Dan mereka terus berpegang pada tali Dajal. Yang menggalakkan murtad dan penggunaan ALLAH sebagai nama tuhan Kristian di luar tanah Arab.

Mereka gagal mentafsir apa-apa mengenai sejarah kependudukan yang menentukan survival. Mereka menggunakan Islam sebagai pakaian untuk mereka merebut cita-cita politik. Ikhwanul Muslimin hanyalah sesama mereka. Secara simboliknya, mereka masih mengkafirkan orang Islam yang tidak menyokong mereka.

Apakah 'ganjaran' untuk orang yang memfitnah? Dan apakah ganjaran untuk orang yang menyeru perpaduan Islam? Anda dapat menilai, yang mana satu PAS kejar.

Isnin, Disember 15, 2008

Krisis Thai: Petanda Sebuah Kemelut Di Malaysia?

Para pemimpin politik Malaysia sedang berhadapan dengan satu pertembungan ketamadunan yang kembali meningkat. Antara demokrasi dan feudalisma.

Krisis di Thailand menunjukkan bahawa rakyatnya bebas menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan besar-besaran kerana yakin bahawa tanpa kerajaan yang memerintah, negara dipegang oleh Raja dan tentera.

Mereka menjunjung demokrasi hinggakan pihak yang memprotes, terikut-ikut dengan cara mereka kerana mereka lebih sayangkan raja mereka. Mereka menggunakan suara rakyat untuk jatuhkan kerajaan kerana yakin, institusi tertinggi adalah institusi raja yang diketuai oleh raja mereka sendiri.

Di negara ini, kedapatan ahli politik pro kerajaan yang mempertahankan institusi beraja. Sekurang-kurangnya dari satu nada yang tidak dipercanggahkan. Dikalangan ahli politik pembangkang yang berbangsa Melayu, nada untuk mempertahankan institusi beraja juga kedengaran.

Disebalik dunia Melayu Malaysia, dunia Cinanya menunjukkan ramai yang berdiri dibelakang DAP, sebuah parti sosialis. Sosialis merupakan fahaman yang tidak dimasukkan institusi beraja di dalamnya. Sudah tentulah ia menentang institusi beraja itu sendiri kerana tegaknya fahaman sosialis dahulu adalah kemenangan ke atas sistem feudal yang dibunuh kejam.

Maka kemelutnya ialah Thailand telah menunjukkan satu contoh kepada Malaysia bahawa kononnya, itulah demokrasi terpimpin walaupun Thailand kerugian ratusan juta akibat penutupan dua lapangan terbang setelah dirampas gerombolan rakyat. Di tangan mereka, potret raja mereka.

Di Malaysia, puak yang mahukan kebebasan bersuara, berhimpun dan berdemonstrasi menyerang institusi raja. Puak yang merancang, memperhalusi politik Melayu dan mahukan penghapusan I.S.A mahukan cengkaman kuasa berstrategi.

Yang tinggal orang Melayu yang bergelut dengan politik semburan polis anti rusuhan dan menjerit seperti orang histeria. Sedangkan pemimpin mereka bertukar-tukar strategi antara anti-feudal dan ketuanan rakyat. Ketuanan rakyat sendiri bermaksud demokrasi total berasaskan prinsip kapitalis bertopengkan liberalisasi sosialis.

Yang menjerit nanti juga orang Melayu. Menjerit menyesal. Hilang lagi satu kekuatan. Sebelum ini cengkaman bumi pun makin sedikit setelah tanah sendiri banyak habis terjual, kali ini kerana manipulasi ke atas kuasa yang diberi oleh mereka sendiri kerana mengundi kesatuan tersebut.

Masanya kelihatan sangat hampir.

Jumaat, Disember 12, 2008

Sabah Once Stricken By 6.2 Richter Earthquake


This evening I was trembled by the fact that I found while aviating on the Sabah skyline through Google Earth. A 6.2 in Richter Scale earthquake with 33 km depth had once shook somewhere near Lahad Datu in July 26, 1976, a day before the deadly Tangshan earthquake that resulted in the loss of life of over 650,000 persons in northeast China.

The 6.2 earthquake with such depth should cause mass destruction as similar as the Yogjakarta 2005. But the main reason of this event had not taken into our geographic history is, there is no casualty reported and maybe the tremor hits an uninhabitant region or the destruction is minor due to the rural and underdeveloped environs.

The bothersome fact is that Sabah, is counting days on the next earthquake and the impact on the occurrence then shall be difference with the 1976 earthquake due to the recent development of new structures and facilities. By now, the Ministry of Education should stop shoving down the pupil’s throat with the deceiving fact of “Malaysia is not exposed to the tectonic activities”.

Malay Supremacy ?

Supremacy! What kind of load does this word carries. When all the non-Malay community talking on ‘Malay Supremacy’ which is actually an idiom for ‘Malay as the largest portion of race pie in this country’, a lot of ultra-Malay citizen feel disturbed. The point to ponder on is always the fact that most of non-Malay citizen are not well versed with Malay idioms. This phrase is actually assumed to be figures of speech that contradict the principle of compositionality. Why they did not get it? No thanks to vernacular system adapted.

How about having 90% of Chinese section programs in Cantonese here in this country! We have Hakka, Teochew, Hinghwa, Hainan, Hokkien, Hockchew and we know that the Mandarin is the official Chinese language in Malaysia. Cantonese is widely used at sites, important and prolific meetings of Chinese company, on TV, at pasar malam, at Petaling Street and enforcing all Chinese getting to know Cantonese. It should be noted that although Cantonese is among the oldest language in China, the people of Kwangtung are actually the latter coming to the Peninsula and to date, only represent 23% of the Chinese population. What if we highlight it as “Cantonese Supremacy”?

Also the “Tamil Supremacy” on Indian people in this country. As Punjabi, Malayalam, Hindi, Telugu, Ceylonese was also Indian, do they feel that they are forced to accept the Tamil language is the language of the Indian? If they did not, maybe they are not brave enough to query the reason why Tamil education system is chosen to represent the Indian community. Furthermore, India itself is having Hindustani as the official language. Why don’t the Tamil people give up their ‘supremacy’ that overshadowing the all-Indian rights and start having Hindustani as the language of Indian community?

The answer is simple. The majority is actually brings together the rest into a post-result of racial assemblage which is definitely favoring the largest part of the people. Like Kedah give up the Siamese language, Bugis is not having Bugisian news on telly, Banjar people never have their own newspaper and Javanese are not entitled their own radio station and each of ethnic of East Hindi in this country is answering the call for unity and used Malay Language as their inter-ethnic language. Nothing such Javanese is superior than the Minangkabau or Johor-Riau is better to Kedah. The Malay Language is chosen after Indonesia choosing it and called it Bahasa Indonesia. No ethnic is supreme above the others.

So, when will the “Tamilization” and “Cantonization” will ever end? If that was not a superiority of one over the others, what it was actually is? Instead of dancing on the rhythm of the politic polemics, why don’t they spend more time learning the Malay Language and get their comprehension right on the nature of the language itself that having idioms as the precedence of beautifying the way to address.-END-

Ahad, Disember 07, 2008

Pembinasaan Beramaran?

Tolong!! Bumi bergerak!!

KEJADIAN BIASA

A) Tanah yang menggelungsur menimbun di lapisan keras tanah yang mendatar dan menimpa kediaman di lapisan atas. Kematian pasti tinggi.

B) Paras Air Bumi berada pada paras sekata dan stabil di bahagian tanah keras yang mendatar.

C) Pembentukan tanah keras yang mendatar adalah disebabkan oleh posisi lapisan batuan di dalamnya yang mempengaruhi kontur kawasan sekitar.

D) Air bawah tanah mengalir turun dengan laju atau berkumpul menjadi tepu akibat fizikal tanah sekitar yang terdiri dari zarah kasar dan poros, untuk kestabilan pengaruh graviti ke atas air bumi.

KEJADIAN DI BUKIT ANTARABANGSA 6 DISEMBER 2008
A) Tebing yang kegagalan menggelungsur dan terperosok ke bawah lapisan atas permukaan tanah. Rumah akan beralih, terjungkit dan pemampatan lapisan atas memusnahkan rumah-rumah kediaman di atasnya. Api tepercik akibat pergeselan tetulang konkrit struktur rumah yang bergesel, dinding rebak dan pecah serta pokok-pokok tumbang satu demi satu kelihatan apabila rumah-rumah tersebut mula bergerak. Rumput di halaman naik separas bumbung. Ramai yang mampu menyelamatkan diri.

B) Tanah bawah kediaman yang lembut dan poros menjadi laluan air atau telahpun menakung air membolehkan runtuhan rebak hingga terbenam ke bawah lapisan permukaan tempat kediaman dibina.

C) Lapisan batuan adalah condong dan lapisan tanah yang menempatkan kediaman tidak berada dalam kedudukan stabil dan membolehkan pergerakan bumi berlaku apabila tiba masa matangnya sesuatu proses di sesuatu tempat itu.

D) Air bumi mengalir selari dengan lapisan batuan untuk mencari paras air bumi yang stabil dan menghentikan pengaruh graviti yang membuatkan ianya akan terus bergerak ke kawasan yang lebih rendah.

PUNCA?

Mungkin disebabkan oleh aliran air turun tidak melalui alur semulajadi yang telah diubah untuk meratakan tanah. Akibatnya satu aliran bawah tanah terbentuk mengikut laluan semulajadi mengikut pembentukan asal lembah tersebut berdasarkan lapisan batuan. Apabila tanah dalam keadaan tepu, ia mampu bergerak mengikut tarikan graviti apabila ia melepaskan tenaga pergerakan yang terpendam. Ia boleh berpunca dari aliran air hujan atau kebocoran paip air, longkang dan sistem pembentungan dalam jangkamasa yang agak panjang.

Sabtu, Disember 06, 2008

Tanah Hulu Klang Ragut Nyawa Lagi


Kawasan berbukit di Hulu Klang meragut nyawa lagi. Awal pagi tadi, beribu-ribu meter padu tanah menggelungsur dan menghempap banglo-banglo dan menimbus penghuni-penghuninya yang nyenyak tidur di Bukit Antarabangsa, Selangor. Kali ini kira-kira 10 orang tertimbus manakala 14 buah rumah ranap dengan kerugian berpuluh juta ringgit. Apakah Khalid Ibrahim kali ini akan menggunakan alasan " melawat mangsa bencana alam adalah kerja yang merugikan" lagi?

Kali ini mangsa bukanlah rakyat miskin yang rumahnya rosak dipukul angin. Kali ini, mangsa adalah golongan berada yang mampu makan 6 kali sehari.

6 Disember 2008, 9.30 pagi

6 Disember 2008, 9.30 pagi

6 Disember 2008, 9.30 pagi


Berikut adalah petikan dari surat saya yang disiarkan di Utusan Malaysia, 12 Jun 2006 bertajuk Padah tamak, bakhil terhadap pembangunan. Artikel ini ditulis bagi menggambarkan sesuatu yang tidak kena pada manusia yang membelakangkan sesebuah hakikat dalam mengejar keuntungan dan kenikmatan. Peringatan telah kerap diberikan namun tiada pencegahan dilakukan walaupun ia akan sentiasa menuntut korban.:


" KEJADIAN tanah runtuh di Hulu Klang, Selangor dan jambatan runtuh di Papar, Sabah baru-baru ini membuktikan faktor ekonomi telah mendorong manusia untuk menafikan hukum alam. Ini tidak dapat tidak meletakkan dua kejadian ini adalah kesilapan manusia pada peringkat perancangan awal, bukannya kehendak alam semata-mata, yang berlaku atas sesuatu yang direncanakan.

Jika dilihat rekod kejadian tanah runtuh di Hulu Klang sejak tragedi Highlands Tower 12 tahun lalu, seharusnya pihak berwajib sedia maklum akan hakikat bahawa tanah di kawasan Hulu Klang adalah berlainan.

Hal ini disebabkan muka bumi kawasan tersebut berbukit-bukit dan mempunyai tanah yang longgar serta mudah menggelongsor akibat dipengaruhi graviti apabila berlaku aliran air bawah tanah luar biasa berikutan taburan hujan yang tinggi bagi sesuatu tempoh tertentu. Perkara ini turut diakui oleh pakar geologi.

Maka sepatutnya, kawasan seperti ini tidak perlu dibangunkan langsung atas sebab-sebab keselamatan dan secara tidak langsung, warisan hijau di kawasan tersebut terpelihara. Namun, kerana nilai hartanah yang cukup tinggi di kawasan tersebut, termasuk tarikan pemandangan kota yang turut menjadi faktor tambah nilai hartanah kawasan tersebut, ia dibangunkan.

Kesannya, rentetan tanah runtuh di Hulu Klang tidak mungkin terhenti selagi hujan menyirami muka bumi Kuala Lumpur yang merupakan kawasan kedua terbasah di pantai barat Semenanjung selepas Taiping. Hanya penyaliran air bawah tanah yang efektif dapat mengurangkan risiko tanah runtuh di Hulu Klang.

Namun, ia tidak mungkin terlaksana dalam masa terdekat akibat faktor ekonomi, kerenah birokrasi serta pembangunan sedia ada."


Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan pemilik-pemilik rumah di Bukit Antarabangsa yang menjadi mangsa pengabaian manusia terhadap alam sekitar ini.

Isnin, Disember 01, 2008

Tahniah Mukhriz! Anda Berani!

The Star, Monday December 1, 2008 MYT 4:44:00 PM

Mukhriz: Scrap vernacular schools, one system for all

By SA’ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: Umno Youth chief aspirant Datuk Mukhriz Mahathir has called on the Government to abolish the vernacular school system as a means to enhance unity among people of various races.

He said a single school system was the only way to check the racial polarisation that was getting out of control in the country.

“The government should consider introducing only one school system with Bahasa Malaysia as the medium of instruction, except for Science and Mathematics which are already being taught in English.

“Of course, pupils should then be given the option to study their mother tongues. Under this system, the Malays will also have the option of studying other languages like Mandarin and Tamil and this will further boost unity among them,” he told reporters at Parliament House on Monday.

The Umno Youth exco member said it was time for Malaysia to do away with the dual school system, which was practised by only a handful of countries in the world, as it had contributed to the problem of disunity in the country.

He said over 99% of countries in the world practised a single school system.

He expressed hope that leaders of Barisan Nasional component parties would not take his suggestion in a negative light as it was only meant as a suggestion to resolve, once and for all, the problem of racial polarisation affecting the citizenry.

“If they reject this suggestion, then they should explain why they are against it. How is it possible for them on one hand to talk about unity and question Malay rights, while on the other hand still insist on having a different school system for their race?

“If you want equal rights then you cannot have a different school sistem. You cannot have your cake and eat it too,” he added.

He also urged all parties to stop harping on issues that could create tension among Barisan component parties, including on the issue of Ketuanan Melayu or Malay supremacy.

Lately, he said, there were many statements made by leaders of component parties that had the potential to create anger among the Malays and Umno members.

“If they insist on making statements on that issue, then do not be surprised if the Malays start talking about the economic supremacy of the non-Malays.

“Despite all that has been said on the issue of Malay supremacy, the Malays do not feel in any way superior or the master when it comes to the country’s economy,” he said.

Ulasan

Tahniah Mukhriz Mahathir kerana membawa cadangan ini ke arus perdana. 'This is the reason why' kami menyokong anda selama ini untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sekolah aliran vernakular wajar DIHAPUSKAN bagi menjadikan semua bangsa di negara ini terasimilasi menjadi satu bangsa yang sama rata. BAHASA MELAYU perlu dimartabatkan dan BAHASA LAIN boleh menjadi pilihan sampingan proses pembelajaran. Ini bermakna hanya SATU ALIRAN SISTEM PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA. SEKOLAH KEBANGSAAN!

Jangan menyalak pada KETUANAN MELAYU andai anda sendiri tidak faham peribahasa 'DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG'. Seperti yang diulas Mukhriz, benar, jangan hairan jika polemik menyanggah KETUANAN MELAYU ini berterusan, orang MELAYU akan menyampah lalu akan mula MEMPERTIKAIKAN penguasaan EKONOMI kaum Cina.

Siapa kata KAUM CINA tidak memonopoli ekonomi negara ini? PIHAK MANAKAH yang membantah dan sentiasa cuba menggagalkan usaha untuk menubuhkan KONSORTIUM PEMBEKAL BARANG MENTAH BINAAN BUMIPUTRA melalui sistem francaisi satu ketika dahulu?