Tuesday, March 08, 2011

Kuan Yew Akhirnya Mengaku Silap

" Singapura mana ada hantu? Yang ada cuma hantu tua tu je yang nak ngajor kite macam mana nak mentadbir negara " - Husin

Kuan Yew mengaku silap berhubung integrasi Melayu-Islam

08/03/2011 3:39pm

SINGAPURA 8 Mac – Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengakui beliau silap tentang integrasi kaum Melayu dan Islam yang begitu baik di Singapura.

Laporan akhbar The Straits Times hari ini merujuk satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu malam tadi berhubung kenyataannya dalam buku terbarunya “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”, dan reaksi yang timbul berikutan kenyataannya.

"Hard Truths adalah sebuah buku berdasarkan kepada siri temu ramah selama 32 jam dalam tempoh masa dua tahun,” kata beliau.

"Saya telah membuat satu kenyataan mengenai integrasi umat Islam dengan komuniti lain pada dua atau tiga tahun lepas. Menteri-menteri dan Anggota Parlimen, kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu, sejak itu memberitahu saya bahawa Melayu Singapura sebenarnya mengambil usaha-usaha khusus untuk berintegrasi dengan masyarakat yang lain, terutama selepas 9/11, dan bahawa apa yang saya nyatakan itu adalah ketinggalan zaman.

"Saya mengaku silap. Saya harap trend ini (integrasi) akan berterusan pada masa hadapan,” kata Kuan Yew.

Buku itu, berasaskan kepada siri temu bual yang diberikan oleh Kuan Yew kepada sepasukan tujuh wartawan daripada The Straits Times, diterbitkan oleh Straits Times Press dan dilancarkan pada 21 Januari lalu. – Bernama

Gadaffi Sedia Undur Diri, Mahu Keluar Dari Libya, Mahu Jaminan Keselamatan Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Maklumat terbaru mendedahkan bahawa Muammar Gaddafi semalam telah menghantar perunding bagi pihaknya untuk berunding dengan Majlis Interim Nasional di Beghazi berkait kesediaannya untuk melepaskan kuasa dan meninggalkan Libya dengan jaminan keselamatan untuk dirinya dan keluarganya.

Sumber menyebut bahawa syarat yang ditetapkan oleh Ghadafi adalah seperti berikut : Kongres Rakyat (parlimen Gadaffi) akan mengisytiharkan Gadaffi meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Majlis Nasional. Sebagai balasan, Gadafi mahukan jaminan keselamatan untuk dirinya, keluarganya dan harta kekayaannya.

Dalam perbualan telefon dengan Asharq al-Awsat, sumber mendedahkan bahawa Gaddafi mahukan bantuan untuknya meninggalkan Libya, yang ingin dilakukan olehnya, tanpa bakal ada desakan dari mana-mana pihak untuk mengheretnya ke mahkamah antarabangsa.

Sumber tidak mendedahkan maklumbalas dari pihak Majlis dan hanya menyebut "belum ada maklumbalas rasmi berhubung tuntutan Gadaffi sama ada positif mahupun negatif". Walaubagaimanapun sumber tersebut menyebut bahawa iklim politik semasa Libya memungkinkan menolak segala bentuk rundingan dengan Gadaffi sekeras-kerasnya.

Sumber juga menyebut bahawa semalam, Gaddafi telah mengagihkan sejumlah senjata kepada "Abna al-Rafaq", sekumpulan muda-mudi yang setia kepadanya di Tripoli bagi mencetuskan huru-hara dan memperlihatkan gambaran yang mengelirukan di mata antarabangsa.

Sumber itu menyebut, golongan ini akan menguasai jalanan dan menembak secara rambang bagi mencetuskan kekacauan dan kepanikan dikalangan rakyat tatkala Gadaffi sendiri memanggil wartawan asing untuk membuat liputan di Tripoli.

Sumber : Asharq al-Awsat


Gaddafi sends negotiators to Benghazi
07/03/2011

By Jamaal Al-Qasass

Cairo, Asharq Al-Awsat- Informed Libyan sources in the city of Benghazi, where the headquarters of the Interim National Council are located, which has recently put forth its candidates to administer the country in the coming period, have revealed that Colonel Muammar Gaddafi yesterday sent a negotiator on his behalf to visit the Council. [Via the negotiator], the Libyan leader declared his readiness to abandon power and leave Libya, in return for ensuring the safety of himself and his family.

KLIK UNTUK BACAAN LANJUT

Selamat Merenung Kejahanaman 8 Mac 2008

Pagi ulangtahun ketiga pilihanraya umum ke 12 di Pulau Pinang, Perak dan Selangor disambut hujan yang turun mencurah.

Kebetulan ini mewarnai politik Selangor dan Pulau Pinang sendiri yang menyaksikan 'kuasa rakyat' dan 'kebebasan' ala Pakatan Rakyat sebenarnya sesuatu yang kotor dan sedang dicuci.

Pulau Pinang menyaksikan penindasan berleluasa bukan sahaja terhadap orang Melayu, malah terhadap orang Cina sendiri akibat pemerintahan kuku besi seorang pendatang luar Pulau Pinang bernama Lim Guan Eng.

Selain orang Melayu yang ditindas dengan pemusnahan tempat mereka berniaga, orang Cina juga berhadapan dengan ancaman seperti ugutan bunuh pemimpin Parti Cinta Malaysia dan bukti dari kejadian cubaan membakar diri depan Ketua Menteri oleh seorang peniaga Cina.

Utusan Malaysia juga disekat kerana terlalu banyak menyiarkan jubur Guan Eng yang berlomoih tahi ketika mulutnya berkokok berderai-derai. Itulah kebebasan dan kuasa rakyat makan rakyat ala Pulau Pinang.

Semantara itu, Selangor yang dikepalai oleh bekas Pengerusi PNB yang dikatakan puas mencuri kekayaan hasil pelabur dengan dipalit dek najis-najis DAP dalam insiden bunuh diri Teoh Beng Hock dan larangan logo 1Malaysia merupakan tunggak lambang kebebasan ala gangster Cina yang menjajah pemimpin Melayu sama seperti Melayu bodoh dahulukala yang akhirnya menyebabkan campurtangan British.

Bukan itu sahaja, Selangor menjadi negeri pertama yang mencampuri urusan SPA sedangkan ramai berpendapat bahawa Tan Sri S.H. dan Tan Sri I. A. , dua nama tertinggi dalam penjawat awam merupakan orang yang pro kepada mereka. Nampaknya ketamakan tidak mengenal sahabat.

Malah, seorang bangang yang pernah diberi jawatan Menteri Kewangan oleh bapa angkatnya walaupun berkelulusan sastera jerit menjerit di tepi jalan, telah dilantik menjadi penasihat ekonomi bagi memantapkan tiga tahun perekonomian Selangor yang telah disuburkan dengan kegiatan curi pasir, hotel-hotel murah dan rumah-rumah urut.

Selamatkah dua negeri ini pada pilihanraya umum ke 13? Jika hujan membasuh kotoran Selangor dan Pulau Pinang selama 10 hari 10 malam sekalipun, ia tidak akan membersihkan apa-apa.

Hanya 1 minit ilham pengundi di bilik mengundi yang akan mengubah segala-galanya.

Kesilapan UMNO dan BN dalam era pra-2008 yang menyaksikan Pak Lah dan KJ menjadi hinaan segenap lapisan rakyat patut dijadikan iktibar.

Selamat merenung kejahanaman 8 Mac 2008.