Tuesday, July 10, 2012

PAS Lebih Kuat Dari DAP? Ini Buktinya!


PAS paling kuat dalam PR berbanding DAP? Adakah ini penipuan yang dibenarkan oleh agama pecahan Islam yang dianuti oleh Abby Abadi dan Bob Lokman ini?

Pada PRU12, PAS bertanding di 67 kerusi parlimen dengan memenangi 23 atau 34.3% dari kerusi parlimen yang ditandinginya dengan undidari PAS tegar dan kumpulan  UMNO anti KJ dan Pak Lah pada tahun tersebut.

DAP pula bertanding di 47 kerusi parlimen dan memenangi 28 kerusi atau 59.6% dari kerusi parlimen yang ditandinginya.

PKR pula memenangi 31 kerusi dari 97 kerusi parlimen yang ditandinginya atau 31.9% dari kerusi parlimen yang ditandinginya. 

DAP menguasai sebuah negeri dengan GSP per kapitanya RM27,500 , PKR menguasai sebuah negeri dengan  yang GSP per kapitanya RM19,400 manakala PAS memiliki dua negeri yang bila dicampurkan kedua-duanya sekali GSP per kapitanya cuma RM5,845.

Ini sahaja mencerminkan kelemahan PAS dalam pakatan pembangkang sehingga menjadi sebab atas kertas untuk mudah sahaja dua parti sekular yang kalangan ahlinya ada yang menyokong murtad terang-terangan, memijak-mijak parti yang dikatakan kuat oleh presidennya yang menjadi orang berpakaian ulamak pertama menghalalkan maklumat palsu.


Penyerang JPM Dibawah Pengaruh Dadah?



Ini petikan dari blog Jaya Negara yang ditembak di JPM semalam.

" Dadah-dadah murah akan muncul. Cuma murah pada yang mampu. Wanita, dadah dan arak melambak dipasaran... Dunia hiburan sebagai hijab menutup ketiga-tiga racun tersebut. Ketiga-tiga racun ini dimamah olehSultan Selangor aka Luncai macam gula-gula. Itu dia Tuhan untuk Ustad Kazim Elias. Shuuut.... taruk jari dimulut. Biarkan... biarkan... biarkan siLuncai terjun labu-labunya. Bukan aku yang kata tapi siKazim Elias. Kalau nak marah..... marahlah siKazim tot tot. "

Ini pula salah satu komentar beliau dalam posting tersebut.

Jaya Negara25 June 2012 05:09 
Hambali, ok la tu. Aku nak suruh Ali ambil kekuatan aku dia tak mampu. Dia tak boleh jadi aku kata dia. 
Aku kenal ramai juga orang dulu masa aku hidup dgn masyarakat manusia. Aku ini boleh menilai manusia cuma sekali lalu aja. Selalunya aku jarang salah dalam menilai biarpun sekali imbas aku lihat insan itu. 
Kau aku dah kenal lama-lama... kau sebagai manusia sudah cukup-cukup baik. Aku nak kau ambil semua kekuatan yang aku ada biar jadi kau lebih baik dari aku. Pidato kau kemaskan lagi. Kita nak menawan Dunia dan aku nak kau ikut aku walaupun terpaksa diseret. Kita tidak sombong tapi kita datang dengan keangkuhan dan kekuatan. Kita datang dengan pakaian pejuang. Kita nak mengegarkan Bumi. Pastinya. 
Apa yang aku tulis pastinya dari Allah. Aku bukan pendusta tapi Aku lelaki yang diberi petunjuk. Aku bukan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu.Benar-benar bukan. Fahamkan Hambali. 
Aku Khalil Afandi bin A. Hamid
Salam Jumpa lagi. 
Bye


Ini apa yang teman tulis bulan lepas.


KHAMIS, MEI 31, 2012
Penangan dadah sintetik memasuki era terbaru apabila ia memasuki fasa ketiga dalam penghasilan pemusnah bangsa dan generasi seterusnya dengan membiaknya 'Bath Salts' yang dinamakan sempena garam yang digunakan untuk mandian. 
Di negara ini, bermula dengan gejala pil ecstasy, dan kini penagihan syabu, kemasukan Bath Salts tidak dapat tidak mungkin akan mengambil tempat seperti mana berleluasanya syabu hari ini, yang tidak pernah dikenali para penagih di Semenanjung Malaysia, 20 tahun lalu. 
Bath Salts merangsang halusinasi yang melampau hingga mengakibatkan kejadian terbaru minggu lalu, di mana seorang lelaki muda ditembak mati ketika sedang memakan muka seorang lelaki tua dalam keadaan bogel di pinggir lebuh raya di Miami.


Dan apakah tindakan blogger yang anti-feudal (pro-republik) yang masih menyanjungi Tun M ini ada bersalingkait pula dengan penangkapan blogger paling berani tak bertempat, Pakcik Pencari ? Atau bolehkah tindakan menyerang premis perkhidmatan awam yang menjalankan Urusan Seri Paduka Baginda boleh disabitkan dengan kesalahan melancarkan peperangan ke atas Yang Dipertuan Agong yang diperuntukkan hukuman mati? Jika boleh, sabitkan. Kerana demokrasi negara ini berjalan subur. Tiada sebab ini boleh dihalalkan.

Blogger Pembangkang Terbabit Insiden Serangan JPM?



Milo taik ni buat apa kat sana ? Jabatan Perdana Menteri tu..ada liputan fitnah apa beliau d sana ? atau memang beliau kerja d sana atau dia yang terlibat secara langsung dalam serangan tempang ini ? Apakah ada kaitan dengan kejatuhan ranking blog beliau yang semakin suam ? atau beku ? maklumlah blog fitnah mana tahan lama... 

Lihat semula video d atas berulang kali...guna earphone atau headphone dan anda akan lihat ada kebenaran "Lingkaran" ini... 

tq waris..anda hebat !!

HOUSE PK: Ini aku ambik dari blog AAKJ! Patut la Milo Suam yang upload dulu, itu pasal aku pelik macamana si Bapok Suam tu dapat video dulu. Rupanya terancang, siap dapat panggilan telefon dan tukang ambik video kata ya dah kena tembak dah! Satu siasatan terperinci wajib dibuat.

Manakala kat bawah ni pulak petikan artikel dari MyKMU tentang Peguam Pro Pakatan yang bakal menjadikan Ninja Kencing Manis ni sebagai Hero:

INSIDEN yang berlaku di perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (Parcel B) semalam memang tak diduga sesiapa. Aksi bodoh 2 orang yang khabarnya bersekedudukan berakhir dengan salah seorang darinya meninggal dunia. Bagaimanapun itu sebelum mati, dah mati kita takziah pada keluarga terbabit.

Sememangnya resmi orang kita begitulah, sejahat mana, sebenci mana dengan penjenayah itu, bila dah mati, terlupalah kita dengan onar yang dibuatnya yang menyebabkan dia mati walaupun onar itu mendatangkan trauma pada orang yang jadi mangsanya. 


Bacaan lanjut : HOUSE PK

Kisah penyerang yang merupakan seorang blogger : MESIN TAIP BURUK


PERLU DITANGKAP?