Sunday, July 06, 2008

Tiada Samarata Tanpa Asimilasi

UMNO MCA dan MIC memang parti berdasarkan kaum. Memang mengakibatkan perbezaan yang ketara antara kaum di Malaysia. MEMANG SEPATUTNYA KAUM-KAUM DI MALAYSIA DIBEZA-BEZAKAN. Sebab apa? Sebab kedegilan kaum bukan Melayu untuk menjadi SATU BANGSA SATU BAHASA. Itulah kunci kesaksamaan. Tanpa kunci kesaksamaan itu tiada negara dunia yang memiliki warganegara yang TUNGGANG LANGGANG bahasa kebangsaannya. TIADA DAN MUSTAHIL!

Asimilasi tidak berlaku di Malaysia. Untuk menyamaratakan rakyat Malaysia, SEKOLAH VERNAKULAR DAN AKHBAR VERNAKULAR PERLU DIHAPUSKAN. Tetapi mereka tidak sanggup. DAN MEREKA PERLU SEDAR BAHAWA ITULAH YANG MENGAKIBATKAN MEREKA DIRAGUI JATIDIRI MEREKA.

Kesamarataan yang dilaungkan oleh PKR adakah benar? Adakah PKR akan membela kaum India yang banyak menyumbang kemenangan mereka. Siapakah kaum India di mata PKR? Terlupakah kaum India semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau dengan angkuh menyebut " SAYA AKAN PASTIKAN LOCENG KUIL HINDU TIDAK AKAN BERBUNYI LAGI DI SELURUH NEGARA " semasa peristiwa krisis Hindu-Islam di Pulau Pinang.

Kaum India sebenarnya melarikan diri dari pembela sebenar kepada PEMANGSA. Sekiranya Anwar Ibrahim mampu untuk beralih pimikirannya, apakah manifestasinya akan kekal memihak kepada kaum India sekiranya seluruh umat Melayu menyokong PKR?

Sekiranya Anwar Ibrahim memerintah Malaysia, benarkah nasib kaum India terbela? Sekiranya timbul krisis kuil dirobohkan juga, adakah orang India akan merasa tertipu? Sudah tentu! Jadi kali ke berapakah kali ini mereka ditipu.

MIC ialah sebuah parti yang suci. Tetapi pemimpin nombor satunya terlalu korup dan menjadi buah yang busuk di atas pokok tetapi tidak gugur jua. Kaum India memilih PKR yang kononnya tidak berdasarkan kaum. Jika kaum India di Malaysia tidak menggunakan bahasa Tamil lagi, kesamarataan yang dituntut dalam PKR pun belum tentu dimakbulkan Tuhan hatta bertugu-tugu kuil dibangunkan. Hari ini, setinggi manakah posisi kaum India dalam kepimpinan PKR?

Untuk menolak parti yangtidak berdasarkan kaum di Malaysia adalah perlakuan halusinasi semata-mata. Ianya adalah satu perlakuan yang bodoh di Malaysia. Kaum Cina memilih DAP yang sekiranya memerintah Malaysia, hanya menikmati sedikit pai yang dikuasai oleh orang Melayu yang kekal dengan sentimen kemelayuan. Mengapa kekal? Kerana kaum Cina dan India menolak mentah-mentah ASIMILASI. Jadi mengapa menggunakan alasan parti berasaskan bangsa itu tidak relevan?

Bulan Ke-4 Perak Tergadai

Perak. Merdeka 1821 dari Siam. Dijajah semula tahun 1874 oleh British. Pemerintahan kembali ke tangan orang Melayu tahun 1957. Tetapi, beserta onar dan duri. Mengapa disebut onar dan duri? Tanyalah onar-onar dan duri-duri tersebut. Ini bukan soal Nazi yang membunuh Yahudi yang telah beratus-ratus tahun menetap di Jerman. Ini soal sanggahan orang Melayu terhadap keterujaan onar-onar dan duri-duri yang memanipulasi kerakyatan yang diberikan sejak 1948. Mengapa memanipulasi? Kuasa menganiaya dan menghukum ada ditangan mereka apabila kuasa dirampas. Melayu toleransinya tinggi. Hasilnya, Melayu dipijak sampai terpana.

Rupa-rupanya mereka mempunyai dendam kesumat terhadap orang Melayu. Akta Hasutan? Bongkar dahulu blog-blog yang sejak bertahun dahulu menghina orang Melayu tanpa pengetahuan orang Melayu keseluruhannya. Hanya Melayu yang hilang jatidiri demi sebuah negara tempang yang akan angkat tangan melacurkan diri kepada warganegara baru yang bukan berasal dari Nusantara ini hanya kerana tebalnya sifat permusuhan yang ada dalam diri.

Akibatnya, pemerintahan Perak jatuh ke tangan bukan Melayu. Patung-patung Hindu memasuki pejabat-pejabat rasmi kerajaan Negeri yang mempunyai wakil DAP yang beragama Hindu walhal DAP memperjuangkan sekularisma. Tetapi penganut alim sesebuah agama dibenarkan menggugat sensitiviti majoriti atas nama kebebasan beragama. Ketenteraman diuji. Melayu terkedu.

Di Perak, DAP memenangi 18 kerusi ADUN. Manakala UMNO mempunyai 28 kerusi. Siapa sepatutnya memerintah. Dengan ikhwanul muslimin yang secetek buku lali, PAS menyertai DAP (18) dan PKR (7) hanya semata-mata untuk meruntuhkan pemerintahan Melayu Islam dan diberikan kepada kafir zimmi. Sebagai upah melacur, Nizar dari PAS diletakkan sebagai MB. Keadaan berubah menjadi Singapura pada tahun 1965 ketika Yusuf Ishak dibonekakan sebagai Presiden Singapura dan selepas itu tiada lagi presiden Singapura berbangsa Melayu.

Amat kelakar. Singapura hanya memiliki 14% penduduk Melayu. Perak mempunyai 54% penduduk Melayu. Bagaimana ini boleh terjadi? Jawapannya : KEBODOHAN ORANG MELAYU ISLAM ITU SENDIRI. Atas sebab 18 dari 31 ADUN yang membentuk kerajaan negeri Perak hari ini merupakan parti DAP yang menentang kemelayuan, Perak diperintah secara eksekutifnya oleh DAP. Melayu yang mengundi PAS dan PKR tertipu habis habisan. Di dalam sebuah pakatan, wujud usaha mengambil tanpa memberi daripada rakyat majoriti. Rakyat majoriti terlalu kesal, tetapi tiada dapat di duga apa tindakan mereka selepas ini.

Mungkinkah orang Melayu akan bersatu di Perak lalu berhimpun di Bukit Chandan bagi merayu kepada Sultan agar memainkan peranan? Itu tidak mungkin berlaku kerana banyak Melayu yang gatal tangan menyokong sistem anti-feudal yang mereka tidak nampak wujud pada Pakatan Rakyat.

Maka ketawa berdekah-dekahlah onar dan duri yang telah berjaya memperbodohkan orang Melayu di Perak. Hanya dengan boneka idaman hati, mereka pantas menguji sensitiviti orang Melayu. Untuk meletak kalimah Allah di dalam pejabat pun orang Melayu berfikir dua kali. Pertama : Di bimbangi mendatangkan celaan bukan Islam ke atas kalimah itu dan menolak perlambangan agama yang dipamer-pamer.

Hari ini, A Sivanesan, ADUN DAP yang menjadi speaker Dewan Negeri, atas tiket parti sekular yang berteraskan sosialisma dan komunisma, sewenang-wenangnya meletakkan patung hindu dipejabatnya. Adakah kehendak hatinya? Jika benar, dia bodoh. Jika tidak, Pakatan Rakyatlah yang bodoh kerana gagal mentafsir sensitiviti majoriti.