Sunday, March 29, 2009

Pak Lah

Kami bangga teramat sangat
Dirimu berundur dengan martabat
Demi kehendak mereka rakyat
Yang sudah pandai menulis riwayat
Dengan fitnah seumur hayat

Janganlah ini menjadi sebab
Akan bermula singkapan hijab
Naik turun menjadi kerap
Tukar PM andai tersilap
Kekuatan bangsa menjadi malap

Chedet tidak memegang tangan
Namun dirimu dibuang jangan
Khairy meragut darimu ketenangan
Dirimu tetap berhati ringan
Ambil langkah mencuci tangan

Cekalkan hati kuatkan sabar
Politik begini memang mencabar
Jalannya sempit bukanlah lebar
2004 tidur 2008 sedar
Ketentuan itu bersukat kadar

Kini dirimu telah bebas
Besarlah hati bergema syabas
Terpasang layar di laut lepas
Tanpa gelora datang menghempas
Lupakan politik usah diimbas

Ipoh Malay
Kg. Malay Reserve,
Tambun, Ipoh.

Mampukah Tun, Najib, M'din Jadi Kuli Rakyat?

Keterharuan menjadi satu bibit emosi yang bermain di benak para penyokong UMNO melihat Tun M kembali sudi menyertai persada kepemimpinan UMNO. Sebagai mantan PM yang paling disegani dan blogger paling popular, Tun M kini memperoleh semula kabinet didikannya.


Simbolik kedudukan Tun M dalam barisan pemimpin UMNO dalam gambar ini memperlihatkan bahawa antara Perdana Menteri keenam dan Perdana Menteri kelima, Tun M berdiri menjadi 'penasihat' seolah-olah memastikan ada keterbatasan komunikasi antara mantan PM 6 tahun dengan PM Baru.

Najib dan Muhyiddin barangkali dipandang Tun M sebagai golongan yang tidak terdetik untuk menjadi separatist seperti ahli UMNO yang terkeluar menjadi Semangat 46 pada 1988 dan PKR pada 1999.

Namun disebalik seluruh keyakinan AKAR UMBI atas perubahan kepimpinan seperti yang dimahukan, kami tetap memerhatikan pucuk pimpinan dengan pandangan yang tajam.

Jangan terlalu gembira kerana akar umbi lebih berkuasa. Kami di akar umbilah yang membuatkan segalanya berubah hari ini. Kamilah yang memprotes hingga jatuhnya 5 negeri. Kamilah yang berkuasa.

Dan turutilah kehendak kami. Kamu itu bekerja untuk kami. Bukankan kuasa rakyat itu yang kamu semua laung-laungkan?

Tuesday, March 24, 2009

PAS Perak Tetap Ikut Telunjuk DAP

Utusan Online, 23/03/2009 11:06pm

Nizar calon PAS Bukit Gantang

TAIPING 23 Mac – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dipilih sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini. - Utusan

Ulasan

PAS masih mengikut telunjuk DAP Perak dan meletakkan Nizar sebagai calon menentang calon UMNO di Bukit Gantang. Perlu diingat, bahawa calon UMNO yang diletakkan di Bukit Gantang mungkin 'disukai' oleh ahli UMNO Bukit Gantang tetapi rekodnya boleh dipertikaikan.

Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor Ming, masing-masing mewakili DUN dibawah Majlis Perbandaran Manjung mungkin lebih mengenali Ismail Safian.

Oleh yang demikian, nasihat TGNA agar Nizar tidak bertanding diketepikan kerana Nizar kini mendapat suntikan serangan daripada kepala DAP dua bersaudara.



Thursday, March 19, 2009

Penyokong PR : Campuran Air Dan Minyak

Kembali menulis setelah berehat kerana menguruskan banyak kerja. Politik itu ditangan kita. Bukan kita ditangan politik. Ini boleh dibuktikan dengan penyokong PR yang tergadai diri, anak bini dan wang ringgit demi politik. Yang kaya pemimpin mereka. Yang bawah jangan kan dapat kuah, mangkuk pun takde.

Ini berkaitanlah dengan keadaan yang dapat dilihat bila kita bertemu dengan penyokong PR yang telah menjadi tentera politik sukarela. Di pejabat-pejabat pun masih ingin bicara pasal politik hingga ramai yang mengambil sikap mengelak golongan PR ini.

Ini mengingatkan saya pada golongan 'pendakwah' MLM dan Forex yang mana pada sekitar tahun 2007, giat mencari pengikut. Perbuatan mereka yang terlalu aktif membuatkan ramai pihak menjauhkan diri dari mereka. Malah, persahabatan yang ingin disambung setelah lama terpisah, putus terus apabila sang pendakwah MLM tersebut tanpa berfikir panjang memulakan bicara yang lama terputus, dengan seruan 'memeluk agama MLM' nya. ( Kristianisasi pun dah macam MLM. AWAS )


Hal ini berulang. Kali ini dari sudut politik. Lihatlah komen-komen mereka di mana-mana. Jika mereka mampu berbicara dengan baik, mungkin dunia terlalu hampir dengan kiamat.

Merekalah tanah dimana pepohon benci dan fitnah tumbuh di bumi Malaysia yang dirahmati ini. Mereka tidak sukakan sebuah rumah yang telah lama memberi lindungan, mereka memilih untuk meruntuhkan dan memanggil kontraktor luar negara untuk membina rumah baru. Akhirnya nanti, kontraktor luar negara dengan kelicikan mereka akan membuatkan mereka sebagai penumpang di rumah sendiri.

Bukankah lebih elok jika mereka hanya memperbaiki rumah mereka dahulu. Tetapi mereka sangat bodoh memikirkan semua itu. Maaf, terkasar bahasa.

Apa yang dihasilkan oleh PR ialah manusia manusia pendengki, pengkhianat dan penentang berkepala batu. Hanya mereka yang benar dan orang lain tidak. Mereka sanggup menjustifikasikan mereka sebagai tentera Mahdi yang menyokong Kristianisasi. Harini ini, kuasa tiada ditangan mereka. Tetapi bila mereka berkuasa, mereka akan bertentangan sesama mereka.

Mereka adalah ibarat campuran minyak dan air. Untuk menghidupkan kereta tak mungkin, untuk minum pun tak mungkin. Mereka adalah defected product yang dihasilkan oleh kilang manusiawi syarikat konglomerat Yahudi.

Saturday, March 07, 2009

PR Jadi Bahan Ketawa Di Perak

Sebenarnya, sesiapa pun boleh membuat laporan polis ke atas seseorang yang dikira melakukan perbuatan seleweng. apa lagi sesuatu yang membawa kepada kekacauan ke atas ketenteraman sedia ada.

Rakyat Perak tidak kira siapa, yang berasa tersinggung atau kurang senang terhadap perbuatan sesetengah ahli politik, boleh melaporkan kepada polis tentang memohon agar langkah membanteras diambil segera.

Contohnya, laporan polis ke atas Pakatan Rakyat yang mengganggu urusan kehidupan rakyat boleh dibuat bagi mengesahkan kerugian yang dialami dengan tunjuk perasaan mereka. Ia juga bentuk kekacauan yang merosakkan urusan sesetengah pihak sehingga kerugian. Pihak ini wajar membuat laporan polis bagi menuntut apa apa kerugian.

Telah menjadi sandiwara kedai kopi betapa Pasir Dua Butir telah menjadi nama rasmi negeri Perak. Pakatan Rakyat mendapat malu besar. Kemaruk kuasa melampaui adab hidup beraja dan mereka mula bersifat anti feudal.

Hinggakan untuk melepak diwaktu petang di tepian padang, boleh menggunakan ayat " Jom buat sidang DUN bawah pokok!"

Itulah penghinaan yang diperoleh PR dengan sikap kartun mereka, Ketaksuban membuka undang-undang mengikut pemahaman mereka mengakibatkan mereka terlupa bahawa rakyat mula mengkaji perlembagaan negeri.

Akibatnya, mereka telah menyangka bahawa mereka yang paling pandai walhal mereka tidak.

Tuesday, March 03, 2009

Keputusan Undian Populariti Kerajaan Perak 2008

1 Januari 2009 - 16 Januari 2009
Ketika ini, politik Perak hanya biasa-biasa sahaja pada pengetahuan rakyat Malaysia. Ramai penduduk Melayu Perak yang meluat dengan kerajaan boneka di Perak.

17 Januari 2009 - 31 Januari 2009
Waktu ini keadaan semakin gawat. ADUN Bota lompat ke PKR pada 25 Januari. Ia turut mempengaruhi corak undian.

1 Februari 2009 - 13 Februari 2009
Kemuncak kepada Krisis Politik Perak berlaku dimana Sultan Azlan mengarahkan Nizar meletak jawatan akibat kehilangan keyakinan lebih dari separuh ADUN. Baginda disanggah pak lebai yang mula menyelak dokumen perlembagaan walaupun tahu Sultan berkuasa melaksana atau tidak perlembagaan negeri milik kerajaan baginda.

14 Februari 2009 - 1 Mac 2009
Krisis politik berlarutan dan blog ini menerima 9,000 pelawat dalam masa sebulan berbanding jumlah yang sama sepanjang 8 bulan sebelum itu. Kebanyakannya penyokong Pakatan Rakyat.

Ini bermakna, bagi keseluruhan 3 bulan pertama tahun ini, sebanyak 433 (35.95%) undi bersetuju kerajaan Pakatan Rakyat telah memerintah negeri Perak dengan baik mnakala sebanyak 771 (64.05%) undi tidak bersetuju.