Mari kita imbau resolusi Muzakarah Ulama 2006 yang diadakan di Dewan Banquet SUK Perak pada 12.06.2006. Resolusi ini antara lain membawa ketetapan yang dipengerusikan oleh Mufti Perak yang mahukan kerajaan melarang perbuatan golongan penyerang pemikiran dari 'membuang' prinsip Islam teratas dalam pemikiran masyarakat negara ini.
Dalam laporan Utusan Malaysia hari berikutnya, terdapat kenyataan Mufti Perak seberti di bawah :
" Masyarakat dari segenap peringkat, daripada penggubal dasar sehingga rakyat jelata perlu faham dan mengetahui bahawa gagasan Islam liberal dan pluralisme ini sebenarnya sangat asing daripada kesejatian ajaran Islam itu sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Muzakarah Ulama 2006 di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Rizwan di sini hari ini. Harussani berkata, isu poligami, ketentuan sistem faraid, gagasan agar al-Quran dinilai dan diolah semula, penubuhan Suruhanjaya Antara Agama serta tuntutannya dan desakan menggugurkan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan merupakan antara isu yang boleh dikaitkan dengan kedua-dua fahaman itu. Menurutnya, dua tokoh yang amat berpengalaman menghadapi isu kedua-dua fahaman itu mengakui apa yang berlaku hari ini di Malaysia merupakan fenomena yang telah berlaku di Indonesia 30 tahun dahulu."
Dengan pendirian ini, kenyataan Mufti Perak ketika itu menjadi bahan perjuangan PAS dalam menempelak kerajaan atas polemik penubuhan IFC yang dipakai sebagai platform oleh Anwar Ibrahim hari ini dalam meraih populariti. Tambahan pula pada masa itu mantan PM, Tun Lah dikaitkan dengan pembabitan anaknya bersama kumpulan Islam liberal.
Hari ini, Mufti Perak yang dikeji penyokong dan pemimpin PAS atas kelantangannya mengatakan kerakusan kuasa PAS Perak adalah salah, menempelak Anwar Ibrahim yang semakin dikenali sebagai penegak Islam liberal dan Muslim moderat di negara ini apabila kempennya di PRK Batang Ai, mempergunakan isu nama Allah sebagai alat.
Patutkah kita mengikut ilmuwan agama yang tidak menyebelahi mana-mana pihak melainkan memelihara kesucian agama atau mengikut politikus yang mempergunakan kesucian agama untuk berkuasa.
PAS telah meyimpan kesaksian bahawa mereka kini Muslim moderat yang membenarkan ayat suci Al Quran turut diluahkan dari penafi keesaan Allah melalui Islam dan membenarkan Allah digunakai sebagai Tuhan Bapa dalam Kristian. DEMI KUASA. Dan kemudian mereka bersorak bangga dengan kesaksian mereka.