Thursday, July 19, 2012

Rakyat Malaysia Luar Negara Enggan Daftar Mengundi


Rakyat Malaysia di luar negara di dapati tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi dan menurut SPR, sambutan yang diterima 'sangat buruk'.


Ini amat menghairankan kerana puak-puak pembangkang yang hidup untuk protes apa sahaja itu selalu menyebut bahawa hak mengundi rakyat Malaysia di luar negara diabaikan.

Namun, kebanyakan mereka enggan mengundi secara pos dan usaha yang dibuat SPR di luar negara sepertinya sia-sia.


Published: Thursday July 19, 2012 MYT 12:39:00 PM

EC: Overseas Malaysians not keen to register as voters


PUTRAJAYA: Overseas Malaysians are apparently not very keen on registering as voters, said Election Commission (EC) chief Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
He said the EC has worked hard to accomodate overseas Malaysians as postal voters but the response so far has been "very poor".
"As far as the EC is concerned, we have informed our missions through Wisma Putra and written to them officially appointing them (missions) assistant registrars.
"The requirement for postal voters is to first register as a voter, but it could be that the priority is either mid-level or low (among overseas Malaysians) to register as voters," he said at a press conference THursday, after briefing political parties on election rules.

Ramai Tak Setuju Murid Dibenar Bawa Henfon


Membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah dilihat sebagai sama silapnya dengan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris menurut sesetengah pihak. 

Jika pengajaran matematik dan sains dalam BI itu ada manfaat di sebalik kekusutan keupayaan, membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan gajet-gajet adalah tidak memberi manfaat sama sekali. 

Ini kerana, jika gajet persendirian diperlukan dalam bantuan pengajaran pembelajaran, adalah lebih baik instrumen berkaitan tidak diperkenalkan dalam kelas terlebih dahulu. 

Jika internet menjadi alasan, adalah lebih baik menyediakan satu desktop dan satu pencetak di dalam setiap kelas bagi kegunaan tersebut. 

Adalah sukar mengawal kanak-kanak apatah lagi remaja yang memasuki usia membentuk peribadi sendiri. Komunikasi seharusnya dibataskan pada mereka seusia ini kerana mereka perlu diarahkan perhatiannya kepada proses pembelajaran. 

Jika berlaku kecemasan pula, ibu bapa seharusnya tahu nombor pejabat sekolah anak-anak mereka dan murid pula seharusnya dibenarkan membuat panggilan secara percuma kepada ibu / bapa/ penjaga selama beberapa tempoh yang patut.  

Para guru dan ibu bapa nampaknya jarang yang bersetuju dengan idea ini dan adalah menghairankan kita atas dasar apa idea ini mahu dilaksanakan.