Wednesday, July 02, 2014

Lelaki 22 tahun diculik sindiket curi organ?

Berikut adalah apa yang tersebar di Facebook kini. Kisah seorang pemuda yang diculik 3 lelaki India di Putra Mahkota dan hanya tersedar di Bentong Pahang dengan dugaan akan dijadikan mangsa pencurian organ. Terjemahannya adalah seperti berikut :

Sepupuku. 22 tahun, pemuda yang cukup matang tetapi malang di luar jangkaan berlaku sehari sebelum Ramadhan. Dia diculik oleh 3 lelaki India di tengah siang buta di Petronas Putra Mahkota berhampiran rumah kami.

Lewat tengahari, selepas mengisi minyak, dia meletak kenderaan di sebelah kedai Mesra untuk ke tandas. Seorang lelaki India datang kepadanya meminta agar ditengok-tengokkan rakan-rakannya di dalam sebuah van. Dengan tanpa ada rasa curiga dan niat untuk membantu, di akhirnya disumbat ke dalam van dan apabila tersedar, dia mendapati dirinya diikat. Untungnya, dia berjaya melepaskan diri dan melarikan diri ke premis berhampiran yang ditemuinya iaitu balai bomba. Mereka membantunya menghubungi polis dan bapa saudaraku. Dia ditemui di Bentong dan menurut polis ia adalah jalan terhampir untuk ke Thailand dan bakal menjadi mangsa sindiket pencurian organ. Anda semua harus berhati-hati di mana jua anda berada. Sentiasalah perhatikan  mereka-mereka disekeliling anda. Jangan ambil mudah soal keselamatan diri memandangkan lihatlah, seorang lelaki yang sudah besar juga boleh menjadi mangsa. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Sebesar-besar kesyukuran kepada Allah Maha Berkuasa kerana menyatukan kami semula dengan sepupu kami. Besar hati kami melihat kamu kembali ke rumah,  Aqil MoSaid.

Apa ertinya ini? Kepastian dari pihak berkuasa amat dituntut dalam kes ini kerana tugas penegak undang-undang adalah untuk memastikan ketenteraman rakyat, bukan untuk menutup apa yang tidak terlihat. Jika  polis tidak mendapatkan si gadis ini untuk diambil keterangan, tentu sekali pihak-pihak yang berkepentingan lain pula yang akan melakukannya.

Jangan sampai undang-undang jatuh ke tangan rakyat kerana di situ akan ada kacau bilau yang sukar dikendalikan.







Perlukah menyimpan kudis supaya menjadi barah?

Kini dunia telah berubah. Hatta Utusan Malaysia boleh mengambil artikel RPK untuk dimuatkan dalam terbitannya. Menandakan apa? Berlakunya revolusi mental yang ketara di kalangan kita.

Justeru, apa lagi jenis revolusi mental yang masih belum berlaku? Ya. Semangat keempunyaan ke atas negara dengan penuh nasionalis dan meletakkannya ke daulah yang sebenar-benar daulah.

Pertambahan kaum pendatang yang bersuara durjana yang suka mengaitkan nama negara ini dengan konotasi menghina mungkin sahaja telah sampai saat untuk dihentikan. Ini bermakna gerakan memusnahkan puak anti-kenegaraan Malaysia-centric perlu diadakan.

Apabila disebut penghapusan, perlulah jelas antara benang putih dan benang merahnya.  Wacana penghapusan ini harus digerakkan dengan apa jua caranya. Sehalus dan seutuh tali tangsi.

Orientasi angkara murka yang ditegakkan oleh puak-puak itu banyak dipengaruhi oleh elemen luar. Sifat mereka itu lalang, musang berbulu ayam dan talam dua muka kerana mereka merasakan ababila rakyat negara ini bangkit menentang mereka, mereka masih ada tempat untuk lari.

Kesilapan pemerintah kita ialah kerana memanggil pulang binatang-binatang ini dari peliharaan negara luar kononnya atas nama berbakti kepada negara.

Satu revolusi untuk memburu dan memusnahkan mereka yang  menginjak nama negara ini perlu dilakukan. Biar satu kesan tersemat dibatu jemala puak ini bahawa negara ini mempunyai rakyat yang tinggi kobaran nasionalisme nya.

Jika anda merasakan tiada untungnya nasionalisme itu, berdirilah di luar pagar negara ini. Dan anda tentu merasakan anda hanya layak ditenggelamkan di tengah laut sahaja. Lebih baik jangan berkata apa jika masih menjadi haiwan berkeliaran dalam kawasan sendiri semata-mata.

Benar, kita tidak perlu 13 Mei kedua. Tetapi sedarkah kita bahawa kita perlu kaedah yang lebih berkesan dari 13 Mei? Jika Indonesia boleh mengapa kita tidak boleh? Masih belum terlambat membenahi negara ini dan melingkupkan elemen yang membuatkannya tempang.




Elakkan versi kedua peristiwa 13 Mei

Oleh Raja Petra Kamarudin

SAYA telah memantau komen-komen dan bahan-bahan yang dimuat naik dalam Facebook dan Twitter dan saya dapat melihat jurang kaum dan agama telah melampaui batas.

Malaysia kini bagaikan bersiap-sedia untuk menghadapi 13 Mei versi kedua.

Rakyat Malaysia tidak lagi kisah apa yang keluar dari mulut mereka dan sama ada apa yang diperkatakan itu menyinggung atau melukakan perasaan orang lain.

Cina dan India, serta sebahagian Melayu, tidak lagi menunjukkan rasa hormat kepada negara sendiri untuk memanggilnya Malaysia. Mereka sebaliknya lebih rela memanggilnya 'Bolehland'.

Saya tertanya-tanya bagaimana perasaan orang Perancis jika anda memanggil negara itu 'Frogland' atau perasaan warga Singapura apabila negara pulau itu digelar 'Kiasuland'?

Anda mungkin mendapat penumbuk di muka, sebab itulah juga yang saya rasa hendak lakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan rasa hormat kepada negara sendiri dengan memanggil Malaysia, 'Bolehland'.

Orang Eropah (malah penduduk Asia Tenggara lain) mungkin marah kepada kerajaan mereka atau terhadap ahli politik. Tetapi mereka ialah rakyat yang setia kepada negara sendiri dan bangga dengan negara dan bendera mereka.

Rakyat Malaysia, terutamanya Cina dan India, tidak kelihatan mempunyai sifat kesopanan ini.

Perumpamaan Melayu menyebut, 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar'.

Anda mungkin bencikan UMNO atau Barisan Nasional, tetapi kenapa perlu mencaci Malaysia, orang Melayu, orang Islam dan agama Islam untuk melepaskan kemarahan dan kekecewaan anda?

Adakah adil bagi sesiapa yang tidak menyokong DAP untuk mencaci seluruh kaum Cina?

Jadi mengapa pula mereka yang marahkan UMNO, boleh bertindak mencaci dan memperolok negara sendiri, orang Melayu, orang Islam dan agama Islam?

Cara sesetengah daripada anda bercakap seolah-olah Malaysia adalah negara lain dan bukan negara sendiri. Anda perkecilkan dan mencaci Malaysia seumpama China melihat Jepun atau Korea Utara melihat Korea Selatan.

Adakah anda mengatakan kerana Malaysia Melayu-Islam dan anda bukan Melayu-Islam maka Malaysia adalah musuh?

Kebanyakan anda membenci Melayu, orang Islam dan Islam. Ini sangat jelas daripada komen dan pelbagai posting dalam media sosial.

Kebanyakan Melayu amat sedar yang orang bukan Melayu membenci mereka dan agama mereka. Mesejnya sangat jelas dan tidak ada kekeliruan tentang maksudnya.

Bagaimanapun, sebanyak mana kebencian bukan Melayu terhadap Melayu, orang Islam dan agama Islam, kita setidak-tidaknya mengharapkan bukan Melayu mencintai negara mereka dan tidak menunjukkan kebencian kepada negara sendiri.

Saya fikir sudah sampai masanya bukan Melayu dan bukan Islam memikirkan siapa musuh sebenar mereka.

Adakah 18 juta orang Melayu berdosa terhadap anda? Jika pun tiga juta Melayu berbuat dosa (mengambil kira jumlah keahlian UMNO), kenapa perlu anda membenci 15 juta Melayu lain yang tidak berbuat apa-apa?

Ke mana perginya cinta? Apa yang anda tunjukkan hanyalah kebencian. Dan anda tunjukkan kebencian kepada negara tempat anda dilahirkan hanya kerana anda membenci parti politik tertentu.

Kerosakan yang serius telah dilakukan terhadap hubungan kaum di Malaysia.

Dan masalah ini terlalu parah sehinggakan hampir mustahil mencapai perdamaian.

Jadi ke mana kita selepas ini? Adakah kita akan menyelesaikan pertikaian itu di jalanan? Melihat keadaan sekarang seolah-olah ia ke arah itu.

Kita tidak lagi mampu mengenal siapa penyerang dan siapa yang menjadi mangsa. Kedua-duanya sama agresif dan mahu mencari gaduh. Akhirnya, pihak yang memiliki lebih banyak senjata akan menang. Dan dalam keadaan ini, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu - kedua-duanya akan memakan mangsa.

Berwaspadalah dengan apa yang anda hajatkan kerana anda mungkin tidak suka apa yang diterima kelak.

Dan jangan berselindung sebagai mangsa sedangkan anda juga sama-sama bersalah membuat provokasi kaum dan agama.