Lihatlah perbezaan antara Saiful Bukhari dan Nik Aziz. Mereka sama-sama menunaikan haji pada tahun yang sama.
Kata orang, punyalah berkah nya Tanah Haram, sampai orang yang sakit-sakit kalau ke sana akan kuat melaksanakan ibadat. Semangat menjadi tinggi, jiwa menjadi kental.
Tetapi agak hairan melihat Nik Aziz yang berkeadaan sebaliknya. Menurut blog Gelombang Merah, Nik Aziz terpaksa disorong di Tanah Haram. Tetapi balik semula ke Kelantan, dia kelihatan sihat wal-afiat. Apakah yang tak kena padanya? Tak kanlah di Tanah Haram pun hendak bermain politik?
Maka timbul lah desas desus yang menyebut Nik Aziz menerima aib lah, menerima balasan lah, Tanah Haram tak terima dia lah, dan bermacam-macam lagi.
Tetapi bagaimana andai kata di waktu itu, bertembunglah Nik Aziz dengan Saiful Bukhari?
Saiful Bukhari Azlan pernah dicaci oleh Nik Aziz, malah pengikut Nik Aziz memfitnahnya dengan bermacam fitnah seolah-olah mereka Tuhan pemberi bala. Dan sampai hari ini mereka belum lagi meminta maaf atas pembohongan yang diizinkan oleh Nik Aziz.
Menurut blog Zulkifli Nordin, Saiful telah dituduh dan difitnah mengalami lumpuh, terkena penyakit sopak, kudis buta seluruh badan dan sedang menderita menunggu maut akibat termakan sumpah.
Sebenarnya, siapakah yang terkena sumpahan? Selagi belum ditelan bumi, bertaubatlah para penyokong PAS dan bertaubatlah Nik Aziz!

Nik Aziz disorong di Mekah.
Saiful Bukhari berwajah tenang di depan Kaabah.
Alangkah manisnya jika Saiful bertembung dengan Nik Aziz dan beramah mesra. Dan alagnkah indahnya jika Nik Aziz dapat lekas sedar bahawa mukanya sering tertimpa air ludahannya sendiri.
Kalau di Mekah dia merasakan dirinya tua dan perlu disorong, mengapa di tanah air, masih tak sedar diri yang dirinya tua? Kenapa masih belum diam dari terus menghambur kata-kata yang penuh dosa.





