Selasa, April 23, 2013

Ini Beza Cara Kempen BN dan PR

Oleh kerana fitnah dihalalkan dalam keadaan mereka mahukan kuasa, cara PAS berkempen selama 5 tahun ini kita dapat lihat dengan tak perlu sukar menduga bahawa risalah di bawah ini adalah reverse-psyco yang tak jadi. Booo..


gerak kerja bn, semua risalah yang diedarkan semuanya berwarna la beb.. setakat gini tak real la buat.. kah kah kah kah..

cuba tengok contoh risalah bn untuk belasah pr..



BACAAN LANJUT :HEADBOMB 

BN Turut Lawan PKR, PAS di N.24 Hulu Kinta, Parlimen Tambun


Tahun 2008 menyaksikan individu yang teman kenal, sekedai mamak teman, M Sathiya Seelan bertanding bebas. Tetapi kali ini seorang pesara polis dan penceramah bebas telah mengekalkan rekod tiga penjuru bagi DUN tersebut. Siapakah dia? Jika teman tidak tahu, pastinya dari kalangan pembangkang. Berikut petikan dari MStar dan Utusan. 

Pertembungan Tiga Penjuru Di DUN Hulu Kinta
TAMBUN: Calon-calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi Parlimen Tambun selesai menyerahkan borang pencalonan dan disahkan bertanding pilihan raya umum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Seorang calon Bebas turut akan memberi cabaran apabila beliau turut disahkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta.
Ini bermakna akan berlaku pertembungan tiga penjuru di DUN berkenaan.
Calon berkenaan, Sulaiman Zakariya, 65, merupakan pesara polis dan seorang penceramah bebas yaang aktif khususnya di sekitar Ipoh.

21/04/2013

Pembangkang lawan sesama sendiri

KUALA LUMPUR 20 April - Pakatan pembangkang menerima tamparan paling hebat selepas calon daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bertembung sesama sendiri di beberapa kerusi di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Calon Pas dan PKR masing-masing berentap di enam kerusi iaitu di Parlimen Labuan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh (Pulau Pinang), Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor) serta tiga DUN di Terengganu iaitu Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir.

Di Parlimen Labuan, calon Pas, Hadnan Mohamad menentang calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin manakala di DUN Sungai Acheh, calon Pas, Mohd. Yusni Mat Piah menentang calon PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Di DUN Kota Damansara pula, calon Pas, Ridzuan Ismail turut bertanding melawan sekutunya, Mohd. Nasir Hashim daripada PKR manakala di DUN Panti antara Azlisham Azahar (Pas) dan Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR).

Sementara itu, calon Pas di DUN Kota Putera, Adam Mat Said akan menentang calon PKR, Mohamed Abdul Ghani Ibrahim manakala di DUN Bukit Besi pula calon Pas, Roslan Ismail bertemu calon PKR, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Di DUN Seberang Takir calon Pas, Zakarian Dagang bertembung calon PKR, Ahmad Nazri Mohd. Yusof.
Dalam pada itu, calon DAP dan PKR serta Pas bertembung di Parlimen Larut dan Tapah serta enam kerusi DUN lain.

Di Parlimen Larut, ahli PKR, R. Raveedran bertanding atas tiket Bebas menentang calon Pas, Datuk Fauzi Shaari dan calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi, Datuk Hamzah Zainuddin.

Calon PKR di Parlimen Tapah, K. Vasantha Kumar dicabar Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani yang bertanding calon Bebas.

Bagi kerusi DUN Aulong penyandang,Yew Tian Hoe (DAP) yang bertanding Bebas melawan calon partinya sendiri, Leow Thye Yih dan calon BN, Soo Key Peng.

Satu lagi pertembungan sesama DAP ialah di DUN Bercham melibatkan Cheong Chee Khing yang ditentang bekas penyelaras Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ipoh Barat, R.K Muthu sebagai calon Bebas.

Di Behrang pula, Ketua Cabang PKR Tanjung Malim, Mejar (B) Kamal Badri Tak M. Zainudin bertanding sebagai calon Bebas melawan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.

Di Alor Pongsu, Rosli Ibrahim dicabar ahli PKR, Shamsul Amir Ramli yang bertanding Bebas.

Tidak cukup dengan itu, di Hulu Kinta, calon PKR, M.A Tinagaran dicabar calon Bebas daripada Pas, Sulaiman Zakaria.



22/4/2012


PRU-13: Pas pecat serta-merta ahli bertanding Bebas

KUALA LUMPUR 22 April - Kesemua ahli Pas yang bertanding Bebas serta para penyokong dan pencadang terlibat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dipecat serta-merta daripada parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar di sini hari ini bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah keseluruhan ahli yang dipecat ekoran perkara itu.

Mengenai pertindihan kerusi di tujuh kawasan di antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, katanya, tiga kerusi di Terengganu akan tetap ditandingi calon Pas, sementara dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Acheh serta Panti dan kerusi Parlimen Labuan diserahkan kepada PKR.

Pertindihan di kerusi DUN Kota Damansara pula, kata beliau, akan diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi pakatan pembangkang. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130422/px_109/PRU-13-Pas-pecat-serta-merta-ahli-bertanding-Bebas#ixzz2RHkFSpPP
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Tapi kenapa tak dilapor Sinar Harian? Hanya ini yang dijumpai ..


Surat pecat ahli BN tanding Bebas keluar Isnin ini ... - Sinar Harian

www.sinarharian.com.my/.../surat-pecat-ahli... - Translate this pageShare
Surat pecat ahli BN tanding Bebas keluar Isnin ini ... Lim daripada Pas manakala Mohd Shariff mencabar Shabudin Yahaya (BN) dan Datuk Seri Abdul Rahman ...


Ahli Parlimen Gopeng Tuduh Hamidah Cekak Kolar Bajunya

Udah macam cerita keganasan seks pulak dah. Sebab melibatkan lelaki dan wanita. Tapi kes nya ? Apapun siapa tak kenal Lee Boon Chye si raja drama. Penduduk dalam parlimen Gopeng sudah mengetahui cara kerjanya bagaimana. Mereka akan memberi penilaian 5 Mei ini.
Hamidah nafi cekak kolar baju Boon Chye

IPOH 23 April - Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman, menafikan dakwaan kononnya beliau mencekak kolar baju calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dalam satu insiden di Taman Tasek Permai, dekat sini Ahad lalu.

Hamidah yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat turut menafikan dakwaan Boon Chye kononnya beliau merampas kamera seorang individu dalam insiden tersebut.

"Saya seorang wanita, kalau saya boleh buat begitu (mencekak kolar baju), hebatlah saya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Laporan akhbar hari ini memetik kenyataan Boon Chye yang mendakwa Hamidah bertindak mencecak kolar bajunya dalam pertengkaran ekoran pembukaan markas PKR berhampiran bilik gerakan BN di taman perumahan tersebut. - UTUSAN ONLINE

P/s : Lee Boon Chye adalah antara beberapa individu dari kalangan pemimpin pembangkang yang dikesan menyertai Group Facebook ' Murtad in Malaysia & Singapore' yang pernah bikin kecoh dua tahun lalu.

6 lelaki bersenjata ditahan turunkan bendera 1Malaysia di Pulau Pinang

Sebelum ini tersebar kisah perkaitan kerajaan Pulau Pinang dengan kumpulan kongsi gelap. Apa pula dengan kes di bawah ini. Adakah ianya penzahiran yang mula terungkap?

6 lelaki bersenjata ditahan turunkan bendera 1Malaysia

PULAU PINANG 22 April - Polis menahan enam lelaki bersenjata kerana menurunkan bendera yang mempunyai logo 1Malaysia di Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Baru di sini awal pagi ini.

Mereka yang berusia di antara 18 dan 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 4.30 pagi.

Jurucakap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat, mereka mengaku diupah pihak tertentu untuk menurunkan bendera 1Malaysia.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki mereka turut menemui sebilah kapak, tiga bilah parang pelbagai saiz dan lebih 20 bendera sebuah parti pembangkang.

"Mereka yang ditahan berasal dari Georgetown serta Nibong Tebal dan polis telah mengambil keterangan mereka.

"Kita juga masih menyiasat siapa yang mengupah mereka dan motif kumpulan berkenaan membawa senjata," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Roslee memberitahu, polis turut menahan lima lelaki kerana memiliki pelbagai senjata merbahaya ketika memasang bendera sebuah parti politik di Jalan Kampung Benggali, Butterworth awal pagi ini.

Jelasnya, mereka yang ditahan berusia 18 hingga 24 tahun dan mendakwa diupah sebanyak RM80 sehari.

"Polis berjaya merampas enam bilah parang panjang yang disorokkan dalam but kereta dinaiki mereka," ujarnya.

Kata beliau, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130423/je_01/6-lelaki-bersenjata-ditahan-turunkan-bendera-1Malaysia#ixzz2RGulPMvJ 
© Utusan Melayu (M) Bhd