Wednesday, April 10, 2013

KL Dilanda Banjir Kilat


KUALA LUMPUR – Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama.
“Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.
Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.
Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. – BERNAMA
Banjir 1

Banjir 3
Banjir 1
Banjir 4
flood
flood
jalan tun razak

Gara-gara Terminal Amanjaya, Tambang Naik, Penumpang Tanggung



Terminal Amanjaya merupakan hentian bas ekspres yang mula digunakan sepenuhnya  pada 9 April 2013 di Ipoh. Ipoh? Bukan. Di Jelapang. Kedudukannya kira-kira 11 km dari pusat bandaraya Ipoh. Berbeza dengan TBS di Bandar Tasik Selatan yang boleh dihubungi melalui LRT, KTM Komuter dan KLIA Transit, belum ada pengangkutan seumpamanya yang menghubungkan Terminal Amanjaya ke pusat bandaraya Ipoh.

Terminal ini mendapat pujian dari penduduk Ipoh - yang tidak menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Ini kerana, bagi pengguna perkhidmatan bas ekspres, ia merupakan satu beban tanpa konsultansi apabila mereka disusahkan sejauhnya dari pusat bandaraya.

Bayangkan mereka yang tiba di sini dan perlu mengambil pengangkutan awam untuk pulang ke rumah. Itu merupakan bentuk hidup malang mereka setelah bas ekspres beroperasi di Terminal Amanjaya. Bukan itu sahaja, emel dari seorang sahabat yang berulang alik Ipoh ke Putrajaya setiap minggu menunjukkan bahawa kerana kedudukan terminal tersebut, tambang bas ekspres telah naik. 

"Sudahlah dibina stesen bas ekspres sejauh itu tanpa menitikberatkan aksesibiliti penumpang dengan integrasi pengangkutan awam setempat, kini kenaikan tambang harus kami tanggung."

"Apa perlunya stesen bas ekspres dipindahkan ke 'bandar pentadbiran' nun di luar pusat bandar? Kita tak nampak kenapa penumpang yang hendak ke Lembah Klang mesti turun di Putrajaya. "

Persoalan juga berkisar mengapa tiada hentian untuk turun bas di buat di sepanjang jalan sisi antara Ampang hingga Jelapang. Logik kah jika seorang yang tinggal di Simpang Pulai perlu berpatah balik 20km untuk pulang ke rumah jika dia pulang dari Kuala Lumpur?

Pihak kerajaan negeri harus menjawab keluh kesah masyarakat ini. Yang merancang, yang memuji dan yang menyokong, bukanlah pengguna bas ekspres. Mereka hanya akan merasa permasalahan ini apabila mereka berulang alik ke ibukota setiap minggu seperti ribuan yang lain.

Untuk rekod, pengguna pengangkutan awam kalangan orang Ipoh yang bekerja dan belajar di Lembah Klang mencecah 7,000 hingga 10,000 orang setiap hujung minggu. Suku daripada mereka menggunakan keretapi elektrik ETS. Selebihnya menggunakan bas.


Jadual jarak bagi saranan pembinaan hentian bas ekspres Ampang di Tol Ipoh Selatan



Trek Motocross Ulu Kinta Bakal Dimusnahkan Pemaju Perumahan

Penggiat sukan motocross di Ulu Kinta digemparkan dengan kehadiran dua excavator besar pemaju perumahan sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Mereka terpinga-pinga. Tanah yang mereka pinjam tanpa izin dari kerajaan negeri Perak selama 7 tahun dengan biaya terkumpul RM10,000 bagi kerja tanah pembinaan trek 'Litar Tanjong Rambutan' sepanjang 500 meter itu bakal disodok.

Tanah yang terletak di Lot 54407 Mukim Ulu Kinta ini jelas merupakan tanah bagi pembinaan kediaman. Trek yang dibina diakui sebagai trek sementara. Menyedari hal ini, upaya memohon perhatian Ahli Parlimen Tambun telah dibuat oleh penggiat sukan lasak ini pada Jun 2012 untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan mereka memperoleh tapak baru dan back-up untuk sedikit biaya 'pampasan' dari pemaju bagi pembangunan trek baru seandainya pemaju memulakan projek. 

Selain itu, upaya tersebut adalah bagi menzahirkan permohonan kumpulan ini untuk diwujudkan sebuah trek motocross kekal di dalam DUN Hulu Kinta terutamanya sekitar Ulu Kinta dan Tanjong Rambutan.

Namun, Ahli Parlimen Tambun ketika ini sudah tamat tugasnya sementara menantikan mandat baru. Hilanglah tempat mengadu. Maka penggiat sukan motocross yang berjumlah 40 orang ini kini tercari-cari tapak yang sesuai, tanpa mendapat perhatian mana-mana pihak. 

Untuk rekod, tiada trek motocross wujud di Ipoh. Paling hampir ialah di Pusing dan di Sayong, Kuala Kangsar. Ketika penggiat sukan lasak ini semakin bertambah, trek motocross di Ulu Kinta ini bakal dimusnahkan. 

Aktiviti riadah lasak ini seperti tidak mendapat tempat di kawasan ini. Kehampaan jelas terlihat diwajah masing-masing. Sampai bila mereka harus berpindah randah dan mengeluarkan biaya ribuan ringgit untuk membentuk trek-trek tanpa jaminan sebuah tapak yang tetap dan selamat dari sodokan pemaju?

Hakikatnya ada pihak sedang mengintai peluang untuk menawarkan bantuan wang ringgit. Bersempena pilihanraya. Boleh diagak dari pihak mana.








Ketua Srikandi PKR Menentang Husni Hanadzlah Di Tambun?

Walaupun belum dipastikan, cakap-cakap PKR telah tersebar di Parlimen Tambun bahawa Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail akan bertanding menentang Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.

Belum dikira keputusan saat-saat akhir sebelum penamaan calon, penentangan gadis berusia 27 tahun ini boleh dikatakan percubaan pertamanya untuk memperlihatkan kepada khalayak pengundi di Tambun bahawa, tanpa membuat kerja apa-apa (seperti kebiasaan PR) untuk khalayak pengundi, dia tetap akan mendapat undi.

Soal menang atau soal kalah bukanlah isu baginya. Namun bagi pihak yang mempertahankan kerusi, kerja keras untuk rakyat selama ini mungkin sahaja menjadi kayu ukur terbaik untuk para pengundi menilai.

Kita mengetahui bahawa kita memilih pemimpin yang boleh dikerjakan (meminta dibuat itu ini). Bukan pemimpin yang mendapatkan kita untuk dikerjakan (meminta dibuat itu ini). 

Maka untuk PRU kali ini, Husni boleh menarik nafas dengan sedikit kelegaan kerana usahanya selama ini, walaupun dibatasi tugas sebagai Menteri, mendekati semua kaum dalam Parlimennya, mengusahakan prasarana yang lebih baik untuk masyarakat, menghadirkan diri di kawasan sendiri setiap minggu, adalah kekuatan tersendiri baginya.

Mudah didekati.

Mesra orang muda.

Siti Aishah Shaik Ismail? Siapa tu? 


Musa Hitam Kecam PR Mempergunakan Kata-katanya Sebagai Bahan Kempen

Bekas TPM, Musa Hitam mahu PR menghentikan tindakan mengiklankan kenyataan positifnya berhubung ekonomi negara jika di bawah rejim PR.

Veteran UMNO itu mengecam pembangkang yang menaikkan papan iklan yang berisi kenyataannya yang dibuat ketika ceramah umum di Shah Alam di mana dia menyatakan ianya adalah kaedah terdesak PR yang menjadikannya senjata menentang BN.

"Pakatan nampaknya terlalu terdesak untuk mempromosikan diri mereka dalam mendapatkan sokongan pengundi sehingga menggunakan saya sebagai senjata utama menyerang balik BN. Terutamanya tentang kenyataan soal kemuflisan kerajaan sekiranya mereka mendapat kuasa" ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa sebagai ahli UMNO dan ahli BN, beliau yakin BN akan memenangi PRU13.


Stop posting me on your billboards, Musa Hitam tells Pakatan



KUALA LUMPUR, April 9 – Former deputy prime minister Tun Musa Hitam wants Pakatan Rakyat (PR) to stop advertising his recent positive remarks on the nation’s financial health to indicate his support of their regime. 
The Umno veteran hit out at the opposition bloc today for purportedly putting up billboards containing his statements made during a public talk in Shah Alam last month in what he described as PR’s desperate ploy at self-promotion and to use him as a “major weapon” against the Barisan Nasional (BN) in the run-up to national polls. 
“The Pakatan seems to be so desperate to promote themselves and to woo support of the electorate that they had resorted to using me as their major weapon to hit back at the Barisan Nasional. 
“Particularly on the subject of the government going bankrupt if they came to power,” he said in a statement.
The 78-year-old had appeared to defend the opposition pact, which has been forecast by politicians and some observers aligned to the ruling BN coalition as likely to empty the nation’s coffers and scare off foreign investors with their proposed public policies in their bid to take federal power. 
“If the opposition were to rule, they would not make foreign investors run away. They will not do so and bankrupt the economy,” Musa was quoted as saying in a news conference in Shah Alam on March 12 by Malay daily Sinar Harian.
Musa said he had only recently been made aware that portions of his speech from then were being spread around, including on billboards, to suggest he was supportive of PR.
“Statements claiming my support must stop and resorting to using me and quoting me using public billboards must also stop,” he said.
Musa, who was in office from 1981 to 1986, also said he had no intention to reenter politics and rubbished all such suggestions.
“I am an Umno/Barisan member and by that very same token, I certainly wish the Barisan to win at this very PRU13. Indeed, I am certain that the Barisan will win this PRU13,” he said.