Friday, January 21, 2011

'The World' Dubai Semakin Ditelan Laut

The World, sebuah kepulauan buatan manusia terdiri dari 300 pulau di Dubai yang menyerupai peta dunia, semakin terbenam ke laut menurut sebuah kajian hartanah.

Pulau-pulau ini terletak agak jauh dari pantai Dubai. Bentuknya yang seakan-akan peta dunia hanya dapat dilihat dari satelit atau dari atas menara tertinggi di dunia yang juga terletak di Dubai, Burj Khalifa.

Kini dilaporkan, pasir-pasir pulau telah terhakis dan saluran pelayaran yang berada di antara pulau-pulau buatan menjadi cetek.

"Pulau-pulau ini perlahan-lahan kembali menjadi laut," kata Richard Wilmot-Smith penyelia kualiti dari Penguin Marine, seperti dipetik dari The Telegraph. Katanya, banyak bukti telah menunjukkan adanya hakisan dan kemendapan 'The World'.

Namun, salah satu jurucakap pemaju Nakheel membantah dengan mengatakan pulau-pulau itu tidak tenggelam.

"Berdasarkan pemerhatian ukur berkala dalam tempoh tiga tahun terakhir, tidak berlaku hakisan berpanjangan," kata jurucakap Nakheel.

Menurut pemaju, 70% dari 300 pulau telah terjual. Beberapa selebriti dilaporkan telah membeli pulau di 'The World'. Misalnya, Tommy Lee mengumumkan bahawa dia membeli Pulau Yunani untuk bekas isterinya, Pamela Anderson. Brad Pitt dan Angeline Jolie pula dikhabarkan telah membeli 'Ethiopia'.

Pengembang 'The World' adalah anak syarikat Dubai World, yang sebagian besar sahamnya dimiliki Emir Dubai merangkap Perdana Menteri UAE, Sheik Mohammed bin Rashid Al-Maktoum.Syarikat ini pernah menanggung hutang di tahun 2009.

Gambaran Salah Tentang Melayu Singapura?

Teman tak lah selalu ke Singapura. Tapi ada jugalah teman ke sana bertemu kawan-kawan teman. Bila teman tanya, kalau Singapura masih lagi dalam Malaysia, parti apa mereka pilih, mereka pantas menjawab UMNO! Demer kutuk Anwar Ibrahim sebagai bacul dan tak boleh memimpin.

Itu lah penangan dari Singapura. Maaflah posting jujur teman kali ini tak popular. Sebab menyanggah Tun M. Teman difahamkan, Bedok dan Geylang merupakan kubu kuat UMNO antara 1946 hingga 1965. Kawan-kawan teman berasal dari situ tetapi sekarang dah merata-rata. Tempines, Pasir Ris dan Bukit Batok, hasil penyusunan semula penduduk.

Masa teman kecik, teman selalu dimomokkan dengan kisah Melayu Singapura. Malang lah, terancam lah, hilang tanah lah. Tapi bila teman ke sana, jelas sekali, Melayu Singapura lebih beruntung dari Melayu Pulau Pinang. Adakah sama Singapura yang memiliki 14% penduduk Melayu dengan Pulau Pinang yang memiliki 41% penduduk Melayu? Sudah tentu tidak. Tetapi nasib siapa yang lebih malang?

Ini kerana walaupun perkampungan nelayan mereka dimusnahkan untuk pembangunan, perkampungan nelayan Cina juga turut menjadi mangsa. Dalam soal sosial, mereka amat takut jika pemerintahan mereka dilihat mengenepikan Melayu.

Teman sampai Woodlands pun disambut pegawai imigresen Melayu wanita tiga paku. Dia cakap Inggeris, teman cakap Melayu. Teman apa peduli. Last-last dia cakap Melayu. Tapi teman dapat lihat kawan-kawan teman pun kerja gempak-gempak jugak. Pakai kereta plet hitam jugak.

Teman rasa, tak payah nak bandingkan dengan Singapura. Singapura adalah negara pulau, negara bandar, dan pendapatan negaranya mencukupi untuk menyara semua penduduknya. Bukan semua Cina di Singapura kaya raya. Lihat saja pasar karat mereka berhampiran persimpangan Sungei Road dan Kelantan Lane. Daif juga. Melayu Singapura tak berniaga di pasar karat pun. Majoriti adalah Cina. kalau ada muka Melayu pun pendatang Indonesia. Situasi berbeza dengan Ipoh. Walaupun komposisi Melayu, Cina dan India di Ipoh sama dengan Singapura, orang Melayu yang menguasai pasar karat di Memory Lane.

Dalam bab pemerintahan dan ketenteraan kita boleh akui Melayu terpinggir secara kuantiti. Dan kita boleh melihat perkara yang seupa di Malaysia apabila kita berjaya melipatganda penduduk Melayu dan menjadikan orang Cina cuma 14% dari penduduk Malaysia. Hari ini orang Cina masih 28% dari penduduk Malaysia. Jumlahnya 6.5 juta.

Melayu Singapura kalau cuti ke Brisbane lah, Perth lah, Phuket lah. Kalau nak beli rumah apa susah, Iskandar kan ada. Singapura cuma tempat mereka cari duit jer. Mereka tak dipandang remeh oleh Cina di sana tak seperti Melayu di negara kita. Cina sesuka hati mengutuk Melayu.

Jadi janganlah melulu mengaburi penduduk Melayu di Malaysia ini dengan momokan yang mereka tidak pernah lihat. Kita perlu lihat sahaja di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang betapa orang Cina, tanpa memerlukan pemerintahan, telah berjaya mengenepikan orang Melayu dari setiap sudut.

Tengok sahaja di Mont Kiara di Segambut , Sunway City di Tambun dan berlambak-lambak lagi di Pulau Pinang. Siapa yang menguasainya. Sebenarnya, kita tunduk kepada kapitalis Cina yang menyokong pembangkang atas nama menggerakkan ekonomi dan apabila Melayu terpinggir kita bagi gambaran yang salah mengenai Melayu Singapura. Ini tidak betul.

Selatan Sudan Sah Bakal Merdeka

Sah. Selatan Sudan bakal menjadi negara baru. Ini berikutan kemenangan puak pro-kemerdekaan untuk berpisah dari Khartoum yang dikuasai Arab-Islam. Referendum itu juga memastikan sebuah negara baru majoriti Kristian bakal tertubuh di benua Afrika.

Referendum yang ditaja Amerika Syarikat itu bakal membuatkan Sudan Utara di bawah Khartoum yang banyak bergantung kepada hasil bumi wilayah selatan tersebut bakal berhadapan krisis ekonomi berikutan kedudukannya di tengah padang pasir.

Sejumlah besar pelaburan Malaysia juga terletak di wilayah Selatan yang kaya dengan hasil minyak.

Majoriti penduduk selatan Sudan setuju merdeka

JUBA, Sudan 20 Jan. - Penduduk selatan Sudan memperolehi majoriti yang diperlukan pada pungutan suara yang diadakan baru-baru ini untuk membentuk sebuah negara baru setelah 60 peratus pengundi mengundi menyokong wilayah itu berpisah daripada Sudan.

Berdasarkan angka yang dikumpulkan oleh AFP menunjukkan sesetengah kawasan menunjukkan junlah sokongan tertinggi sebanyak 99 peratus pengundi menyokong supaya wilayah itu berpisah daripada Sudan.

Beberapa negeri daripada 10 negeri di wilayah itu termasuk Jonglei, baru memulakan pengiraan kertas undi hari ini selepas kertas undi dan keputusan dibawa daripada pusat-pusat pengundian di seluruh wilayah itu.

Bagaimanapun, angka yang dikumpul oleh AFP daripada para pegawai pilihan raya di negeri dan mukim di selatan Sudan menunjukkan 2,224,857 pengundi menyokong untuk merdeka, berdasarkan kertas undi yang dipulangkan petang semalam.

Jumlah itu mengatasi majoriti mudah sebanyak 1.89 juta undi yang diperlukan untuk membolehkan negara itu membentuk negara baru dan sekali gus berpisah daripada Sudan.

Sejumlah 96 peratus daripada keseluruhan 3,932,588 pengundi berdaftar mengundi pada pungutan suara tersebut yang berlangsung selama seminggu sejak 9 Januari lalu. - AFP


Sejarah Melayu Ipoh 9

Pada 20.07.1875, Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani perjanjian penyerahan kutipan cukai dengan ugutan bahawa jika baginda enggan, British tidak lagi mengiktiraf baginda sebagai Sultan. Sultan Abdullah menjadi marah dan berkeras enggan tunduk pada tuntutan tersebut.

Akhirnya Birch dan British memutuskan untuk melaksanakan pengambil alihan kutipan cukai dan memansuhkan pengiktirafan Sultan Abdullah. Inilah yang mencetuskan pembunuhan Birch pada 2.11.1875 yang mendapat sokongan orang Melayu Perak termasuk pembesar jajahan Larut, Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Makmor (kecuali Mendailing yang membantu British menawan Perak).

Pembunuhan Birch dikutuk sebagai ' tindakan pengecut' oleh web Mendailing.org :

The cowardly murder of J.W.W. Birch, the first British Resident to Perak, on Hari Raya day, November 2nd, 1875, at Pasir Salak in Lower Perak, gave rise to the Perak War of 1875.

dan

Ex-Sultan Ismail who was ousted by the Brtish through the disastrous Pangkor Treaty 1874, was known to have owned at least four mines, the most valuable being at Papan. Ex-Sultan Ismail's mines were given to Raja Asal by Swettenham as a reward for his military services in the Perak War. The Papan mines were described as "the most productive in the State" as well as "probably the richest tin mines in the Malay Peninsula."

Akibat pembunuhan ini, British mengambil langkah drastik dengan mengerah bala tenteranya menawan Perak dengan bantuan pejuang-pejuang Mendailing yang lari ke Perak setelah terbabit dalam peperangan di Pahang dan Klang. pemimpin mereka, Raja Asal diusir dari Selangor bersama pengikutnya dan sekumpulan Cina Hakka yang menyokongnya turut mengikut Raja Asal mundur ke Perak.

Oleh kerana Sultan Ismail memberi perlindungan kepada Datuk Maharaja Lela yang merupakan penghulu Pasir Salak, kedudukan Sultan Ismail juga diserang. British dengan bantuan orang-orang Mendailing ternama seperti Raja Uteh, Raja Asal dan Raja Mahmud menyerang kedudukan Sultan Ismail di Papan dengan menggunakan roket pelancar bom.

Tetapi Sultan Ismail terlebih dahulu berjaya melarikan diri. Baginda lari ke Kampung Kepayang (di Fair Park sekarang) dan menurut sumber orang kampung yang diceritakan kepada British, Sultan Ismail membawa bersamanya alat-alat kebesaran pertabalan kesultanan Perak dan 20 ekor gajah dan meminta bantuan mereka untuk membantu beliau menentang orang British dan Mendailing tetapi orang Kampung Kepayang enggan membantu.

Baginda sangat kecewa kerana penduduk Kampung Kepayang telah berpaling darinya lalu bersumpah dengan memacak pedangnya ke tanah bahawa dia akan kembali memerintah negeri Perak. Baginda, Datuk Maharaja Lela, orang-orang kanan dan isteri-isterinya kemudian meredah hutan belantara ke kawasan Chemor.

Dari Chemor, mereka melintasi laluan belantara Jalong, Ulu Piah, terus ke Krunei, dan memasuki Kedah melalui Baling.

Bersambung esok.