Jumaat, Oktober 17, 2008

تولرنسي ماكن ديري؟

أورع حيندو دمليسيا تلح ممبينا 1 كويل أونتوق ستياف 149 فعانوت حيندو

أورع إسلام دمليسيا جوما ادا 1 مسحيد أونتوق ستياف 2300 اورع فعانوتث

إينيكه فقتا يع مريكا تيدق ماحو امبيل كيرا افابيلا معاتاكن كراجأن ممبطسكن فمبينأن كويل حيندو دنكارا ايني؟

جيكا أورع إسلام ماحو، فستي مريكا ماحوكن لبيه بثف لاكي كويل درونتوحكن

سيكف تولرنسي أورع إسلام دنكارا إيني سدع ماكن ديري

بريكوت كومين سأورع يع تيدق برنام
ا

" extinction will never come to racist people... extinction only will goes to bloody tolerance people.. "


إيا مباوا مقصود، كاوم يع ممفوثأي صفت فركاومن يع تبل تيدق اكن فوفوس ، تيدق سفرتي كاوم يع معاملكن تولرنسي ممبابي بوتا سفرتي افا يع دأجر كفد أورع إسلام دمليسيا حاري ايني

أورع حيندو دمليسيا سسوعكوهث فرلو دأجر أونتوق ديام

Rumah Besar, Cukai Rendah ?

Utusan Malaysia, Jumaat, 17.10.2008
Cukai pintu naik 500 peratus kerana nilaian semula hartanah

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 16 Okt. - Bayaran cukai pintu di Bandar Baru Sri Klebang meningkat sebanyak 500 peratus bermula November ini, ekoran penilaian terbaru ke atas hartanah di kawasan itu.

Pejabat Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memberitahu, Lot 186990 hanya dikenakan cukai tahunan sebanyak RM108.80 sebelum ini kerana dinilai sebagai tapak kosong pada 2005.

Menurutnya, tapak itu kemudian telah dimajukan dengan pembinaan sebuah rumah banglo berkeluasan 277.694 meter persegi dan pindaan nilaian ini dibuat berdasarkan nilai tahunan berjumlah RM4,320.

''Nilai tahunan ini diperoleh daripada penilaian sewa berjumlah RM360 sebulan iaitu pada kadar RM1.29 satu meter persegi yang merupakan kadar atas nilaian tahun 1982 kerana kerajaan negeri tidak membenarkan MBI membuat penilaian semula ke atas harta-harta dalam kawasannya," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, nilai tahunan yang dikenakan oleh MBI ke atas hartanah di kawasan itu masih rendah berbanding dengan nilai semasa.

''Untuk makluman, kadar sewa semasa di kawasan tersebut untuk harta jenis banglo ialah RM800 hingga RM1,500 sebulan.

''Sepatutnya nilai tahunan berdasarkan sewa semasa itu ialah antara RM9,600 hingga RM18,000 tetapi nilai tahunan yang dikenakan oleh MBI ke atas harta ini cuma RM4,320 sahaja," kata kenyataan itu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor terkejut apabila menerima notis MBI yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu bermula 1 November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Penduduk kawasan itu mendakwa mereka sebelum ini hanya membayar cukai taksiran sebanyak RM108.80 setahun tetapi perlu membayar sebanyak RM691.20 setahun bermula 1 November ini.

Ulasan :

Sakan pakcik Klebang tu bila muka dia terpampang kat Utusan semalam dan kecoh satu Malaysia yang MBI naikkan taksiran rumah dia 500%. Harini MBI dah jelaskan. Taksiran yang dia terima tu dulu.. yang dia nikmati dulu.. adalah nilaian atas tanah kosong. Yakni tanah kebun getah yang ditukar kepada kediaman tetapi belum dibangunkan. Sekarang, dia dah buat banglo seluas 277.694 m². Mak ai. Istana besar tu mampu pulak buat? Cukai nak RM108 je? Mana boleh! Bapak teman yang duduk rumah teres buatan PKNP tahun 1981 dengan harga RM25,000 kat ceruk hulu di Hulu Kinta nun pun dok bayar cukai tanah RM180 setahun. Nasib baik kami tak tau yang diorang berumah banglo ni bayar cukai pintu RM108 je. Kalau tak, penduduk rumah kos rendah ni yang amuk kat MBI sebelum dorang-dorang ni amuk kat MBI. Mujurlah masuk Utusan Malaysia semalam. Sekurang-kurangnya, tahulah kami yang ada pihak sedang menikmati kemudahan ibarat pepatah Perak " DAH SENANG, NAK SENANG LAGI " . Banyak cantik korang punya muka? Banglo mampu buat, cukai mau rendah? Rumah tegak bermahligai di bumi Klebang, taksiran hangpa mau tanah kosong? Banyak lemak lah! Penampar mau?