Mungkin wujud salah faham mengenai post saya yang berkisar tentang pemberian hakmilik tanah kepada penduduk kampung-kampung tesusun dan kampung-kampung baru yang memang pada zahirnya saya alu-alukan.
Apa yang saya khuatiri hanyalah tidak lain dan tidak bukan mengenai pemberian hakmilik tanah kepada pekebun dan penternak yang menduduki tanah kerajaan negeri yang telah lama menuntut agar mereka diberi hakmilik ke atas tanah-tanah cerobohan tersebut yang sangat luas. Tuntutan mereka tidak lain tidak bukan adalah melalui DAP, pemegang kuasa majoriti dalam kerajaan negeri Perak.
Amat sensitif jika dilihat pada fakta bahawa sesetengah tanah yang mereka usahakan di Kinta Selatan merupakan bekas-bekas lombong tinggal yang dahulunya adalah perkampungan Melayu sebelum tanah tersebut dilombong hingga tandus.
Namun kenyataan di bawah yang mungkin sedikit sebanyak memberi angin dingin bagi sebuah isu yang panas. Diharapkan, MB Perak mampu melepaskan dirinya sebaik mungkin daripada disepaktunjal oleh karib kirabat DAP beliau.
Pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada ketua-ketua jabatan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini MB Perak baru , Mohammad Nizar berkata :

Pemberian geran berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan Tanah Negeri Perak dan Kanun Tanah Negara.MB Perak dinasihatkan supaya bersikap berhati-hati terhadap sensitiviti orang Melayu di Perak kerana tiada orang Melayu di Perak yang benar-benar mahukan agenda DAP mencaturi politik negeri sehingga negeri Perak jatuh tergadai.
Beliau merujuk kepada beberapa penduduk yang menduduki tanah terbabit menggunakan geran tanah pemilikan sementara (tol) walaupun sudah tinggal di situ sejak 1948 iaitu sebelum merdeka lagi.