Wednesday, April 22, 2009

Nizar Punya Pasal, Semua Camry Kena Lelong

Utusan Malaysia, Rabu, 22 April 2009

Kerajaan Perak lelong Toyota Camry

IPOH 21 April - Kerajaan Negeri Perak akan melelong 16 kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan pakatan pembangkang sebelum ini.Dalam kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini, lelongan itu akan dibuat dari 4 Mei hingga 18 Mei di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada dari pukul 9.30 pagi hingga 4 petang. Menurut kenyataan itu, kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah. Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606. Semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009. Kenyataan itu turut menyebut, semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar. Malah, kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan becermin gelap yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kemalangan. Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, semua kenderaan itu akan dilelong termasuk kereta rasmi AGS 10 digunakan secara tidak sah oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaludin. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah. Tawaran perlu dihantar sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini.

Ulasan

Agaknya, jika semua Camry itu pulang ke SUK, kereta-kereta tersebut mungkin tak akan dilelong. Tetapi disebabkan AGS10 telah dibawa lari, satu rampasan terhormat akan dilakukan oleh pihak berkuasa dan pihak bank bagi merampas AGS10 yang kini masih dalam genggaman 'Menteri Besar Lama'.

Siapa pula yang meminati AGS10 itu dan berapa tawaran yang akan dibuat. Rasanya, harga AGS10 itu agak mahal dan menarik perhatian penggemar bahan sejarah.

Pun begitu, tunggu dan lihat sahaja sama ada Nizar mahu pulangkan pembelian yang ditandatanganinya itu, atau mahu ditahan ejen tarik kereta di tengah jalan. Bersiap sedialah Unit Amal PAS untuk menterbalikkan trak penunda yang datang 'merampas' harta syarikat kewangan itu satu nanti andai ia terus dibuat harta oleh Nizar.