Isnin, Disember 29, 2008

U Cabul 11(4), I Cabul 11(1). Fair?

Article 11

1. Every person has the right to profess and practice his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.

2. No person shall be compelled to pay any tax the proceeds of which are specially allocated in whole or in part for the purposes of a religion other than his own.

3. Every religious group has the right -
(a) to manage its own religious affairs;
(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and
(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law.

4. State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

5. This Article does not authorize any act contrary to any general law relating to public order, public health or morality.



Ulasan

Pemakaian 'pengembangan agama selain Islam ke atas orang Islam' dalam Fasal 1 Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan jelas sekali memaklumkan bahawa pemakaiannya tertakluk kepada pematuhan Fasal 4 dalam Perkara yang sama. Hari ini, adakah Fasal 4 itu dipatuhi?

Pencabulan ke atas Fasal 4 telah lama berlaku sejak sebelum Perlembagaan Persekutuan dirangka dan sehingga hari ini, ianya masih berleluasa. Ini menunjukkan pengembang propaganda agama bukan Islam telah mencabul Fasal 4 dengan niat dan kaedah yang berbagai. Sekiranya Fasal 4 tidak dipatuhi, hakikat jelas Fasal 5 telah tidak membawa makna.

Sebagaimana Kerajaan Persekutuan boleh menyekat doktrin Al-Arqam terhadap orang Islam walaupun ianya telah mencabul Fasal 3(b) dan 3(c) dan secara jelasnya ianya merupakan bentuk 'religious group' yang mematuhi kesemua fasal dalam Artikel 11. Tetapi peraturan berkaitan Fasal 4 digunapakai sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa dalam usaha mempengaruhi orang lain untuk menikuti mereka. Sebaliknya, mengapakah Rasul Kahar masih belum dijatuhi hukuman? Mengapakah Ayah Pin tidak dapat dikesan sedangkan si penyumpah palsu, Balasubramaniam dapat dikesan pergerakannya.

Mengapakah gereja-gereja di Petaling Jaya bebas menyiarkan di dalam akhbar bahawa pada sekian hari tertentu, mereka mengadakan khutbah Ahad dalam Bahasa Melayu? Sedang dalam urusan yang tidak berkaitan dengan agama, mereka membelakangkan Bahasa Melayu sejauh-jauhnya!

Mengapakah terdapat kumpulan lelaki kulit putih yang berpasang-pasangan , segak dan kemas memakai seluar hitam dan kemeja lengan panjang putih, mencuri-curi peluang untuk berdakwah tentang agama Kristian ke atas orang Melayu Islam?

Jika Fasal 4 dicabuli sesuka hati, JANGAN HALANG sekiranya Fasal 1 turut sesuka hati dengan alasan bahawa Fasal 5 tidak terpakai untuk menghalang pencabulan Fasal 4 dibuat oleh orang bukan Islam.
Apabila Fasal 1 dicabuli, ia akan membawa kembali masyarakat keseluruhannya kepada sistem yang menafikan hak-hak selain dari hak yang wajar diberi kepada golongan majoriti dan golongan yang membentuk negara sejarah negara ini terlebih dahulu.

Tidak seperti Fasal 2 di mana pencabulan ke atasnya memerlukan pindaan perlembagaan, pencabulan ke atas Fasal 1 hanya boleh dibuat dengan perbuatan lahiriah tanpa perlu ada apa-apa garis panduan tanpa perlu ada unsur kekerasan. Ia merupakan balasan terbaik atas perbuatan mereka yang mencabul Fasal 4 dengan teknik yang sama walaupun lebih aggresif.

Ini terbukti dengan hakikat kesungguhan mereka yang mahu Injil dicetak dalam bahasa Melayu (pada sesetengah Melayu Islam, ianya perkhabaran ilmu berkaitan agama wahyu). Selain itu mereka menentang pengharaman penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan God yang digunakan dalam agama Kristian sedangkan langkah itu dibuat bersesuaian dengan Fasal 5 yang mengambil kira huraian Fasal 4 yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk tidak membenarkan sesuatu yang akan mendatangkan mudharat ke atas akidah generasi depan. Di ulangi, GENERASI DEPAN, bukannya generasi hari ini yang galak menegakkan pendapat sendiri yang bersifat gelojoh dan terbuka. Fasal 5 sendiri telah menafikan mana-mana hukum yang mampu menghalalkan kemudharatan akibat ketidakselasaan ini. Apa sangatlah pula kenyataan mereka yang bersifat pendapat semata-mata.

Soal adakah tanpa pencabulan Fasal 4, orang Melayu Islam yang diubah hatinya tidak akan menyatakan hasratnya untuk murtad, bukan isu di sini. Isunya, perlakuan pencabulan Fasal 4 semakin bebas berlaku. Ini memerlukan tindakbalas orang yang mengaku beragama Islam.

Tetapi orang Islam, walaupun majoriti di negara ini, sukar untuk menjadi pemerintah mutlak negara ini walaupun andainya seluruh umat Melayu bersatu, banyak orang bukan Melayu akan menjadi penyokong mereka kerana survival politik dan ekonomi.

Tetapi, orang Melayu segan untuk bersatu, melanggar janji yang dibuat sendiri, berkokok bukan main gah tetapi ekor berlumur tahi, dan paling sedih, tidak pandai bermain dengan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang dipermainkan oleh musuh Islam di negara ini.

Ahad, Disember 28, 2008

Welcoming 1430 H

Warm wishes to all Malaysian that sharing the idea of : we are the only nation that having 4 calendar system with 3 lunatic and 1 gregorian.

The less known fact is, Muslim's days changed when the sun sets down and the Maghrib prayers being recalled. This is quite similar to the Judaism culture which having the day change by the sunset, while the trend of the Christians, that promoted the today's gregorian, days changed by the midnight.

Another interesting fact is, the beginning of hijri new year in a particular year automaticly befall 10 or 11 days earlier than the yesteryear on the gregorian date set. Compare with Chinese lunatic year and Tamil lunatic year, Islamic calendar never add up a 13th month in every 3 years period, which being added to ensure the calendar stick to the yearly seasons.

This history was related to the idea of letting the Muslims to experience various occasion without being related to the seasons. Haj pilgrimage may come in winter and in other time of the rotational span, may be experienced in extream desert summer.

So do the fasting month and all Muslim's major religious festivals.

One might being critical on how Muslims could have an efficient historical record on perodical versus environmental kind of data archiving. But since the rotation will complete in 33 years time, any date of occasions that should it had a neccessity on weather or environmental relativity record, it could be seen in a wider period which is more better to be used in a future projection especially in managing corps, finance, and population.

Whatever it is, each of us here in Malaysia regardless their race and religion, should togather enjoying the new year for Muslims but of course being subjected to a feasible manner of celebrating it.

Muslims might go beyond the Islamic rules but verily, they will feel disturbed if the religion itself being in unbeliever's words of disparage. Can anyone respect the right of being sensitive on things that might be not to others? I can kick any cat's butt if I found them peeing on my car's wheelcap but I just respect the right of being sensitive if I would not commit that in front of SPCA officials. Or I might just utter " Oh! How nice to have my car choosen as their territory!" in wholly hipocrisy.

Anyway, may 1430 brought a cheerful life with an ample grace and a beautiful guide light to the repentant path.

DAP Gambarkan PAS Sebagai Israel

Saya bukan nak menghentam. Tapi jika komen saya dikira sebagai hentaman, itu adalah lebih baik buat mereka kerana ia menunjukkan mesej saya sampai kepada mereka dan mereka akan menganggap kebenaran adalah hentaman yang perlu ditakuti.

Kali ini, saya hendak mengupas satu perkara sahaja. Hubungan intim PAS dengan DAP dan hubungan PENUH RASA TIDAK PERCAYA pihak DAP terhadap PAS yang saya peroleh dari blog DAP Malaysia berhubung kenyataan media Lim Guan Eng pada 15 Januari 2008 yakni lebih 2 bulan sebelum PRU 2008 Mac lalu.

Dalam kenyataan Guan Eng, dia mengkritik Gerakan (sebuah parti pembawa onar) dengan mengatakan DAP bersekongkol dengan PAS bagi menakutkan orang Cina dengan maksud persepakatan dengan orang Islam dari Parti Islam perlu ditakuti.

Dalam siaran ini yang pastinya ditujukan kepada pengundi Cina, Guan Eng menyebut bahawa :
DAP is not surprised that Lim and the entire Gerakan leadership is trying to “fry again the stale cold rice” by alleging DAP’s co-operation with PAS through PKR, even though no such co-operation exists. If Gerakan’s perverse logic holds true, then Malaysia is a close friend and ally of Israel through United States because using Gerakan’s logic, Malaysia has good relations with US whilst US is the main patron and supporter of Israel.

Ini bermakna, Guan Eng menyamakan PAS dengan Israel secara halus. Jika itu belum cukup, bacalah seluruh perenggan itu dan fahami maksudnya. Pemahaman paling cetek pun boleh memberi makna bahawa DAP berpendirian bahawa PAS adalah Israel yang tidak boleh dipercayai, ditangani secara berhati-hati, zalim dan 'tidak boleh ada hubungan diplomatik'.

Kononnya mereka adalah Malaysia, PKR adalah USA (mungkin sebab kebergantungan untuk survival) dan PAS adalah Israel. Perbandingan ini jelas membawa MAKSUD SEBENAR di dalam hati pimpinan DAP berhubung perkara ini. Jika DAP menganggap diri mereka Malaysia dan PAS adalah Israel, mereka boleh berbangga kerana mereka berjaya mengawal 'Israel' di negeri Perak padahal dalam dunia sebenar, Israel adalah negara liar yang buas dan tidak mungkin dapat dikawal.

Orang Cina yang celik fikiran akan mengerti kebenaran DAP bila memperkatakan tentang rektorik integriti dan kesaksamaan. Golongan Cina yang bodoh pula akan menutup mata tentang kecelaruan DAP dalam mengulas 'rumahtangganya' dalam Pakatan Rakyat. Tetapi orang Cina tiada yang bodoh. Ramai yang pandai terutamanya berhubung 'kepura-puraan' memberi sokongan demi survival bangsa dan memperkasakan suara untuk kuasa membuat tuntutan.

Tetapi orang Islam rata-rata GEMARKAN perpecahan. Sedangkan golongan 'paling alim dan pandai' pun menggalakkan perpecahan, apatah lagi lebai jalanan yang hidupnya di surau dan kedai kopi. Meninggalkan salah satu tuntutan agama boleh dianggap meninggalkan semua. Meninggalkan solat Subuh tidak dikira menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam.

Kini, berbanggalah mereka kerana parti Cina yang mereka sayang selama ini membayangkan mereka sebagai Israel. Mengapa disuruh berbangga? Kerana mereka sendiri telah 9 bulan merestui kata-kata DAP dalam semua perkara sedangkan pada mata DAP, mereka adalah 'Israel' yang telah dapat dikawal.

Sabtu, Disember 27, 2008

Solat Tidak Perlu Diutamakan?

Itu hari kata hudud tu satu tuntutan SEPERTI solat kalau dalam Islam ni. Nak bagitau betapa pentingnya diutamakan Hudud Allah di atas muka bumi ini untuk dilaksanakan. Sehingga dibandingkan dengan kewajipan tuntutan solat.

Semalam, katanya Hudud itu bukan perkara yang diutamakan pulak. Macammana pulak ni. Kalau nak disamakan dengan solat, ia tak boleh diletak tepi terlebih dahulu. Tuntutan wajib harus dilaksanakan. Takkan solat boleh dijadikan opsyen bagi keutamaan pulak.

Kata-kata orang PAS memang boleh membawa maksud yang terkhilaf. Sama ada secara sengaja atau tidak, atau bersifat memungut ketul-ketul emas politik dijalanan, PAS tak seharusnya bersusah payah menari-nari ballet sambil memakai jubah.

PAS masih ego dan terus ego.

Jumaat, Disember 26, 2008

Menanti Amaran Lagi?

26 DEC 1995
Ribut Greg - Sabah

300 terbunuh

26 DEC 2003
Gempa 6.6 Skala Richter - Bam, Iran

30,000 terbunuh

26 DEC 2004
Gempa 9.0 Skala Richter - Aceh, Indonesia

250,000 terbunuh di pantai Lautan Hindi

26 DEC 2006
Gempa 7.1 Skala Richter - Taiwan

Asia terputus hubungan internet dengan USA

Khamis, Disember 25, 2008

Berpeganglah Pada Tali Allah !

Dah tak boleh tu tak boleh lah. Demer gagahkan jugak. Tak ada keserasian tu dah memang jelas. Jangan la nak cerita tentang siapa lead siapa.

Dalam Islam, mewujudkan satu bentuk kepimpinan itu wajib. Jika berpakat kerana hendak membuat satu bentuk pemerintahan, perlulah ada yang memimpin dan yang dipimpin.

Bukan nak menghentam, tapi nak mengajar. Sekadar pelajaran penting untuk semua yang beragama Islam dan mereka yang menyokong corak kepimpinan Islam. Terutamanya golongan yang diperlukan seperti mereka-mereka yang arif dalam bidang agama. Mereka ini perlu diselamatkan dari terjerumus ke dalam mahzab politik acuan penentang Islam.

Semua orang tahu, fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk apa jua. Contoh terbaik ialah kewujudan golongan yang bermuka plastik. Di mulut menyokong Islam tapi di hati mahu mempunahkan Islam. Justeru mereka memasang strategi.

PAS terpaksa bergantung kepada Anwar Ibrahim. DAP juga terpaksa berpura-pura bergantung kepada Anwar. Jika Anwar memberi komen yang Islamik dan menentang aspirasi mereka, DAP telah lama bersedia dan tidak pedulikan tentang Pakatan Rakyat.

Harapan DAP kepada Pakatan Rakyat hakikatnya semata-mata untuk menguasai bumi Perak. Tempat kebanyakan pendatang China mendarat kira-kira 100 tahun lalu.

Dengan berkonsepkan pakatan tidak berketua ( walaupun telah jelas, Anwar kepalanya ), ianya merupakan sesuatu yang bercanggah dengan corak kepimpinan Islam.

Jangankan bicara untuk membicarakan soal undang-undang Syariah, nak sebut tentang tambahan masjid dan sekolah agama pun tak akan berani. Kalau sekadar memegang pemerintahan negeri, sudah tentu boleh. Bukankah sedemikian ia seperti Red Indian dapat senapang.

Fikirkan, Kedah yang mutlak diperintah PAS, tidak membawa apa-apa perubahan drastik ke atas pentadbiran Kedah. Ini kerana mereka mewarisi sistem penyampaian terdahulu yang memang memberi faedah kepada kaum majoriti. Contoh tertua boleh dilihat di Kelantan.

Retorik politik Islam yang dibawa sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dalam sistem penyampaian mereka kecuali model bertudung di bilboard.

Tetapi di Perak, kontroversi tak akan sudah melanda. Kaum majoriti berasa terpinggir dengan dasar-dasar baru yang tidak bersifat nasional. Mengapa kerajaan Perak seberani tu? Bukan sebab mereka lebih terbuka. Ianya adalah sebab untuk golongan sosialis Cina memungut kesempatan sebelum tumbangnya mereka nanti. Lima tahun yang terbentang untuk mereka. PAS memberi jalan.

Bukankah bersatu sesama Melayu Islam lebih baik? Yang salah diperbetulkan. Bukan dihina dilukis rupa-rupa ciptaan Allah itu dengan wajah-wajah buruk. Jika dikeluarkan fatwa berhubung perkara inipun mereka nescaya masih berkobar-kobar untuk memburukkan muka manusia. Ini merupakan manifestasi kebencian paling terhina. Ada di dalam PAS.

PAS mungkin merasa mereka tak mampu. Perasaan ini datang sebelum mereka mencuba apa-apa. Dan mereka terus berpegang pada tali Dajal. Yang menggalakkan murtad dan penggunaan ALLAH sebagai nama tuhan Kristian di luar tanah Arab.

Mereka gagal mentafsir apa-apa mengenai sejarah kependudukan yang menentukan survival. Mereka menggunakan Islam sebagai pakaian untuk mereka merebut cita-cita politik. Ikhwanul Muslimin hanyalah sesama mereka. Secara simboliknya, mereka masih mengkafirkan orang Islam yang tidak menyokong mereka.

Apakah 'ganjaran' untuk orang yang memfitnah? Dan apakah ganjaran untuk orang yang menyeru perpaduan Islam? Anda dapat menilai, yang mana satu PAS kejar.

Ahad, Disember 21, 2008

Sedikit Fakta Dari China

Kepada Cina-Cina sosialis yang chauvinistik di negara ini, ada beberapa fakta menarik yang perlu dikongsikan kepada anda dari Tanah Besar China.

1. Chinese terminology for Islamic institutions

Qīngzhēn (清真) is the Chinese term for certain Islamic institutions. Its literal meaning is "pure truth."In Chinese, halal is called qīngzhēn cài (清真菜) or "pure truth food." A mosque is called qīngzhēn sì (清真寺) or "pure truth temple."

Jika di China lagi perakuan boleh dibuat berhubung kebenaran agama Islam itu sendiri, mengapakah anda di sini melayan agama Islam dengan buruk? Jika kononnya anda tidak menghentam Islam tetapi anda menghentam "Melayu", mengapakah anda bermati-matian menyokong "Melayu yang keluar dari Islam"? Anda boleh menipu dengan dolak-dalik anda terhadap pemimpin Islam dari PAS dan PKR yang membutakan mata kerana kuasa. Tetapi anda tidak boleh menipu orang Islam yang dapat menilai hakikatnya.

2. In April 2001, the government set up the China Islamic Association, which was described as aiming to "help the spread of the Qur'an in China and oppose religious extremism". The association is to be run by 16 Islamic religious leaders who are charged with making "a correct and authoritative interpretation" of Islamic creed and canon. It will compile and spread inspirational speeches and help imams improve themselves, and vet sermons made by clerics around the country. This latter function is probably the key job as far as the central government is concerned. It is worried that some clerics are using their sermons to spread sedition. Some examples of the religious concessions granted to Muslims are:

a)In areas where Muslims are a majority, the breeding of pigs is not allowed, in deference to Muslim sensitivities.
b) Muslim communities are allowed separate cemeteries.
c) Muslim couples may have their marriage consecrated by an Imam.
d) Muslim workers are permitted holidays during major religious festivals.
e) Chinese Muslims are also allowed to make the Hajj to Mecca, and more than 45,000Chinese Muslims have done so in recent years.


Jika di Tanah Besar China, larangan membela babi dikawasan majoriti umat Islam boleh dilaksanakan, mengapa di Malaysia anda ini terlalu kelaparan daging babi sehingga tidak mampu menilai sensitiviti orang lain? Bukan sahaja para Cina-Cina rakus seperti anda, malahan Melayu-Melayu yang bersama anda turut bersependapat dengan anda berhubung hak yang ternyata menafikan hak sebahagian yang lain. Malah mereka takut untuk memberi ulasan berhubung isu ini. Tidak perlulah diceritakan cuti umum yang diberikan oleh majikan Cina kepada pekerja Islam jika dilihat kepada waktu rehat tengahari Jumaat yang diberi hanya 1 jam kepada orang Islam oleh majikan Cina.

Kegelojohan sesetengah pemimpin bukan Islam di negara ini sebenarnya mempunyai matlamat tertentu. Ianya bukan sifat sebenar bangsa Cina. Ianya sifat tamakkan kuasa dan kecenderungan mengadu domba, sifat yang mereka warisi dari pemerintah Manchu dari Dinasti Qing yang memecahbelahkan Islam di China dan membunuh berjuta-juta orang Islam di sana pada tahun 1855 sehingga 1877. Bukankah pada detik-detik tersebut, berlaku penghijrahan besar-besaran Cina berwatak Manchu bertocang panjang ke tanah ini yang ditaja oleh Britain yang bersifat dajali? Hampir 70% kaum Cina di Malaysia mempunyai asal-usul dari zaman Dinasti Qing yang dikuasai puak Manchu.



Biarpun mereka menyokong Dr. Sun Yat Sen untuk meruntuhkah Dinasti Qing pada tahun 1911 yang pada masa itu berpengkalan di Pulau Pinang yang mempunyai 70% penduduk Melayu, hakikatnya, mereka telah diserapkan watak anti-Islam yang diterapkan semasa pemerintahan Dinasti Qing. Fakta berikut boleh diambil kira :
The rise of the Qing Dynasty (1644-1911) made relations between the Muslims and Chinese more difficult. The dynasty prohibited ritual slaughtering of animals, followed by forbidding the construction of new mosques and the pilgrimage to Mecca.The Qing rulers belonged to the Manchu, a minority in China, and employed the tactics of divide and conquer to keep the Muslims, Hans, Tibetans and Mongolians in conflict with each other. These repressive policies resulted in five bloody Hui rebellions, most notably the Panthay Rebellion, which occurred in Yunnan province from 1855 to 1873, and the Dungan revolt, which occurred mostly in Xinjiang, Shensi and Gansu, from 1862 to 1877. The Manchu government then committed genocide to suppress these revolts, killing a million people in the Panthay rebellion, several million in the Dungan revolt and five million in the suppression of Miao people in Guizhou. A "washing off the Muslims" (洗回) policy had been long advocated by officials in the Manchu government.
Sesungguhnya banyak perkara akan dibongkar oleh masa. Orang Islam yang gagal mempelajari sejarah dalam negara apatah lagi sejarah luar sempadan dan perjalanan percaturan puak pendajal. Kebanyakan dari PAS dan PKR hari ini semuanya bersifat dipimpin daripada memimpin.

Isnin, Disember 15, 2008

Krisis Thai: Petanda Sebuah Kemelut Di Malaysia?

Para pemimpin politik Malaysia sedang berhadapan dengan satu pertembungan ketamadunan yang kembali meningkat. Antara demokrasi dan feudalisma.

Krisis di Thailand menunjukkan bahawa rakyatnya bebas menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan besar-besaran kerana yakin bahawa tanpa kerajaan yang memerintah, negara dipegang oleh Raja dan tentera.

Mereka menjunjung demokrasi hinggakan pihak yang memprotes, terikut-ikut dengan cara mereka kerana mereka lebih sayangkan raja mereka. Mereka menggunakan suara rakyat untuk jatuhkan kerajaan kerana yakin, institusi tertinggi adalah institusi raja yang diketuai oleh raja mereka sendiri.

Di negara ini, kedapatan ahli politik pro kerajaan yang mempertahankan institusi beraja. Sekurang-kurangnya dari satu nada yang tidak dipercanggahkan. Dikalangan ahli politik pembangkang yang berbangsa Melayu, nada untuk mempertahankan institusi beraja juga kedengaran.

Disebalik dunia Melayu Malaysia, dunia Cinanya menunjukkan ramai yang berdiri dibelakang DAP, sebuah parti sosialis. Sosialis merupakan fahaman yang tidak dimasukkan institusi beraja di dalamnya. Sudah tentulah ia menentang institusi beraja itu sendiri kerana tegaknya fahaman sosialis dahulu adalah kemenangan ke atas sistem feudal yang dibunuh kejam.

Maka kemelutnya ialah Thailand telah menunjukkan satu contoh kepada Malaysia bahawa kononnya, itulah demokrasi terpimpin walaupun Thailand kerugian ratusan juta akibat penutupan dua lapangan terbang setelah dirampas gerombolan rakyat. Di tangan mereka, potret raja mereka.

Di Malaysia, puak yang mahukan kebebasan bersuara, berhimpun dan berdemonstrasi menyerang institusi raja. Puak yang merancang, memperhalusi politik Melayu dan mahukan penghapusan I.S.A mahukan cengkaman kuasa berstrategi.

Yang tinggal orang Melayu yang bergelut dengan politik semburan polis anti rusuhan dan menjerit seperti orang histeria. Sedangkan pemimpin mereka bertukar-tukar strategi antara anti-feudal dan ketuanan rakyat. Ketuanan rakyat sendiri bermaksud demokrasi total berasaskan prinsip kapitalis bertopengkan liberalisasi sosialis.

Yang menjerit nanti juga orang Melayu. Menjerit menyesal. Hilang lagi satu kekuatan. Sebelum ini cengkaman bumi pun makin sedikit setelah tanah sendiri banyak habis terjual, kali ini kerana manipulasi ke atas kuasa yang diberi oleh mereka sendiri kerana mengundi kesatuan tersebut.

Masanya kelihatan sangat hampir.

Ahad, Disember 14, 2008

Apa Hal Lagi PPP Oii!??

Hari ini, Mingguan Malaysia mengarang rencana menempelak PPP, sebuah parti yang hidup atas ihsan BN. PPP dahulunya parti yang kuat dan signifikan terutamanya di Ipoh, kubu kuat parti tersebut. Namun hari ini, ianya merupakan beban buat BN. Ugutan yang dibuat adalah kelakar, syok sendiri dan sangat memalukan.

Apa lagi yang hendak dibanggakan? Jika UMNO mengugut untuk keluar BN, barulah mereka terketar lutut merasakan pokok yang mereka sang komponen ini menumpang teduh, sudah tiada lagi.

Sebab itulah komponen BN suka menyebarkan kepada media bahawa mereka muak, mereka takmahu bertuankan dan tidak mahu konsep siapa memimpin siapa seperti amalan Pakatan Rakyat, terdapat dalam BN.

Tetapi, tindak-tanduk mereka sendiri menunjukkan bahawa mereka masih tunduk kepada UMNO dan akur terhadap kepimpinan UMNO dalam Barisan Nasional. Jika tidak, masakan mereka terus-terusan menyalak dipersada media massa menyanggah UMNO semata-mata. Jika mereka tidak akur terhadap UMNO sebagai tunjang, nescaya mereka akan mengelak dari membuat kepoh berhubung percanggahan mereka dengan UMNO secara terbuka dan hanya membuat bising dalam mesyuarat tertutup.

Berikut merupakan penulisan saya di dalam Forum Utusan Malaysia 31 Julai 2007 bertajuk PPP Terlalu Bermain Kenangan Silam :


ARKIB : 31/07/2007

PPP terlalu bermain kenangan silam

SURAT 2

SEMANGAT setia kawan Barisan Nasional (BN) memang telah lama dijadikan petunjuk keharmonian parti memerintah di Malaysia dalam memperlihatkan perkongsian kuasa antara kaum adalah bukan sesuatu yang mustahil.

Namun, tindakan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas yang mengugut untuk membawa partinya keluar daripada BN merupakan tindakan yang mengundang reaksi besar.

Beliau yang mendesak agar lebih kerusi diberikan kepada partinya pada pilihan raya umum akan datang, kali ini berkelakuan lebih melampau.

Rundingan rasmi belum dibuat, ugutan terlebih dahulu dihebahkan kepada umum. Sebelum ini, M. Kayveas menyanggah seorang pemimpin senior sebuah parti komponen Barisan Nasional dengan cara yang cukup kurang sopan. Kali ini beliau ingin memperlihatkan keangkuhan kepada pucuk pimpinan BN.

Tidakkah beliau sedar bahawa jika bukan atas nama BN, siapakah yang akan mengundi PPP? Parti apakah ini? Siapa pemimpin-pemimpinnya dalam parti itu? Adakah ia diketahui penyokong-penyokong BN yang lain? Jika kami tidak kenal, bila pula kami hendak jatuh cinta? Yang kami tahu PPP, tiada produktiviti melainkan kontroversi semata-mata.

Berhak

Pada pendapat ramai orang yang berhak untuk mengundi parti pemerintah ini, BN tidak memerlukan pemimpin kacang hantu yang pentingkan diri sendiri dan tidak menghormati rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Jangan kerana sikap jelik ini, BN tewas di setiap kerusi yang diperuntukkan kepada PPP.

Walaupun nama pemimpin terdahulunya gah terpampang di jalan-jalan raya terutamanya di Ipoh, ketahuilah bahawa, rakyatlah yang menentukan kesinambungan parti itu hari ini. Jika diikut logik akal, PPP terlalu bermain dengan kenangan silam yang sepatutnya telah menjadi sejarah di muzium politik hari ini.

Berapa keratkah ahli PPP di Ipoh jika dibandingkan dengan MCA, DAP, Gerakan, UMNO dan MIC? Bukankah BN yang membela PPP selama ini. Terlalu lama masa kecederaan diberikan kepada PPP. Seperti biasa, sekali lagi, PPP lupa.

Apakah signifikasi PPP yang telah beliau berjaya bawakan dalam pentas politik negara ini selain daripada ugutan, tuntutan dan sikap tidak kena cara?

Kedengaran kata-kata bahawa PPP tidak memerlukan Kayveas kerana Kayveas bukanlah mempunyai karisma yang besar.

Kepada Kayveas, kotakanlah kata-kata yang diluahkan. Jika hendak keluar, keluarlah hari ini. Tetapi ketahuilah, perkuburan politik menanti PPP seandainya parti tersebut terjun bersama-sama Kayveas dan labu-labunya.

– PENGUNDI MUDA,
Ipoh, Perak.

Jumaat, Disember 12, 2008

Sabah Once Stricken By 6.2 Richter Earthquake


This evening I was trembled by the fact that I found while aviating on the Sabah skyline through Google Earth. A 6.2 in Richter Scale earthquake with 33 km depth had once shook somewhere near Lahad Datu in July 26, 1976, a day before the deadly Tangshan earthquake that resulted in the loss of life of over 650,000 persons in northeast China.

The 6.2 earthquake with such depth should cause mass destruction as similar as the Yogjakarta 2005. But the main reason of this event had not taken into our geographic history is, there is no casualty reported and maybe the tremor hits an uninhabitant region or the destruction is minor due to the rural and underdeveloped environs.

The bothersome fact is that Sabah, is counting days on the next earthquake and the impact on the occurrence then shall be difference with the 1976 earthquake due to the recent development of new structures and facilities. By now, the Ministry of Education should stop shoving down the pupil’s throat with the deceiving fact of “Malaysia is not exposed to the tectonic activities”.

Malay Supremacy ?

Supremacy! What kind of load does this word carries. When all the non-Malay community talking on ‘Malay Supremacy’ which is actually an idiom for ‘Malay as the largest portion of race pie in this country’, a lot of ultra-Malay citizen feel disturbed. The point to ponder on is always the fact that most of non-Malay citizen are not well versed with Malay idioms. This phrase is actually assumed to be figures of speech that contradict the principle of compositionality. Why they did not get it? No thanks to vernacular system adapted.

How about having 90% of Chinese section programs in Cantonese here in this country! We have Hakka, Teochew, Hinghwa, Hainan, Hokkien, Hockchew and we know that the Mandarin is the official Chinese language in Malaysia. Cantonese is widely used at sites, important and prolific meetings of Chinese company, on TV, at pasar malam, at Petaling Street and enforcing all Chinese getting to know Cantonese. It should be noted that although Cantonese is among the oldest language in China, the people of Kwangtung are actually the latter coming to the Peninsula and to date, only represent 23% of the Chinese population. What if we highlight it as “Cantonese Supremacy”?

Also the “Tamil Supremacy” on Indian people in this country. As Punjabi, Malayalam, Hindi, Telugu, Ceylonese was also Indian, do they feel that they are forced to accept the Tamil language is the language of the Indian? If they did not, maybe they are not brave enough to query the reason why Tamil education system is chosen to represent the Indian community. Furthermore, India itself is having Hindustani as the official language. Why don’t the Tamil people give up their ‘supremacy’ that overshadowing the all-Indian rights and start having Hindustani as the language of Indian community?

The answer is simple. The majority is actually brings together the rest into a post-result of racial assemblage which is definitely favoring the largest part of the people. Like Kedah give up the Siamese language, Bugis is not having Bugisian news on telly, Banjar people never have their own newspaper and Javanese are not entitled their own radio station and each of ethnic of East Hindi in this country is answering the call for unity and used Malay Language as their inter-ethnic language. Nothing such Javanese is superior than the Minangkabau or Johor-Riau is better to Kedah. The Malay Language is chosen after Indonesia choosing it and called it Bahasa Indonesia. No ethnic is supreme above the others.

So, when will the “Tamilization” and “Cantonization” will ever end? If that was not a superiority of one over the others, what it was actually is? Instead of dancing on the rhythm of the politic polemics, why don’t they spend more time learning the Malay Language and get their comprehension right on the nature of the language itself that having idioms as the precedence of beautifying the way to address.-END-

Selasa, Disember 09, 2008

Artikel Di Utusan Malaysia 9 Disember 2008

Hari ini, dua ahli Blogger Pembela Negara menulis serentak di akhbar Utusan Malaysia, Selasa 9 Disember 2008. Saya dan Dr. Novandri. Dr. Novandri menulis mengenai hubungan kaum di ruangan rencana dan saya menulis di ruangan Forum mengenai tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Berikut adalah pandangan saya :

Mampukah kita berubah? - Surat 3

SETIAP kali berlaku runtuhan tanah yang memakan korban nyawa dan harta benda, akan riuh segenap lapisan masyarakat membuat spekulasi berhubung punca, akibat dan langkah-langkah seterusnya yang akan diambil. Hakikatnya semua orang tahu, perlaksanaan garis panduan pembangunan di cerun bukit tidak pernah mencapai objektifnya.

Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa baru-baru ini merupakan kejadian yang agak berlainan. Ini kerana, pada kejadian biasa, tanah cerun yang menggelungsur menimbun di lapisan tanah keras yang mendatar dan menimpa serta memusnahkan kediaman di lapisan atas.

Dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu, tebing yang kegagalan menggelungsur dan terperosok ke bawah lapisan atas permukaan tanah. Rumah telah beralih, terjungkit dan pemampatan lapisan atas memusnahkan rumah-rumah kediaman di atasnya. Api terpercik akibat pergeselan tetulang konkrit struktur rumah, dinding rebak dan pecah serta pokok-pokok tumbang satu demi satu apabila rumah-rumah tersebut mula bergerak. Rumput di halaman naik separas bumbung. Mujur apabila berlaku keadaan seperti ini, ramai yang mampu menyelamatkan diri.

Ini mungkin disebabkan tanah di bawah kawasan kediaman tersebut adalah lembut dan tepu kerana menjadi laluan air ataupun tanah tersebut telahpun menakung air sehingga membolehkan runtuhan rebak hingga terbenam ke bawah lapisan permukaan tempat kediaman dibina.

Lapisan batuan mungkin tidak selari dengan paras tanah permukaan akibat kerja-kerja meratakan tanah semasa penempatan hendak dibina.

Keadaan ini membolehkan aliran air bawah tanah untuk melalui bawah penempatan Taman Bukit Mewah menuju ke kawasan yang lebih rendah dimana terletaknya alur semulajadi yang telah tiada. Akibatnya, pergerakan bumi berlaku apabila tiba masa matangnya.

Puncanya jelas disebabkan oleh aliran air bawah tanah yang turun dengan tidak melalui alur semulajadi yang telah diubah dan digantikan dengan longkang-longkang monsun yang bukan berada pada kedudukan asal alur semulajadi tersebut. Akibatnya satu aliran bawah tanah terbentuk mengikut laluan asalnya mengikut pembentukan asal lembah tersebut yang dibina di dasarnya oleh lapisan batuan yang keras.

Lapisan permukaan tanah memang boleh dibentuk oleh jentera dengan proses korek atau tambak. Tetapi lapisan permukaan batuan keras yang menjadi asas kepada lapisan atas ini tetap berada dalam keadaan asalnya.

Apabila tanah dalam keadaan tepu, ia mampu bergerak mengikut tarikan graviti apabila ia melepaskan tenaga pergerakan yang terpendam. Ia boleh berpunca daripada aliran air hujan atau kebocoran paip air, longkang dan sistem pembentungan dalam jangkamasa yang agak panjang.

Dengan kata lain, kejadian yang menimpa 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah sebenarnya menunjukkan ia merupakan satu fenomena buatan yang menunggu masa untuk berlaku pada bila-bila masa di bahagian lain dalam kawasan tersebut.

Tetapi untuk mengatakan pembangunan menjadi punca tanah runtuh mungkin belum cukup tepat kerana terdapat juga tanah runtuh besar-besaran yang berlaku di kawasan bukit-bukau hutan dara yang jarang mendapat perhatian kerana tidak membabitkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Apa yang perlu disebut ialah proses pembentukan muka bumi tidak pernah berhenti dan tanah runtuh sebegini merupakan sebahagian daripada prosesnya sejak jutaan tahun lampau. Cuma kita seharusnya bijak memilih tempat manakah yang sesuai untuk didiami.


-TAMAT-

Ahad, Disember 07, 2008

Pembinasaan Beramaran?

Tolong!! Bumi bergerak!!

KEJADIAN BIASA

A) Tanah yang menggelungsur menimbun di lapisan keras tanah yang mendatar dan menimpa kediaman di lapisan atas. Kematian pasti tinggi.

B) Paras Air Bumi berada pada paras sekata dan stabil di bahagian tanah keras yang mendatar.

C) Pembentukan tanah keras yang mendatar adalah disebabkan oleh posisi lapisan batuan di dalamnya yang mempengaruhi kontur kawasan sekitar.

D) Air bawah tanah mengalir turun dengan laju atau berkumpul menjadi tepu akibat fizikal tanah sekitar yang terdiri dari zarah kasar dan poros, untuk kestabilan pengaruh graviti ke atas air bumi.

KEJADIAN DI BUKIT ANTARABANGSA 6 DISEMBER 2008
A) Tebing yang kegagalan menggelungsur dan terperosok ke bawah lapisan atas permukaan tanah. Rumah akan beralih, terjungkit dan pemampatan lapisan atas memusnahkan rumah-rumah kediaman di atasnya. Api tepercik akibat pergeselan tetulang konkrit struktur rumah yang bergesel, dinding rebak dan pecah serta pokok-pokok tumbang satu demi satu kelihatan apabila rumah-rumah tersebut mula bergerak. Rumput di halaman naik separas bumbung. Ramai yang mampu menyelamatkan diri.

B) Tanah bawah kediaman yang lembut dan poros menjadi laluan air atau telahpun menakung air membolehkan runtuhan rebak hingga terbenam ke bawah lapisan permukaan tempat kediaman dibina.

C) Lapisan batuan adalah condong dan lapisan tanah yang menempatkan kediaman tidak berada dalam kedudukan stabil dan membolehkan pergerakan bumi berlaku apabila tiba masa matangnya sesuatu proses di sesuatu tempat itu.

D) Air bumi mengalir selari dengan lapisan batuan untuk mencari paras air bumi yang stabil dan menghentikan pengaruh graviti yang membuatkan ianya akan terus bergerak ke kawasan yang lebih rendah.

PUNCA?

Mungkin disebabkan oleh aliran air turun tidak melalui alur semulajadi yang telah diubah untuk meratakan tanah. Akibatnya satu aliran bawah tanah terbentuk mengikut laluan semulajadi mengikut pembentukan asal lembah tersebut berdasarkan lapisan batuan. Apabila tanah dalam keadaan tepu, ia mampu bergerak mengikut tarikan graviti apabila ia melepaskan tenaga pergerakan yang terpendam. Ia boleh berpunca dari aliran air hujan atau kebocoran paip air, longkang dan sistem pembentungan dalam jangkamasa yang agak panjang.

Sabtu, Disember 06, 2008

Tanah Hulu Klang Ragut Nyawa Lagi


Kawasan berbukit di Hulu Klang meragut nyawa lagi. Awal pagi tadi, beribu-ribu meter padu tanah menggelungsur dan menghempap banglo-banglo dan menimbus penghuni-penghuninya yang nyenyak tidur di Bukit Antarabangsa, Selangor. Kali ini kira-kira 10 orang tertimbus manakala 14 buah rumah ranap dengan kerugian berpuluh juta ringgit. Apakah Khalid Ibrahim kali ini akan menggunakan alasan " melawat mangsa bencana alam adalah kerja yang merugikan" lagi?

Kali ini mangsa bukanlah rakyat miskin yang rumahnya rosak dipukul angin. Kali ini, mangsa adalah golongan berada yang mampu makan 6 kali sehari.

6 Disember 2008, 9.30 pagi

6 Disember 2008, 9.30 pagi

6 Disember 2008, 9.30 pagi


Berikut adalah petikan dari surat saya yang disiarkan di Utusan Malaysia, 12 Jun 2006 bertajuk Padah tamak, bakhil terhadap pembangunan. Artikel ini ditulis bagi menggambarkan sesuatu yang tidak kena pada manusia yang membelakangkan sesebuah hakikat dalam mengejar keuntungan dan kenikmatan. Peringatan telah kerap diberikan namun tiada pencegahan dilakukan walaupun ia akan sentiasa menuntut korban.:


" KEJADIAN tanah runtuh di Hulu Klang, Selangor dan jambatan runtuh di Papar, Sabah baru-baru ini membuktikan faktor ekonomi telah mendorong manusia untuk menafikan hukum alam. Ini tidak dapat tidak meletakkan dua kejadian ini adalah kesilapan manusia pada peringkat perancangan awal, bukannya kehendak alam semata-mata, yang berlaku atas sesuatu yang direncanakan.

Jika dilihat rekod kejadian tanah runtuh di Hulu Klang sejak tragedi Highlands Tower 12 tahun lalu, seharusnya pihak berwajib sedia maklum akan hakikat bahawa tanah di kawasan Hulu Klang adalah berlainan.

Hal ini disebabkan muka bumi kawasan tersebut berbukit-bukit dan mempunyai tanah yang longgar serta mudah menggelongsor akibat dipengaruhi graviti apabila berlaku aliran air bawah tanah luar biasa berikutan taburan hujan yang tinggi bagi sesuatu tempoh tertentu. Perkara ini turut diakui oleh pakar geologi.

Maka sepatutnya, kawasan seperti ini tidak perlu dibangunkan langsung atas sebab-sebab keselamatan dan secara tidak langsung, warisan hijau di kawasan tersebut terpelihara. Namun, kerana nilai hartanah yang cukup tinggi di kawasan tersebut, termasuk tarikan pemandangan kota yang turut menjadi faktor tambah nilai hartanah kawasan tersebut, ia dibangunkan.

Kesannya, rentetan tanah runtuh di Hulu Klang tidak mungkin terhenti selagi hujan menyirami muka bumi Kuala Lumpur yang merupakan kawasan kedua terbasah di pantai barat Semenanjung selepas Taiping. Hanya penyaliran air bawah tanah yang efektif dapat mengurangkan risiko tanah runtuh di Hulu Klang.

Namun, ia tidak mungkin terlaksana dalam masa terdekat akibat faktor ekonomi, kerenah birokrasi serta pembangunan sedia ada."


Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan pemilik-pemilik rumah di Bukit Antarabangsa yang menjadi mangsa pengabaian manusia terhadap alam sekitar ini.

Jumaat, Disember 05, 2008

Enggan Diperbetulkan?

Kita tahu Rashid Maidin, Shamsiah Faked dan Abdullah CD bukannya komunis lahanat. Tetapi mereka dicap sebagai anggota gerila tersebut lalu mengangkat senjata menubuhkan unit Melayu dalam PKM.

PKM berjaya dikekang dari mendapat tempat dalam politik tanah air. Pemimpin haluan kiri Melayu ini diberikan senjata oleh PKM pimpinan Ching Peng untuk berjuang di bawah panji-panji komunis. Keterpaksaan membuatkan mereka lari ke dalam hutan dan memakai topi Bintang Tiga walaupun hati mereka teguh berkata, bukan ini yang mereka perjuangkan.

Tetapi, hari ini, para pengikut haluan kiri menubuh kesatuan. Kesatuan yang tidak pernah wujud hatta sehingga sehari selepas setiap rakyat yang layak memilih, berhimpun membuat undian. Rakyat ditipu melalui pintu belakang. Pejuang Islam dan pejuang kandang khinzir bersatu menentang parti nasionalis Melayu Islam. Rakyat terpinga-pinga.

Kesepakatan mereka bukanlah satu paksaan seperti yang berlaku pada unit Melayu PKM. Mereka bersepakat atas dasar yang satu. Menumbangkan pemerintah yang telah 53 tahun memimpin.

Pemimpin berhaluan kiri yang enggan bekerjasama dengan komunis menyelamatkan diri ke Indonesia. Di sana, sebuah negara yang mutlak di bina oleh rakyat telahpun merdeka. Mereka mati di dalam negara tersebut dan menjadi pejuang nasional dalam buku-buku sejarah Indonesia sehingga rakyat berpelajaran di sana mencemuh Malaysia sebagai negara boneka.

Kesepakatan Melayu dan Cina dalam PKM yang dihalau ke sempadan atas, berkiblatkan Kuomintang. Perjuang asimilasi yang terbuang keluar sempadan bawah, bertekadkan sebuah negara Nusantara Raya.

Yang tertinggal membikin negara adalah umat yang tidak tahu apa, yang dipimpin oleh seorang anak raja yang tahu segalanya. Rakyat disogok sebuah cita-cita membina sebuah negara merdeka dengan tergesa-gesa. Lalu mereka membuat keputusan yang akhirnya membawa musibah kepada generasi muda di hari muka. Pembetulan sukar dirangka, kemusnahan mudah untuk kunjung tiba.

Hari ini, apabila sebuah pembetulan diilhamkan, tentangan diterima sungguh besar. Peluru dilepas bertalu-talu walaupun acapkali tersasar. Bangsa Malaysia terbahagi tiga. Bila dua bersatu menjadikannya dua. Sebilangan yang satu menyertai yang dua melacurkan diri dalam memungut kuasa. Akhirnya, sebuah pembetulan dinyah-upaya. Bangsa asal tiada berdaya. Hanya sebuah penyatuan yang merubah segalanya.

Khamis, Disember 04, 2008

Oh Malaysiaku!

" Mak.. nak pergi taman mainan "
" Nak pergi dengan siapa? "
" Ah Yee, anak Aunty Chin "
" Hah. Pergi lah. Jangan dok bergaduh"

" Mummy aa.. I want to go to playground "
" With who? "
" Amir, Macik's son! "
" No! Don't mix around with Malay! I dont want you to be Malay! "


TAMAT

Rabu, Disember 03, 2008

Buang Zaid, Buang Arif Sama?

Kerajaan Pulau Pinang menawarkan Arif Shah atau nama Cinanya AH LI JIA, jawatan Timbalan Ketua Menteri I jika Ah Li Jia menyertai mereka. Mengapa tidak Ketua Menteri terus? Rasisnya mereka!

Jika Zaid Ibrahim telah berjaya dibuang dari UMNO, pertimbangkan untuk buang Arif Shah sama SEKIRANYA didapati dia berfikiran seperti Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim tidak mahu keluar UMNO. Dia mahu UMNO membuangnya.

Ketahuilah bahawa kedua-duanya merupakan mereka yang dikehendaki pihak Pakatan Rakyat. Aspirasi mereka MUNGKIN sama. Mahu bersama-sama Pakatan Rakyat. Sama ada kerana polisi mereka, atau demi poket mereka, belum siapa pun tahu.

Hakikatnya, kedua-duanya memang tidak diperlukan oleh Melayu Islam di Malaysia. Zaid boleh meruntuhkan sistem undang-undang Islam manakala Ah Li Jia tidak mempunyai jiwa di alam Melayu.

Ramai lagi jaguh Melayu ala Lim Kit Siang, Chua Soi Lek, Koh Tsu Koon, Ong Tee Keat, Gobalakrishnan yang belum mendapat tempat dalam arena politik tanah air. Nantikan kehadiran mereka. Untuk itu, keluarkan yang mana tidak perlu terlebih dahulu.

Panas Punggung

Kit Siang mula 'panas punggung'. Kononnya kenyataan Mukhriz adalah antara 4 perkara yang tidak diberikan imuniti dalam Dewan. Tetapi dia lupa bahawa Mukhriz membuat kenyataan di luar Dewan. Kit Siang mula tertampar oleh puputan bayu perkauman yang selama ini dimanipulasi olehnya untuk 'kepentingan kaum yang diwakilinya'. Pelik. Apakah memperjuangkan 'kepentingan kaum yang diwakilinya' itu tidak dinamakan RACIST?

Lim said that racial polarisation was not being caused by vernacular schools but by “divisive national policies.” - The Star ..But Uncle aaa... Isn't vernacular school is one of the "divisive national policies" ??????????... you are senile la uncle oiii! Blah la!

Raja sendiri menyampah dengan Kit Siang. Lim Kok Wing pun boleh dapat Tan Sri. Siapa yang teringin nak bagi Kit Siang apa-apa gelaran hatta sebutir pingat? Adakah orang yang dibenci raja-raja Melayu akan 'suka' dengan istitusi beraja negara ini?

Sekarang adalah masa terbaik untuk mendiamkan para PEMANIPULASI isu yang mencari jalan memanipulasi Perlembagaan bagi meraih sokongan dan memegang tampuk pemerintahan dan meminda perlembagaan.

Sekolah Cina, sekolah Tamil adalah 'taboo' mereka seperti Ketuanan Melayu yang mereka sentuh sesuka hati. Tapi, kerajaan negeri Perak, memberi tanah lagi untuk sekolah Cina. Taboo mereka dijaga. Taboo sendiri pergilah mati.

MELAYU ISLAM dalam PKR dan PAS sebenarnya dilihat TERPAKSA berdiam diri mengenai isu ini. Penentangan terhadap 'PENGUASAAN MELAYU ISLAM' ke atas negara ini adalah kisah UMNO lawan DAP/MCA/MIC/GERAKAN. Mereka menentang UMNO kerana memperjuangkan MELAYU, bukannya ISLAM. Tetapi mereka tidak pandai melihat PERLEMBAGAAN NEGARA INI. Setiap Melayu adalah Islam. Belum jelas lagi? Mintak lah tolong DAP perjelaskan.

Untunglah DAP apabila mereka memperoleh sekutu seperti PAS dan PKR. Ini kerana mereka ini tidak pedulikan PERLEMBAGAAN dan maka dengan itu, berpegang kepada kepandaian mengenai perlembagaan yang hanya diserahkan kepada DAP, DAP mudah memimpin MELAYU ISLAM ini.

Akhirnya, LEBAI MALANG akan terlepas tanah, PAK PANDIR akan meratap kesal, SI KITUL akan membunuh diri. MALANGNYA, MEREKA BELUM LAGI SEDAR.

Pandangan Blog Ini Mengenai GGMM

GGMM telahpun menjawab Resolusi BPN 5/08. Tiada apa yang perlu dirasakan wajar atau pun tidak. Apa yang dilakukan oleh GGMM adalah kehendak pihak GGMM. Penulis yang sebangsa dengannya tidak dapat tidak, bersetuju dengan tuntutan GGMM walaupun bahasa apa yang digunapakai. Melayu atau Cina.. halus atau kasar.

Mereka yang menentang keempunyaan negara ini pun bertelagah dalam bahasa yang berbeza, namun mereka BERSATU sebagai sebuah pihak yang MENENTANG. Yang mengutuk hina bangsa Melayu bercampur mesra dan bersatu dengan mereka yang memuji dengan penuh konspirasi.

Tiada salahlah bagi blog ini, atau mana-mana blog sekalipun dalam blogosphere ini yang mempertahankan keempunyaan negara ini seperti yang dipersetujui DATUK NENEK para PENENTANG ini, untuk BERSATU dan saling menyokong.

Sebagai pihak yang BERSATU, perlulah kita saling menasihati dan andai kata NASIHAT tidak diterima, tida sebab untuk memutuskan PENYATUAN INI. Perjuangan perlu diteruskan.

GGMM juga boleh terus menjayakan.

Isnin, Disember 01, 2008

Resolusi BPN 5/08 : Isu GGMM Dan Pendirian BPN

Isu GGMM dan pendirian BPN

1. BLOGGER PEMBELA NEGARA bersetuju dengan tindakan Gerakan Graduan Muda Mahasiswa mengambil tindakan tegas berlandaskan undang undang terhadap pihak yang menentang ketuanan Melayu sebagai tuan asal negara Malaysia. Selagi ia berlandaskan undang undang dan tidak mencemarkan keharmonian negara Malaysia yang didiami oleh pelbagai bangsa

2. Ahli BPN disarankan meletakka logo dan link GGMM sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu Islam ini dari dinodai oleh mana mana pihak

3. BPN akan menjadi badan tidak rasmi bagi mempromosi segala aktivit GGMM dan kerjasama ini akan dijayakan oleh semua ahli ahli di dalam BPN termasuk yang bertaraf pemerhati di blog mereka melalui usul dalam resolusi sidang maya.

4. Memandangkan Melayu merupakan bangsa yang menitikberatkan budi pekerti dalam berbahasa, BPN memohon agar pihak jawatankuasa tertinggi GGMM mengulas mengenai sebuah blog yang menggunakan nama GGMM di mana ianya telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak kerana kandungannya yang agak keterlaluan.

5. GGMM perlu membuat penambahbaikkan blog rasmi mereka sejajar dengan reputasi GGMM sebagai wakil graduan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan Visi dan misi perjuangan GGMM perlu diperjelaskan bagi memantapkan gerakan penuh berani dan bijaksana selari dengan budaya bangsa

6. Ahli BPN disarankan dan digalakkan menyertai tindakan dan aktiviti yang digerakkan oleh GGMM yang berteraskan dan berpaksikan menjaga nama baik bangsa dan agama di bumi melayu yang bertuah ini manakalan GGMM pula akan menggalakkan ahli ahlinya membantu BPN di alam siber ini bagi menjadikan agenda menjaga ketuanan agama dan bangsa tetap terpelihara dan berjaya dengan satu suara yang bersepakat dan muafakat.Ia akan menjadikan BPN dan GGMM saling melengkapi antara satu sama lain di dalam menjadikan perjuangan lebih kemas dan fokus kepada arah yang sama walau di alam yang berbeza.

Tahniah Mukhriz! Anda Berani!

The Star, Monday December 1, 2008 MYT 4:44:00 PM

Mukhriz: Scrap vernacular schools, one system for all

By SA’ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: Umno Youth chief aspirant Datuk Mukhriz Mahathir has called on the Government to abolish the vernacular school system as a means to enhance unity among people of various races.

He said a single school system was the only way to check the racial polarisation that was getting out of control in the country.

“The government should consider introducing only one school system with Bahasa Malaysia as the medium of instruction, except for Science and Mathematics which are already being taught in English.

“Of course, pupils should then be given the option to study their mother tongues. Under this system, the Malays will also have the option of studying other languages like Mandarin and Tamil and this will further boost unity among them,” he told reporters at Parliament House on Monday.

The Umno Youth exco member said it was time for Malaysia to do away with the dual school system, which was practised by only a handful of countries in the world, as it had contributed to the problem of disunity in the country.

He said over 99% of countries in the world practised a single school system.

He expressed hope that leaders of Barisan Nasional component parties would not take his suggestion in a negative light as it was only meant as a suggestion to resolve, once and for all, the problem of racial polarisation affecting the citizenry.

“If they reject this suggestion, then they should explain why they are against it. How is it possible for them on one hand to talk about unity and question Malay rights, while on the other hand still insist on having a different school system for their race?

“If you want equal rights then you cannot have a different school sistem. You cannot have your cake and eat it too,” he added.

He also urged all parties to stop harping on issues that could create tension among Barisan component parties, including on the issue of Ketuanan Melayu or Malay supremacy.

Lately, he said, there were many statements made by leaders of component parties that had the potential to create anger among the Malays and Umno members.

“If they insist on making statements on that issue, then do not be surprised if the Malays start talking about the economic supremacy of the non-Malays.

“Despite all that has been said on the issue of Malay supremacy, the Malays do not feel in any way superior or the master when it comes to the country’s economy,” he said.

Ulasan

Tahniah Mukhriz Mahathir kerana membawa cadangan ini ke arus perdana. 'This is the reason why' kami menyokong anda selama ini untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sekolah aliran vernakular wajar DIHAPUSKAN bagi menjadikan semua bangsa di negara ini terasimilasi menjadi satu bangsa yang sama rata. BAHASA MELAYU perlu dimartabatkan dan BAHASA LAIN boleh menjadi pilihan sampingan proses pembelajaran. Ini bermakna hanya SATU ALIRAN SISTEM PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA. SEKOLAH KEBANGSAAN!

Jangan menyalak pada KETUANAN MELAYU andai anda sendiri tidak faham peribahasa 'DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG'. Seperti yang diulas Mukhriz, benar, jangan hairan jika polemik menyanggah KETUANAN MELAYU ini berterusan, orang MELAYU akan menyampah lalu akan mula MEMPERTIKAIKAN penguasaan EKONOMI kaum Cina.

Siapa kata KAUM CINA tidak memonopoli ekonomi negara ini? PIHAK MANAKAH yang membantah dan sentiasa cuba menggagalkan usaha untuk menubuhkan KONSORTIUM PEMBEKAL BARANG MENTAH BINAAN BUMIPUTRA melalui sistem francaisi satu ketika dahulu?

Sabtu, November 29, 2008

Apabila MCA Memalu Gendang

Kenyataan Chua Soi Lek yang kemudiannya digemakan oleh Chew Mei Fun merupakan 'rahmat' tersembunyi bagi umat Melayu Islam di negara ini. Pada titik ini, ramai yang berpendapat bahawa apa yang diutarakan oleh Zulkifli Noordin merupakan satu amaran awal tentang situasi masa depan politik Melayu yang beliau ingin lihat.

Chua Soi Lek yang baru 'dimaafkan' oleh penyokong MCA setelah salah laku seks yang membuatkan seluruh negara berceritakan tentang 'anunya', hari ini tidak menghalakan senapangnya ke atas 'pembunuh upahan' yang cuba membunuh karier politiknya dahulu, tetapi berasa teruja untuk memainkan isu ketuanan Melayu yang pada kaca matanya dan sebahagian besar penyokong MCA yang lain, merupakan isu lapuk yang telah ditelan zaman.

Memang isu lapuk tetapi zaman tidak sanggup untuk menelannya kerana ketuanan Melayu hakikatnya hanya akan hilang setelah setiap seorang dari 27 juta penduduk negara ini menjadikan Melayu sebagai bahasa utama antara keluarga, antara masyarakat dan antara ras dan etnik yang berbagai dan tamatnya pendidikan dan media vernakular di negara ini, dan mewujudkan satu aliran kebangsaan yang tidak dipandang dari penulisan rakyat melalui bahasa Cina atau Tamil kecuali BAHASA MALAYSIA.

Tetapi, lihatlah bahasa apa yang penuh di dalam blog Chua Soi Lek.

Seperti orang Kedah yang meninggalkan bahasa Siam, seperti orang Jawa yang fasih berbahasa Melayu, seperti etnik Banjar yang tidak mempunyai sekolah aliran Banjar, seperti Bugis yang tidak pernah melihat berita dalam Bahasa Bugis di TV, begitulah hakikat yang membuatkan tiada mana-mana bangsa yang menjadi tunggak di antara etnik-etnik ini. Keseluruhannya telah terasimilasi menjadi satu bangsa. Bangsa Melayu Islam.

Ketuanan Melayu masih relevan jika dilihat pada apa yang dihasilkan sejak 'para penghijrah' ini memutuskan untuk bermestautin di rumpun Melayu. Selagi ada perbezaan bahasa dan budaya nasional, selagi itulah 'penduduk asal' akan mengatakan bahawa merekalah tunggak / ketua negara tersebut.

Paling bagus mengenai dasar orang Melayu, yang mungkin boleh diterjemahkan sebagai paling malang, ialah apabila mereka mengambil sikap tidak memaksa 'para penghijrah' ini untuk menerimapakai budaya nasional yang berpaksikan kepada ciri-ciri bangsa asal.

Walaupun telah diketahui umum bahawa puak Thai telah merampas kebudayaan Siam, tetapi mereka telah melakukan paksaan lebih awal yakni pada tahun 1930an selepas dasar migrasi diperketatkan di Malaya untuk menjadikan semua kaum bukan penduduk asal untuk membuang ciri-ciri mereka dan mengadaptasi cara hidup Siam di bawah Perdana Menteri Pibul Songgram yang mendapat restu rajanya.

Akibatnya, rusuhan anti-Cina berleluasa dan premis-premis Cina dibakar malah tidak sedikit orang Cina di Siam pada ketika itu dibunuh akibat sentimen yang terhasil. Pada tahun 1939, Pibul Songgram membuang nama Siam pada negara tersebut dan menggantikannya dengan THAILAND walaupun umum mengetahui bahawa kaum Thai hanyalah salah satu etnik dari berpuluh-puluh etnik di bawah Empayar Siam.

Hari ini, semua rakyat Thailand menjadi satu bangsa walaupun berlatarbelakangkang etnik berbeza. Chuan Leekpai, Thaksin Sinawatra dan Somchai Wongsawat yang berbangsa Cina mampu memanjat tangga politik menjadi Perdana Menteri Thailand. Mereka hanya berketurunan Cina tetapi berbangsa Thai; yang merupakan hasil dari 'pengsiaman' bangsa Cina 70 tahun lalu dan diberi label Thai.

Sekiranya Cina di Malaysia ditempatankan dahulu, sudah tentu isu ini tidak akan timbul malah istilah 'hak-hak istimewa' Melayu mungkin tidak wujud.

Hari ini, dalam dunia serba moden, orang Melayu tidak berhak untuk memaksa 'kaum penghijrah' ini untuk berasimilasi TETAPI kaum-kaum inilah yang perlu mengambil inisiatif untuk mengikut langkah mereka yang seketurunan di Indonesia, Filipina dan Thailand.

Selagi adunan BANGSA MALAYSIA seperti Thailand, Indonesia dan Filipina tidak berlaku di negara ini, selagi itulah penyanggahan atas Ketuanan Melayu akan dikira sebagai TIDAK RELEVAN dan akan diterjemahkan sebagai BERNIAT JAHAT.

Seharusnya gendang yang dipalu oleh pemimpin MCA ini perlu disahut oleh orang Bumiputra keseluruhannya dengan mengutarakan persoalan : MENGAPA ALIRAN KEBANGSAAN DITERIMA OLEH SEMUA SUKU KAUM DI MALAYSIA KECUALI CINA DAN INDIA APABILA WUJUD UNSUR VERNAKULAR DALAM KEHIDUPAN KESELURUHAN RAKYAT MALAYSIA. Bukankan Cina dan India itu hanya 2 DARI 27 etnik yang menjadi rakyat Malaysia? Mengapa mereka terlalu dimanja?

Resolusi BPN 4/08 : Isu Ketuanan Melayu Islam

Resolusi BPN 4/08 : Isu Ketuanan Melayu Islam

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.

Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :

1. Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan Melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu. Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.

2. Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.

3. Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.

4. Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.

5. Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.

6. Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.

7. Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamat di Malaysia.


Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.

Che Moq
Setiausaha I BPN

Jumaat, November 28, 2008

Siam Itu Islam ?

Berikut adalah persoalan yang agak misteri yang perlu dirungkai oleh bangsa kita:

1. Mengapakah terdapat banyak penduduk Islam berhampiran Ayuthia, pusat pemerintahan beraja Thailand?

2. Mengapakah Perdana Menteri Thailand, Pibul Songram menukar nama negara Siam kepada Negara Thai pada tahun 1934?

3. Mengapakah ramai Melayu Kedah bertutur bahasa Siam sebagai dialek daerah dan diperturunkan ke anak cucu?

4. Mengapakah Monggol tidak menyerang Semenanjung sedangkan mereka menggodam seluruh pelusuk Asia termasuk Jawa?

5. Mengapakah Anna dihantar untuk mengajar Mongkut si Raja Thai Buddha?

6. Mengapakah China mempunyai hubungan baik dengan Siam dan Melaka walaupun kononnya Melaka dilanggar Siam dan solah-olah Melaka dan Siam adalah bermusuhan?

7. Siapakah Long Jaafar yang sebenar dan apakah kaitan beliau dalam Kesultanan kedah dan Perak?

Segala persoalan tersebut mungkin boleh terjawab dengan anda sendiri meluangkan masa untuk meneliti isi kandungan blog Benua Islam Siam Kedah yang mendedahkan banyak jawapan kepada persoalan ini.

Khamis, November 27, 2008

Resolusi BPN 3/08 : Isu Fatwa & Campurtangan NGO Bukan Islam

Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa dan
Isu berhubung NGO anti Islam di Malaysia



Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..

Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.

Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.

Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama

Resolusi Keempat : Kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.

Resolusi Kelima : Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.

Rabu, November 26, 2008

Sejarah Patani : Satu Iktibar

Patani merupakan sebahagian dari alam Melayu yang kini berada di dalam wilayah Thailand. Tulisan mengenai Sejarah Patani oleh Nik Anuar Nik Mahmud sepatutnya menjadi bacaan kita kerana pemahaman seluruh umat Melayu terhadap sejarah Patani adalah dituntut bagi memastikan kita mengetahui bagaimana sejarahlah merupakan guru paling berguna untuk kita merancang masa depan. Untuk bacaan seluruh buku tersebut dalam paparan internet, sila klik Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785 - 1954

Berikut adalah petikan dari buku tersebut :


Justeru, pada pagi Jumaat 21 Februari 1902, Phya Sri Sahadhed, Timbalan Menteri Dalam Negeri, telah menghantar telegram kepada Tengku Abdul Kadir memberitahu bahawa beliau akan sampai ke Patani pada petang itu.34 Lebih kurang pada pukul 3 petang seorang pegawai Siam telah datang ke istana raja Patani di Cabang Tiga dan meminta baginda datang ke kediaman Timbalan Menteri Siam itu. Sesudah menunaikan fardhu Asar Tengku Abdul Kadir dengan diiringi oleh 20 orang pengiringnya telah berangkat ke kediaman Timbalan Menteri itu yang dikawal rapi oleh 100 orang askar Siam (Straits Times 12 Mac 1902).

Phya Sri meminta Tengku Abdul Kadir masuk ke biliknya. Selepas itu beliau mengeluarkan satu dokumen mengenai peraturan pentadbiran untuk mentadbir Tujuh Wilayah bagi Tahun 1902, membacanya dan kemudiannya meminta Tengku Abdul Kadir menurunkan tandatangan. Tengku Abdul Kadir enggan menurunkan tandatangannya sebelum beliau berunding dengan Menteri Besarnya yang ketika itu berada di Bangkok. Baginda tidak mahu lagi mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan oleh beliau pada masa lalu. Phya Sri terus memaksa Tengku Abdul Kadir menurunkan tandatangan dengan memberikan tempoh selama 5 minit. Sekiranya baginda gagal untuk menandatangani dokumen itu, beliau akan memecat baginda dan melantik Kooday atau Raja Pitay, salah seorang anggota majlis negeri Patani yang pro-Siam, sebagai Raja Patani. Perlu diingatkan bahawa Raja Pitay adalah salah seorang pembesar tempatan yang telah menandatangani dokumen yang dikemukakan oleh Phya Sri dalam majlis perjumpaan Raja-Raja Melayu di Nongchik dahulu (Davies 1902, 26).

Bagaimanapun Tengku Abdul Kadir masih enggan mengikut arahan Timbalan Meneri Siam itu. Dengan berbuat demikian bererti bukan saja baginda telah menyerahkan Patani kepada kerajaan Siam tetapi juga membiarkan rakyatnya terus ditindas oleh pihak berkuasa Siam. Akibatnya,Tengku Abdul Kadir telah ditangkap (Straits Times, 12 Mac 1902).

Melihat keadaan ini, pengiring-pengiring baginda cuba membebaskan Tengku Abdul Kadir dari tahanan pihak Siam, tetapi atas nasihat baginda mereka tidak melakukannya. Tengku Abdul Kadir berpendapat tidak ada gunanya membiarkan rakyatnya bertumpah darah kerana telah diketahuinya kekuatan orang-orang Patani pada masa itu terlampau kecil. Tengku Abdul Kadir telah dibawa ke Songkhla untuk ditahan.

Beberapa hari kemudian, Phya Sukhum, Pesuruhjaya Siam, telahmenangkap pula Tengku Samsuddin, Raja Rangae dan Tengku Mutalib, Raja Teluban. Mereka juga telah dibawa ke Songkhla (Tej Bunnag 1977, 153). Selepas dibawa ke Songkhla, Tengku Abdul Kadir dan Raja-raja Melayu lain di bawa ke Pitsanulok. Baginda telah dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun di atas kesalahan ‘mengingkari perintah’ Raja Siam. Pada 6 Mac 1902, Tengku Abdul Kadir dengan rasminya telah dilucutkan jawatannya sebagai Raja Patani (Davies 1902, 27).35 Pihak Siam telah melantik Raja Pitay atau Kooday, anak sepupu baginda, sebagai Pemangku Raja. Davies, seorang wartawan akhbar Singapore Free Press, mengatakan ‘Raja Pitay is an old man of over sixty years of age and was the nephew of the Tengku Besar’. Di dalam pentadbiran baru itu, kerajaan Siam mula melaksanakan reformasi pentadbiran di Patani.

Dengan itu berakhirlah pemerintahan keluarga Tuan Besar di Patani yang telah memerintah negeri itu selama 60 tahun. Tahun masehi 1902 adalah tahun yang malang sekali di dalam sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Patani’. Dengan kejatuhan itu, maka ‘terhapus hak pertuanan orang-orang Melayu atas negeri Patani, tergadai semua hak kebebasan dan kemerdekaan mereka kepada Raja Siam’.

Laporan Sidang BPN 1/08

LAPORAN PERSIDANGAN MAYA
BLOGGER PEMBELA NEGARA
KALI KE III ( 3/2008 )
SELASA 24 NOVEMBER 2008



Sidang Parlimen Blogger Pembela Negara ( BPN )semalam telah dihadiri seramai 17 peserta termasuk pemerhati. Jumlah ini menyamai rekod sebelumnya dan ada yang hadir merupakan buat kali pertama.

Sidang yang sepatutnya membahaskan tajuk Hudud antara arah PAS dan sikap UMNO ditangguhkan oleh majoriti memandangkan ahli merasa ia satu tajuk yang berat dan memerlukan masa yang banyak untuk mengkajinya.

Semakan terkini bagi blog ahli baru yang mendaftar boleh dilihat di senarai blog induk BPN atau di blog Speaker Dewan Parlimen Blogger iaitu Panglima Perang Cyber…

Berikut antara agenda yang telah dibincangkan :

1. Logo diterima sebulat suara dan turut dihadiri perekanya iaitu Desperado Blogger Pilihan Anda, namun keputusan berubah kemudiannya apabila Dr Novandri Blogger Minda Intelek mencadangkan untuk mengubah kedudukan keris dan juga saiz. Ahli lain turut sependapat dan mencadangkan untuk warna yang lebih terang lagi.

Serta dimasukkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam logo seperti komen SangTawal dalam blog Penembak Tepat . Cadangan ini harapnya dibaca oleh Desperado dengan hati terbuka dan sedia berkhidmat demi negara.

2. Desperado juga dilantik mengetuai Biro Multimedia bagi menjadi pakar rujuk kepada permasalahan IT para ahli BPN..Memandangkan kemahirannya di dalam bidang tersebut.

3. Selendang Delima seorang peserta bertaraf Senator ( kerana tidak ada blog ) turut dilantik sebagai Biro Promosi pasukan BPN ini.

4. Sumandak Bayu dipilih sebagai Exco Negeri Sabah. Yang lain belum ada cadangan dan perlantikan lagi setakat ini.

5. Semua besetuju agar ahli ahli memberi laporan melalui Yahoo Messenger kepada Penembak Tepat selaku Speaket Dewan jika mereka menemui blog yang membuat fitnah atau menghasut untuk tindakan lanjut.


Seterusnya beliau akan membuat pengumuman kepada pasukan untuk buat tindakan sewajarnya samada digerakkan pasukan untuk menjawab kembali di blog ahli dengan membuat artikel atau memberi komen penjelasan beramai ramai di blog tersebut.

6. Ipoh Malay cadangkan dibuat hari tertentu untuk bahas sesuatu tajuk dan juga dibuat nombor untuk setiap resolusi seperti 3/08 untuk rujukan.. Dicadangkan hari Isnin Rabu dan Jumaat untuk perbahasan. Hari lain untuk perbincangan tentang organisasi BPN..

7. Abang Tuah telah dilantik sebagai Biro Etika dan Tatacara bagi mengawal etika blogger BPN agar sentiasa mengikut lunas undang undang negara Malaysia.

8. Dr Novandri dilantik menjadi Penasihat Blogger Pembela Negara dan Panglima sedang menunggu persetujuan beliau…Jika tidak calon lain akan dipilih.

9. Biro Akhbar dicadangkan kepada sidang dengan melantik Ipoh Malay yang sering menulis kepada Utusan Malaysia sebelum ini dan sering juga disiarkan artikelnya di sana.

10. Speaker ( Penembak Tepat ) juga dipersetujui untuk membina Yahoo Group bagi memudahkan edaran email sesama anggota BPN bagi melicinkan lagi gerak kerja semua dalam memerangi musuh negara.


Itulah antara hasil permesyuarahan ahli Parlimen Bloggers dan semoga ia akan menjadi asas kepada pergerakan ini untuk terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH dalam memberi manfaat kepada Agama Bangsa dan Negara.

Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Panglima Perang Cyber
Siap pada Jam 3.54 pagi Hari Rabu 25 Nov 2008

Selasa, November 25, 2008

Ramasamy Profesor Sampah!

Saya pernah menulis di ruangan Forum Utusan Malaysia melalui artikel "Kit Siang tidak faham isu kakitangan awam" pada 28 Mac 2006 berhubung isu pengisian penjawat awam oleh kaum bumiputra yang didawa Kit Siang sebagai perbuatan kerajaan meminggirkan peluang bangsa-bangsa lain untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Malangnya, hari ini, seorang profesor Tamil yang mencari populariti, atas platform DAP, atas kapasiti Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, membangkitkan isu tersebut dengan perspektif mensensasikan isu dengan cara berbahaya. Siapakah yang lebih bersifat perkauman?

Ramasamy sepatutnya melihat pecahan kaum dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yakni golongan yang berkuasa di atas dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan berhubung sistem penyampaian awam.

Ramasamy sepatutnya melihat keadaan dimana contohnya, pada tahun 2006, pengisian Pegawai Perubatan di negeri Perak terdiri dari 30% doktor Melayu, 40% doktor Cina dan 30% doktor India untuk sebuah negeri yang mempunyai 55% penduduk Melayu dan 11% penduduk India. Itu belum di kira bilangan bukan melayu yang menjadi PTD. Sebarkan kepada negara nisbah semua golongan bergaji besar dan menikmati banyak kemudahan elaun ini, kalau kau berani sangat!! Kenapa jawatan Kumpulan Sokongan yang bergaji ciput ini ditanya-tanya diganggu gugat? Bangsa bukan Melayu pun tak hinginkan pendapatan tak seberapa ini kerana tanpa menjawat jawatan sokongan ini, pendapatan mereka telah melebihi kaum Melayu.

Ramasamy yang mengemukakan idea membuta tuli seperti orang sakit mental ini seharusnya tahu bahawa kelayakan akademik bagi kakitangan kumpulan sokongan khususnya kerani (golongan penjawat awam yang mudah terlihat dimana mana,dan paling banyak berurusan dengan orang ramai), kepujian dalam bahasa Malaysia menjadi asas untuk dapat melicinkan jentera pentadbiran sesebuah jabatan kerajaan kerana bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi perkhidmatan awam Malaysia.

Ramasamy sepatutnya bertanya kembali kepada golongan yang beliau simpati sangat tu, apakah mereka benar-benar bercita-cita untuk menguasai Bahasa Malaysia dengan sempurna, dan kemudiannya menzahirkan penguasaan bahasa kebangsaan itu dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam?

Ramasamy sepatutnya tidak terlalu bodoh untuk memahami bahawa sekiranya kaum bukan Melayu mempunyai penguasaan Bahasa Malaysia yang bagus, penguasaan mata pelajaran mereka yang lain pastinya lebih bagus lagi dan dengan demikian, adakah muda-mudi bukan Melayu yang cemerlang ini mahu menjawat jawatan dalam sektor awam yang "bukanlah sesenang mana" gajinya?

Ramasamy yang bertaraf profesor tetapi kurang cerdik ini sepatutnya menggalakkan penguasaan Bahasa Malaysia dikalangan kaum bukan Melayu sebelum menuntut agar mereka diberi tempat dalam perkhidmatan awam yang tidak mungkin sama sekali akan mengubah Pekeliling Perkhidmatan, Arahan-arahan serta Tatacara-tatacara dan Perintah-Perintah Am ke dalam Bahasa Cina dan Tamil. "LANGKAH MAYAT KAMI DULU "

Akhir sekali, Ramasamy yang taraf pendidikannya kurang selari dengan caranya berfikir ini seharusnya sedar bahawa beliau dan parti beliaulah yang PALING BERSIFAT PERKAUMAN dan selayaknya DIHARAMKAN di negara ini atas tuntutan yang tidak realistik, tidak mengkaji fakta, berunsur fitnah dan menggalakkan rasa tidak puas hati kaum bukan Melayu yang rata-rata tidak berakal dalam memikir tentang punca bilangan mereka di dalam perkhidmatan awam adalah kurang dari demografi penduduk negara ini.

Puncanya ialah sikap besar kepala dan degil mereka dalam kesungguhan menguasai Bahasa Malaysia. APA PERANAN D.A.P. DALAM PERKARA INI? Tiada.
Hanya menuntut membuta tuli dan disorak oleh Melayu Islam PAS dan PKR.

Isnin, November 24, 2008

Resolusi BPN 2/08: Isu Papan Tanda

Berhubung tajuk "PENGGUNAAN PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA DAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI DI PAPAN TANDA " , BLOGGER PEMBELA NEGARA yang bersidang malam tadi telah bersetuju akan resolusi-resolusi berikut :

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan pihak yang bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru, ianya diterima masyarakat.

3. Setiap individu beragama Islam dinegara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh MANA MANA PIHAK.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan.

5. Tindakan orang Melayu dalam PR membiarkan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam ratusan tahun dahulu adalah tindakan menghina dan meminggirkan agama rasmi Malaysia secara perlahan lahan.

6. Semua orang Islam dari semua parti politik hendaklah mendesak dihentikan tindakan ini sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama .

BLOGGER PEMBELA NEGARA (BPN)

Penulis telahpun menyertai kumpulan BLOGGER PEMBELA NEGARA secara rasminya pada hari Isnin, 24 November 2008, jam 9.00 malam. Kumpulan ini dipengerusikan oleh Panglima Perang Cyber. Semoga dengan usaha kumulatif kumpulan ini menentang penyanggahan yang menghakis kepentingan kaum majoriti dinegara ini oleh pihak penentang mahupun pembelot, akan diberkati dan memberikan hasil yang menepati kesaksamaan untuk semua.

Papan Tanda : Tulisan Arab Dirosakkan

Papan tanda pelbagai bahasa yang ditegakkan oleh MPPP atas restu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telahpun berhadapan dengan vandalisme. Yang menakjubkan ialah, semburan 'spray-paint' bewarna merah dibuat pada papan tanda yang berselit bahasa Arab. Jadi tahulah kita ianya merupakan tindakan pihak mana. Apakah ianya dilakukan oleh pihak tertentu yang bermotifkan provokasi ? Itu kita tidak dapat pastikan.

Yang pasti, tulisan Arab tersebut yang menjadi mangsa. Bukan pada unit papan tanda yang terselit tulisan Cina, Tamil atau Inggeris. Persoalannya mengapa? Jika hanya mulut pembela Bahasa Kebangsaan yang berdegor-degor menyanggah Kerajaan Pulau Pinang, maklumbalas yang dizahirkan oleh pihak yang 'mahu memadam huruf-huruf alif ba ta' pada papan tanda tersebut tidak dilakukan dengan kata-kata semata-mata. Mereka lebih yakin bahawa mereka layak menunjukkannya dengan perbuatan terus. Tanpa perlu hiruk pikuk suara dan kenyataan akhbar.

Perlu diingat bahawa kejadian sorang Melayu dibunuh di Jelutong pada tahun 1960an dan mukanya dicat merah merupakan antara penyumbang ketegangan kaum yang membawa kemuncaknya pada 13 Mei 1969.

Penggunaan cat merah pada masa itu melambangkan komunisme dan pada hari ini, ianya turut digunakan sebagai amaran oleh ceti-ceti haram atau ah long dalam mengugut peminjam yang ingkar. Semburan warna merah merosakkan papan tanda unit berbahasa Arab itu juga dikira sebagai amaran yang dibuat oleh pihak tertentu terhadap orang Melayu.

Ahad, November 23, 2008

Melayu Ipoh Dihantui Emosi

Sedih, marah, membuak-buak rasa benci dan jika sesiapa yang gagal mengawal emosi, pasti tercipta sebuah dendam kesumat yang tinggi.

Inilah yang terjadi apabila penulis tiba-tiba dijemput menonton paparan gambar di telefon bimbit bagaimana negrinya Mohd Khairuddin, juruwang stesen minyak Petronas di Jalan Kuala Kangsar dibunuh pada awal pagi 11 November yang lalu. Tetapi apa yang pasti, sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum, kita perlu ada justifikasi kita sendiri dalam berhadapan isu sebegini.

Beberapa orang lelaki Tamil telah mendatanginya di kaunter dan terus menghayunkan senjata tajam ke mukanya hingga kelihatan dari rakaman tersebut, darah tersembur. Ini menolak andaian bahawa arwah dibunuh kerana melawan. Ini menunjukkan arwah disasarkan untuk dibunuh dalam kerja merompak itu.

Kemudian, terdapat gambar wajah arwah yang pecah sebelah, dahi kanannya terkopak, hidungnya putus dan matanya separuh terbuka, menjadikan gambar tersebut igauan buruk kepada ramai orang Melayu di Ipoh. Tidak pasti bagaimanakah gambar tersebut boleh mereka peroleh.

Selain itu ditunjukkan pula video beberapa lelaki Tamil melakukan rompakan di sebuah kedai serbaneka dengan menghayun parang panjang kepada budak juruwang yang kita ketahui bangsanya apa. Seorang lagi pekerja di tarik rambut dan 'didudukkan' oleh salah seorang perompak yang masing-masing memegang parang.

Mengapa stesen minyak? Mengapa 7-eleven? Bukankah premis-premis tersebut mempunyai peti keselamatan? Dan mengapa mudah bagi mereka untuk membunuh??

Itu cuma sebahagian kecil dari jenayah yang dilakukan oleh muda-mudi Tamil di negara ini yang semakin berleluasa. Rompakan di lorong motorsikal Lebuhraya Persekutuan yang diketahui sejak bertahun-tahun lalu, kes bunuh seorang lelaki Melayu di Subang Jaya dengan pengunci stereng, penyembelihan 5 lelaki Melayu yang kemudiannya dibakar di Gopeng dan beberapa lagi kes yang kita tidak dapat ingat secara pasti.

Di manakah 'pembela orang Melayu' yang selama ini 'mengembang sayap meninggi dada' sesama orang Melayu? Sampai bila mereka akan semakin berani 'mencantas' orang Melayu hingga nyawa kita dilihat begitu murah sekali?

Kisah ini bukannya untuk mengajak cetusan perbalahan antara kaum tetapi ianya mengajak semua pihak yang seronok berpolitik dan terkejar-kejar mendapatkan kuasa untuk berfikir. Apa tindakan akhir ke atas gejala ini? Apakah yang dibuat oleh DAP, PKR ( dibaca Parti Hindu Malaysia ) dan MIC serta semua pihak yang bersimpati dengan Tamil Hindu ini? Apakah perlu dan munasabah jika segala bentuk salah didik ini diletakkan ke atas bahu kerajaan?

Sesungguhnya, di Ipoh, tiada pihak yang mahu melaporkan bahawa insiden 'bunuh ustaz' tersebut telah mewujudkan satu sentimen yang amat menakutkan kesannya dalam emosi orang Melayu. Dari Manjoi hingga ke Tambun, tiada siapa yang bersikap neutral apa lagi untuk bersimpati terhadap penjenayah tersebut yang mereka labelkan sebagai " golongan yang semakin berani dan melampau" ini.

Pihak berkuasa perlu terus mengawal keadaan ini agar perkara yang buruk dapat terus dicegah. Apa yang dibimbangkan ialah akan berlakunya penyebaran di internet secara berleluasa berhubung video dan gambar yang 'memanaskan hati' ini.

Ipoh Barat Pembohong

Mingguan Malaysia, Ahad, 23 November 2008

Perak batal ubah nama Jalan Silibin kepada Jalan P. Patto

IPOH 22 Nov. - Kerajaan negeri Perak akhirnya membatalkan cadangan menukar nama Jalan Silibin di sini kepada nama mendiang Pengerusi DAP Perak, P. Patto ekoran kontroversi yang tercetus apabila pelbagai pihak menyuarakan bantahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, Ngar Kor Ming berkata, kerajaan negeri sebaliknya akan mencari jalan lain yang lebih sesuai untuk dinamakan Jalan P. Patto.

Bercakap kepada pemberita di pejabat DAP di sini beliau berkata, cadangan itu menimbulkan banyak bantahan daripada pelbagai pihak dan keluarga mendiang turut menerima bahangnya apabila menerima cemuhan dan sebagainya.

Sidang akhbar itu turut dihadiri isteri mendiang Patto, S. Mary, 59, dan dua anak perempuan mereka, Shaalani Anne, 27, dan Kasthuri Raani, 29.

Beliau yang juga Ketua Pemuda DAP itu berkata, DAP Perak telah membuat keputusan untuk menamakan sebuah pusat kajian yang akan ditubuhkan parti itu sebagai Pusat Kajian P. Patto dan ia akan beroperasi di Wisma DAP di sini.

"Ia sebagai mengenang jasanya membantu parti itu berkembang di negara ini," katanya.

Sementara itu, Mary merayu orang ramai menghentikan segala tohmahan yang dilempar terhadap keluarganya ekoran hasrat kerajaan negeri menamakan Jalan Silibin sempena nama P. Patto.

- Bernama

Ulasan

Akhirnya, Nga Kor Ming mengakui bahawa M. Kulasegaran adalah pembohong apabila menyebut bahawa 70% penduduk di Jalan Silibin bersikap 'tidak apa' atas cadangannya yang tak sudah-sudah untuk menamakan Jalan Silibin kepada Jalan P. Patto.

Ini merupakan pengajaran buat M. Kulasegaran yang ditempelak oleh banyak pihak sebagai mengulangi 'Kesilapan Kerajaan Barisan Nasional' apabila mengubah nama jalan.

Apapun, yang pasti ialah ia merupakan kegagalan pertama M. Kula setelah menjadi Ahli Parlimen Ipoh Barat untuk penggal kedua. Jika dahulunya, belangnya tidak dipertonjolkan, tetapi apabila Pakatan rakyat mendapat negeri ini, M. Kula mula menjadi kaduk naik junjung.