
Mengapakah Anwar tiba-tiba memuji sistem kehakiman di Malaysia usai pembebasannya pagi tadi? Padahal ketika ceramah di Kg. Pandan pada malam tadi, dia menghentam teruk sistem kehakiman?
Apakah kerana apabila dia dilepaskan dari pertuduhan, maka sistem kehakiman adalah baik? Jika dia terpenjara, maka sistem kehakiman dan perundangan Malaysia terbusuk?
Jika Anwar seorang yang luhur dalam perjuangan, konsisten dalam kata-kata dan menjadi contoh pemimpin yang layak dipuji puja, dia seharusnya membidas keputusan hakim yang terlalu bersegera dengan membuat keputusan tidak sampai 3 minit.
Dia perlu konsisten menuduh sistem kehakiman negara ini ibarat sarkas. Dia perlu terus menerus menyatakan mahkamah adalah gelanggang permainan UMNO. Walaupun dia dibebaskan.
Tidak sampai 24 jam, malah tweet-tweetnya nya malam tadi yakin sekali olehnya bahawa dia akan ke dalam, Anwar sepantas kilat berubah tanggap terhadap sistem kehakiman.
Apakah tidak boleh bagi pihak-pihak yang membenci sifat Caligula yang ada padanya itu, menuduh pula hakim bertindak dengan cara tidak masuk akal? Apa pula kata mereka?
Gobalakrishnan yang pernah bergulingan mempertahankan PKR, setelah berlepas diri dari bersubahat dengan Anwar dan rakan-rakan, pernah mendedahkan Anwar adalah RAJA MONEY LAUNDERING di negara ini dengan nilai berbillion dollar wang haram.
Malangnya, akaun bank pesisirnya mungkin tidak dapat diterobosi maka dia masih terlepas dari pertuduhan itu dan Gobalakrishnan tidak disaman mahupun disiasat kerana pertuduhan yang dilemparkan dibuat dalam Dewan Rakyat.
Bagaimana jika dikatakan bahawa sebaik sahaja bank di Australia atau New Zealand mula beroperasi jam 6 pagi waktu Malaysia, sejumlah pergerakan transaksi wang telah berlaku bagi mempengaruhi keputusan hakim?
Jika Anwar boleh menuduh sistem kehakiman negara ini tempang, dia pastinya tahu di mana ketempangan tersebut, dan memanfaatkannya. Setelah memanfaatkannya, dia perlu meminta maaf dengan cara memuji sistem kehakiman negara ini usai dibebaskan.
Kita tidak wajar memakai cara jijik Pakatan Rakyat Idiots yang boleh berubah hati dalam tempoh 3 minit. Kita tidak boleh menuduh institusi kehakiman negara ini adalah tempang dan korup dengan pembebasan Anwar Ibrahim.
Tetapi jika kita cuba memakai suara mereka seminit, dengan menuduh Anwar bebas kerana RAJA MONEY LAUNDERING ini menyogok hakim, apa kata mereka? Adakah itu mustahil?