Sebelum itu mereka pernah bertempur dijalanan tetapi setelah Abishit naik, Thaksin menggunakan kumpulan baju merah untuk menjatuhkan Abishit.
Kumpulan baju kuning dan baju merah ini berjaya pula diekspot ke Malaysia dan perleluasaan baju kuning dilihat mendapat tajaan pihak Barat yang sama dengan wacana mereka di Thailand satu ketika dulu.
Amat malang untuk menyedari hakikatnya kita kembali dijajah saat masih merdeka dan sekali lagi tunduk pada agenda asing.
Kacau bilau yang mahu ditegakkan atas dasar demokrasi ini adalah usaha untuk membebaskan sesuatu yang jika dituruti melalui cara ini, sebarang isu agama akan turut dibawa ke jalanan oleh kaum minoriti.
Hindraf telah membuktikan kejahatannya dengan membawa isu agama dijalanan dan query ke atas peruntukan membina masjid acap kali dilaungkan chauvinis dalam DAP.
Namun, kumpulan Islam yang memakai nama dan pakaian Islam, menebalkan benci, menurut syaitan, dan mengikut kumpulan penentang Islam untuk meruntuhkan pemerintahan Islam sedia ada bagi penubuhan negara sekular sosialis, mengecewakan sekali!
Apa kepuasan bagi mereka untuk meniti jalan-jalan keluar dari Islamisasi buat Malaysia mengikut pimpinan puak sosialis yang 200% sekular?
Allah jua Maha Mengetahui.

