Monday, March 18, 2013

Estrada Yang Mendapat Untung Krisis Lahad Datu?


Kita lupa, Joseph Estrada mungkin sahaja mendapat untung dari kes Lahad Datu. Mari kita lihat analisis seorang pakcik di kedai kopi hujung kampung ini.

Benigno Aquino sangat menyayangi perjanjian damai antara pihaknya dan MILF di Mindanao Oktober lalu yang diusahakan Malaysia. Tetapi siapa musuhnya? Siapa yang akan cuba meraih kemenangan dalam pilihanraya pertengahan penggal  yang akan berlangsung pada pertengahan 2013 ini?

TIDAK LAIN TIDAK BUKAN, PEMIMPIN PENUH SKANDAL YANG PERNAH DIPENJARA, JOSEPH ESTRADA , YANG MENGEPALAI UNITED NATIONALIST ALLIANCE, PARTI PEMBANGKANG TERBESAR YANG MENGGANTI UNITED OPPOSITION PADA TAHUN 2012.

Siapa sahabat baiknya di Malaysia? Mengapa Joseph Estrada kerap mengecam Malaysia semasa Anwar dipenjarakan. Siapa yang Anwar kerap pergi bertemu jika ke Filipina?

Bahkan, keterbukaan TV-TV Filipina terhadap korupsi (Filipina di tangga ke 105 CPI berbanding Malaysia di tangga 54) saban hari menghidangkan temubual ahli politik dan sejarawan yang membela malah menyokong tindakan penceroboh dalam menuntut Sabah. Tidak pernah pula mereka mewawarkan bahawa majoriti besar rakyat Sabah menolak sebarang usaha untuk negeri tersebut dijajah oleh Kiram demi tembolok Filipina.

Terdapat titik temu persoalan dalam perlakuan ini. Benigno Aquino membayangkan terdapat konspirasi berkait pilihanraya pertengahan penggal yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini. Secara analisis, tentulah cubaan menjatuhkan Benigno Aquino pada pilihanraya presiden 2016 dibuat dengan menggunakan taktik kotor - nasionalisme melulu - bagi memperlihatkan kepada rakyat Filipina bahawa Benigno tidak patriotik.

Maka, tentulah dia memerlukan tok dalang dari Malaysia untuk memainkan peranan. Tok dalang harus jangan mengecam pencerobohan, jangan menunjukkan simpati terhadap anggota keselamatan, harus menjaga hati 'rakan di Filipina'.




Estrada hanya perlu diam dalam isu ini. Begitu juga tok dalangnya di Malaysia. TETAPI KEBODOHAN MACAI TOK DALANG YANG TERGESA-GESA MENUDUH PENCEROBOHAN TERSEBUT SEBAGAI SANDIWARA UMNO PADA HARI PERTAMA PERTEMPURAN, MENYELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA DARI TERTIPU!


Terlalu jelas,  bagi semua untuk dapat saksikan keakraban tok dalang itu  dengan Estrada, yang merupakan bekas banduan akibat salah guna kuasa melebihi keakraban tidak ternafikan antara tok dalang itu dengan Nur Misuari, yang ditahan oleh Malaysia atas permintaan Filipina, 11 tahun lalu atas tuduhan melancarkan keganasan. Misuari juga mempunyai dendam kesumat ke atas Malaysia.

Setelah menzipkan mulut pada kejayaan Malaysia mendamaikan Filipina dan MILF, tok dalang akur pada permintaan pembangkang di sana yang mahu bahan kempen pilihanraya pertengahan penggal Filipina pertengahan tahun ini? 

Bertentangan konsep Malaysia melabur di Mindanao, ada gesaan bertentangan supaya lebih baik hasil Sabah diberikan kepada Filipina melalui justifikasi tuntutan Sultan Sulu yang menjadikan Sabah autonomi khusus dan membolehkan katak-katak politik kemaruk kuasa di Sabah segera lompat ke laman pembangkang Malaysia pro-Estrada agar dapat jadi lebih kuasa dan lebih kaya lagi?

Inikah jawapan sebenar kepada "SABAH NAK HILANG" ? 





Hakikatnya KIRAM III hanyalah SOS TIRAM penyedap masakan mereka, dimakan seenaknya, diberak menjadi tahi. Mana ada negara republik mengakui kuasa raja di dalam sistemnya? Misi mereka mudah kerana KIRAM itu bodoh, tahyul, jumud dan mudah ditunggang. Misi mereka menjadi lebih mudah kerana Misuari sedia membantu dengan KONCO-KONCO ANGKAT SENJATA. Yang jelas, krisis Lahad Datu dianalisis secara terperinci memberikan hasil :

TOK DALANG + ESTRADA + MISUARI vs SABAHAN + NAJIB + BENIGNO


Wikileaks mendedahkan Misuari mahu menyerang Sabah pada tahun 2007. Saat PRU12 yang bakal berlangsung dalam tahun berikutnya. Namun Saat itu Estrada baru dihumban penjara seumur hidup namun diampunkan dalam tahun yang sama.

Persoalannya, mengapakah akhirnya Misuari menyerang Sabah bersama konco-konco bersenjatanya setelah hampirnya pilihanraya di negara ini saat Anwar mendambakan jawatan Perdana Menteri dan saat hampirnya pilihanraya di Filipina ketika pemerintahan legasi kepada musuh Estrada dan Misuari sedang berkuasa di Filipina?

Percaturan Anwar di Malaysia mungkin sahaja silap. Mungkin sahaja alang-alang kalah telah diramal. Mungkin sahaja alang-alang terjerat isu Huguan Siou di Sabah. Tetapi percaturan untuk rakannya di Filipina mungkin sahaja membuahkan hasil untuk sahabatnya pemimpin sekorup Estrada dan Misuari untuk kembali bernafas, merajai urusan negara tersebut dengan menumbangkan Benigno melalui isu kenegaraan. Wallahualam Bissawab.

Adakah Filipina Boleh Dipercayai?

Masih tertanya-tanya apakah sehina ini undang-undang Filipina yang masih membiarkan Jamalul D. Kiram bebas setelah tiada bukti apa-apa yang diperlukan lagi kerana segalanya telah jelas bahawa dialah yang menggerakkan perlakuan pencerobohan bersenjata ke atas kedaulatan negara jiran mereka, Malaysia.

Malah selepas kejadian syiling 50 sen negara Malaysia yang diperolehi secara misteri oleh seorang kanak-kanak di hadapan rumah Jamalul Kiram oleh lelaki misteri yang mengambil foto jarak dekat rumah Sultan palsu ini, pihak Filipina mengerah anggota keselamatan mereka mengawal rumah Kiram dari sebarang kemungkinan.

Selain itu seorang senator Filipina menuduh pihak Malaysia tidak bersikap terbuka berhubung kebenaran wartawan mereka untuk masuk membuat liputan di Lahad Datu dengan mengambil contoh Perang Teluk dan Perang Vietnam. Persoalannya, yang memberi kebenaran membuat liputan dalam dua perang tersebut ialah pihak yang menceroboh.

Bukankah bodoh sebodohnya seorang yang bertaraf senator masih dalam mode MEMBELA PENGGANAS dengan bersikap mengkritik pemerintah negara yang diceroboh ketika rakyatnya sendiri melakukan kejahatan dengan menceroboh negara tersebut?

Benigno Aquino boleh diletakkan ketepi kerana pula pemerintahan Benigno Aquino sangat menyayangi perjanjian damai antara pihaknya dan MILF di Mindanao Oktober lalu yang diusahakan Malaysia.

Khabar-khabar angin pula menyebut Filipina amat mengharapkan curahan pelaburan dari Malaysia dengan termeterainya perjanjian tersebut demi membangunkan Mindanao yang mana mereka tidak mampu lagi menguruskannya.

Namun, TV-TV Filipina saban hari menemubual ahli politik dan sejarawan yang membela malah menyokong tindakan penceroboh dalam menuntut Sabah. Tidak pernah pula mereka mewawarkan bahawa majoriti besar rakyat Sabah menolak sebarang usaha untuk negeri tersebut dijajah oleh Kiram demi tembolok Filipina.

Dalam konteks pembangkang Filipina, membiarkan Malaysia melabur di Filipina hanya menguntungkan Malaysia. Tetapi merampas Sabah menjadi sebahagian Filipina adalah cara untuk Filipina bernafas semula. Kerana itulah hubungan baik ketua pembangkang negara ini dengan pihak pembangkang di Filipina sangat akrab. 

Malah semua dapat saksikan tok dalang itu bersalaman dengan Estrada, bekas presiden Filipina, yang merupakan 'ketua pembangkang' Filipina yang mengepalai United Nationalis Alliance yang juga bekas banduan akibat salah guna kuasa. Pada masa yang sama mempunyai keakraban tidak ternafikan dengan Nur Misuari, juga bekas banduan yang ditahan oleh Malaysia atas permintaan Filipina, 11 tahun lalu atas tuduhan melancarkan keganasan.

Inikah jawapan sebenar kepada "SABAH NAK HILANG" ?

Persoalan besar sekali, secara halusnya, wajarkah kita mempercayai Filipina keseluruhannya selain dari Benigno Aquino? Dalam konteks ini, pada siapakah pembangkang Filipina akan bersekongkol untuk menjatuhkan Benigno di pihak Malaysia? Pada Najib? Jangan buta kali ini. Buta kali ini bermakna buta selamanya.

Kiram jelas melakukan jenayah. Mengapa masih dilindungi anggota keselamatan Filipina?

P 063 Tambun Kini Berjumlah Lebih 88,300 Pengundi, Kedua Tertinggi Di Perak



Parlimen Tambun telah mengalami kenaikan 27.83% jumlah pengundi berdaftar mengikut rekod SPR sehingga  12 Mei  2012. 

Mengikut rekod tersebut, Parlimen Tambun sehingga tarikh tersebut telah mempunyai 88,358 orang pemilih berbanding 68,699 orang pada PRU12 tahun 2008.

DUN Manjoi mengalami peningkatan sebanyak 37.5% iaitu 50,379 pengundi berbanding 36,640 pada PRU 2008 manakala DUN Hulu Kinta mengalami peningkatan sebanyak 19 % dengan 34,881 pengundi berbanding 29,326 pada PRU 2008.

Ia merupakan satu lonjakan yang cukup tinggi berbanding pada PRU 2008 di mana bilangan pemilih bagi parlimen Tambun berada pada kedudukan keenam paling ramai pemilih di negeri Perak selepas Batu Gajah, Ipoh Timor, Gopeng, Lumut dan Ipoh Barat.

Jumlah itu menjadikan Parlimen Tambun kini merupakan kawasan parlimen kedua tertinggi bilangan pemilih di negeri Perak selepas Parlimen Gopeng yang mempunyai 96,272 orang pemilih sehingga 12 Mei 2012.

Angka yang sah di hari mengundi kelak semestinya lebih tinggi dari ini kerana SPR akan menggunakan senarai daftar terkini pada PRU13 nanti.

Parlimen Tambun merupakan satu-satunya kawasan Parlimen bermajoriti Melayu di bandaraya Ipoh dengan kerusi parlimen dan dua kerusi DUN dimenangi oleh wakil UMNO pada PRU12 2008.