Rabu, November 18, 2009

Sejam Di Facebook PM

Sejam di facebook Datuk Seri Najib, saya telah automatik menjadi tukang jawab yang tidak dianggap. Tak mengapa, asalkan saya dapat menjelaskan secara "dari rakyat untuk rakyat". Berikut adalah komen-komen saya pada posting terkini di situ yang menempelak para pengkomen yang bagi saya "mencerminkan tahap pemikiran rakyat Malaysia" yang mengundi pembangkang di negara ini.


Despite of whining for more places in here and that, please be noticed that our country is facing a greater threat to the whole system..

THE IGNORANT OF THE PEOPLE IN THE ECONOMIC REENGINEERING EFFORT!

We must whoheartedly support the government in acheiving the 5% economic development or else we will just a spectator of the Indonesian rise.....

BUY MALAYSIAN MADE.. GENERATE OUR ECONOMY!
57 minutes ago · Delete · Report



Most unwanted people of the nation is the people that never have the Korean attitude.. they can go to streets to pull down the ruling govt... but they can also surrender their jewelleries to avoid the succumb of their economy ..

unfortunately we are having citizen that whining alot on petty issues..

i hope that malaysia wouldnt be lag behind in disasterous degree... to the extent of even a country that famous with the low transparency index will attain higher achievement in prosperity!
55 minutes ago · Delete · Report



Kalau isu JKN Sabah, maka tempelaklah Pengarah Kesihatan Sabah.. dengan membawa isu remeh tersebut ke depan pintu rumah kepala pentadbir.. seolah olah sekadar itulah cara rakyat malaysia berfikir.. agak memalukan.. tetapi masih boleh diperbaiki..

(bila masa plak aku jadi jurucakap datuk seri ni.. :).. memandai je.. ahaha )
50 minutes ago · Delete · Report



Verily.. we are in a crucial situation when we talk about having a quality citizen... they are having a thinking that can be a funny yet worrying .. they could even look for PM's fb to report on leaking pipe etc.. they humiliate their own leader with their discretion ability.. not a flabbergasted things when you look on how malaysian are sometimes act unwise in many areas..
44 minutes ago · Delete · Report



royalti minyak kelantan? rasanya zon carigali dalam EEZ.. kalau sebatang jalan terbina depan rumah kita.. jalan tu kan milik kita jugak kaa? wang ehsan pun x syukur ke? kalo tak syukur, pakai duit tu, buat beli player EPL tauk dlm team kelantan .. hantar balik dua ekoq 'jentera' Ipoh tu balik.. :)
25 minutes ago · Delete · Report



Inilah contoh rakyat yang tak reti cemaner nak jana ekonomi.. biar rakyat senang... negara mundur... move to somewhere else.. tanyalah apa yang kita dah bagi kat negara daripada apa yang negara dah bagi kat kita..

jenis dah senang nak senang lagi adalah weeds yang merosak the whole plantation
21 minutes ago · Delete · Report



Ketahuilah bahawa indonesia sedang bangkit ekonominya... negara tidak lagi 'mewah' untuk orang asing... makin ramai masuk halal keluar haram kat pintu2 negara.. NAGRA MEMERLUKAN RAKYAT YANG TAHU PERANAN MASING-MASING..

bukannya nyamuk yang sentiasa berdengung ditelinga...
18 minutes ago · Delete · Report



Banyaknya rakyat malaysia yang tak dapat gambaran betapa tenatnya ekonomi negara... dan betapa negara dalam keletihan setelah mengambil segala pendekatan untuk naik dari -6% pertumbuhan ke -1%..

jalan masih panjang... anak2 tak paham... yang dia tau.. dulu boleh beli susu dugrow.. awat la ni.. minum susu timbang..

the country is in dire straits in regain it momentum after a hectic run.. support our country... jangan pikir perut sendiri banyak sgt..... Read More

tapi kepimpinan SEMEMANGNYA melalui teladan.. should be noted la kan..
5 minutes ago · Delete · Report

Isnin, November 16, 2009

Rakyat Dituntut Bantu Memulihkan Ekonomi Negara

Tahukah kita bahawa kemandirian negara kita dalam usaha untuk bangun kembali dari krisis ekonomi 2008 bolehlah dikatakan cemerlang walaupun sehingga kini, pertumbuhan ekonomi negara masih lagi di paras negatif.

Ini berikutan pakej-pakej rangsangan yang diusahakan oleh kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang tergendala, pantas dipulihkan semula, telah menampakkan hasil.

Namun, negara paling tidak terkesan dengan krisis ini di Asia Tenggara ialah Vietnam dan Indonesia yang terus mencatatkan pertumbuhan pada kadar 5.0% hingga 6.3% dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Hakikatnya, penguncupan ekonomi untuk dua tahun berturut-turut walaupun menunjukkan peningkatan dari -6% pada tahun lalu hingga -1% pada suku ketiga tahun ini, tetaplah menguncupkan keseluruhan kadar pertumbuhan KDNK.

Jika pada tahun 2008, ekonomi negara mencatat pertumbuhan -5%, ia menunjukkan bahawa KDNK negara pada tahun tersebut adalah 94% dari KDNK pada tahun 2007 manakala jika pada tahun 2009, KDNK negara dipulihkan kepada -1%, ia menunjukkan KDNK negara pada tahun 2009 adalah bersamaan dengan 99% dari KDNK negara pada tahun 2008.

Jika tahun 2008 negara telah mengalami proses nyahkaya sebanyak 6%, peningkatan dari -6% hingga -1% masih menunjukkan angka KDNK tahun 2009 adalah lebih kecil sedikit berbanding tahun 2008 dan ianya tetap mengecilkan KDNK pada graf yang menurun.

Jadi, segenap masyarakat haruslah menyokong agar usaha kerajaan untuk mengunjurkan pertumbuhan 5% pada tahun depan dapat direalisasikan dengan membantu negara melalui cara perbelanjaan yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi domestik.

Kita tahu bahawa China bergantung kepada eksportnya tetapi China tidak terkesan oleh krisis ekonomi 2008 kebanyakannya adalah disokong oleh perdagangan domestiknya yang tinggi melalui 1.3 billion penduduknya. Begitu juga indonesia yang eksport negaranya hanya 17% dari KDNK negaranya.

Malaysia yang eksportnya mencapai 50% dari KDNK dan dengan penduduk hanya 27 juta, memerlukan kerjasama penuh dari rakyatnya untuk memastikan survival ekonominya dapat dilestarikan, malah diperkukuhkan melalui dagangan dalam negara.

Oleh itu, perkara yang paling mudah ialah, masyarakat dituntut untuk membeli barangan keluaran tempatan dan terus berbelanja di dalam negara melalui pelancongan domestik, pembelian produk tempatan dan memperkembangkan IKS untuk kegunaan domestik bagi memastikan rakyat Malaysia dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan masyarakat ekonomi terutamanya di Indonesia.

Perlu diingatkan bahawa, masyarakat Malaysia hanya mengenali masyarakat Indonesia melalui pekerja asing tetapi tidak pernah mengenali masyarakat perdagangan Indonesia yang kini mendabik dada dengan kemakmuran mereka.

Ahad, November 15, 2009

Pemulihan Ekonomi Negara Dilembabkan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat

Usaha untuk memastikan Malaysia kembali mengepalai pertumbuhan ekonomi di rantau ini mungkin menjadi sia-sia akibat liabiliti yang ditanggung negara buat masa ini yakni MEMIKUL biawak-biawak hidup yang tidak tahu menahu soal ekonomi, malah memburukkan lagi perkembangan ekonomi domestik.

Negeri-negeri Pakatan Rakyat dan sebuah negeri bekas Pakatan Rakyat yang sedang dipulihkan dari 'sakit' merupakan antara negeri yang GAGAL untuk dipastikan pertumbuhan ekonominya tidak jauh terlingkup kesan dari krisis ekonomi 2008 dan 2009 , hari ini memburukkan lagi usaha memulihkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Selain campurtangan kerajaan pusat amat mereka dambakan, perkara lain yang mereka masih gagal dambakan adalah untuk memastikan keberkesanan pemerintahan mereka tidak akan mengganggu gugat usaha untuk memajukan kembali iklim ekonomi negara yang menerima tempias krisis 2008.

Pulau Pinang dan Selangor merupakan dua negei utama perindustrian di Malaysia dan pada saat ini, bisul dan kudis akibat krisis ekonomi adalah lebih parah di dua negeri ini dan rawatan segera amat diperlukan bagi mengubati negara yang sedang 'sakit'.

Pada masa yang sama, Pulaua Pinang masih meminta-minta penambahan prasarana jambatan tambahan dan monorel manakala di Selangor, kebodohan ahli politik mereka menjerit-jerit soal gaji ADUN yang kononnya tidak mencukupi.

Sedangkan permintaan hasil industri untuk dieksport dari negeri itu keluar negara telah lama jatuh merudum dan mencacatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Kesan dari pemulihan semula ekonomi negara banyak bergantung kepada kepintaran dan kepakaran pentadbir negeri ini dalam mengendali isu-isu ini.

Malangnya, rakyat yang berfikiran sempit dan berjiwa dendam gemar memperjudikan kemakmuran negara dengan membuat pilihan merapu untuk menaikkan kerajaan alternatif yang akhirnya tidak mampu bebuat apa-apa apabila berlaku krisis ekonomi seperti hari ini.

Jelas sekali, apabila kita puratakan KDNK negeri-negeri di Malaysia dengan empat diantaranya merupakan negeri sakit yang dahulunya dua dari empat negeri itu merupakan negeri perindustrian paling pesat, kita dapat mengagak bahawa pemulihan ekonomi Malaysia agak sulit untuk berlaku dengan berkesan.

Jadi, rakyat di negeri-negeri ini pada hakikatnya telah melakukan DOUBLE MISTAKE apabila telah memilih kerajaan negeri yang; pertama; kononnya bersih, telus dan cekap padahal tidak; dan kedua; kerajaan negeri yang melibang libu dan tidak faham apa yang patut dibuat dan apa yang patut disumbangkan kepada negara keseluruhannya apabila usaha memulihkan ekonomi perlu dibuat dengan drastik.

Akhirnya negara menjadi mundur apabila dua negeri termaju diperintah oleh kumpulan-kumpulan yang bodoh, yang akan melembabkan pemulihan ekonomi negara.

Awasi Gelombang Ketiga H1N1 !!

Orang ramai seharusnya mengetahui bahawa GELOMBANG KETIGA penularan wabak H1N1 pada hakikatnya sedang menanti masa untuk melanda dunia.

Gelombang kedua H1N1 yang berpunca dari musim sejuk di Hemisfera Selatan beransur pulih dan padan masa ini, Hemisfera Utara sedang menanti masa untuk memasuki musim sejuk.

Kesan musim sejuk di Hemisfera Utara ke atas negara ini saban tahun membawa musim yang agak dingin kerana tiupan angin Timur Laut dari China akan membawa angin dingin bersama hujan monsun. Pada ketika ini, ramai yang akan mula terdedah kepada penyakit alahan respiratori seperti batuk dan selsema.

Dalam ketika begini, wajarlah masyarakat sendiri mempunyai kesedaran yang mencukupi natijah dari pengalaman mengharungi musim pandemik H1N1 gelombang kedua yang telahpun reda beberapa bulan lalu.

H1N1 hanya menyerang golongan yang mempunyai tahap antibodi yang rendah dan kurang melakukan aktiviti fizikal juga kurang menjaga kebersihan diri. Maka, wajarlah bagi masyarakat untuk lebih mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan gelombang ketiga H1N1 berjaya dilalui dengan daya upaya yang disumbang oleh kesedaran kebersihan yang tinggi.

Hanya dengan memakai penutup hidung dan mulut serta kerap mencuci tangan dengan air dan sanitizer, kebarangkalian untuk terjangkit H1N1 menjadi rendah.

Semoga Allah melindungi masyarakat kita dari wabak penyakit H1N1 yang lebih serius.

Ahad, November 08, 2009

Sekolah Rendah Yang Paling Wajar Disealirankan

Sekolah satu aliran tidak sewajarnya untuk sekolah menengah. Ini kerana pada peringkat sekolah rendahlah segala bentuk pupukan jatidiri patut dimulakan.

Memaksa anak-anak yang keluar dari 'pengasingan bangsa' untuk menongkah dunia persekolahan peringkat menengah hanya melahirkan sebuah lagi generasi yang rumit dan payah difahami. Ini kerana golongan bukan melayu pasti akan segera memastikan anak-anak mereka bersekolah rendah aliran vernakular dan pada peringkat ini, tiada percampuran kaum akan berlaku.

Ini pasti akan mengakibatkan masalah yang besar pada peringkat awal integrasi yang akan bermula saat mereka telah kenal banyak perkara mengenai 'kenakalan' hingga 'jenayah' dan jenayah kebencian pasti akan menjadi-jadi.

Akibat dari perkara ini, sudah tentulah ianya akan menjadi kudis yang kita masih belum mampu mentafsirkan kesannya.

Untungnya untuk memastikan sekolah satu aliran bermula di sekolah rendah ialah mereka akan diajar selama 7 tahun secara wajib dalam bahasa kebangsaan di samping kelas-kelas asas vernakular yang patut diwujudkan.

Percampuran selama 7 tahun ini akan menghasilkan generasi yang amat ideal untuk menongkah masa depan.

Selepas tamat pengajian wajib satu aliran ini, barulah sesuai bagi mereka untuk memilih sekolah aliran vernakular dan bibit-bibit kebangsaan telah tersemai dan melekat dalam jiwa masing-masing.

Maka dengan ini, sudah tentu pilihan aliran vernakular ini akan diisi dengan taburan kaum yang sekata kerana ibu bapa dapat melihat kecenderungan anak mereka untuk memilih sekolah aliran vernakular yang masih lagi tertakluk kepada sukatan yang sesuai.

Jadi, rasionalkah untuk sekolah satu aliran dimulakan pada peringkat menengah? Persoalan ini merupakan sesuatu yang perlu diambil serius.