MIC harap Palanivel calon BN tawan semula Hulu Selangor
Utusan Online, 26/03/2010 4:45pm
KUALA LUMPUR 26 Mac - MIC sudah bersedia untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kini kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi.
MIC turut berharap dapat menurunkan semula Datuk G.Palanivel bagi menawan semula kerusi yang pernah diwakilinya itu selama tiga penggal sebelum ini.
Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, parti itu akan mencadangkan nama Palanivel kepada Barisan Nasional (BN) dan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN untuk membuat keputusan.
"Datuk Palanivel mempunyai peluang baik untuk menang kerana beliau telah berkhidmat dengan baik di situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC kalah kepada Zainal Abidin dalam pilihan raya umum lepas dengan hanya 198 undi setelah menjadi wakil rakyat di situ sejak 1990.
Samy berkata, walaupun kalah, Palanivel masih membantu menyelesaikan masalah masyarakat pelbagai kaum di Hulu Selangor yang merupakan antara kubu kuat BN yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.
Beliau menegaskan, adalah menjadi matlmat BN sekarang untuk menang dan jika boleh, menang dengan selesa. - Bernama
Ulasan
Ingatkah tentang peristiwa pra pilihanraya umum ke 12 2008 di mana Samy Vellu pernah dengan bongkaknya menyebut "kenapa saya perlu berterima kasih?" apabila disebut bahawa MIC, dibaca, presidennya, patut berterima kasih kepada orang Melayu yang banyak berjasa menghantar wakil MIC ke Parlimen.
Hari ini, dengan muka tak malu dan setebal plywood satu inci, Samy Vellu merayu memohon agar calon MIC diletakkan di P94, sebuah kawasan majoriti Melayu dengan alasan Palanivel, telah banyak berbakti di kawasan tersebut sejak 1990.
Samy Vellu perlu ingat bahawa dia belum lagi :
1. Berterima kasih terhadap orang Melayu dengan penuh ikhlas;
2. Meminta maaf atas kenyataan bodoh dan sombongnya berkaitan "kenapa saya perlu berterima kasih".
Untuk itu, ketahuilah, kebencian orang Melayu terhadap MIC pimpinan Samy Vellu masih tebal lagi buat masa ini. Besar kepala Samy Vellu belum pernah reda. Itu menjadi satu liabiliti terhadap BN. Jangan jadikan diri anda Semi-Value. Tak usahlah melukut ditepi gantang. Menyemak je.