Betapa tololnya penentang kerajaan di blog CEUPACS yang membawa isu pembinaan Menara Warisan Merdeka di tengah-tengah Kuala Lumpur yang menelan belanja kos RM5 billion itu.
Ketololan mereka ialah apabila mereka tidak menyedari bahawa pembangunan hartanah tersebut adalah dari pelaburan rakyat di dalam Permodalan Nasional Berhad untuk merancakkan industri pembinaan negara dan juga memacu pulangan ekonomi yang akhirnya akan dipulangkan kepada rakyat pelabur semula melalui dividen-dividen.
PNB tidak pernah gagal dalam memberikan dividen kepada si tolol-si tolol ini yang turut mempunyai simpanan di ASB. Mereka tetap menikmatinya. Sudah tentulah PNB bertanggungjawab untuk melipatgandakan pulangan pelaburannya yang akhirnya manfaat tersebut turut dinikmati oleh si tolol - si tolol ini.
Kebodohan mereka bertambah parah apabila membandingkan Menara Berkembar Petronas yang belum habis diduduki walhal Petronas bukanlah badan yang mengendalikan pelaburan yang bertanggungjawab untuk mengagihkan keuntungannya melalui unit-unit saham.
Pun begitu, Petronas tetap menjalankan tanggungjawabnya kepada negara dengan membangunkan Putrajaya dengan nilai pelaburan tidak kurang RM20 billion sejak 10 tahun lalu melalui Perbadanan Putrajaya.
Sampai bilakah ketololan ini akan berleluasa dikalangan mereka? Jika Menara Warisan Merdeka hendak dipertikaikan, apakah mereka fikir lojik dan beretika apabila wang-wang pelabur digunakan untuk membayar bonus mereka?